Anda di halaman 1dari 6

PERTANDINGAN CATUR USM TERBUKA KE-17 2010/2011

1.0 Tarikh dan Tempat


Acara individu : 15 - 16 Januari 2011
Acara berpasukan : 22 - 23 Januari 2011
Tempat : Dewan Utama Pelajar (DPC dan DPB), Kampus Induk,
USM, Pulau Pinang.

2.0 Hadiah-hadiah

Acara Individu Acara Berpasukan

Tempat Pertama : RM 500.00 + pingat Tempat Pertama : RM 1000.00 + pingat


+ piala Tempat Kedua : RM 750.00 + pingat
Tempat Kedua : RM 300.00 + pingat Tempat Ketiga : RM 550.00 + pingat
Tempat Ketiga : RM 200.00 + pingat Tempat Keempat : RM 350.00 + pingat
Tempat Keempat : RM 150.00 + pingat Tempat Kelima : RM 200.00 + pingat
Tempat Kelima : RM 100.00 + pingat Tempat Keenam : RM 150.00 + pingat
Tempat Keenam : RM 100.00 + pingat Tempat Ketujuh : RM 150.00 + pingat
Tempat Ketujuh : RM 100.00 + pingat Tempat Kelapan : RM 150.00 + pingat
Tempat Kelapan : RM 80.00 + pingat

Hadiah Pemain Terbaik: Hadiah Pasukan Terbaik:

Organisasi Awam
Institusi Pengajian Tinggi
18 tahun ke bawah Pertama(1L +1W)
Pemain Veteran 15 tahun ke bawah Pertama(1L+1W)
Wanita 12 tahun ke bawah Pertama(1L+1W)
Pelajar Universiti Wanita
Pelajar USM terbaik
18 tahun ke bawah lelaki (3)
18 tahun ke bawah wanita (3)
15 tahun ke bawah lelaki (3)
15 tahun ke bawah wanita (3)
12 tahun ke bawah lelaki (3)
12 tahun ke bawah wanita (3) Hadiah Papan Terbaik:
10 tahun ke bawah lelaki (3)
10 tahun ke bawah wanita (3) Papan Pertama
8 tahun ke bawah lelaki (3) Papan Kedua
8 tahun ke bawah wanita (3) Papam Ketiga
Papan Keempat
Papan Kelima (Simpanan)
Papan Keenam (Simpanan)
* Tahun pelajar adalah dikira pada 01 Januari 2011
** Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta Institusi Pengajian Tinggi
dan sekolah
*** Had bilangan pemain individu: 200 orang sahaja.
Had bilangan pasukan: 66 pasukan sahaja.

3.0 Tentatif program

Acara Individu

Hari pertama 15 Januari 2011(Sabtu)


0900 - 1100 Pendaftaran
1100 - 1300 Rehat
1300 - 1420 Pusingan Pertama
1440 - 1600 Pusingan Kedua
1620 - 1740 Pusingan Ketiga

Hari Kedua 16 Januari 2011(Ahad)


0830 - 0950 Pusingan Keempat
1010 - 1130 Pusingan Kelima
1130 - 1230 Rehat
1230 - 1350 Pusingan Keenam
1410 - 1530 Pusingan Ketujuh
1550 - 1710 Pusingan Kelapan
1730 - 1830 *Perasmian Pesta Catur Ke-17 dan penyampaian hadiah

Acara Berpasukan

Hari pertama 22 Januari 2011 (Sabtu)


1000 - 1200 Pendaftaran
1200 - 1400 Rehat
1400 - 1530 Pusingan Pertama
1550 - 1720 Pusingan Kedua
1740 - 1910 Pusingan Ketiga

Hari Kedua 23 Januari 2011Ahad)


0830 - 1000 Pusingan Keempat
1020 - 1150 Pusingan Kelima
1200 - 1300 Rehat
1300 - 1430 Pusingan Keenam
1450 - 1620 Pusingan Ketujuh
1640 – 1740 *Penutupan Pesta Catur Ke-17 dan penyampaian hadiah

4.0 Peraturan Acara Individu

• Kejohanan ini berdasarkan Peraturan Sistem Swiss FIDE 8 pusingan.


• Yuran pendaftaran adalah seperti berikut:
PCA member Non PCA member
Umum RM 22 RM 27
Institusi pengajian RM 19 RM 21
tinggi/ kolej
U18/U15 RM 17 RM 19
U12/U10 RM 15 RM 17

• Bilangan pemain dihadkan dalam jumlah 200 orang sahaja.


• Semua pemain adalah tertakluk kepada “National Rating”. Nilai permulaan
sebanyak 1200 akan diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai “
National Rating”.
• Keputusan arbiter adalah muktamad. Setiap aduan terhadap permainan perlu
diserahkan kepada Arbiter kejohanan dalam masa 15 minit selepas pusingan
tersebut. Bayaran pemprosesan sebanyak RM50.00 akan dikenakan. Wang
ini tidak akan dikembalikan sekiranya aduan tidak berjaya.
• Hadiah-hadiah yang berbentuk wang tunai, piala dan barangan akan
disampaikan kepada para pemenang. Barangan tidak boleh ditukarkan kepada
wang tunai.
• Panel Rayuan yang terdiri daripada 5 orang pemain akan dilantik sebelum
pertandingan dimulakan.
• Masa permainan diperuntukan ialah 40 minit dan masa ’walk-over’ ialah 30
minit. Sekiranya kedua-kedua pemain tidak hadir, maka mereka dianggap
kalah. Nama permain yang tidak hadir tanpa sebab akan digugurkan daripada
pusingan akan datang.
• Catatan gerakan adalah tidak wajib, tetapi keputusan yang dicatat pada ‘score
sheet’ dan ditandatangani oleh kedua-dua pemain adalah muktamad dan
arbiter TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan pemain.
• Sistem pemutus mengikut keutamaan adalah seperti berikut:
o Buchholz
o Berger
o Progress
• Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Januari 2011. Denda sebanyak RM
5.00 akan dikenakan kepada peserta yang lewat mendaftar.
• Jawatankuasa Penganjur berhak menambah, menolak dan menukar sebarang
peraturan sebelum dan semasa pertandingan jika difikirkan perlu.

5.0 Peraturan Acara Berpasukan

• Kejohanan ini berdasarkan Peraturan Sistem Swiss FIDE 7 pusingan.


• Yuran pendaftaran:
o RM 90.00 sepasukan bagi pelajar sekolah dan institusi pegajian tinggi
o RM 70.00 sepasukan bagi pasukan 12 tahun ke bawah dan
o RM 110.00 sepasukan bagi pasukan awam.
• Bilangan pasukan dihadkan dalam jumlah 66 pasukan sahaja.
• Semua pemain adalah tertakluk kepada “National Rating”. Nilai permulaan
sebanyak 1200 akan diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai “
National Rating”.
• Panel Rayuan yang terdiri daripada 5 orang ketua pasukan akan dilantik
sebelum pertandingan dimulakan.
• Keputusan arbiter adalah muktamad. Hanya ketua pasukan dibenarkan
membuat bantahan kedapa Panel Rayuan. Setiap aduan terhadap permainan
perlu diserahkan kepada Arbiter kejohanan dalam masa 15 minit selepas
pusingan tersebut. Bayaran pemprosesan sebanyak RM50.00 akan dikenakan.
Wang ini tidak akan dikembalikan sekiranya aduan tidak berjaya.
• Hadiah-hadiah yang berbentuk wang tunai, piala dan barangan akan
disampaikan kepada para pemenang. Barangan tidak boleh ditukarkan kepada
wang tunai.
• Masa permainan diperuntukan ialah 45 minit dan masa ’walk-over’ ialah 30
minit. Sekiranya kedua-kedua pemain tidak hadir, maka kedua-dua pemain
dianggap kalah.
• Semua pasukan perlu mengisi borang ‘Final Ranking Order’ semasa
pendaftaran.
• Pendaftaran rasmi dan penentuan susunan tetap pemain-pemain perlu dibuat
sebelum pusingan pertama bermula. Penukaran susunan tetap pemain-pemain
tidak dibenarkan selepas pendaftaran rasmi dilakukan.
• Borang ‘Board line up’ bagi 4 orang pemain kedua-dua pasukan perlu diisi
kepada pihak arbiter paling lewat 5 minit sebelum setiap pusingan
pertandingan bermula. Jika lambat, nama 4 orang pemain teratas dalam
borang ‘Final Ranking Order’ akan diambil secara automatik atau didenda
masa 10 minit sekiranya peserta masih mahu membuat pilihan sendiri.
• Pasukan yang memberi kemenangan semua papan secara percuma tanpa sebab
yang munasabah akan dianggap telah menarik diri.
• Catatan gerakan adalah tidak wajib, tatapi keputusan yang dicatat pada ‘score
sheet’ dan ditandatangani oleh kedua-dua pemain adalah muktamad. Para
ketua pasukan perlu pastikan keputusan ahli kumpulan pada setiap pusingan
adalah betul sebelum tandatangan pada ‘Board line up’ dilakukan. Arbiter
TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan pemain.
• Pemain jemputan mesti sama taraf dengan peserta-peserta dalam pasukan
tersebut. Contohnya, pemain jemputan bagi pasukan wanita mesti juga
seorang wanita.
• Setiap pasukan mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang pemain dan
tidak boleh melebihi 6 orang pemain. Hanya 4 orang pemain daripada setiap
pasukan dibenarkan bermain pada setiap pasukan.
• Penentuan hadiah adalah mengikut jumlah mata permainan. Jika seri, sistem
pemutus berikut dipakai:
a) Jumlah mata perlawanan.
b) Keputusan perlawanan di antara pasukan-pasukan terlibat.
c) Jumlah mata permainan untuk 3 papan pertama.
d) Jumlah mata permainan untuk 2 papan pertama.
e) Jumlah mata permainan untuk papan pertama.
f) Perlawanan catur kilat di antara seorang wakil setiap pasukan yang
terlibat.
• Hadiah papan adalah mengikut peratusan mata. Bagi papan 1 hingga papan 4,
pemain sekurang-kurangnya bermain 5 permainan manakala bagi papan
simpanan pula hanya 4 permainan. Jika seri, system pemutus berikut dipakai:
a) Jumlah mata permainan.
b) Keputusan permainan diantara pemain-pemain yang terlibat.
c) Perlawanan catur kilat di antara pemain-pemain yang terlibat.
• Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 Januari 2011. Denda akan dikenakan
sebanyak RM 20.00 kepada peserta yang lewat mendaftar.
• Jawatankuasa Penganjur berhak menambah, menolak dan menukar sebarang
peraturan sebelum dan semasa pertandingan jika difikirkan perlu.

*Untuk Sebarang Pertanyaan, sila hubungi :


- Lee Youn Hock 014-9445491 ( Pertanyaan )
- Sia Chye Ching 012-7258828 ( Pertanyaan )
- Lee Chiew Seng 016-5152312 ( Penginapan )

Anda mungkin juga menyukai