Tuan/Puan,
Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan
jawatan sebagai Pembantu Peribadi/Setiausaha di organisasi tuan/puan.
3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Kulim Sdn Bhd,
sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah.
Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini
dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap.
Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak
tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.
Yang benar.
..............................
SALAMON BIN SALAMAT