Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT

SMK ALMA BUKIT MERTAJAM

PENGENALAN :

Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan


Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam
aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang
boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.
Melalui Khidmat masyarakat ini, pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan,
kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam bilik darjah
Dengan ini, pelajar dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana dapat
memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

OBJEKTIF :

1) Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di


luar bilik darjah.
2) Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
3) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.

KUMPULAN SASARAN :

Semua pelajar tingkatan satu , dua , tiga, empat, dan lima.

TEMPOH PERLAKSANAAN :
Februari hingga Ogos.

PENGISIAN :

Tingkatan Satu

Tema : Pencapaian Kendiri / Hubungan Kekeluargaan


Nama Projek : Profil Keluarga Asas dan Keluarga Kembangan / Kajian
Kehidupan Keluarga pada Masa Depan
Aktiviti yang dicadangkan : Buku Folio

Tingkatan Dua

Tema : Hidup Bermasyarakat


Nama Projek : Projek Mengindah dan Membersih Kawasan Sekolah
Aktiviti yang dicadangkan : Buku Folio dan gotong – royong membersih kawasan
sekolah.

Puv.psksmka
Page 1
Tingkatan Tiga

Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia


Nama Projek : Projek Pameran dan Jualan Makanan Pelbagai Kaum
Aktiviti yang dicadangkan : Pameran dan Jualan Makanan Tradisional
Buku Folio

Tingkatan Empat
Tema : Malaysia Negara Berdaulat
Nama Projek : Kajian Latar Belakang dan Maksud Bendera, Jata Negeri
Jata Negara.
Aktiviti yang dicadangkan : Pameran dan Penghasilan Buku Folio.

Tingkatan Lima
Tema : Cabaran Masa Depan
Nama Projek : Kempen mengatasi gejala sosial / Projek membina laman web
mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pelbagai bidang
Aktiviti yang dicadangkan : Pameran / mereka cipta laman web dan Penghasilan Buku
Folio.

PENGLIBATAN GURU:
Semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Puv.psksmka
Page 2
ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN

PERKARA BIL HARGA JUMLAH (RM)


SEUNIT (RM)
Buku Kerja :
a) Tingkatan Satu 40 6.00 240
b) Tingkatan Dua 40 6.00 240
c) Tingkatan Tiga 40 6.00 240
d) Tingkatan Empat 40 6.00 240

‘Permanent marker’ ( hitam, 30 kotak 10.00 300.00


merah, biru )
Kertas majong 20 gulung 10.00 200.00

Manila kad 200 keping 0.50 100.00

Magic pen 10 kotak 4.00 40.00

Stapler gun 1 25.00 25.00


Plastik Sampah 5 4.00 20.00
Double sided 4 2.00 8.00
Gam 5 2.00 10.00
Jumlah
1663

Disediakan oleh : Disemak oleh :

________________________ __________________________

( CIK HAZILA HASSAN ) ( PN MAZNAH ABD GHANI )

Ketua Panitia Pend Sivik & Kewarganegaraan Ketua Bidang Kemanusiaan

Disahkan oleh :

________________________

( EN GANESAN MANICKAM )

Pengetua

Puv.psksmka
Page 3
Puv.psksmka
Page 4

Anda mungkin juga menyukai