Anda di halaman 1dari 9

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN ISLAM : KEBAIKAN DAN

KELEMAHAN PENGGUNAAN MEDIA AUDIO DALAM PENGAJARAN

Dayang binti Keli


Emilda binti Abdul Kadir
Faridah binti Marmut
Email : fylda85@gmail.com

Abstrak

Lately, multimedia technology has been one of research material in education because it
is one of the instructional media. We have reached an era where multimedia technology
plays an important role in human’s life. Multimedia consists and groups a lot of tools,
text, audio, video, image, graphic and animation. Beside these tools, there is one more
speciality which is the ability to go interactively. This article is to discuss the benefit and
the weakness of audio which is one of the multimedia element in teaching.

Keywords : Multimedia, Audio, Pendidikan Islam

PENGENALAN

Dunia pendidikan sangat memerlukan kehadiran media pembelajaran yang bermutu


tinggi untuk meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media seperti ini tidak
bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses pengajaran dan
pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang berkesan boleh membantu
mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran teknologi
multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana media pembelajaran ini
mempunyai keupayaan yang tidak diperoleh oleh media lain sebelum ini.
Gagne (1971) menyatakan bahawa tiada satu media yang sempurna dan boleh memenuhi
semua keperluan. Namun, kita mestilah berusaha semaksimum mungkin untuk
menjadikan persekitaran kita menjadi media yang dapat mengoptimakan kemampuan
kita. Penggunaan teknologi multimedia merupakan alternatif yang tepat pada masa ini
kerana multimedia dapat menyentuh seluruh media pendidikan dalam satu perisian.

Kewujudan multimedia dalam persekitaran pendidikan telah menunjukkan suatu


perkembangan baru yang diharapkan mampu membantu dunia pendidikan menjadi lebih
berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya, dikatakan
penggunaan multimedia amat berkesan kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah
kerana ianya dilihat sebagai :

1. Memudahkan penghasilan bahan pengajaran yang lebih kreatif dan efisyen.


2. Pendekatan baru dalam pendidikan yang lebih efektif dan realistik kepada pelajar
kerana mampu muat turun bahan pengajaran dalam dan luar bilik darjah dengan
hanya melalui multimedia dan LCD.
3. Memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti
multimedia, simulasi, aktiviti kumpulan menerusi aplikasi rangkaiannya.
4. Media yang paling ideal untuk pengajaran individu dan pemulihan kerana ianya
memberi peluang kepada pelajar untuk menjelajah sendiri pelbagai sumber
maklumat dalam multimedia.
5. Memberi kesegaran baru dalam tugas pengajaran dan pembelajaran kerana ia
memberi gambaran yang jelas kepada pelajar dan ianya tidak statik.
6. Membekalkan kepada pelajar maklumbalas pakar dan juga membekalkan latihan
dan uji minda.

Media audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi secara
elektronik menerusi kabel atau udara. Audio yang digunakan mungkin berbentuk secara
langsung atau rakaman yang boleh disiarkan secaa terbuka (sistem siaraya) atau secara
tertutup. Media audio mungkin terdiri daripada perkara berikut iaitu satu sumber bunyi
atau suara, satu alat peka bunyi, satu sistem pengiriman audio dan satu sistem penerimaan
radio.
Audio terbahagi kepada dua jenis iaitu audio analog dan audio digital. Bahan audio pula
terdiri daripada pita kaset, cakera padat, atau pita gelung. Bahan perisian ini digunakan
dengan pekakasan yang bersesuaian dengannya iaitu pemain kaset, pemain cakera padat
atau pemain pita gelung. Bahan audio boleh dibina dengan membuat rakaman sama ada
dari radio, kaset, atau rakaman suara, mp3 dan sebagainya. Bahan juga boleh didapati
melalui koleksi dari kaset muzik atau bahan komersial.

Bunyi atau audio merupakan sensasi kepada persembahan multimedia. Tanpa bunyi
sesuatu persembahan akan menjadi bisu dan kaku dan tidak dramatik seperti kita
menonton filem zaman dahulu. Suara latar memberi tekanan intonasi kepada mesej yang
hendak disampaikan secara berkesan daripada membaca pameran teks pada skrin sahaja.
Rakaman muzik di dalam komputer peribadi akan menentukan keadaan fikiran
seseorang. Bunyi juga dapat menguatkan interaksi di antara pelajar pada pelbagai tahap
seperti terdapat pelbagai kesan bunyi yang dapat menyampaikan pelbagai maklumat
kepada pelajar secara tersurat dan tersirat.

Walaupun begitu, media audio adalah satu komunikasi sehala. Bagi mengatasi masalah
ini dalam keadaan tertentu, program audio boleh digabungkan dengan bahan-bahan
bercetak atau teknik perbincangan atau pembentangan kertas dalam kelas. Jika
komunikasi dua hala diperlukan, media audio dua hala seperti telefon atau pembaca kad
magnetik (rakaman sementara) boleh digunakan.

PENGGUNAAN AUDIO DALAM PENGAJARAN

Maklumat yang ingin disampaikan kepada pelajar menerusi penggunaan bahan


pembelajaran elektronik seperti aplikasi multimedia, tidak semestinya dipersembahkan
dalam bentuk paparan visual semata-mata. Adakalanya elemen audio juga boleh
digunakan pada sesetengah keadaan.
Audio atau bunyi adalah salah satu cara yang berkesan bagi menarik perhatian pelajar.
Dalam persembahan maklumat, kesan bunyi yang ringkas dapat menarik perhatian
pelajar dengan mudah. Bagi persembahan yang lebih kompleks, suara latar dan iringan
muzik pastinya dapat menarik perhatian dan menjadikan persembahan lebih menarik dan
menyeronokkan. Elemen audio juga dapat diterapkan dalam persembahan multimedia
bagi menyampaikan maklumat serta mempertingkatkan kefahaman isi kandungan
daripada media lain yang hendak disampaikan. Selain daripada itu, penggunaan audio
dalam persembahan multimedia juga dapat mencetuskan keseronokan, merangsang
pemikiran serta dapat mencorakkan sesebuah persembahan.

KEBAIKAN PENGGUNAAN MEDIA AUDIO DALAM PENGAJARAN

Audio dapat diintegrasikan ke dalam apilkasi multimedia menerusi pelbagai cara dan
antara yang utama adalah sebagai kesan bunyi yang istimewa, pencerita atau suara latar,
kesan bunyi khas dan juga sebagai muzik latar belakang. Terdapat banyak faktor
mengapa audio walau dalam apa jua bentuknya (suara latar, kesan khas, muzik dan
sebagainya) digunakan dalam aplikasi multimedia khususnya aplikasi multimedia
berbentuk pendidikan. Ini kerana terdapat banyak kebaikan menggunakan media audio
dalam aplikasi multimedia berbentik pendidikan terutamanya dalam proses pengajaran.

Antara kebaikan penggunaan audio ialah untuk meneguhkan mesej. Misalnya bunyi
suara binatang seperti burung, harimau, bunyi ombak dan lain-lain kesan bunyi boleh
digunakan dalam proses pengajaran. Dengan menggunakan audio, maklumat tambahan
dapat disampaikan dengan mudah dan pantas dan seterusnya dapat mengukuhkan atau
meneguhkan lagi mesej yang cuba disampaikan

Selain itu, muzik juga boleh menentukan keadaan fikiran atau perasaan seseorang.
Jalinan muzik atau kesan bunyi yang baik dan sesuai akan menarik perhatian pelajar agar
menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran. Ini seterusnya membolehkan
mereka menghayati proses penyampaian maklumat dengan lebih mudah. Kajian telah
menunjukkan bahawa persembahan dengan muzik adalah lebih berkesan daripada tanpa
muzik.
Muzik juga dapat menarik perhatian, menghidupkan suasana serta mengekalkan
penumpuan pelajar. Contohnya persembahan korporat yang terdiri daripada carta, grafik
dan teks sahaja akan menjadi bosan tanpa penggunaan sebarang kesan bunyi. Lebih
menarik jika ada kesan bunyi semasa menekan butang, beralih kepada slide baru dan
sebagainya.

Dengan adanya penambahan suara bagi kegunaan persembahan multimedia baik secara
individu atau pembelajaran berbantukan komputer (PBK), ia dapat menggantikan tenaga
pengajar. Ini kerana setiap pelajar sudah pasti mempunyai strategi pembelajaran masing-
masing. Penggunaan audio dapat menyediakan maklumat tambahan yang diperlukan bagi
menyokong strategi pembelajaran yang sedia ada. Bunyi juga digunakan untuk
mendapatkan maklum balas seperti bunyi buzzer apabila jawapan yang tidak tepat
diberikan.

Audio juga dapat menambahkan kesan realisme atau realistik apabila menyampaikan
maklumat. Selain itu, audio dapat mempertingkatkan kefahaman pelajar kepada sesuatu
isi kandungan yang kompleks serta bertindak sebagai panduan kepada pelajar dalam
proses pengajaran.

Audio merupakan satu kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang mudah
dan berkesan. Bahan untuk peralatan audio juga mudah diperolehi dan dihasilkan serta
mudah digunakan oleh guru dalam proses pengajaran. Bahan audio boleh digunakan
untuk kumpulan atau individu dengan mudah. Penggunaannya boleh memberi
pengalaman berbahasa dan bertutur kepada murid tahap rendah atau murid yang buta
huruf.

Selain itu, bahan audio juga boleh memberi gambaran visual dengan lebih berkesan
berbanding menerusi pembacaan sahaja. Peralatan audio seperti perakam kaset adalah
mudah alih, iaitu dapat digunakan di mana sahaja.
Bunyi juga digunakan dalam iklan dan dalam e-dagang. Bunyi lebih berkesan dalam
penjualan produk daripada hanya memaparkan teks dan grafik sahaja. Ia juga berfungsi
bagi memudahkan penerangan berkenaan sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan
dengan menggunakan teks atau grafik semata-mata.

Dalam Pendidikan Islam, penggunaan audio sebagai salah satu media pengajaran
mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Contohnya, dalam bahagian akidah Tingkatan 3
bagi tajuk “Rasul-rasul yang wajib diketahui” guru boleh menggunakan audio digital
contohnya mp3, kaset dan rakaman dan sebagainya yang mengandungi lagu-lagu yang
berkaitan dengan nama-nama rasul tersebut. Penggunaan bahan tersebut boleh
meneguhkan mesej yang ingin disampaikan oleh guru kepada pelajar-pelajar kerana
pelajar lebih mudah mengingati nama-nama rasul tersebut melalui bahan audio yang
digunakan. Ini juga bagi mengelakkan pelajar merasa bosan sekiranya guru hanya
menyebut nama-nama rasul tersebut dan menyukarkan mereka untuk mengingatinya.

Peenggunaan bahan tersebut juga boleh menarik perhatian pelajar dan sekaligus
mengekalkan tumpuan pelajar terhadap pengajaran. Bahan ini juga boleh membantu guru
tersebut dalan meyampaikan pengajarannya. Ini kerana guru tidak perlu mengulang
semula isi kandungan pelajaran yang ingin diajar sebaliknya menggunakan audio tersebut
bagi mengulang semula isi pelajaran yang ingin disampaikan. Bahan ini juga boleh
memberi gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding menerusi pembacaan sahaja.
Sekiranya guru hanya menulis nama-nama rasul tersebut di papan tulis, ini menyukarkan
pelajar untuk mengingatinya berbanding dengan menggunakan audio dari mp3 atau kaset
tersebut.
KELEMAHAN PENGGUNAAN AUDIO DALAM PENGAJARAN

Media audio juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah :

1. Kaedah persembahan daripada peralatan audio terhad kepada urutan rancangan


yang telah dirakamkan.
2. Pelajar kurang memberi perhatian kepada persembahan audio jika tiada
pengawasan rapi daripada guru.
3. Perbelanjaan awal untuk menyediakan kelengkapan dan peralatan audio adalah
tinggi.
4. Penghasilan bahan pengajaran audio yang bermutu memerlukan jangkamasa
lama.
5. Penentuan kadar penerimaan atau pencapaian objektif penggunaan bahan audio
agak sukar diketahui jika pelajar terdiri daripada kumpulan yang mempunyai
pelbagai pencapaian dan pengalaman.
6. Penyimpanan atau koleksi bahan audio adalah sukar memandangkan bahan pita
magnetik memerlukan tempat penyimpanan yang sempurna.

Walaupun penggunaan audio dikatakan mempunyai banyak kebaikan, terdapat juga


kelemahan menggunakan media jenis ini. Terdapat beberapa topik yang tidak sesuai
sekiranya menggunakan media ini. Contohnya dalam bahagian ibadah Tingkatan 3 bagi
tajuk solat ketika sakit, solat sunat hajat, pengurusan jenazah dan sebagainya,
penggunaan audio adalah tidak relevan dan tidak sesuai digunakan. Dalam tajuk-tajuk ini,
penggunaan media yang lebih sesuai ialah penggunaan video atau grafik. Tetapi
penggunaan video adalah lebih baik kerana grafik hanya memaparkan gambar kaku
semata-mata. Video pula lebih sesuai kerana ia lebih berbentuk praktikal dan
memerlukan pelajar melihat setiap pergerakan dan perlaksanaan yang terdapat di dalam
video yang ditayangkan.
CABARAN DAN KEKANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM
MENGAPLIKASIKAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN MEREKA.

1. Kekurangan perisian Islam yang bersifat interaktif yang dapat menyokong


perkembangan penggunaan teknologi dalam kelas elektronik.
2. Perisian multimedia interaktif yang ada di pasaran, sebahagiannya memerlukan
kepada pengubahsuaian agar sesuai dengan sukatan dan tahap pembelajaran.
3. Keterbatasan maklumat di lebuhraya maklumat kerana kekurangan pakar-pakar Islam
yang menyumbangkan bahan on-line kepada masyarakat sejagat.
4. Kekurangan guru-guru Pendidikan Islam yang terlatih dan berkemahiran teknologi
dalam penggunaan teknologi canggih serta mampu menyesuaikan diri dalam
pengajaran elektronik.
5. Kekurangan prasarana teknologi dan suasana kondusif. Contohnya makmal komputer
yang masih kekurangan komputer berbanding dengan jumlah pelajar yang ramai. Begitu
juga kelas yang tidak sesuai untuk menggunakan computer dan LCD di dalamnya contoh
kelas terlalu sempit, tiada kemudahan layar putih dan sebagainya.

KESIMPULAN

Multimedia merupakan gabungan elemen-elemen yang pelbagai seperti teks, grafik,


animasi, audio, video dan sebagainya. Multimedia adalah alat, kaedah dan pendekatan
yang digunakan untuk menghasilkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Audio yang merupakan salah satu elemen dalam
multimedia terdiri daripada audio digital dan analog. Tidak kira apapun jenis elemen
yang digunakan termasuklah audio, ia tidak bermaksud ia berfungsi menggantikan
peranan guru. Ia hanya digunakan untuk memudahkan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas, selain mempunyai kelebihan-kelebihan seperti yang telah
dinyatakan.
RUJUKAN

Ismail Zain. (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors.

Muhamad Hasan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran (penghasilan bahan


pengajaran berkesan). Selangor : Universiti Putra Malaysia.

Rozinah Jamaludin. (2002). Asas-asas multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur :


Utusan publications & Distributors.

Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan


Publications & Distributors.

Zaiton Mat Deris. (2006). Keberkesanan penggunaan multimedia dalam pengajaran


akidah tingkatan dua. Kuala Lumpur : Fakulti pendidikan Universiti Malaya.

http://e-majalah.com

http://cepiriyana.blogspot.com

http://jokosutrisno.blogspot.com

http://ppdmanjung.edu.my/modules.php?name=News&file=article&sid=27

http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=378

Anda mungkin juga menyukai