Anda di halaman 1dari 1

SURAH AL KAFIRUN

Surah ini mengandungi 6 ayat. Ianya dikatakan menyamai satu per empat al
Quran kerana surah ini mengandungi larangan menyembah selain dari
Allah.Mengandungi pokok akidah dan segala perbuatan hati.Ianya berkait rapat
dengan Surah al Ikhlas.
Di riwayatkan didalam Tafsir Ibnu Kastir :Didalam hadis Muslim, diterima dari
Jabir bin Abdillah bahawa Rasulullah SAW membaca surah al Kafirun bersama
Surah Qul Huwallahu Ahad di dalam sembahyang sunat dua rakaat sesudah
tawaf. Didalam Sahih Muslim juga , dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW
membaca surah ini dan Qul Huwallahu Ahad pada solat dua rakaat Fajar
(sebelum subuh).Demikian juga menurut hadis yang dirawikan oleh Imam
Ahmad dari Ibnu Umar bahawa Nabi membaca kedua surah ini ketika solat dua
rakaat Fajar dan dua rakaat selepas Maghrib lebih dari dua puluh kali.
Sebuah hadis yang dirawikan oleh Imam ahmad dari Farwah bin Naufal al
Asyja'iy bahawa dia meminta petunjuk dari nabi apa yang baik dibaca sebelum
tidur, maka nabi menasihatkan supaya setelah dia mulai berbaring bacalah Qul
Ya Ayyuhal Kafirun kerana dia adalah satu pernyataan diri sendiri bersih dari
syirik
Sebab turunnya ayat ini ialah kerana datangnya pemuka -pemuka Quraisy
musyrikin iaitu al walid bin al Mughirah, al Ash bin Wai, al Aswad bin al Mutalib
dan Umaiyah bin Khalaf yang hendak menemui Rasulullah SAW dengan tujuan
untuk 'berdamai'. Antara usul yang diberikan ialah “Ya Muhammad! Mari kita
berdamai. Kami bersedia menyembah apa yang engkau sembah dan engkau pun
hendak lah menyembah apa yang kami sembah.Dalam urusan negeri kita ini,
engkau turut serta bersama kami”. Tidak berapa lama mereka memberikan usul
tersebut, maka turunlah ayat ini.

Anda mungkin juga menyukai