Anda di halaman 1dari 11

Teori Perkembangan Moral Kohlberg

Penaakulan Moral

Elemen-elemen Penaakulan Moral

Peringkat-peringkat Penaakulan Moral Orientasi Moral

Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 5 Orientasi Orientasi


Hukuman dan Timbal Balik Kontrak Utilitarian Kesaksamaan
Kepatuhan Sosial

Orientasi Orientasi
Peringkat 3 Peringkat 4 Peringkat 6 Normatif Kesempurnaan
Persetujuan Undang- Prinsip Etika
Antara Individu undang dan Sejagat
Peraturan

Rajah 1 Kerangka Teori Kajian


23

Peringkat penaakulan moral ini dibahagikan kepada tiga tahap dan setiap

tahap terdiri daripada dua peringkat. Tahap pertama adalah tahap pra-

konvensional, tahap dua adalah tahap konvensional dan tahap tiga adalah tahap

pos konvensional. Peringkat pertama dikenali orientasi hukuman dan kepatuhan,

peringkat kedua dikenali orientasi asas dan saluran, peringkat ketiga adalah

orientasi persetujuan antara individu, peringkat keempat adalah orientasi

undang-undang dan peraturan, peringkat kelima adalah kontrak sosial dan

peringkat keenam orientasi prinsip etika sejagat. Susunan dalam enam peringkat

ini adalah mengikut keupayaan seseorang memberi alasan yang matang dalam

menyelesaikan isu yang dihadapi oleh watak dalam dilema.

Terdapat tiga ciri utama yang ditekankan dalam perkembangan peringkat-

peringkat penaakulan moral iaitu pertama, peringkat bersifat ‘hierarchial

intergration’ kedua, peringkat-peringkat tersebut adalah ‘structured wholes’ dan

ketiga, peringkat-peringkat ini adalah tidak ‘varian’. Kajian-kajian yang

menyokong kesejagatan peringkat-peringkat telah dilakukan di Malaysia

(Jeevajothi, 1997; Loganathan, 1995; Azian, 1990) dan dijalankan dengan

meluas di luar negara (Snarey, 1985). Penjelasan lebih lanjut mengenai

peringkat-peringkat penaakulan moral dan ciri-ciri peringkat ini dinyatakan dalam

Bab 2. Kajian yang dijalankan ini walau bagaimanapun tidak mengambil kira

penentuan peringkat-peringkat penaakulan moral sebaliknya meneroka isu yang

kurang diberi perhatian dalam teori tersebut iaitu orientasi moral. Penentuan

orientasi moral adalah merujuk kepada Rajah 2 di bawah.


24

Pelajar Salah Laku


Pelajar Tidak Salah laku

Pandangan Dilema dan masalah


terhadap sebenar diri sendiri
masalah moral

Vignet-vignet dilema
sebenar

Alasan-alasan kepada
tindakan memilih
penyelesaian masalah dalam
vignet dilema sebenar

Orientasi moral

Rajah 2 Kerangka Konsep Kajian

Rajah 2 menunjukkan kerangka konsep kajian di mana pelajar tidak

salah laku dan pelajar salah laku dipilih sebagai peserta kajian. Maklumat

mengenai pandangan mereka terhadap masalah moral serta dilema atau

masalah yang sedang dihadapi oleh peserta dikenal pasti terlebih dahulu.

Berdasarkan masalah yang diutarakan, empat jenis vignet dilema sebenar telah

diolah. Peserta diminta memberi respons kepada dilema yang terkandung dalam

vignet dilema sebenar sebelum orientasi moral peserta ditentukan.


25

1.6 Kepentingan kajian

Penyelidikan dalam bidang Pendidikan Moral di Malaysia sering

dijalankan terutama dalam penentuan peringkat-peringkat penaakulan moral

(Mukherjee, 1988; Abdul Rahman & Chang, 1994). Bagaimanapun, kajian untuk

menentukan orientasi moral pelajar masih kurang dilaksanakan. Memandangkan

pada ketika ini, negara mula menitikberatkan soal-soal disiplin, moral dan akhlak

pelajar, maka kajian lebih lanjut mengenai orientasi moral perlu dijalankan. Ini

kerana, orientasi moral mampu menunjukkan corak pemikiran individu dari sudut

kepercayaan moral serta pandangannya apabila menyelesaikan dilema (Gilligan,

1982).

Kajian ini yang berasaskan Teori Penaakulan Moral oleh Kohlberg,

yang menjelaskan bahawa asas pemikiran moral individu adalah berdasarkan

kepada prinsip keadilan. Kajian lanjutan ini adalah untuk menguji sejauhmana

kebenaran teori tersebut memandangkan prinsip keadilan dikatakan bersifat

sejagat. Sebelum ini, kajian berdasarkan teori ini telah banyak dijalankan seperti

di Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Turkey (Snarey, 1985). Teori ini juga

telah digunakan untuk beberapa kajian di Malaysia. Bagaimanapun, bagi

memperluaskan dapatan kajian, peserta yang berbeza latar belakang daripada

kajian sebelumnya telah diambil, kajian ini mengambil remaja berusia 16 tahun

yang terdiri daripada pelajar salah laku dan pelajar tidak salah laku sebagai

peserta kajian.

Kepentingan kajian juga dilihat kepada aspek pertambahan kes-kes salah

laku. Kajian mengenai penaakulan moral pelajar, yang dilihat daripada aspek
26

orientasi moral, membantu kita memahami punca penglibatan seseorang dalam

masalah salah laku. Pemahaman ini juga memberi ruang kepada kita untuk

memahami corak pemikiran pelajar-pelajar. Kajian-kajian sebelum ini telah

membuktikan pemikiran moral berkait secara langsung dalam penentuan tingkah

laku moral (Giordano, 2003; Elliott & Menard, 1996; Blasi, 1980).

Kajian penaakulan moral pelajar perlu juga diberi perhatian kerana kajian

ini berkaitan dengan objektif Pendidikan Moral iaitu mengembangkan keupayaan

berfikir dan menyelesaikan masalah serta tuntutan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang ingin melihat pelajar yang dilahirkan oleh sistem pendidikan

adalah seimbang dari segi Intelek, Emosi, Rohani dan Jasmani. Dari segi

amalan, maklumat yang diperoleh, akan membantu pendidik memahami

orientasi moral pelajar secara menyeluruh. Perbezaan dan persamaan orientasi

moral yang wujud antara pelajar juga akan memberi maklumat tambahan

kepada pendidik terutama dalam aspek menangani masalah atau dilema diri

pelajar. Di mana alasan pelajar tidak semestinya berfokus kepada alasan yang

sama. Ini sekurang-kurangnya membantu pendidik mengenal pasti corak

pemikiran pelajar terlebih dahulu, sebelum memikirkan kaedah serta strategi

yang lebih berkesan untuk melahirkan pelajar yang seimbang.

Dapatan kajian yang melihat orientasi moral pelajar berdasarkan jantina

dan kumpulan pelajar, diyakini dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan

memikirkan langkah-langkah terbaik bagi mempertingkatkan keupayaan

membuat penaakulan moral. Keupayaan pelajar-pelajar bertindak mengikut

pertimbangan sendiri secara rasional dan positif akan membantu melahirkan


27

golongan pelajar yang berfikiran matang dan berkeupayaan menyelesaikan

masalah moral yang dihadapi oleh mereka.

Kajian ini juga mustahak kepada golongan seperti pentadbir, guru disiplin

serta guru bimbingan dan kaunseling yang secara langsung mengendalikan

masalah tingkah laku kerana kematangan penaakulan moral berupaya memupuk

tingkah laku moral (DiLalla, 2002; Blasi, 1980; Hoffman, 1976). Maklumat baru ini

akan dijadikan panduan kepada guru-guru menangani masalah salah laku

pelajar di sekolah kerana secara amnya jenis orientasi yang digunakan oleh

pelajar-pelajar ini diketahui.

1.7 Batasan kajian

Beberapa batasan kajian telah dikenal pasti dalam kajian ini. Pertama

dilihat daripada aspek pemilihan pelajar salah laku dan tidak salah laku. Pada

peringkat permulaan kajian, senarai nama pelajar telah diperoleh daripada rekod

disiplin sekolah, ini bermakna pelajar salah laku telah dikenal pasti pernah

terlibat dengan kes salah laku, mana kala pelajar tidak salah laku, tidak

mempunyai sebarang rekod salah laku.

Bagaimanapun, setelah setiap pelajar dinasihatkan mengisi borang soal

selidik salah laku secara jujur, maka didapati kesemua pelajar-pelajar yang

namanya tersenarai sebagai pelajar tidak salah laku mengakui pernah

melakukan kes salah laku, tetapi tidak pernah direkodkan. Oleh kerana itu, pihak

sekolah tiada sebarang rekod salah laku pelajar-pelajar tersebut.

Kesimpulannya, walaupun pelajar-pelajar dikategorikan sebagai pelajar tidak


28

salah laku, tetapi sebenarnya mereka pernah terlibat dengan beberapa

kesalahan salah laku tanpa pengetahuan pihak sekolah.

Selain itu, walaupun terdapat sembilan kategori salah laku tetapi pelajar

yang terpilih tidak khusus kepada mana-mana kategori salah laku. Ini bermakna

setiap pelajar yang terpilih tidak seragam dan menyeluruh daripada jenis serta

jumlah kesalahan yang dilakukan sepanjang sesi persekolahan pada tahun

kajian dijalankan.

Seterusnya, memandangkan pengkaji telah menetapkan peserta kajian

mewakili tiga kaum utama di sekolah, maka pemilihan peserta kajian adalah

berdasarkan kepada seorang pelajar untuk satu kaum yang mewakili pelajar-

pelajar lelaki dan perempuan yang terlibat dengan kes salah laku dan pelajar-

pelajar yang tidak terlibat dengan kes salah laku serta mewakili jantina yang

berbeza. Penetapan ini menyebabkan terdapat peserta kajian yang mempunyai

bilangan kesalahan yang lebih tinggi tidak terpilih sebagai peserta kajian kerana

telah ada pelajar yang mewakili kaum yang sama. Pemilihan pelajar yang

berdasarkan jumlah kesalahan yang tercatat dalam borang salah laku juga

menyebabkan faktor latar belakang peserta kajian seperti faktor sosioekonomi

keluarga tidak dapat diambil kira dalam kajian ini.

Kajian kualitatif yang menggunakan teknik temu bual sahaja dalam

pengutipan data didapati amat mencabar. Pengkaji harus mempunyai kemahiran

serta teknik-teknik yang betul bagi mencungkil masalah atau dilema yang

dihadapi pelajar. Ini kerana sikap pelajar yang amat berahsia terutama apabila

membincangkan masalah sebenar yang dialami dan kebanyakan mereka cuba


29

menyembunyikan hal-hal peribadi. Keadaan ini telah menyukarkan pengutipan

data pada peringkat awal.

Jumlah peserta kajian adalah kecil iaitu seramai 12 orang sahaja.

Pemilihan peserta kajian yang kecil ini berkemungkinan menghadkan hasil

dapatan kajian dan pelbagai maklumat tambahan tentang masalah dan dilema

pelajar. Walaupun terdapat batasan kajian, namun kajian kualitatif dengan

menggunakan teknik temu bual ini berjaya memenuhi dan menjawab tujuan

kajian, objektif kajian dan persoalan kajian.

1.8 Pentakrifan Istilah

Beberapa istilah yang digunakan dan membawa makna yang khusus

dalam konteks kajian ini dinyatakan di bawah:

1. Orientasi Moral

Orientasi moral merujuk kepada alasan-alasan yang diberikan ke atas

tindakan pilihan apabila memberi respons kepada dilema yang terdapat di dalam

vignet dilema sebenar.

2. Penaakulan Moral

Penaakulan moral merujuk kepada proses pemikiran seseorang individu

apabila menentukan tindakan yang betul ketika memberi alasan kepada tindakan

yang diambil dalam sesuatu situasi.


30

3. Dilema Sebenar

Dilema sebenar merujuk kepada masalah atau dilema yang benar-benar

dilalui dan dialami oleh peserta kajian semasa pengutipan data dilakukan.

Dilema sebenar menyentuh masalah diri peserta yang berkaitan dengan dirinya

sendiri, masalah diri peserta dengan keluarganya, masalah diri peserta dengan

rakan sebayanya atau masalah diri peserta dengan orang sekeliling.

4. Salah Laku Pelajar

Salah laku pelajar merujuk kepada penglibatan pelajar dalam mana-

mana sembilan jenis salah laku yang disenaraikan oleh Kementeriaan Pelajaran

Malaysia seperti jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang

sopan dan biadab, tingkah laku musnah, tidak jujur dan menipu, ponteng dan

kenakalan. Kesalahan ini dilakukan di sekolah sahaja dan membolehkan

tindakan disiplin dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang terlibat.

5. Vignet Dilema Sebenar

Vignet dilema sebenar merujuk kepada cerita-cerita pendek yang diolah,

disusun dan diubah suai daripada masalah dan dilema yang diceritakan oleh

peserta-peserta kajian. Vignet dilema sebenar melibatkan satu isu yang

memerlukan seseorang membuat penyelesaian masalah dan vignet ini diakhiri

dengan suatu situasi di mana seseorang berhadapan dengan dua atau lebih

pilihan dalam membuat keputusan.


31

6. Pelajar Salah Laku

Pelajar salah laku dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang

mempunyai rekod kes-kes salah laku yang tinggi di sekolah. Mereka juga telah

dikenal pasti pernah digantung persekolahan atas kesalahan salah laku.

7. Pelajar Tidak Salah Laku

Pelajar tidak salah laku merupakan pelajar yang telah dikenal pasti oleh

pihak sekolah sebagai bebas daripada rekod kes salah laku. Kesalahan salah

laku yang diakui pernah dilakukan oleh pelajar tetapi tidak pernah dikenakan

sebarang tindakan oleh pihak sekolah, tersenarai sebagai pelajar tidak salah

laku.

8. Dilema Kendiri

Merujuk kepada masalah atau dilema yang dicari sendiri oleh peserta

kajian kerana perasaan rendah diri dengan kelemahan atau kekurangan yang

dirasai ada pada diri.

9. Dilema Keluarga

Merujuk kepada masalah atau dilema yang dihadapi kerana sikap atau

kehendak ahli keluarga yang menimbulkan tekanan kepada peserta kajian.


32

10. Dilema Rakan Sebaya

Merujuk kepada masalah atau dilema yang dihadapi oleh peserta kajian

kerana sikap rakan sebaya di sekolah yang tidak menghormati, membuli atau

mengambil kesempatan dan ini memberi tekanan kepada peserta kajian.

11. Dilema Dengan Orang Sekeliling

Merujuk kepada masalah atau dilema yang dihadapi oleh peserta kajian

kerana tertekan dengan sikap beberapa orang di sekeliling seperti kaum

keluarga, rakan-rakan, guru-guru atau jiran tetangga.

Anda mungkin juga menyukai