Anda di halaman 1dari 49

ILMU USUL BIDA`: KAEDAH UNTUK MENGECAM

DAN MENGENALPASTI BID`AH

1.1 Pendahuluan

1.2 Kepentingan dan Objektif Ilmu Usul al-Bida’

1.3 Sumber dan Hukum Usul al-Bida’

1.4 Hukum mempelajari

1.5 Karya-karya utama dalam ilmu ini

1.6 Kewajipan berpegang dengan Sunnah Rasulullah s.a.w.

2.o Pentakrifan Bid’ah

2.1 Bid’ah dari segi bahasa

2.2 Bid’ah dari segi istilah

2.3 Mengapa kita pilih pendekatan yang kedua

2.4 Penggunaan perkataan bid’ah oleh Sayyidina Umar

2.5 Pembahagian bid’ah

3.0 Prinsip-prinsip tentang Bid’ah

3.1 Prinsip Pertama: Agama adalah sempurna. Tidak


mungkin ada penambahan ataupun pengurangan

1
3.2 Prinsip Kedua: Pahala kerana ittiba’ bukan ibtida’

3.3 Prinsip Ketiga: Ittiba’ dalam melakukan dan juga


meninggalkan

3.4 Prinsip Keempat: Ittiba’ Sahabat sebahagian dari agama

1. PENDAHULUAN

Persoalan bid`ah merupakan permasalahan yang terus


menjadi konflik dan polemik dalam masyarakat Islam.
Antara puncanya ialah kekaburan tentang perkara-perkara
asas yang berkaitan dengan takrif, hakikat dan
pembahagian serta kayu ukur dalam menentukan bid`ah
atau sebaliknya. Begitu juga masyarakat kurang memahami
dan peka akibat buruk yang wujud kerana berleluasanya
perkara-perkara bid`ah.

Golongan berilmu masih lagi tidak menemui titik


persepakatan dalam menyelesaikan persoalan ini
menyebabkan masyarakat terus berada di dalam
kebingungan dan serba salah untuk melakukan sesuatu
perkara. Malah yang paling buruk ialah banyak sunnah
Rasulullah s.a.w ditinggalkan dan diabaikan. Dalam
menghadapi situasi yang begini rumit merujuk kembali
kepada petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah itulah satu-satu
pilihan yang ada. Dengan cara ini, kita akan mendapati
segala-galanya akan terjawab dengan syarat keinsafan dan
keazaman untuk mencari kebenaran tertanam dalam jiwa

2
pengkaji-pengkaji persoalan bid`ah.

‫ُول َوأُولِي اأْل َ ْم ِر ِم ْن ُك ْم فَإِ ْن تَنَا َز ْعتُ ْم‬َ ‫ين آَ َمنُوا أَ ِطيعُوا هَّللا َ َوأَ ِطيعُوا ال َّرس‬ َ ‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذ‬
‫ك َخ ْي ٌر‬ َ ِ‫ون بِاهَّلل ِ َو ْاليَ ْو ِم اآْل َ ِخ ِر َذل‬
َ ُ‫فِي َش ْي ٍء فَ ُر ُّدوهُ إِلَى هَّللا ِ َوال َّرسُو ِل إِ ْن ُك ْنتُ ْم تُ ْؤ ِمن‬
‫َوأَحْ َس ُن تَأْ ِوياًل‬

Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan


taatilah Rasul dan pemimpin-pemimpin dari kalangan
kamu. Jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara
maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah dan
Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman dengan Allah
dan Hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih
baik akibatnya. (al-Nisa’: 59)

Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa wajib


mentaati Allah dan Rasul iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah
secara mutlak di samping mentaati pemimpin sama ada dari
kalangan pemimpin politik atau pemimpin dalam soal ilmu
yakni para ulama. Bagaimanapun ketaatan kepada kedua-
dua jenis pemimpin ini tidak secara mutlak iaitu dalam
batas ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika terdapat
perkara yang menjadi perselisihan pendapat dalam
masyarakat, maka jalan terbaik untuk menyelesaikannya
dengan berpandukan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.

Oleh itu, persoalan bid`ah dapat diselesaikan jika kita dapat


merujuk kepada dua peninggalan Rasulullah s.a.w. ini dan
mengeluarkan kaedah-kaedah yang akan menjadi kayu ukur
dan garis panduan dalam mengamalkan Islam supaya tidak
tersasar dari Sunnah Rasulullah s.a.w. lalu menyebabkan
kita terjerumus di dalam kesesatan bid`ah.

3
1.2 Kepentingan dan Objektif Ilmu Usul al-Bida`

Berdasarkan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, beberapa


kaedah atau prinsip telah dibina untuk menyelesaikan
persoalan bid`ah. Kaedah ini boleh dinamakan sebagai Ilmu
Usul al-Bida`. Ilmu usul al-Bida` atau ilmu tentang prinsip-
prinsip bid`ah merupakan ilmu yang baru disusun oleh
ulama mutakhir walaupun ianya sudah ada dalam khazanah
penulisan ulama yang terdahulu. Halnya sama dengan ilmu
usul fiqh. Walaupun dibukukan selepas zaman Imam al-
Syafie, ilmu Usul Fiqh sudahpun wujud dan digunakan
oleh para sahabat dalam berijtihad dan mengeluarkan
fatwa-fatwa. Begitu juga ilmu Fiqh al-Awlawiyyat,
walaupun baru dipopularkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi,
ilmu ini sudah terdapat asas-asasnya di dalam al-Qur’an
dan al-Sunnah dan pengamalan generasi terbaik Islam.

Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan prinsip-prinsip


atau kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh para ulama
untuk menilai dan mengukur sesuatu amalan itu bid`ah atau
masih dikira sebagai sunnah. Dengan ini, ilmu Usul al-
Bida` dapat didefinisikan sebagai ilmu yang
membincangkan himpunan kaedah yang membezakan
amalan bid`ah dan bukan bid`ah serta amalan yang
menyerupainya. Gunanya ilmu ini ialah untuk menegakkan
sunnah yang hanya terlaksana apabila bid`ah dapat
dihindari dan diberi peringatan. Kepada ahli hukum, di
samping ilmu Usul Fiqh dan ilmu Qawa`id Fiqhiyyah, ilmu
ini memandunya dalam menentukan dengan jelas
kedudukan sesuatu amalan yang timbul dan diamalkan di

4
dalam masyarakat. Begitu juga, ilmu ini amat penting
kepada ahli masyarakat dalam mendakwahkan dan
melaksanakan hukum Islam.

Dengan menguasai ilmu ini, masyarakat berupaya untuk


menjalani kehidupan ini benar-benar berlandaskan wahyu
dan Sunnah Rasulullah s.a.w. seterusnya mendapat
keberkatan Allah s.w.t.

ِ ْ‫ت ِم َن ال َّس َما ِء َواأْل َر‬


‫ض‬ ٍ ‫َولَ ْو أَ َّن أَ ْه َل ْالقُ َرى آَ َمنُوا َواتَّقَ ْوا لَفَتَحْ نَا َعلَ ْي ِه ْم بَ َر َكا‬

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negri beriman dan


bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada meerka
keberkatan dari langit dan bumi. (al-A`raf: 96)

Keimanan dan ketaqwaan hanya akan sempurna apabila


adanya ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu dengan
mengikuti Sunnah dan menjauhi bid`ah.

Selain itu, dengan memahami ilmu dengan jelas,


masyarakat akan tetap terus berada di atas petunjuk dan
hidayat serta berpegang teguh dengan tali Allah yang
sangat kukuh. Dengan itu, tidak akan ada lagi perpecahan
dan perselisihan pendapat. Allah s.w..t berfirman:

‫ص ُموا بِ َحب ِْل هَّللا ِ َج ِميعًا َواَل تَفَ َّرقُوا‬


ِ َ‫َوا ْعت‬

Hendaklah kamu sekalian berpegang teguh dengan tali


Allah dan janganlah berpecah belah. (Al `Imran: 103)

1.3 Sumber Ilmu Usul al-Bida`

5
Ilmu ini disusun berdasarkan kepada prinsip-prinsip kulli
yang terkandung di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah di
samping penghayatan dan pengamalan para sahabat selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w.

1.4 Hukum Mempelajari

Ilmu ini wajib dipelajari oleh setiap ahli hukum dan sesiapa
sahaja yang terlibat dan berperanan dalam masyarakat
seperti para imam dan pemimpin masyarakat. Kepada umat
Islam secara keseluruhan, ilmu ini adalah fardu kifayah.
Namun jika tidak ada seorangpun mempelajarinya maka
hukumnya menjadi fardu `ain sehinggalah ada yang
mempelajarinya.

1.5. Karya-Karya Utama Dalam Ilmu Ini

Orang yang pertama yang memperincikan perbahasan


tentang prinsip-prinsip bid`ah ialah Imam al-Syatibi. Beliau
telah menulis dua buah kitab, al-I`tisam dan al-Muwafaqat.
Kitab al-I`tisam merupakan rujukan asasi bagi pengkaji-
pengkaji untuk mengetahui persoalan bid`ah yang berlaku
dalam masyarakat.

Penulisan yang lain ialah `Ilmu Usul Fiqh al-Bida`Dirasah


Takmilah Muhimmah Fi Ilm Usul al-Fiqh, karangan Hasan
Ali al-Athari.

Usul fi al-Bida` wa al-Sunan tulisan Muhammad Ahmad al-


`Adawi yang merupakan ringkasan kepada kitab al-I`tisam.

6
Kitab ini menghimpunkan sebelas kaedah-kaedah tentang
bid`ah.

Usul al-Sunnah Fi Radd al-Bid`ah karangan Muhammad


Tahir. Beliau telah mengemukakan dua puluh kaedah bagi
mengenalpasti bid`ah.

1.6 Kewajipan Berpegangan Dengan Sunnah Rasulullah


s.a.w.

Agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. telah lengkap


dan sudah mencukupi untuk memandu seseorang hamba
untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t dan selamat dari
kemurkaanNya. Setiap bentuk ibadat telah diajarkan oleh
Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat dan mereka pula
mengajarkannya kepada generasi seterusnya. Mengamalkan
agama sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda
merupakan sunnah dan meninggalkannya pula adalah
derhaka.

Tetapi malangnya berlaku bermacam fitnah terutamanya


setelah kewafatan Sayyidina Uthman r.a. khalifah Islam
yang ketiga. Musuh-musuh Islam mengimport pelbagai
fahaman dan konsep baru yang bercanggah dengan ajaran
Rasulullah s.a.w. Perkara-perkara baru ini dinamakan
bid`ah kerana kewujudannya itu adalah bertentangan
dengan sunnah.

Bid`ah ialah satu perkara baru yang tidak pernah diamalkan


oleh sahabat dan para tabi`in malah tidak dituntut oleh dalil
syara` dan ia merupakan perbuatan yang bercanggah

7
dengan sunnah. Apabila disebutkan sunnah maka lawannya
adalah bid`ah sebagaimana syirik lawan bagi tauhid.
Tauhid bererti kesempurnaan kesaksian seseorang terhadap
keesaan Allah manakala sunnah bermakna kesempurnaan
kesaksian terhadap kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Oleh
itu, syirik dan bid`ah merupakan ancaman yang sangat
berbahaya terhadap syahadah seorang muslim.

Banyak ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis yang


memerintahkan kita supaya berpegang teguh dengan
Sunnah Rasulullah s.a.w. dan berwaspada terhadap rekaan
dalam agama. Antara ayat-ayat tersebut ialah:

‫ق بِ ُك ْم َع ْن َسبِيلِ ِه َذلِ ُك ْم‬ َ ‫ص َرا ِطي ُم ْستَقِي ًما فَاتَّبِعُوهُ َواَل تَتَّبِعُوا ال ُّسب َُل فَتَفَ َّر‬
ِ ‫وأن ه َذا‬
َ ُ‫َوصَّا ُك ْم بِ ِه لَ َعلَّ ُك ْم تَتَّق‬
‫ون‬

Sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka


ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang
lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari
jalan-Nya. Demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu
agar kamu bertaqwa. (al-An`am: 153)

‫بون هَّللا َ فَاتَّبعُونِي يُحْ بِ ْب ُك ُم هَّللا ُ َويَ ْغفِرْ لَ ُك ْم ُذنُوبَ ُك ْم َوهَّللا ُ َغفُو ٌر َر ِحي ٌم‬
َ ‫قُلْ إِ ْن ُك ْنتُ ْم تُ ِح‬

Katakanlah: “Jika kamu benar-benar mencintai Allah,


ikutilah aku, pasti Allah mengasihi dan mengampuni dosa-
dosamu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.”
(Ali `Imran: 31)

‫عن جابر بن عبد هللا قال كان رسول هللا صلى هللا عليه وسلم إذا خطب‬
‫ صبحكم‬: ‫احمرت عيناه وعال صوته واشتد غضبه حتى كأنه منذر جيش يقول‬

8
‫ ويقرن بين إصبعيه السبابة‬، ‫ بعثت أنا والساعة كهاتين‬: ‫ ويقول‬. ‫ومساكم‬
‫ ويقول أما بعد فإن خير الحديث كتاب هللا وخير الهدي هـدى‬. ‫والوسطى‬
‫محـمـد وشر األمـور محدثاتها وكل بدعة ضاللة ) رواه مسلم‬

Daripada Jabir bin Abdullah katanya: “Rasulullah s.a.w.


apabila berkhutbah, matanya menjadi merah, suaranya
menjadi tinggi seolah-olah seperti ketua yang memberi
peringatan kepada tenteranya: Waspadalah pada waktu pagi
dan petang (sentiasa berjaga-jaga). Rasulullah s.a.w.
bersabda: Sesungguhnya aku diutuskan dalam keadaan
kiamat sangat hampir berlaku seperti dua jari ini. Baginda
merapatkatkan jari tengah dan jari telunjuknya. Baginda
bersabda lagi: Sesungguhnya sebaik-baik ucapan ialah
Kitab Allah, sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk
Muhammad dan kejahatan yang paling buruk ialah perkara-
perkara rekaan dan setiap bid`ah itu sesat.” (hadis riwayat
Muslim)

ً ‫[ خطَّ لنا رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يوما‬: ‫وعن عبد هللا بن مسعود قال‬
‫ هذه‬: ‫ هذا سبيل هللا ثم خطَّ خطوطا ً عن يمينه وعن شماله ثم قال‬: ‫خطا ً ثم قال‬
‫ص َرا ِطي‬ ِ ‫َوأَ َّن هَ َذا‬ ‫سبل على كل سبيل منها شيطان يدعو إليه ثم قرأ‬
‫ق بِ ُك ْم َع ْن َسبِيلِ ِه َذلِ ُك ْم َوصَّا ُك ْم بِ ِه لَ َعلَّ ُك ْم‬
َ ‫ُم ْستَقِي ًما فَاتَّبِعُوهُ َواَل تَتَّبِعُوا ال ُّسب َُل فَتَفَ َّر‬
‫ رواه الدارمي وأحمد والنسائي‬، ‫ون )) اآلية‬ َ ُ‫تَتَّق‬

Daripada Abdullah bin Mas`ud katanya: “Pada suatu hari


Rasulullah telah membuat satu garis sambil bersabda: Ini
adalah jalan Allah. Kemudian baginda membuat beberapa
garisan di sebelah kanan dan kiri garis tadi dan bersabda:
Ini adalah beberapa jalan yang masing-masing mempunyai
syaitan yang menyeru kepadanya. Kemudian baginda

9
membaca ayat: “Sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang
lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti
jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-
beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikian itu diperintahkan
Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa.” (al-An`am: 153)

(hadis riwayat al-Darimi, Ahmad dan al-Nasa’i)

‫خرج علينا رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬ ‫وعن أبي شريح الخزاعي قال‬
‫ إن‬: ‫ قال‬. ‫ بلى‬: ‫ أليس تشهدون أن ال إله إال هللا وأني رسول هللا ؟ قالوا‬: ‫فقال‬
‫هذا القرآن طرفه بيد هللا وطرفه بأيديكم فتمسكوا به فإنكم لن تضلوا ولن تهلكوا‬
‫بعده أبداً ) رواه الطبراني في الكبير بإسناد جيد‬.

Daripada Abu Syuraih al-Khuza`I katanya: Rasulullah


s.a.w. keluar menemui kami seraya bersabda: Tidakkah
kamu menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah
dan saya ini pesuruh Allah? Mereka menjawab: Ya, benar
sekali. Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya al-Qur’an ini,
satu hujungnya pada Tangan Allah dan satu lagi pada
tangan kamu. Oleh itu, hendaklah kamu berpegang teguh
dengannya kerana kamu tidak akan sesat dan binasa
selepasnya buat selama-lamanya. (hadis riwayat al-
Tabarani di dalam al-Mu`jam al-Kabir dengan sanad yang
jayyid.

2. PENTAKRIFAN BID`AH

2.1 Bid`ah Dari Segi Bahasa

Perkataan bid`ah dari segi bahasa berasal daripada kata

10
kerja ‫ بدع‬iaitu mencipta. Daripada kata kerja ini terbit
perkataan-perkataan lain, ‫ أبدع‬memulakan penciptaan
sesuatu, ‫ ابتدع‬mengadakan suatu cara yang belum pernah
diadakan oleh orang lain dan ‫ بدع‬yang pertama.

2.2 Bid`ah Dari Segi Istilah

Ada dua pendekatan yang digunakan oleh ulama bagi


mentakrifkan bid`ah. Pendekatan pertama mendefinisikan
bid`ah sebagai setiap perkara yang baru selepas daripada
zaman Rasulullah s.a.w. sama ada perkara itu dipuji atau
dicela. Definisi seperti ini diberikan oleh al-Syafi`e, al-`Izz
Ibn Abd al-Sallam, al-Qarafi, al-Ghazzali, Ibn al-Athir dan
al-Nawawi. Kata al-Syafi`e: Bid`ah itu ada dua, bid`ah
dipuji dan bid`ah dicela. Apa yang menepati sunnah maka
ia adalah terpuji dan apa yang menyalahi sunnah, ia adalah
tercela. al-`Izz Ibn Abd al-Sallam mentakrifkan sebagai
perbuatan yang tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w.

Imam al-Nawawi mengatakan: Bid`ah ialah mengadakan


sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w.[1]

Jika diperhatikan, pendekatan mereka dalam


mengemukakan takrif bid`ah adalah lebih kepada
pentakrifan bahasa bukan kepada istilah syara`. Takrif
mengikut pendekatan pertama ini sangat luas merangkumi
urusan ibadat dan bukan ibadat, serta urusan dunia dan
akhirat. Bagi menyempitkan skop yang luas itu al-`Izz Ibn
Abd al-Sallam terpaksa membahagikan bid`ah kepada
wajib, sunnat, haram dan lain-lain sedangkan itu adalah
pembahagian hukum syara` bukan pembahagian bid`ah

11
menurut istilah syara`.

Pendekatan kedua, bid`ah itu hanya dikatakan kepada


perkara yang menyalahi sunnah. Pendekatan ini diambil
oleh al-Syatibi, Ibn Hajar al-`Asqalani, Ibn Hajar al-
Haithami, Ibn Rajab, Ibn Taymiyyah dan al-Zarkasyi.

Al-Syatibi memberikan takrif bid`ah sebagai satu cara yang


direka di dalam agama menyerupai dengan syariat,
melakukannya dengan tujuan untuk berlebih-lebih dalam
beribadat kepada Allah s.w.t.

Oleh kerana takrif ini tidak memasukkan beberapa adat


sebagai bid`ah pada pandangan sebahagian ulama, beliau
memberikan satu lagi takrif. Beliau menyebut: Bid`ah ia
satu jalan yang direka di dalam agama menyerupai dengan
syariat, melakukannya dengan tujuan untuk memperolehi
sama dengan melakukan dengan cara syariat.[2]

Ibn Taymiyyah pula mendefinisikan bid`ah sebagai pekara


yang tidak disyariatkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya, ia
tidak pula disuruh dengan perintah wajib ataupun sunat.
Definisi-definisi lain yang diberikan oleh para ulama
semuanya mengandungi makna yang sama dengan kedua-
dua takrif ini iaitu merujuk kepada rekaan di dalam agama
dan dianggap sebagai ajaran agama.

Dengan ini dapat difahami bahawa sesuatu yang baru atau


yang direka bukanlah bid`ah jika ia tidak diiktikad sebagai
agama seperti pakaian, peralatan-peralatan rumah dan
makanan selagi tidak diharamkan syara`.

12
2.3 Mengapa Kita Memilih Pendekatan Yang Kedua

Takrif yang dikemukakan oleh Imam Syatibi dan ulama


yang sependapat dengannya adalah lebih kuat selaras
dengan kaedah syara’ kerana penggunaan perkataan bid`ah
di dalam hadis-hadis khusus kepada perkara yang
bertentangan dengan dalil-dali syara’.

Apabila Rasulullah s.a.w. menyatakan setiap rekaan itu


bid`ah, dan setiap bid`ah itu sesat maka itu adalah
menggunakan istilah syara`. Tambahan pula tujuan
Rasulullah s.a.w. ialah untuk mengajarkan hukum syara`
bukan hukum bahasa. Oleh kerana itu lafaz al-Solat,
walaupun asalnya adalah berdoa, tetapi makna asalnya
tidak digunakan oleh Rasulullah s.a.w. Lafaz al-Solat pada
istilah syara` ia adalah ibadat yang dimulakan takbir al-
Ihram dan disudahi dengan salam.

Di dalam nas-nas syara`, apabila diungkapkan perkataan


bid`ah ia pasti memberi pengertian sesuatu yang tercela dan
mesti dijauhi. Ini menunjukkan bid`ah itu dengan makna
istilah bukan dari segi penggunaan asal bahasa.

2.4 Penggunaan Perkataan Bid`ah Oleh Sayyidina Umar

Perkataan bid`ah itu adakalanya dipakai dengan erti bahasa


sebagai pernah disebutkan oleh Sayyidina Umar tentang
menghimpunkan orang ramai dengan satu imam bagi
sembahyang terawih. Perkataan bid`ah yang digunakan
oleh beliau adalah dari segi penggunaan bahasa bukan satu

13
istilah syara`.

Sembahyang terawih itu asalnya sunnah, dan Sayyidina


Umar menghimpunkannya dengan satu imam boleh
dianggap perbuatan yang baru dan beliau mengatakan itu
adalah sebaik-baik bid’ah. Itu tidak lain sebagai tanda
rendah dirinya beliau. Sedangkan perbuatan beliau itu tetap
sunnah iaitu sunnah para khulafa’.

2.5 Pembahagian Bid`ah

Secara asasnya bid`ah boleh dibahagikan kepada beberapa


bahagian berdasarkan kepada pelbagai sudut. Dari sudut
anggota yang terlibat, bid`ah terbahagi kepada bid`ah
i`tiqad, bid`ah pada ucapan dan bid`ah pada perbuatan. Ini
kerana perbuatan seseorang itu tidak lari dari tiga bentuk,
iktikad, ucapan dan perbuatan yang masing-masing
berpunca daripada hati, lidah dan anggota-anggota fizikal
yang lain. Bid`ah i`tikad seperti bentuk syirik, tidak
beriman dengan takdir. Bid`ah ucapan pula seperti wirid-
wirid untuk hari dan bulan tertentu, wirid-wirid yang
mengandungi lafaz syirik dan bacaan jampi yang berunsur
syirik. Manakala bid`ah perbuatan mengadakan kenduri
sempena kematian, menyambut hari kelahiran Rasulullah
s.a.w. dan sebagainya. Bid`ah juga dibahagikan kepada
bid`ah mukaffirah dan bid`ah mufassiqah. Pembahagian ini
didasarkan kepada kesan yang diperoleh pelaku bid`ah iaitu
membawa kepada kekufuran atau menjadikannya fasiq.

Berdasarkan kepada bentuk amalan, bid`ah terbahagi


kepada dua iaitu bid`ah haqiqiyyah dan idhafiyyah. Bid`ah

14
haqiqiyyah iaitu bid`ah yang sama sekali tidak ada dalil
syara`. Bid`ah idhafiyyah pula bermaksud bid`ah yang
secara asas mempunyai sandaran atau dalil syara` tetapi
tidak mempunyai dalil tentang, tertib, waktu dan cara
kaifiyatnya.

3. PRINSIP-PRINSIP TENTANG BID`AH

3.1. PRINSIP PERTAMA:

AGAMA ADALAH SEMPURNA TIDAK MUNGKIN


ADA PENAMBAHAN ATAUPUN PENGURANGAN

Allah s.w.t. berfirman:

‫يت لَ ُك ُم اإْل ِ ْساَل َم ِدينًا‬


ُ ‫ض‬ ُ ‫ت لَ ُك ْم ِدينَ ُك ْم َوأَ ْت َم ْم‬
ِ ‫ت َعلَ ْي ُك ْم نِ ْع َمتِي َو َر‬ ُ ‫ْاليَ ْو َم أَ ْك َم ْل‬

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agama


kamu dan telah Ku-cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan
Aku telah reda Islam itu menjadi agama kamu. (al-Maidah:
3)

Dalam menafsirkan ayat ini, Ibn Kathir menulis: Ini


merupakan antara nikmat Allah s.w.t yang paling besar
kepada umat ini iaitu Dia telah menyempurnakan agama
untuk mereka dengan itu mereka tidak perlu kepada agama
lain dan juga tidak perlu kepada nabi-nabi yang lain. Oleh
kerana itu, Allah s.w.t. menjadikan Rasulullah s.a.w.
sebagai penutup sekalian nabi (khatim al-anbiya’). Allah
s.w.t. mengutuskan baginda untuk sekalian manusia dan
jin, maka tidak ada yang halal melainkan apa yang

15
dihalalkannya, tidak ada yang haram kecuali apa yang
diharamkannya dan tidak ada agama kecuali apa yang
disyariatkannya.[3]

Ibn al-Qayyim menulis: “Ini merupakan salah satu prinsip


yang paling penting dan bermanfaat iaitu keumuman
risalah Rasulullah s.a.w. meliputi setiap perkara yang
diperlukan oleh manusia sama ada ilmu pengetahuan dan
amalan dan manusia tidak memerlukan kepada orang lain
setelah kewafatan baginda. Orang yang diperlukan manusia
ialah mubaligh-mubaligh yang menyampaikan ajaran-
ajaran Rasulullah s.a.w. Dengan itu ada dua keumuman
bagi risalah baginda yang terpelihara dari sebarang
kekhususan. Pertama keumuman yang merangkumi semua
manusia yang baginda diutuskan kepada mereka dan kedua,
keumuman yang meliputi prinsip-prinsip agama dan
cabang-cabangnya. Oleh itu risalah atau pengutusan
Rasulullah bersifat sempurna, mencukupi dan meliputi.
Mana-mana risalah tidak diperlukan melainkan risalah
baginda. Keimanan dengan Rasulullah s.a.w. tidak akan
sempurna tanpa mensabitkan keumuman risalah baginda
dalam dua aspek tersebut. Tidak ada seorang mukallaf pun
yang terkeluar dari hukum kerasulan baginda. Kebenaran
yang diperlukan oleh ummat sama ada ilmu pengetahuan
atau amalan tidak terkeluar daripada ajaran yang dibawa
oleh baginda.”[4]

Penambahan yang berlaku setelah Allah s.w.t.


menyempurnakan agamaNya bukan dikira sebagai agama.
Mula Ali al-Qari berkata: Di dalam urusan agama kita tidak
memerlukan kepada perkara yang di luar daripada al-

16
Qur’an dan al-Sunnah. Allah s.w.t. berfirman:

‫ض َي‬ ِ ُ‫ِّين َما لَ ْم يَأْ َذ ْن بِ ِه هَّللا ُ َولَ ْواَل َكلِ َمةُ ْالفَصْ ِل لَق‬
ِ ‫أَ ْم لَهُ ْم ُش َر َكا ُء َش َر ُعوا لَهُ ْم ِم َن الد‬
‫ين لَهُ ْم َع َذابٌ أَلِي ٌم‬
َ ‫بَ ْينَهُ ْم َوإِ َّن الظَّالِ ِم‬

Apakah mereka mepunyai sekutu-sekutu selain Allah yang


mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan
Allah? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan
(dari Alllah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan
sesungguhnya orang yang zalim itu akan memperoleh azab
yang amat pedih. (al-Syura: 21)

Allah s.w.t. menempelak mereka yang mencampuri


urusanNya dengan bertindak mensyariatkan sesuatu ibadat
baru.

Rasulullah s.a.w. telah wafat dalam keadaan telah


menyempurnakan tugasnya untuk menjelaskan perintah-
perintah Allah kepada manusia. Baginda bersabda:

‫تركتكم على بيضاء نقية ليلها كنهارها ال يزيغ عنها إال هالك ( الترمذي‬
)‫وأبوداود والحاكم‬

Aku telah tinggalkan kamu dalam keadaan yang terang


benderang, malamnya seperti siang. Tidak seorangpun yang
melencong daripadanya kecuali akan binasa.

Allah s.w.t. melarang ahli kitab daripada bersikap


melampau dalam beragama. Di samping tauhid yang suci
mereka telah menambah dua lagi sebagai tuhan. Perbuatan
syirik ini mengundang kemurkaan Allah. Penambahan

17
dalam agama akan membawa kepada sikap melampau
berbeza dengan mereka yang menuruti sahaja perintah
Allah s.w.t. seperti yang diajar oleh para rasul dengan
menjauhi perbuatan bid`ah. Penambahan, melampau dalam
beragama dan mereka-reka adalah semakna, semuanya
dilarang dan wajib dijauhi.

Dalam riwayat Ibn `Abbas bahawa Rasullulah s.a.w.


bersabda pada pagi `Aqabah dalam keadaan menunggang
unta:

‫ َوهُ َو َعلَى‬.‫ َغ َداةَ ْال َعقَبَ ِة‬،‫ال َرسُو ُل هللاِ صلى هللا عليه وسلم‬ َ َ‫ال ق‬َ َ‫س؛ ق‬ ٍ ‫َع ِن اب ِْن َعبَّا‬
‫ فَ َج َع َل‬.‫ف‬ ِ ‫صى ْال َخ ْذ‬ َ ‫ هُ َّن َح‬،‫ت‬ ٍ ‫صيَا‬َ ‫ت لَهُ َسبْع َح‬ ُ ‫ط‬ْ َ‫صى)) فَلَق‬ َ ‫ط لِي َح‬ ْ ُ‫نَاقَتِ ِه ((اُ ْلق‬
‫ال ه ُؤالَ ِء فَارْ ُموا)) ثُ َّم قَا َل ((يَا أَيُّهَا النَّاسُ ! إِيَّا ُك ْم‬ َ َ‫ضه َُّن فِي َكفِّ ِه َويَقُو ُل ((أَ ْمث‬ ُ ُ‫يَ ْنف‬
))‫ان قَ ْبلَ ُك ُم ْال ُغلُ َّو فِي الدِّي ِن‬
َ ‫ك َم ْن َك‬ َ َ‫ فَإِنَّهُ أَ ْهل‬،‫ِّين‬
ِ ‫ َو ْال ُغلُ َّو فِي الد‬.

Daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Kutipkan untuk saya anak-anak batu. Maka sayapun
mengutip untuk baginda tujuh biji anak batu dari jenis al-
khazaf lalu baginda mengenggamnya seraya bersabda:
dengan seperti ini hendaklah kamu melontar. Kemudian
baginda bersabda lagi: Wahai manusia! Waspadalah kamu
dengan sikap melampau di dalam agama. Sesungguh orang-
orang dahulu telah binasa kerana sikap melampau di dalam
agama.”[5]

Ringkasnya, agama ini sudah sempurna dan Allah telah


menjaganya dari sebarang penambahan dan pengurangan
berbeza dengan syariat-syariat terdahulu yang telah
berubah disebabkan oleh tangan-tangan yang meminda-
minda dengan memasukkan sesuatu perkara di samping

18
membuang perkara yang lain. Oleh itu, tidak harus
menambahkan di dalam syariat sama ada ucapan atau
perbuatan selagi tidak ada nas dari al-Qur’an dan hadis
yang sahih.

Ibadat-ibadat yang telah disyariatkan untuk manusia sudah


cukup dan memadai untuk mereka, kerana Allah telah
menyempurnakan agama ini dan menjadikannya lengkap
untuk selama-lamanya. Secara mudah dapat difahami
bahawa penambahan setelah ada penyempurnaan bererti
masih ada kekurangan. Ini bermakna orang yang
menambahkan sesuatu di dalam agama beranggapan agama
masih lagi belum sempurna. Anggapan ini tentu sekali
menyalahi firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Ma’idah:

‫يت لَ ُك ُم اإْل ِ ْساَل َم ِدينًا‬


ُ ‫ض‬ ُ ‫ت لَ ُك ْم ِدينَ ُك ْم َوأَ ْت َم ْم‬
ِ ‫ت َعلَ ْي ُك ْم نِ ْع َمتِي َو َر‬ ُ ‫ْاليَ ْو َم أَ ْك َم ْل‬

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agama


kamu dan telah Ku-cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan
Aku telah reda Islam itu menjadi agama kamu. (al-Maidah:
3)

ُ ‫ت ِر َسالَتَهُ َوهَّللا‬ َ ‫ك ِم ْن َرب َِّك َوإِ ْن لَ ْم تَ ْف َعلْ فَ َما بَلَّ ْغ‬َ ‫يَا أَيُّهَا ال َّرسُو ُل بَلِّ ْغ َما أُ ْن ِز َل إِلَ ْي‬
َ ‫اس إِ َّن هَّللا َ اَل يَ ْه ِدي ْالقَ ْو َم ْال َكافِ ِر‬
‫ين‬ ِ َّ‫ك ِم َن الن‬ َ ‫ْص ُم‬
ِ ‫يَع‬

Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan


kepada kamu oleh Tuhanmu. Jika kamu tidak laksanakan
(apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak
menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari
(gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang kafir. (al-Maidah: 67)

19
Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-
Mustadrak:

‫عن بن مسعود أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم قال ليس من عمل يقرب إلى‬
‫الجنة إال قد أمرتكم به وال عمل يقرب إلى النار إال قد نهيتكم عنه‬

Daripada Ibn Mas`ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda


tidak ada satu amalan yang mendekatkan kepada syurga
melainkan aku telah menyuruh kamu melakukannya dan
tidak ada amalan yang mendekatkan kepada neraka
melainkan aku telah melarang kamu dari melakukannya.[6]

‫ت َو َما فِي‬ َ ‫ص َرا ِط هَّللا ِ الَّ ِذي لَهُ َما فِي ال َّس َم‬
ِ ‫اوا‬ ِ .‫اط ُم ْستَقِ ٍيم‬
ٍ ‫ص َر‬ َ َّ‫َوإِن‬
ِ ‫ك لَتَ ْه ِدي إِلَى‬
ِ ْ‫اأْل َر‬
‫ض‬

Dan sesungguhnya kamu ( wahai Muhammad) benar-benar


memberi petunjuk ke jalan yang lurus. Iaitu jalan Allah
yang milikNya segala yang di langit dan yang di bumi. (al-
Syura: 52-53)

Perbahasan di dalam kitab-kitab usul menyebutkan bahawa


sesuatu perbuatan dikira sebagai baik atau buruk diketahui
melalui jalan syarak dan bukan melalui akal. Setiap
perbuatan yang diperintahkan oleh Allah adalah baik dan
perbuatan yang dilarangNya adalah buruk. Apabila sesuatu
perbuatan yang dikatakan sebagai ibadat itu tidak
disyariatkan oleh Allah s.w.t bermakna ia tidak baik.[7]

Ibn Taymiyyah berkata: “Kematian sunnah berlaku sama

20
ada dengan sebab penambahan atau pengurangan.”[8]

Sebagai kesimpulan, orang yang menganggap baik


beberapa amalan bid`ah tanpa disedari atau secara tidak
langsung mendakwa agama belum sempurna dan tidak
cukup. Dengan itu, ayat 3 surah al-Maidah tidak membawa
sebarang pengertian. Jika begitu, ahli bid`ah, sama ada
melalui ucapannya atau tindak tanduknya menggambarkan
bahawa dalam syariat Islam ada yang tertinggal dan patut
ditambah beberapa perkara yang baik untuk umat ini.

Oleh kerana itu, Imam Malik menegaskan: “Sesiapa yang


mencipta dalam Islam satu bid`ah yang dianggapnya baik
sesungguhnya dia telah mendakwa Nabi Muhammad s.a.w.
mengkhianati risalah Islam kerana Allah s.w.t. berfirman:

‫يت لَ ُك ُم اإْل ِ ْساَل َم ِدينًا‬


ُ ‫ض‬ ُ ‫ت لَ ُك ْم ِدينَ ُك ْم َوأَ ْت َم ْم‬
ِ ‫ت َعلَ ْي ُك ْم نِ ْع َمتِي َو َر‬ ُ ‫ْاليَ ْو َم أَ ْك َم ْل‬

Pada hari ini telah Kusempurnakanuntuk kamu agama


kamu dan telah Ku-cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan
Aku telah reda Islam itu menjadi agama kamu. (al-Maidah:
3)

Oleh itu, jika pada ketika sesuatu perkara tidak menjadi


agama maka pada hari ini juga ia bukan agama.”[9]

Tidakkah Allah s.w.t. menegaskan:

‫ك لَ َرحْ َمةً َو ِذ ْك َرى لِقَ ْو ٍم‬ َ َ‫ْك ْال ِكت‬


َ ِ‫اب يُ ْتلَى َعلَ ْي ِه ْم إِ َّن فِي َذل‬ َ ‫أَ َولَ ْم يَ ْكفِ ِه ْم أَنَّا أَ ْن َز ْلنَا َعلَي‬
َ ُ‫ي ُْؤ ِمن‬
‫ون‬

21
Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahawa Kami telah
menurunkan kepada kamu al-Al-Qur’an sedang dibacakan
kepada mereka. Sesungguhnya di dalamnya (al-Qur’an) itu
terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang
yang beriman. (al-Ankabut: 51)

3.2 PRINSIP KEDUA:

PAHALA KERANA ITTIBA` BUKAN DALAM


IBTIDA`

Maksud kaedah ini ialah sesuatu amalan yang dilakukan


oleh seseorang itu akan diterima apabila dilakukan dengan
mengikuti petunjuk Rasulullah s.a.w. (mengikuti sunnah).
Sebaliknya jika sesuatu amalan itu merupakan ibtida` atau
rekaan, iaitu sama ada langsung tidak ada dalil syara` atau
bercampur antara ada dalil syara` tetapi cara dan
kaifiyatnya tidak ada dalil maka itu tidak akan diterima
oleh Allah s.w.t. Tegasnya, ibadat hanya akan diterima
apabila adanya ikhlas dan menepati syariat.

Kaedah ini menjelaskan dua syarat yang mesti dipenuhi


supaya amal ibadah diterima dan memperoleh pahala dari
Allah s.w.t. iaitu melakukan semata-mata kerana Allah
demgan mengharapkan keredaan-Nya dan mengikuti
syariat-Nya iaitu seperti yang diajarkan dan dipraktikkan
oleh Rasulullah s.a.w.

Taat kepada Allah dan RasulNya merupakan tuntutan iman


yang akan membuahkan pahala di akhirat. Mentaati Allah
dan Rasul bererti mengikuti petunjuk yang terdapat di

22
dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dengan sepenuh hati.

Taat kepada Allah sahaja tanpa taat kepada Rasulullah


s.a.w. tidak sempurna kerana Allah s.w.t. mensyaratkannya
di dalam beberapa ayat antaranya:

‫َوأَ ِطيعُوا هَّللا َ َوأَ ِطيعُوا ال َّرسُو َل َواحْ َذرُوا فَإِ ْن تَ َولَّ ْيتُ ْم فَا ْعلَ ُموا أَنَّ َما َعلَى َرسُولِنَا‬
ُ ِ‫غ ْال ُمب‬
‫ين‬ ُ ‫ْالبَاَل‬

Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul-Nya dan


berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah
bahawa sesungguhnya kewajipan rasul Kami hanyalah
menyampaikan (amanat Allah) dengan terang. (Al-Maidah:
92)

َ ‫َم ْن ي ُِط ِع ال َّرسُو َل فَقَ ْد أَطَا َع هَّللا‬

Barang siapa mentaati Rasul itu, sesungguhnya dia telah


mentaati Allah. (al-Nisa’: 80)

Ancaman jika tidak mengikuti Rasul iaitu menyalahi


sunnah Rasulullah s.a.w.

‫صيبَهُ ْم َع َذابٌ أَلِي ٌم‬


ِ ُ‫صيبَهُ ْم فِ ْتنَةٌ أَ ْو ي‬
ِ ُ‫ون َع ْن أَ ْم ِر ِه أَ ْن ت‬ َ ‫فَ ْليَحْ َذ ِر الَّ ِذ‬
َ ُ‫ين ي َُخالِف‬

Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah


Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang
pedih. (Al-Nur: 63)

Dalam menafsirkan ayat 7 surah Hud

23
‫ان َعرْ ُشهُ َعلَى ْال َما ِء‬ َ ‫ض فِي ِستَّ ِة أَي ٍَّام َو َك‬
َ ْ‫ت َواألَر‬ َ َ‫َوهُ َو الَّ ِذي َخل‬
َ ‫ق ال َّس َم‬
ِ ‫اوا‬
ً‫لِيَ ْبلُ َو ُك ْم أَيُّ ُك ْم أَحْ َس ُن َع َمال‬

Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam


enam hari, dan Arsy-Nya di atas air, agar Dia menguji
siapakah di anatara kamu yang lebih baik amalannya.

Ibn Kathir menulis: “Allah s.w.t tidak mengatakan paling


banyak amalan tetapi paling baik amalan. Amalan itu tidak
akan menjadi baik sehinggalah ia ikhlas kerana Allah s.w.t.
dan mengikut syariat Rasulullah s.a.w. Bila sahaja tidak
ada dua syarat ini maka amalan itu terhapus dan batal.”[10]

Abdul Rahman bin al-Nasir al-Sa`di menukilkan daripada


al-Fudhail bin Iyadh[11] katanya ketika mentafsirkan ayat
ini: “Iaitu yang paling ikhlas dan paling tepat.” Beliau
ditanya: “Apakah maksudnya itu?” Jawabnya:
“Sesungguhnya amalan itu jika ikhlas tetapi tidak tepat
tidak akan diterima. Jika tepat tetapi tidak ikhlas juga tidak
terima, sehinggalah amalan itu ikhlas dan tepat. Ikhlas itu
ialah kerana Allah dan tepat itu dengan mengikuti syariat
dan sunnah.” Ini seperti firman Allah s.w.t.

َ ‫ت ْال ِج َّن َواإْل ِ ْن‬


‫س إِاَّل لِيَ ْعبُ ُدو ِن‬ ُ ‫َو َما َخلَ ْق‬

Aku tidak jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat


kepada-Ku. (Al-Zariyat: 56)

Oleh kerana itu, hadis tentang niat dan hadis tentang


larangan mengadakan sesuatu dalam agama merupakan

24
paksi bagi penerimaan sesuatu amalan. Hadis-hadis
tersebut ialah:

‫ سمعت رسول هللا صلى هللا عليه‬:‫عن عمر بن الخطابـ رضي هللا عنه قال‬
‫ متفق عليه‬.‫ وإنما لكل امرئ ما نوى‬.‫ "إنما األعمال بالنيات‬:‫وسلم يقول‬.

Daripada Umar bin al-Khattab r.a katanya: Saya mendengar


Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya amalan itu
dengan niat, setiap orang akan memperolehi apa yang
diniatkannya.(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

‫ "من‬: ‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬:‫عن عائشة رضي هللا عنها قالت‬
‫ من عمل عمالً ليس عليه أمرنا‬:‫أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه – وفي رواية‬
‫– فهو رد" متفق عليه‬.

Daripada `Aishah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:


Sesiapa yang mengada-ngadakan sesuatu perkara mengenai
urusan agama kami, yang bukan daripadanya, maka ia
adalah tertolak. Dalam satu riwayat yang lain: Sesiapa yang
melakukan satu amalan yang bukan dari ajaran kami, maka
ia adalah tertolak. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

‫ فقد‬،‫ من عاد لي وليا‬:‫ إن هللا تعالى قال‬:‫ قال رسول هللا‬:‫وعن أبي هريرة قال‬
‫ وال‬،‫ـ وما تقرب إلى عبدي بشيء أحب إلي مما افترضته عليه‬،‫آذنته بالحرب‬
‫يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه رواه البخاري‬.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah


s.a.w. bersabda Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman:
Sesiapa yang memusuhi wali-Ku maka Aku isytiharkan
perang terhadapnya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan
diri kepada-Ku dengan melakukan sesuatu amalan yang

25
lebih Aku sukai selain daripada apa yang aku fardukan
kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba itu sentiasa
mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-
amalan sunnat sehingga Aku mencintainya.

Hadis ini menyatakan bahawa mendekatkan diri kepada


Allah s.w.t. dengan salah satu dari dua cara iaitu amalan
fardu atau amalan nafil. Sesuatu amalan sama ada fardu
atau nafil mestilah dibuktikan berdasarkan kepada dalil
syara`. Ibadat yang dikatakan ada oleh sesetengah pihak
tetapi tidak mempunyai apa-apa sandaran, maka kita
katakan itu bid`ah kerana tidak ada dalil yang menunjukkan
kedudukannya sebagai ibadat.[12]

Seorang hamba yang melakukan amal ibadat yang


melengkapi kedua-dua syarat ini termasuk dalam
kandungan ayat tentang orang-orang yang berbuat
kebajikan:

‫َو َم ْن أَحْ َس ُن ِدينًا ِم َّم ْن أَ ْسلَ َم َوجْ هَهُ هَّلِل ِ َوهُ َو ُمحْ ِس ٌن َواتَّبَ َع ِملَّةَ إِب َْرا ِهي َم َحنِيفًا َواتَّ َخ َذ‬
‫هَّللا ُ إِب َْرا ِهي َم َخلِياًل‬

Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang


yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedangkan
dia mengerjakan kebaikan dan mengikuti agama Nabi
Ibrahim yang lurus dan Allah mengambil Ibrahim menjadi
kesayangan-Nya. (Al-Nisa’: 125)

َ ‫صاَل ةَ َوآَتُوا ال َّز َكاةَ َو َما تُقَ ِّد ُموا أِل َ ْنفُ ِس ُك ْم ِم ْن َخي ٍْر تَ ِج ُدوهُ ِع ْن َد هَّللا ِ إِ َّن هَّللا‬
َّ ‫َوأَقِي ُموا ال‬
‫صي ٌر‬ ِ َ‫ون ب‬ َ ُ‫بِ َما تَ ْع َمل‬

26
Dan dirikanlah sembahyang dan tunaikankanlah zakat. Dan
apa sahaja kebaikan yang kamu usahakan untuk dirimu,
tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah.
Sesungguhnya Allah maha melihat apa-apa yang kamu
kerjakan. (Al-Baqarah:110)

3.2.1 Kepentingan Ittiba` Sunnah

Imam Izzuddin Ibn Abd al-Salam menulis: Kebahagian itu


semuanya dalam mengikuti Syariat dalam semua perkara
dan mengenepikan hawa nafsu apabila bertentangan dengan
Syariat. Sesungguhnya Allah telah berfirman:

‫ضلُّ َواَل يَ ْشقَى‬ َ ‫فَ َم ِن اتَّبَ َع هُ َدا‬


ِ َ‫ي فَاَل ي‬

Maka barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak


akan sesat dan tidak akan celaka. (Taha: 123)

Yakni tidak akan tersesat di dunia daripada kebenaran dan


tidak akan celaka di akhirat dengan diazab. Ketika
mentafsirkan ayat 3, surah al-A`raf, Ibn Abbas berkata:
“Kebaikan semuanya di dalam ketaatan dan kejahatan itu
semuanya di dalam menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah.
Oleh kerana itu, al-Qur’an datang dengan menyuruh
melakukan ketaatan tidak kira apa bentuknya, kecil, besar,
banyak, sedikit, penting dan remeh.[13]

Kitab al-Mawahib al-Laduniyyah menyebutkan bahawa


kecintaaan kepada Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa
tanda. Tanda yang paling besar ialah mengikuti jejak
langkah Rasulullah s.a.w., mengamalkan sunnahnya,

27
berpegang dengan petunjuknya dan sirahnya.[14]

3.3 PRINSIP KETIGA:

ITTIBA` DALAM MELAKUKAN DAN JUGA


MENINGGALKAN

Maksud prinsip ini ialah erti mengikut sunnah merangkumi


melakukan perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w. dan juga meninggalkan apa yang tidak
dilakukan oleh baginda. Prinsip ini didasarkan kepada
pembahagian sunnah kepada sunnah fi`liyyah iaitu sunnah
yang dikerjakan oleh Rasulullah dan sunnah tarkiyyah iaitu
perkara yang tidak dikerjakan oleh baginda. Tegasnya kita
wajib mengikuti sunnah fi`liyyah dan juga sunnah
tarkiyyah

Dengan itu, setiap ibadat yang didakwa tidak disyari`atkan


oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdaannya dan baginda
tidak menjadikannya sebagai jalan untuk mendekatkan diri
kepada Allah maka itu adalah bercanggah dengan sunnah.
Jika Rasulullah tidak mengambil satu cara atau satu
perbuatan sebagai sunnahnya maka perbuatan kita tidak
melakukan perbuatan tersebut adalah sunnah. Sebaliknya
jika kita mengambil inisiatif melakukannya kita dikira
sebagai menyalahi sunnah dan membuat bid`ah. Amalan
tidak boleh dianggap sebagai mendekatkan diri kepada
Allah dan mengharapkan pahala dari-Nya kecuali
perbuatan yang diakui oleh syari`at sebagai ibadah.
Contohnya, azan bagi sembahyang dua hari raya dan juga
ketika pengkebumian mayat tidak dilakukan oleh

28
Rasulullah s.a.w. Sebagaimana kita wajib mengikut
baginda dalam melakukan sunnah fi`liyyah, begitu juga kita
wajib meninggalkan apa yang ditinggalkan baginda.

Konsep dan kaedah ini sememangnya difahami oleh para


sahabat dengan jelas. Oleh kerana itu, mereka tidak berani
mengadakan satu bentuk ibadat pun kecuali apa yang telah
ditunjukkan oleh baginda.

3.3.1 Dalil-Dalil Prinsip Ini

Allah s.w.t. memerintahkan orang-orang beriman supaya


berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. dan mereka juga diperintahkan supaya
menjauhi perkara yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.

‫َو َما آَتَا ُك ُم ال َّرسُو ُل فَ ُخ ُذوهُ َو َما نَهَا ُك ْم َع ْنهُ فَا ْنتَهُوا‬

Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka terimalah ia.


Apa yang dilarangnya bagi kamu maka tinggalkanlah ia.
(al-Hasyr: 7)

Dan Rasulullah s.a.w. melarang mereka-reka sesuatu dalam


agama:

‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه‬:‫حديث أم المؤمنين عائشة رضي هللا عنها قالت‬
‫"من أحدث في أمرنا هذا ما ليس فيه فهو رد‬:‫"وسلم‬

Daripada `Aishah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:


Sesiapa yang mengada-ngadakan sesuatu perkara mengenai
urusan agama kami, yang bukan daripadanya, maka ia

29
adalah tertolak. Dalam satu riwayat yang lain: Sesiapa yang
melakukan satu amalan yang bukan dari ajaran kami, maka
ia adalah tertolak. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3.3.2 Mengapakah Rasulullah s.a.w. Meninggalkan Sesuatu


Perbuatan?

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sesuatu perbuatan sebagai


bertaqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah.
Perempuan berhaid tidak diperintahkan menggantikan
sembahyang adalah satu bentuk mendekatkan diri kepada
Allah. Tetapi jika dia bersembahyang juga bermakna dia
telah menyanggahi sunnah iaitu sunnah Rasulullah s.a.w.
yang tidak mewajibkan perempuan haid menggantikan
sembahyangnya.

3.3.3 Sebab Mengapa Syari`at Tidak Menyebutkan Hukum


Bagi Sesetengah Perkara

Ada dua bahagian, pertama, syari`at tidak menyebutkan


tentang sesuatu hukum kerana tuntutan atau faktor
pendorong ke arah itu tidak ada pada zaman kenabian.
Hanya berlaku kes atau peristiwa selepas kewafatan
baginda. Sembahyang terawih berjemaah sepanjang bulan
Ramadhan tidak berlaku semasa baginda melainkan setelah
zaman sahabat kerana ada halangan iaitu baginda bimbang
ia akan difardhukan. Baginda tidak keluar bersembahyang
dengan para sahabat kecuali untuk beberapa malam sahaja.

Kedua, syari`at tidak menyebutkan tentang sesuatu hukum


di samping ada faktor pendorong ke arah itu yang

30
menghendakinya, walaupun tidak ada halangan untuk
menyebutkannya. Tindakan Rasulullah s.a.w. tidak
menegaskan hukumnya merupakan pernyataan bahawa
perbuatan itu tidak ada atau ada dengan seadanya tidak
ditambah dan tidak dikurangkan. Seperti mengadakan
sambutan hari lahir Rasulullah s.a.w. sebagai tanda
kesyukuran kerana nikmat pengutusan Rasul dari pihak
Allah s.w.t.

Bagi memahami dengan lebih mendalam lagi punca kaedah


sunnah tarkiyyah ini, marilah kita melihat kepada hadis
berikut:

‫ جاء ثالث رهط إلى بيوت أزواج النبي‬:‫عن أنس بن مالك رضي هللا عنه يقول‬
‫ فلما‬،‫ يسألون عن عبادة النبي صلى هللا عليه وسلم‬،‫صلى هللا عليه وسلم‬
‫ أين نحن من النبي صلى هللا عليه وسلم؟ قد غفر‬:‫ـ فقالوا‬،‫أخبروا كأنهم تقالوها‬
‫ أما أنا فإني أصلي الليل أبدا‬:‫ قال أحدهم‬،‫هللا له ما تقدم من ذنبه وما تأخر‬،

3.3.3 Sebab Mengapa Syari`at Tidak Menyebutkan Hukum


Bagi Sesetengah Perkara
Ada dua bahagian, pertama, syari`at tidak menyebutkan
tentang sesuatu hukum kerana tuntutan atau faktor
pendorong ke arah itu tidak ada pada zaman kenabian.
Hanya berlaku kes atau peristiwa selepas kewafatan
baginda. Sembahyang terawih berjemaah sepanjang bulan
Ramadhan tidak berlaku semasa baginda melainkan setelah
zaman sahabat kerana ada halangan iaitu baginda bimbang
ia akan difardhukan. Baginda tidak keluar bersembahyang
dengan para sahabat kecuali untuk beberapa malam sahaja.
Kedua, syari`at tidak menyebutkan tentang sesuatu hukum
di samping ada faktor pendorong ke arah itu yang

31
menghendakinya, walaupun tidak ada halangan untuk
menyebutkannya. Tindakan Rasulullah s.a.w. tidak
menegaskan hukumnya merupakan pernyataan bahawa
perbuatan itu tidak ada atau ada dengan seadanya tidak
ditambah dan tidak dikurangkan. Seperti mengadakan
sambutan hari lahir Rasulullah s.a.w. sebagai tanda
kesyukuran kerana nikmat pengutusan Rasul dari pihak
Allah s.w.t.
Bagi memahami dengan lebih mendalam lagi punca kaedah
sunnah tarkiyyah ini, marilah kita melihat kepada hadis
berikut:
‫ جاء ثالث رهط إلى بيوت أزواج النبي‬:‫عن أنس بن مالك رضي هللا عنه يقول‬
‫ فلما‬،‫ يسألون عن عبادة النبي صلى هللا عليه وسلم‬،‫صلى هللا عليه وسلم‬
‫ أين نحن من النبي صلى هللا عليه وسلم؟ قد غفر‬:‫ـ فقالوا‬،‫أخبروا كأنهم تقالوها‬
،‫ أما أنا فإني أصلي الليل أبدا‬:‫ قال أحدهم‬،‫هللا له ما تقدم من ذنبه وما تأخر‬
‫ أنا أعتزل النساء فال أتزوج‬:‫ وقال آخر‬،‫ أنا أصوم الدهر وال أفطر‬:‫وقال آخر‬
‫ (أنتم الذين قلتم كذا وكذا؟ أما‬:‫ فجاء رسول هللا صلى هللا عليه وسلم فقال‬،‫أبدا‬
‫ وأتزوج‬،‫ وأصلي وأرقد‬،‫ لكني أصوم وأفطر‬،‫وهللا أتي ألخشاكم هلل وأتقاكم له‬
‫ فمن رغب عن سنتي فليس مني) رواه البخاري‬،‫النساء‬.
Daripada Anas bin Malik bahawa tiga orang lelaki datang
ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang
ibadat Rasulullah s.a.w. Apabila mereka diberitahu
tentangnya seolah-olah mereka mengganggapnya sedikit
lalu berkata: Di manakah kedudukan kami berbanding
dengan Rasulullah s.a.w. Sedangkan Allah s.w.t. telah
mengampunkan dosanya yang terdahulu dan akan datang.
Salah seorang dari mereka berkata: Saya ini, pasti akan
sembahyang malam selama-lamanya. Seorang lagi berkata:
Saya akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak berbuka.
Yang terakhir berkata: Saya akan menjauhi perempuan,
saya tidak akan berkahwin selama-lamanya. Kemudian

32
Rasulullah s.a.w. datang lalu bersabda: Kamukah yang
berkata begitu dan begini? Demi Allah, sesungguhnya
sayalah yang paling takut kepada Allah dari kalangan kamu
dan paling bertaqwa. Namun begitu, saya berpuasa dan
saya berbuka, saya bersembahyang dan saya juga tidur dan
berkahwin. Dengan itu, sesiapa yang tidak suka kepada
sunnahku maka dia bukan dari kalanganku.
Hadis ini jelas menceritakan usaha yang dilakukan oleh tiga
orang untuk melakukan ibadah yang mempunyai asas
syari`at tetapi dengan cara yang tidak diajarkan oleh
Rasulullah s.a.w. Walaupun ibadat tersebut ada tetapi cara
dan bentuk seperti itu ditinggalkan oleh baginda malah
baginda membantahnya. Hadis ini juga secara tidak
langsung menghuraikan dalam bentuk praktikal hadis:
‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه‬:‫حديث أم المؤمنين عائشة رضي هللا عنها قالت‬
‫"من أحدث في أمرنا هذا ما ليس فيه فهو رد‬:‫"وسلم‬
Daripada `Aishah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang mengada-ngadakan sesuatu perkara mengenai
urusan agama kami, yang bukan daripadanya, maka ia
adalah tertolak. Dalam satu riwayat yang lain: Sesiapa yang
melakukan satu amalan yang bukan dari ajaran kami, maka
ia adalah tertolak. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sembahyang malam, puasa dan menjaga kehormatan diri
merupakan tuntutan syari`at berdasarkan kepada dalil-dalil
yang tersendiri. Tetapi melakukan dengan cara yang ingin
dilakukan oleh tiga orang ini tidak mengikut petunjuk
Rasulullah s.a.w. dan ia adalah tertolak dan tidak diterima.
Hadis ini juga mengingatkan kita satu kaedah yang penting
iaitu niat yang baik tidak menjadikan sesuatu amalan itu
sebagai soleh dan diterima oleh Allah s.w.t. tetapi mestilah
mengikut cara atau sunnah Rasulullah s.a.w. Oleh kerana

33
itu, dengan tegasnya baginda menekankan: Sesiapa yang
tidak suka kepada sunnahku maka dia bukan dari
kalanganku.
Termasuk di bawah sunnah tarkiyyah yang memberi erti
dengan melakukannya mengadakan amalan bid`ah:
Rasulullah s.a.w. tidak mengazankan, melakukan iqamat
dan seruan untuk sembahyang dua hari raya, tidak
memandikan dan sembahyang jenazah untuk orang syahid
di jalan Allah, dan menyambut hari kelahirannya, tidak
melakukan ibadat khusus pada malam-malam tertentu dan
sebagainya.
Ibn al-Qayyim berkata[15]: Nukilan para sahabat
Rasulullah s.a.w. tentang perbuatan yang ditinggalkan oleh
Rasulullah s.a.w. ada dua dan kedua-duanya adalah sunnah:

1. Penjelasan mereka bahawa Rasulullah s.a.w.


meninggalkan itu dan ini seperti kata sahabat berkenaan
dengan orang-orang yang syahid dalam peperangan Uhud:
“Rasulullah s.a.w. tidak memandikan mereka dan tidak
menyembahyangkan mereka. Begitu juga sabda Rasulullah
s.a.w. tentang sembahyang dua hari raya: “tidak ada azan,
tidak ada iqamah dan tidak ada nida’.” Begitu juga tentang
sembahyang jamak baginda: “Baginda tidak sembahyang
sunnat antara keduanya dan juga selepasnya.”
2. Para sahabat tidak menukilkan perkara yang jika baginda
melakukannya pasti ada semangat dan dorongan kepada
mereka atau kebanyakan mereka atau salah seorang untuk
menukilkannya. Tetapi tidak seorangpun menukilkannya
dan disebutkan tentangnya di dalam sesuatu perhimpunan,
dengan itu jelaslah ianya tidak ada.
Selepas menyebutkan beberapa contoh seperti tidak

34
melafazkan niat ketika hendak sembahyang, tidak berdoa
secara berjemaah selepas sembahyang, Ibn al-Qayyim
menegaskan: “Dari sinilah diketahui bahawa pendapat yang
menganggap sunnah melakukan hal-hal tersebut
sebenarnya menyalahi sunnah. Apabila Rasulullah s.a.w.
meninggalkannya, itu bermakna tindakan baginda adalah
sunnah sebagaimana perkara yang dilakukan oleh baginda
disebutkan sebagai sunnah. Sekiranya kita menganggap
sunnah mengerjakan perbuatan yang ditinggalkan baginda
pasti kebalikannya ialah meninggalkan apa yang baginda
lakukan itu adalah sunnah.”
Ibn Qayyim menafikan sekeras-kerasnya jika diandaikan,
dalam keadaan tidak ada orang yang meriwayatkan tentang
sesuatu perbuatan daripada Rasulullah s.a.w. bermakna
baginda tidak pernah melakukannya sama sekali.
Berkemungkinan perkara itu ada dilakukan cuma tidak
diriwayatkan. Andaian ini jika diterima akan membuka
seluas-luasnya pintu bid`ah. Sesiapa sahaja boleh
mendakwa ini adalah sunnah atau ibadah yang dilakukan
baginda tetapi tidak diriwayatkan. Kaedah Usul Fiqh
menyebutkan, apabila adanya kemungkinan maka tidak
boleh hendak berdalil.
Moenawar Chalil menyimpulkan maksud Ibn al-Qayyim di
atas: “Perkerjaan-pekerjaan yang tidak dilakukan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. itu adakalanya jelas diriwayatkan oleh
para sahabat bahawa (baginda) tidak pernah
mengerjakannya dan adakalanya tidak ada orang yang
meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. ada menegerjakannya.
Mengerjakan apa yang pasti Nabi Muhammad s.a.w tidak
mengerjakan dan mengerjakan apa yang tidak ada orang
yang meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah

35
mengerjakan, bid`ah hukumnya dan selanjutnya akan
membawa ke arah perbuatan-perbuatan bid`ah dalam
urusan ubudiah (beribadat kepada Allah), yang
sesungguhnya amat dilarang.”[16]
3.3.4 Pecahan Kaedah Ini:
Sebagaimana meninggalkan sesuatu yang ditinggalkan oleh
Rasulullah s.a.w. sunnah maka meninggalkan apa yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a..w boleh menjadi bid`ah.
Kata al-Syatibi: “Bid`ah dari sudut kedudukannya sebagai
satu jalan yang direka di dalam agama, dengan lafaznya
yang umum merangkumi bid`ah tarkiyyah termasuk juga
bid`ah ghair tarkiyyah. Mungkin terjadi perbuatan bid`ah
dengan semata-mata meninggalkan sesuatu perbuatan
kerana niat mengharamkan perbuatan tersebut atau tidak
menganggapnya sebagai haram. Sebagai contoh, satu
perbuatan yang dihalalkan oleh syara` lalu seseorang
mengharamkannya ke atas dirinya atau meninggalkannya
kerana ada tujuan.
Perbuatan meninggalkan ini berkemungkinan sama ada
kerana ada sesuatu perkara yang diakui oleh syara` ataupun
tidak.
Sekiranya meninggalkan sesuatu perkara itu diakui oleh
syara` maka itu tidak mengapa, kerana maksudnya ialah
meninggalkan sesuatu yang harus ditinggalkan atau dituntut
supaya ditinggalkan seperti dia mengharam makanan
tertentu yang membahayakan tubuhnya, akalnya atau
agamanya dan sebagainya. Di sini tidak ada halangan
baginya untuk meninggalkan perbuatan itu. Begitu juga
meninggalkan sesuatu yang membahayakan kerana
berjaga-jaga supaya tidak membahayakannnya, itu adalah
salah satu sifat orang-orang yang bertaqwa. Dan seperti

36
orang yang meninggalkan perkara syubhat kerana
berwaspada dari terjerumus dalam perkara haram, demi
menjaga agama dan maruah.
Jika dia meninggalkan sesuatu bukan kerana itu (tidak
perkara yang diakui syara`), maka ada dua keadaan sama
ada kerana keagamaan atau tidak. Jika tidak kerana
keagamaan, maka orang yang meninggalkan itu bermain-
main dengan sebab dia mengharamkan sesuatu perbuatan,
atau keazamannya untuk meninggalkannya.
Meninggalkannya ini tidak dinamakan bid`ah kerana tidak
termasuk dalam pengertian bid`ah kerana bid`ah itu jalan
yang direka dalam agama. Tetapi orang yang
meninggalkannya berdosa dengan sebab meninggalkannya
atau kerana dia beriktikad haram sesuatu yang dihalalkan
oleh Allah s.w.t.
Jika meninggalkan itu kerana keagamaan maka ia
merupakan perbuatan bid`ah di dalam agama kerana kita
telah menganggap wajib perbuatan yang harus secara
syara`. Dengan itu, meninggalkan yang sengaja itu menjadi
penentangan terhadap syara`.
Berkenaan dengan perkara seperti ini Allah s.w.t. berfirman
di dalam surah al-Maidah:87
ُّ‫ت َما أَ َح َّل هَّللا ُ لَ ُك ْم َواَل تَ ْعتَ ُدوا إِ َّن هَّللا َ اَل ي ُِحب‬ َ ‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذ‬
َ ‫ين آَ َمنُوا اَل تُ َحرِّ ُموا‬
ِ ‫طيِّبَا‬
َ ‫ْال ُم ْعتَ ِد‬
‫ين‬
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
haramkan apa-apa yang baik yang Allah telah halalkan bagi
kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
(al-Maidah: 87)
Mula-mula Allah s.w.t melarang daripada mengharamkan
yang halal kemudian ayat ini menyatakan tindakan tersebut

37
merupakan pencerobohan yang tidak sukai Allah.
Kalau begitu setiap orang yang menahan diri dari
memanfaatkan sesuatu yang telah dihalalkan Allah tanpa
sebarang uzur syar`i terkeluar dari sunnah Rasulullah s.a.w.
dan orang yang beramal tanpa sunnah itulah ahli bid`ah
yang sebenarnya.
Andai ditanya orang yang meninggalkan tuntutan syara`
sama ada yang sunnat atau wajib adakah dinamakan
sebagai ahli bid`ah? Jawabnya: Orang yang meninggalkan
perkara dituntut itu ada dua bentuk. Pertama jika dia
meninggalkannya bukan kerana keagamaan sama ada
kerana malas, cuai atau kerana dorongan hawa nafsu.
Bentuk ini merujuk kepada menyalahi perintah syara`. Jika
yang ditinggalkan itu wajib maka ia maksiat. Jika
berkenaan sunnat maka ia bukan maksiat.
Kedua, meninggalkan kerana keagamaan. Maka bentuk ini
termasuk dalam bid`ah-bid`ah kerana menganggap agama
dengan menyalahi apa yang telah disyariatkan Allah.
Kesimpulannya, penjelasan kita dalam takrif “bid`ah jalan
yang direka dalam agama” merangkumi bid`ah tarkiyyah
sebagaimana merangkumi bahagaian yang lain, kerana
jalan yang disyariatkan juga terbahagi kepada
meninggalkan dan tidak meninggalkan.[17]
Penjelasan panjang lebar al-Syatibi itu memberi maksud
perbuatan meninggalkan terbahagi kepada:
1. Meninggalkan sesuatu kerana perkara yang diakui syariat

2. Meninggalkan sesuatu kerana perkara yang tidak diakui


syariat.
Tidak timbul sebarang persoalan jika seorang mukallaf
sengaja meninggalkan beberapa perkara kerana alasan yang

38
diakui oleh syariat. Contohnya, seorang pesakit yang
berpantang dengan tidak makan sesetengah makanan
kerana menjaga kesihatan atau supaya cepat sembuh.
Alasan ini sememangnya diakui dan diambil perhatian oleh
syariat.
Meninggalkan perbuatan kerana perkara yang tidak diakui
oleh syara` terbahagi kepada dua:
1. Tidak menganggap sebagai agama. Perbuatan seseorang
mengharamkan sesuatu yang halal dihukum sebagai
mempermain-main agama dan berdosa kerana
menganggapnya haram.
2. Menganggap sebagai agama dengan erti agar mendapat
pahala dan dapat menghampirkan kepada Allah s.w.t.
contohnya, meninggalkan perkahwinan dengan anggapan
itulah yang paling mendekatkan diri kepada Allah dan
paling disukaiNya dan ini adalah bid`ah.
3.4 PRINSIP KEEMPAT: ITTIBA’ SAHABAT
SEBAHAGIAN DARIPADA AGAMA.
Termasuk dalam tuntutan agama ialah menuruti amalan dan
pegangan generasi umat yang paling mulia iaitu para
Sahabat Rasullah s.a.w. Prinsip ini diasaskan kepada dalil-
dalil berikut:
Allah s.w.t. berfirman:
َ ِ‫يل ْال ُم ْؤ ِمن‬
‫ين نُ َولِّ ِه‬ ِ ِ‫ق ال َّرسُو َل ِم ْن بَ ْع ِد َما تَبَي ََّن لَهُ ْالهُ َدى َويَتَّبِ ْع َغ ْي َر َسب‬
ِ ِ‫َو َم ْن يُ َشاق‬
‫صيرًا‬ ِ ‫ت َم‬ ْ ‫َما تَ َولَّى َونُصْ لِ ِه َجهَنَّ َم َو َسا َء‬

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah


terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang
dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan
orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya
kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan

39
(pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke
dalam Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah
seburuk-buruk tempat kembali. (al-Nisa’: 115)
Ayat ini menjelaskan dua sebab mengapa seseorang itu
dimasukkan ke dalam neraka jahannam. Pertama, tidak taat
kepada Rasulullah s.a.w. setelah datangnya hidayat. Kedua,
meninggalkan jalan orang-orang mukmin dan mengikuti
jalan orang lain. Mereka adalah orang yang tidak mengikuti
sunnah Rasulullah s.a.w. dan memilih jalan selain dari jalan
sahabat. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pasti akan
meninggalkan dunia yang fana ini dan kembali kepada
Allah s.w.t.. Satu-satunya jalan yang dapat menyampaikan
sunnah baginda kepada umat ini ialah melalui para sahabat
baginda. Oleh kerana itu, umat wajib mengikuti para
sahabat. ( Habibur Rahman, Sahabat Quran Ki Nazar Mein,
hal. 137)
ٍ ‫فَإِ ْن آَ َمنُوا بِ ِم ْث ِل َما آَ َم ْنتُ ْم بِ ِه فَقَ ِد ا ْهتَ َد ْوا َوإِ ْن تَ َولَّ ْوا فَإِنَّ َما هُ ْم فِي ِشقَا‬
‫ق فَ َسيَ ْكفِي َكهُ ُم‬
‫هَّللا ُ َوهُ َو ال َّس ِمي ُع ْال َعلِي ُم‬
Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu telah
beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat
petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka
berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah
akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 137)

Ayat ini merupakan pengiktirafan Allah s.w.t. tentang


kedudukan sahabat. Allah s.w.t. menujukan ayat kepada
sahabat bahawa jika Ahli Kitab itu beriman seperti yang
diimani oleh sahabat, keimanan mereka akan diterima dan
mereka berada di atas jalan hidayah. Jelasnya, ayat ini
menyatakan untuk mendapat petunjuk seseorang itu

40
hendaklah mengikut para sahabat kerana keimanan dan
ketaqwaan mereka diakui dan disaksikan Allah s.w.t..
‫ "وعظنا رسول هّللا صلى هّللا عليه وسلم يوما بعد‬:‫عن العرباض بن سارية قال‬
‫صالة الغداة موعظة بليغة ذرفت منها العيون ووجلت منها القلوب فقال رجل‬
، ‫ أوصيكم بتقوى هّللا‬:‫إن هذه موعظة مودع فبمإذا تعهد الينا يا رسول هّللا ؟ قال‬
‫ واياكم‬،‫والسمع والطاعة وان عبد حبشي فانه من يعش منكم يرى اختالفا كثيرا‬
‫ فانها ضاللة فمن أدرك ذلك منكم فعليه بسنتي وسنة الخلفاء‬،‫ومحدثات األمور‬
‫ هذا حديث حسن صحيح‬."‫الراشدين المهديين عضوا عليها بالنواجذ‬.
Daripada al-`Irbadh bin Sariah katanya, pada suatu hari
Rasulullah s.a.w. menyampaikan satu nasihat yang
mendalam yang menitiskan air mata dan menggetarkan
hati-hati. Lalu seorang berkata, sesungguhnya ini pesanan
terakhir, maka dengan apakah anda berpesan kepada kami
wahai Rasulullah s.a.w.? jawab baginda: ‘Aku berpesan
kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah, dengar dan
taat sekalipun hamba Habsyi kerana sesungguhnya sesiapa
yang hidup di kalangan kamu akan melihat perselisihan
yang banyak. Hindarilah diri kamu daripada perkara-
perkara rekaan kerana ia adalah kesesatan. Sesiapa yang
sempat dengan itu maka hendaklah dia berpegang dengan
sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah rasyidin, gigitlah
akannya dengan gigi geraham. (Jami` al-Tirmizi no: 2816)
Khalifah rasyidin ialah mereka yang mengetahui kebenaran
lalu mengikutinya, dan mendapat pimpinan petunjuk ke
jalan yang benar.
Sheikh Muhammad Tahir menukilkan daripada kitab
Majalis al-Abrar: “Tidak harus seseorang itu bertaqlid
kepada orang lain berhubung agamanya kecuali Rasulullah
s.a.w. atau mereka yang diakui baik oleh baginda. Bukan
dengan orang yang dipersaksikan oleh baginda sebagai
berdusta dan melarang dari berpegang dengan mereka. Ini

41
berdasarkan kepada hadis:
ُ‫الذين يلُونهُم ثُ َّم يَف ُشو الكذب‬
َ ‫الذين يلُونهُم ثُ َّم‬
َ ‫اس قَرني ثُ َّم‬
ِ َّ‫خي ُر الن‬
“Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian yang
mengikuti mereka kemudian yang megikuti mereka
kemudian tersebar pendustaan.” (Sunan al-Tirmizi, no:
2404) (Usul al-Sunnah Li Radd al-Bid`ah, hal.63)
‫ "اقتدوا بالَّذين من بعدي‬:‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه و َسلَّم‬
َ ‫ال َرسُو ُل هَّللا‬َ َ‫ال ق‬
َ َ‫َعن حُذيفةَ ق‬
ٌ
‫حسن‬ ٌ ‫ هَ َذا َح ِد‬.‫ابن مسعو ٍد‬
‫يث‬ ِ ‫ب َعن‬ ِ ‫ وفي البا‬."‫وعمر‬ َ ‫بكر‬
ٍ ‫أبي‬.
Daripada Huzaifah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Turutilah dua orang selepasku, Abu Bakar dan Umar.”
(Jami` al-Tirmizi no: 3742)
Imam Ahmad berkata: “Usul Sunnah di sisi kami ialah
berpegang dengan pegangan sahabat, mengikuti mereka,
meninggalkan bid`ah-bid`ah kerana setiap bid`ah itu adalah
kesesatan. (Ahmad, Usul al-Sunnah, hal. 35)
Kata Abu Syamah Abd al-Rahman bin Ismail: “Menjadi
kewajipan kepada seorang alim apabila berhadapan dengan
masalah atau ditanya tentang hukum-hukum, merujuk
kepada dalil-dali al-Qur`an, hadis-hadis yang sahih dan
amalan sahabat dan orang sesudah mereka di zaman awal
Islam. Jika perkara atau persoalan itu menepati semua yang
kami sebutkan maka hendaklah dia memberi keizinan dan
menyuruh melakukannya. Sebaliknya jika bercanggah
maka hendaklah dia melarang dan menghalang. Dengan itu,
dia telah menunaikan amanah dan mengikuti (Sunnah) dan
janganlah dia memberi hukum berdasarkan kepada
merasakan baik kerana itu bererti dia telah membuat
syariat. (al-Ba’ith ‘ala Inkar al-Bida’ Wa al-Hawadith, hal.
2-3)
Satu persoalan dikemukakan oleh `Allamah Abdul Hayy al-
Laknawi iaitu apabila berlaku sesuatu perkara baru

42
daripada pihak sahabat yang tidak ada pada zaman
Rasulullah s.a.w., adakah mengambil perkara yang baru itu
lebih baik atau mengambil apa yang di zaman baginda?
Beliau memberikan jawapannya: “Perbuatan sahabat itu
sama ada jelas nas al-Qur’an atau nas Sunnah yang
bertepatan dengan perbuatannya yang menunjukkan
eloknya perkara itu, atau jelas ada nas bercanggah atau
tidak jelas bertepatan atau bercanggah.
Jika yang pertama, maka tidak syak lagi berpegang
dengannya lebih utama walaupun tidak ada di zaman
Rasulullah s.a.w. namun itu termasuk di dalam usul syara`.
Jika yang kedua, maka hendaklah dihimpunkan atau
diselaraskan dengan cara perbuatan sahabat itu tidak
terkeluar dari lingkungan syara`. Jika tidak dapat
diselaraskan maka mengambil pendapat atau amalan
sahabat itu tidak patut kerana ada nas yang bercanggah
dengannya. Sahabat itu dimaafkan kerana tidak mengetahui
nas itu, jika tidak dia berpendapat dengan sesuatu yang
menyanggahi nas.
Jika yang ketiga iaitu apabila kita mendapati pendapat atau
amalan dari seorang sahabat dan tidak pula didapati ada nas
yang bercanggah dengannya atau yang bertepatan
dengannya maka pada ketika itu menuruti sahabat itu dalam
hal itu lebih utama berdasarkan kepada hadis-hadis yang
banyak. Kita tidak boleh menangguhkan beramal
dengannya sehingga jelas kepada kita dalil yang bertepatan
dengannya.” (Iqamah al-Hujjah, hal. 54-55)
Sheikh Muhammad Tahir berkata: “Adapun perkara yang
berlaku berhubung seorang sahabat secara jarang dan tidak
diketahui oleh kebanyakan mereka, maka itu sama ada
ijtihad peribadi atau hadis yang didengarinya itu kemudian

43
telah mansukh dalam keadaan dia tidak mengetahuinya.
Sesungguhnya ittiba atau ikutan yang diperintahkan ialah
sahabat dengan lafaz jamak iaitu ashab yang disandarkan
kepada kata nama khas yag menunjukkan keumuman yang
sebenar, yakni semua sekali atau keumuman menurut adat
iaitu kebanyakan sahabat dan sahabat-sahabat lain berdiam
diri. Begitu juga lafaz qarni (kurunku) bermaksud perkara
yang tersebar di kurun tersebut. (Usul al-Sunnah Li Radd
al-Bid`ah, hal.64)
Menuruti sahabat bukanlah menurut seorang sahabat sahaja
tetapi menuruti apa yang menjadi amalan dan pegangan
majoriti sahabat. Oleh itu, apa yang diamalkan oleh sahabat
secara berseorangan dikira sebagai pendapat dan
pandangan peribadi yang tidak boleh dianggap mewakili
seluruh sahabat yang lain.
Contohnya, dalam masalah menghadiahkan pahala untuk
yang telah meninggal dunia, Ibn Kathir dalam tafsirnya
menegaskan: “perkara-perkara itu tidak pernah dinukilkan
daripada seorang pun dari kalangan sahabat. Jika ianya
merupakan kebaikan pasti mereka akan mendahului kita.
Pintu-pintu untuk mendekatkan diri kepada Allah hanya
setakat yang dinaskan dan tidak boleh hendak dipakaikan
qias dan akal. (Tafsir Ibn Kathir, jil. 4, hal. 232)
Difahami daripada kata-kata Ibn Kathir, sahabat sangat
mengambil berat tentang mengikuti Sunnah Rasulullah
kerana di dalamnya terdapat segala kebaikan. Jika mereka
tidak melakukan sesuatu yang dianggap baik oleh
sesetengah pihak dan dalam masa yang sama perkara itu
mempunyai sebab untuk dilakukan dan sahabat tidak
melakukannya maka ia bukanlah sunnah. Perkara kebaikan
dan kebajikan tidak boleh dianggap baik dengan akal

44
semata-mata apatah lagi sesuatu yang berkaitan dengan
ibadat.
Ketika ditanya tentang sambutan maulidurasul dan berdiri
dalam majlis tersebut, Abu Syamah Abd al-Rahman bin
Ismail menjawab: “Tidak harus menyambut maulidurasul
dan hari kelahiran orang lain kerana itu termasuk dalam
bid’ah yang direka dalam agama dan Rasulullah tidak
pernah mengadakannya, begitu juga khulafa` rasyidin, para
sahabat yang dan para tabi’in. mereka yang paling tahu
tentang Sunnah Rasulullah s.a.w., lebih sempurna kecintaan
kepada baginda dan paling sempurna dalam mengikuti
syariat yang dibawa oleh baginda berbanding dengan orang
selepas mereka. (al-Ba’ith ‘ala Inkar al-Bida’ Wa al-
Hawadith, hal. 97)
Azan yang dilakukan oleh sesetengah pihak apabila
mengiringi keberangkatan jemaah haji ke Mekah tidak
pernah diketahui sebagai amalan sahabat.

[1] Tahzib al-Lughah wa al-Asma’ jil.3, hal. 22


[2] Al-I`tisam, hal. 24
[3] Tafsir Ibn Kathir, jil.2, hal.13
[4] Ibn al-Qayyim, I`lam al-Muwaqqi`in, jil. 4, hal.
[5] Sunan Ibn Majah, no.3029 bab Qadr Hisa al-Ramy.
[6] Al-Mustadrak, no: 2136
[7] Usul al-Sunnah li Radd al-Bid`ah, 40
[8] Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim, 58
[9] Al-I`tisam, 33
[10] Tafsir Ibn Kathir, jil. 2 hal. 398
[11] Taisir al-Karim al-Rahman, hal. 377
[12] Lihat Ibn Taymiyyah, Qa`idah Fi al-`Ibadat, hal. 23-24

45
[13] Qawa`id al-Ahkam, jil.1, hal. 16
[14] Lihat Usul al-Sunnah fi Radd al-Bid`ah, hal. 50
[15] I`lam al-Muwaqi`in, jil. 2, hal.
[16] Kh Moenawar Chalil, Kembali KepadaAl-Qur’an dan
As-Sunnah, hal. 255
[17] Al-I`tisam, hal.

Amalan bidaah bebankan keluarga hadapi kematian Oleh


Abdullah Bukhari Abdul Rahim

KEMATIAN suatu perkara yang pasti akan menimpa setiap


manusia (Ali Imran:185,
al-Anbiya’:35, al-‘Ankabut:57). Tiada makhluk di alam ini
akan kekal melainkan Allah SWT yang Maha Hidup dan
Kekal (al-Baqarah:255, Ali Imran:2, Taha:111, al-
Qasas:88, al-Rahman:26-27). Oleh itu, setiap makhluk
bernyawa perlu sentiasa bersedia menghadapi saat pasti
tiba ini (al-Hijr:99). Mati salah satu fitrah makhluk yang
bernyawa, sepatutnya
ditangani dengan cara berhikmah bagi mengelak kezaliman
tanpa sedar terhadap keluarga simati.

Pengaruh kejahilan, adat serta faktor pemikiran sempit


menyebabkan amalan salah berkaitan kematian berleluasa
dalam masyarakat. Kesedihan keluarga si mati akan
ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan
kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-
Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.

46
Budaya ini sebenarnya bertentangan sama sekali dengan
roh Islam kerana Rasulullah SAW ketika mendengar berita
kematian Jaafar ibn Abi Talib, Baginda bersabda:
“Persiapkan makanan untuk keluarga Ja’far, kerana
sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang
menyibukkan mereka (kesusahan) – Hadith riwayat al-
Tirmidhi & Abu Dawud.
Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah(al-
Baqarah:155-157) perlu disokong dan dibantu.

Amalan di sesetengah tempat menyediakan makanan untuk


orang menziarahi keluarga
si mati dan menyediakan bayaran tertentu untuk solat
jenazah dan membaca al-Quran
adalah salah dan perlu ditentang. Amalan ini sudah pasti
menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih
dengan kehilangan orang tersayang.

Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian


pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh,
malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai
asas sama sekali dalam Islam.

Amalan itu membawa kepada pembaziran jika


membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang
betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim.
Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa
amalan berkenaan perlu dihentikan. (Kenyataan bekas
Mufti Mesir
Syeikh Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram

47
bertarikh 27 Julai 1947. Fatwa ini kemudian disahkan oleh
Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada
14 Ogos 1947, bilangan 377)

Umat Islam seharusnya peka terhadap peringatan Allah di


dalam surah al-Nisa’ ayat 10 yang bermaksud;
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-
anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah
menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan
masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala”.

Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana


dipetik daripada buku Feqah
Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji yang berbunyi;
“Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan
mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan
upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya.
Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta
peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang
belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini
kerana ia memakan harta benda anak yatim dan
melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu.
Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini
setiap yang memanggil dan memakannya” (jil 1/ ms 263,
Damsyik: Dar al-Qalam).

Secara jelas, anak si mati yang masih kecil lebih


memerlukan sedekah itu untuk mengubat jiwa mereka yang
kehilangan bapa tercinta dan menggunakan segala sedekah
itu untuk membina hidup baru. Oleh itu, keluarga si mati
perlu memainkan peranan utama untuk

48
menghentikan budaya ini dan memahami tuntutan agama
dalam menghadapi musibah
kematian dengan bersandarkan kepada hadis Rasulullah
yang bermaksud:
“Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka
terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah
jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh yang
mendoakannya”.– Hadis Riwayat Muslim. Hadith ini
menggalakkan ahli keluarga si mati untuk sentiasa
mendoakan kesejahteraan arwah sepanjang masa dan bukan
hanya pada malam Jumaat atau malam tertentu saja.

Tidak kurang juga kepercayaan sesat sesetengah pihak


mengatakan roh si mati akan pulang pada setiap malam
Jumaat atau pada hari tertentu untuk mengharapkan
sedekah amalan daripada keluarganya. Perlu diketahui
persoalan roh adalah i antara rahsia Allah yang tidak boleh
disandarkan kepada logik akal. (al-Isra’:85). Perjalanan roh
manusia menempuh lima alam berbentuk sehala dan tidak
boleh berpatah balik untuk setiap alam.

• Penulis adalah Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat


Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

49

Anda mungkin juga menyukai