Anda di halaman 1dari 13

KEPIMPINAN, PENGURUSAN

SUMBER MANUSIA
DAN
BERKERJA DENGAN
SUKARELAWAN
Disediakan Oleh :

Nur Hamizah Binti Ismail


Nurul Ayuani Binti Mohd Noor
Pismp 5.05
KEPIMPINAN
Kepimpinan boleh dijelaskan melalui konsep-konsep
berikut:

 Merupakan suatu kuasa yang menghubungkan


pemimpin dengan pengikutnya dan mendorong
pengikutnya supaya mengerah tenaga secara
tersusun menuju objektif yang di rancang.
 Bekerja dalam iklim yang diwujudkan oleh
berbagai unsur. Interaksi pemimpin, ahli,
masyarakat dan suasana sekitaran sentiasa berlaku.
 Sentiasa aktif. Kepimpinan mungkin berubah-ubah
mengikut peringkat, kekuatan, atau had tetapi ia
tidak akan tenggelam dan timbul. Jika tiada
pemimpin, tiada pengikut dan jika tiada anggota
maka tiada kumpulan.
PERANAN PEMIMPIN
 Wujudkan kecenderungan terhadap tindakan
 Runtuhkan segala halangan
 Menggunakan semua sumber tenaga kerja,
segala kemahiran mereka segala masa yang mereka
ada untuk keberkesanan organisasi.
 Wujudkan perspektif dan asas pengetahuan (Budaya
ilmu)
 Wujudkan Organisasi Pembelajaran yang
berteraskan rohani dan jasmani
 Mengurus perubahan
 Membuat tinjauan dan pemantauan berterusan
 Merujuk kepada mesyuarat atau perbincangan
MEMIMPIN
 Satu proses bekerja secara bersama dgn anggota
bawahan untuk mencapai sesuatu matlamat yang
diinginkan.
 Menuntut seorang ketua memotivasikan anggotanya ke
arah mencapai objektif bukan hanya dengan mengarahkan
sahaja.
 ketua perlu memimpin anggota anda mencapainya.
 Sebagai seorang ketua yang efektif perlu mempunyai
kekuatan dalam hubungan sesama manusia dan
komunikasi.
KUASA MEMIMPIN DALAM
ORGANISASI
 Pemimpin perlu memahami akan situasi bagaimana
manusia memiliki dan menggunakan kuasa dalam
memimpin sebuah organisasi.
 Kuasa sering dilihat sebagai satu bentuk keupayaan di
mana seseorang itu boleh mengarah atau menyuruh
orang lain melakukan sesuatu tugasan atau kerja dan juga
bagaimana ia menggunakan kuasa untuk melakukan
sesuatu tindakan untuk dirinya dan orang lain.
 kuasa itu merupakan keupayaan yang dimiliki untuk
mempengaruhi tindakan-tindakan lain.
 Tanpa pemilikan kuasa, organisasi, pengurus dan juga
pemimpin akan berhadapan dengan kesukaran untuk
mencapai sebarang objektif yang telah ditetapkan.
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
 Organisasi merupakan satu sistem yang mana sumber
manusia merupakan salah satu fungsi yang menggerakkan
sistem berkenaan.
 Pengurusan sumber manusia perlu memiliki hubungan
selari dengan strategi-strategi organisasi yang telah
dirancang.
 Dalam setiap pengurusan sumber manusia ianya perlu
dilaksanakan secara terancang bagi membantu
perlaksanaan strategi-strategi organisasi.
 Aktiviti yang dilaksanakan ini merupakan satu proses
yang berterusan (ongoing) dan perlu melalui proses-
proses, seperti menentukan keperluan sumber manusia
dalam organisasi, mendapatkan calon yang
berkelayakan, membangunkan pekerja dan mengekalkan
pekerja yang berkelayakan.
 Keperluan sumber manusia bagi sesebuah
organisasi perlu dirancang secara teliti dan
mengambil kira pelbagai faktor yang
berkaitan dengan perancangan sesebuah
organisasi.
 Situasi akan dapat diurus dengan baik jika
adanya perancangan yang tersusun rapi dalam
mengendalikan proses ini.
BEKERJA DENGAN
SUKARELAWAN
Contoh – contoh badan sukarelawan:

 Rakan Muda
 PBSM- Persatuan Bulan Sabit Merah
 RELA- Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
 Saint John Ambulance
 JPAM- Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
 Sahabat Belia Negeri
MATLAMAT UMUM
SUKARELAWAN
 Memberikan peluang kepada belia- belia
untuk mengetahui dengan lebih mendalam
tentang keperluan dalam mendekatkan diri
dikalangan masyarakat
 Mencungkil dan mengetengahkan
bakat-bakat baru dalam kegiatan persatuan
dan kemasyarakatan.
 Memberikan pendedahan dan penerangan
kepada ahli-ahli tentang undang-undang
pengwujudan sesebuah persatuan dan badan-
badan organisasi.
 melahirkan belia-belia yang menganggotai
kelab secara aktif dan prihatin terhadap
persekitaran serta bersemangat patriotik.
 Menanam dan memupuk semangat kekitaan
dikalangan ahli.
 Membentuk kecergasan fizikal, kecerdasan
mental dan keperibadian positif dikalangan
ahli.
TUGAS-TUGAS SUKARELAWAN
 Melancarkan perjalanan program yang akan
dijalankan.
 Memudahkan pengurusan dan pengelolaan
acara atau program
 Membantu menyediakan persediaan yang rapi
dan melengkapkan kekurangan program.
 Membantu menyelesaikan masalah kecil yang
timbul tanpa perlu melibatkan pihak
pengurusan
 Menjadi contoh dan teladan kepada
masyarakat.
KELEBIHAN BEKERJASAMA
 Membantu pihak sekolah menganjurkan sesuatu program
atau sesuatu kegiatan .
 Pihak penganjur yang lebih berpengalaman boleh
berkongsi pengalaman mereka dengan
golongan muda tentang cara dan proses menganjurkan.
 Murid - murid pula dapat berjinak-jinak menjalankan
kerja-kerja kemasyarakatan dan menimba ilmu dari
sukarelawan-sukarelawan yang bertugas.
 Golongan muda akan lebih memahami kerja-kerja
kemasyarakatan yang dijalankan dan pengorbanan para
sukarelawan yang melaksanakan tugas-tugas tersebut.
 Memberi para pelajar pendedahan awal kepada kerja-
kerja kemasyarakatan dan semangat ini dapat dipupuk
sejak awal lagi.
SEKIAN,TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai