Anda di halaman 1dari 22

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN

SOSIO-BUDAYA
-guru
-murid
-sekolah
-kurikulum tersirat

HANIS ‘AQILAH BINTI HAMDAN


ELLY SULASTRI BINTI ABU SAMAH
ZARUL SYAFIQ BIN ABDUL GHANI
GURU
• Menurut Rohand Meighan (1986), kelas sosial
menggambarkan perbezaan cara hidup atau
pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama
• Karl Marx, kelas sosial adalah kategori individu yang
mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-
punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran
seperti sistem pengagihan dan pertukaran.
• Terdapat 5 kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu
golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan
bawahan, pekerja dan bawah.
• Kelas sosial murid juga harus diberikan perhatian oleh
guru.
• Mereka digalakkan mengajar tanpa membezakan kelas
sosial murid.
• Guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid
dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok,
berinteraksi tanpa sekatanbudaya dan masyarakat.
• Dengan cara ini satu suasana pembelajaranyang interaktif
akan terbentuk dan pembelajaran akan menjad
imenyeronokkan.
• Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd Ghani (2005)
menyatakan guru merupakan suatuprofesion
yang bertanggungjawab mendidik
manusia.Mereka berperanan membentuk
sahsiah pelajar.
• Guru adalah golongan manusia yang memberi
kesan yang besar terhadap perkembangan
personality, mental dan fizikal setiap manusia.
• Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu
membuat sedikit analisis mengenai latar
belakangmurid-murid sebelum merancang
pengajaran.Ini penting supaya objektif
pengajaran yang hendak disampaikan tercapai
dan aktiviti pembelajaran yang akan
dilaksanakan mampu di lakukan oleh pelajar
• Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap
individu pelajar itu mempunyai budaya, latar
belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang
berbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak
memberi kesan kepada pembelajaran mereka.
• Dalam konteks kepelbagaian ini, di mana
pertumbuhan dan perkembangan seseorang
pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat
dalam menyusuri arus pembelajaran mereka.
• Ia juga adalah satu impak yang sangat penting
kepada pelajar untuk mencapai kejayaan
daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
• Guru harus berusaha menolong murid
memahami dan membentuk nilai sikap,
tingkah laku uang sesuai. Guru harus melayan
keperluan murid kearah perkembangan
potensi secara optimum.
• Murid harus dibantu untuk memahami
kekuatan dan dan kelemahan yang ada pada
diri mereka; setiap kelemahan perlulah diatasi
dan kekuatan yang ada boleh digunakan untuk
membantu murid lain yang memerlukannya.
• Guru perlu berusaha untuk membantu murid
memilih kerjaya yangsesuai dengan tahap
pencapaian mereka.
• Guru perlu membantu muridmembina konsep
positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk
mengatasimasalah akademik dan
meningkatkan prestasi akademik murid
yanglemah melalui pengajuran kem motivasi
dan sebagainya
• Guru perlu menghormati murid  seperti orang lain,
bersikap adil kepadasemua murid, hukuman berbentuk
deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan
menyebabkan  hubungan guru dengan murid akan
renggang dan menghilangkan minat untuk
meneruskanpembelajaran.
• Guru bertanggungjawab membentuk komuniti
pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar
belakang dari pelbagai sosio-budaya.Langkah-langkah
pencegahan perlu dilakukan oleh guru untukmenyekat
aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan
antarakaum, pembentukan kumpulan berdasarkan
etnik dan meniupkan apiperkauman di kalangan murid.
• Guru harus merancang aktiviti pembelajaran
yang boleh disertai olehsemua murid, tanpa
mengira jantina. Isu yang mempunyai unsure
biaskepada mana-mana jantina mesti dielakkan
untuk memberi peluangyang sama pada setiap
murid menerokai aktiviti pembelajaran.
• Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi
tanggungjawab guru untuk membentuk
persepsi yang positif dalam kalangan murid
supaya mereka tidak terus hidup
dengan kecelaruan tersebut.
• Guru yang berwawasan bertindak sebagai
mualim, muaddib, murabbi,mursyid, dan
dalam masa yang sama sebagai fasilitator,
pembimbingdan kaunselor yang sentiasa
komited dengan kerjayanya iaitumenumpukan
perhatian dan bersungguh-sungguh
melaksanakan tugas.
• Demi memastikan objektif-objektif tercapai,
perancangan  guru yangrapi meletakkan
keutamaan terhadap tugasan.
• Keutamaan diberikankepada keupayaan,
kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran
berfikir,kemahiran berinteraksi dan
berkomunikasi.
• Peredaran masa membawa perubahan dan
cabaran terhadap profesionkeguruan termasuk
pengubahsuaian fungsi dan peranan guru.
• Peranan guru sebagai sumber utama
pengetahuan kepada murid telah
bertukarkepada guru sebagai pemudahcara
dalam pengajaran danpembelajaran, ejen
perubahan dan sumber inspirasi kepada
murid.
• Guru harus kreatif dan inivatif untuk
menjadikan sistem penyampaianpengajaran
dan pembelajaran menjadi efektif,
menarikdanmenyeronokkan.
MURID
• Murid adalah pelanggan bagi setiap guru
didalam bilik darjah. Mereka akan bersama
setiap kali aktiviti pengajaran dan
pembelajaranberlangsung dalam bilik darjah.
• Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkanmelalui
pendidikan terbaik yang melampaui
tingkahlaku manusia.Kerap kali terdapat
perbezaan antara individu atau kumpulan
murid dengan yang lain.
• Faktor ini mendesak guru menggunakan
kemahiran secara optimum dalam pengurusan
bilik darjah dan adalah pentingkepada guru
untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid
supaya sebarang tindakan dapat dilakukan
mengikut kaedah yang betul dan tepat.
• Antara perkara yang boleh dijadikan panduan
mengurus tingkahlakumurid ialah menyenaraikan
maklumat yang perlu murid ketahui
tentangperaturan yang wajib mereka patuhi
sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran.
• Murid harus bersosial dalam
melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus
berinteraksi tanpa mengira kelas sosial
danperlu membuang sikap prejudia terhadap
bangsa lain. 
• Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti
tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang
dijalankan haruslah berupaya menyemai
semangat saling percaya dan mempercayai ke
dalam jiwa murid.
• Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira
anutan agama hendaklah dikembangkan supaya
proses pembentukan kendiri murid
dapat dilaksanakan.
• Secaralangsung semangat perpaduan dapat
dijalinkan dalam masyarakt danseterusnya
berupaya membentuk mesyarakat yang toleran
kearahmemacu pembangunan negara.
• Murid biasanya suka akan budaya belajar yang
ceria, menyeronokkan,menyentuh emosi,
disamping meningkat kecergasan mental, kreatif
dan inovatif dan bermatlamat.
• Guru diperlukan membentuk budaya
bilikdarjah yang dinamis, mementingkan aspek
nilai-nilai murni, hubungan yang mesra
sesama murid dan murid dengan guru. 
• Murid yang sentiasa mendapat dorongan
dan bimbingan guru sertarakan sebaya, tahap
disiplin yang terkawal melalui tindakan yang
berhemah, yang dibaluti perasaan kasih saying
dapat memberi peluang yang terbaik untuk
mengembangkan potensi diri mereka kearah
pembentukan modal insan yang berkualiti.
• Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan
penting kea rahpembentukan budaya penyayang.
Komunikasi berkesan dapat dijelmakan melalui
cara bertutur, pengunaan bahasa badan,
penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat
tertentu seperti komputer, telefon dan
sebagainya. 
• Guru yang menggunakan kemahiran berkomunasi
sering menjanasuasana pembelajaran yang lebih
dinamik dan cara pembentukanakhlak dan
penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan
dengan lebihmudah dan berkesan.
• Mungkin terdapat beberapa orang murid yang
nakal didalam setiapkelas, namun harus
diingat bahawa bukan murid menjadi punca
permasalahan.
• Kemahiran mengawal kelas sebaik sahaja guru
memasuki kelas merupa titik noktah penting
dalam pengajaran danpembelajaran.
• Guru mesti mencuba membantu
menyelesaikan punca permasalahan
danmeneruskan aktiviti pengajaran dengan
banyak berinteraksi dengan murid sehingga ia
merasakan dirinya mendapat perhatian dan
dihargai sehingga ia merasakan mendapat
perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya
tetapi kerana tingkahlakunya yang disenangi
guru.
• Ketegasan terhadap disiplin murid perlu
dilakukan dengan cara danpendekatan
berhemah yang menampakkan bahawa
ketegasan itubukan bertujuan mendera tetapi
lebih kepada pengajaran.
• Kesabaran,kecekalan dan kesungguhan untuk
membentuk perangai muridmemang
mengambil masa yang lama. Murid harus
diterapkan supaya membiasakan diri datang
ke bilik darjah tepat pada masanya.

Anda mungkin juga menyukai