Anda di halaman 1dari 1

Masa yang Sudah Berlalu Akan Hilang Selamanya

Dengan mengenangkan masa lalu, seseorang itu sebenarnya menunjukkan satu bentuk
kegilaan, iaitu sejenis penyakit yang memusnahkan kemahuan untuk terus hidup pada masa
sekarang. Mereka yang mempunyai tujuan hidup yang jelas akan terus maju ke hadapan tanpa
berhenti disebabkan oleh sesuatu yang telah lepas. Episod-episod lepas tidak akan dapat
dikembalikan lagi; kesedihan tidak mampu untuk mengembalikan masa lepas, kesedihan juga
tidak akan dapat membetulkan kembali sesuatu yang sudah berlaku. Begitu juga tekanan, tidak
akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu kerana masa yang telah berlalu tidak lagi
wujud.

Kita tidak sepatutnya hidup dengan terlalu mengenangkan masa lalu sehinggakan apa
yang sudah terjadi di masa lalu dijadikan penghalang untuk terus maju ke hadapan. Adakah kita
fikir kita boleh kembalikan matahari di tempat terbitnya?, atau memasukkan bayi ke dalam rahim
ibunya semula? Atau mengembalikan air mata ke dalam mata semula?? Dengan terus-menerus
memikirkan masa lalu dan tragedy-tragedi lalu, anda meletakkan diri anda dalam keadaan yang
sangat menyiksakan dan seterusnya akan menzalimi diri sendiri.

Sedarkah kita bahawa dengan terlalu banyak memikirkan masa lalu kita sebenarnya
sedang membazirkan masa yang kita ada sekarang? Allah Ta’ala berfirman dalam al-Quran,
surah al Baqarah, ayat 134 yang bermaksud:

“Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang
mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu
tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan”

Dipetik dan diubahsuai dari:

‘Aaidh ibn Abdullah al – Qarni. 2005. Don’t be Sad. Riyadh: International Islamic Publishing House. ms
29-30

Anda mungkin juga menyukai