Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN SESI LATIHAN ( RSL ) Tajuk Mata Pelajaran : Automotif Kenderaan Modul 1 : SISTEM ELEKTRIK AUTOMOTIF Sub-modul : 1.

BATERI 2. ASAS ELEKTRIK AUTOMOTIF Automotif ... pelajar Bengkel Automotif MPAV 2 SMT Kajang.Selangor Pelajar dapat : 1. 2. 3. 4. Menerangkan fungsi dan kendalian bateri. Menerangkan asas elektrik. Melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik kenderaan. Melakukan kerja-kerja penyenggaraan pada sistem elektrik kenderaan.

Jabatan/Panatia Tarikh Nama Pengajar Bilangan Pelajar Lokasi Latihan Objektif Latihan

Pengenalan : Pengenalan Gambaran Latihan yang ingin di ajar

Gambaran Latihan : 1.0 BATERI 1. Guru menerangkan fungsi bateri. 2. Guru menerangkan dan menunjukkan binaan bateri 3. Guru menghuraikan tindakbalas kimia dalam dalam bater semasa cas dan nyah cas serta maksud istilah ampere hour 4. Guru menerangkan hubungkait antara bilangan sel dan plat dengan voltan dan keupayaannya. 5. Guru menunjukkan cara menguji elektrolit dan voltan sel serta kaedah menggunakan alat-alat penguji seperti hidrometer, meter pelbagai dan high discharge tester. 6. Guru menunjukkan langkah-langkah memeriksa keadaan bateri serta prosedur penyenggaraannya. 7. Guru menunjukkan cara mengecas bateri menggunakan kaedah siri dan selari. 8. Guru menerangkan dan menunjukkan langkah-langkah keselamatan semasa menguji dan mengecas bateri. 2.0 ASAS ELEKTRIK AUTOMOTIF 1. Guru menerangkan mengenai kod warna dan nombor kod wayar pendawaian mengikut piawaian M.S. J.I.S dan DIN. 2. Guru menerangkan cara memilih saiz wayar menikut bebanan dan spesifikasi alat-alat elektrik kenderaan. 3. Guru menerangkan dan menunjukkan cara membina litar siri, selari dan gabungan siri/.selari.

4. Guru melakar dan menerangkan litar-litar pendawaian sistem elektrik kenderaan dengan menggunakan simbol-simbol elektrik automotif. 5. Guru menerangkan cara mengenalpasti dan memilih jenis mentol, fius dan geganti yang sesuai untuk pelbagai tugas dalam sistem elektrik kenderaan. 6. Guru menerangkan dan menunjukkan langkahlangkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja pendawaian asas. 7. Guru menunjukkan cara membuat pendawaian litar lampu utama, lampu isyarat, lampu kecil, lampu kecemasan, lampu brek dan sistem hon. 8. Guru menunjukkan kaedah asas mendiagnosis dan membaiki pelbagai punca dan jenis kerosakan sistem elektrik kenderaan. Langkah pengajaran seterusnya Selepas sesi demonstrasi ini, pelajar akan dapat: 1. Menguji, menyenggara dan mengecas bateri 2. Melakar dan membina pelbagai jenis litar kenderaan 3. Mendiagnos dan membaiki kerosakan litar Produk yang di hasilkan ialah: 1. Bateri dapat dicas dengan betul 2. Pelbagai jenis litar dapat dibuat dengan sempurna Pelajar telah: 1. Menggunakan bateri sel kering sebagai sumber tenaga elektrik untuk lampu suluh dan telefon bimbit. 2. Mengenal pelbagai jenis lampu dan assesori pada kenderaan yang pernah dinaiki. Pengajar membuat demontarasi kepada pelajar iaitu : 1. Menunjukkan bahagian-bahagian bateri 2. Menunjukkan cara menguji, menyenggara dan mengecas bateri. 3. Menunjukkan pelbagai jenis wayar mengikut warna, saiz dan pengkelasannya. 4. Melakar dan membina pelbagai jenis litar elektrik kenderaan. 5. Menunjukkan cara mendiagnos litar bagi mengesan dan membaiki litar elektrik kenderaan. 6.Mengamalkan langkah-langkah keselamatan

Contoh produk yang akan di hasilkan Pengetahuan sedia murid tentang tugasan ini

Isi: Kemahiran yang ditunjukkan kepada pelajar

Pentaksiran ;

Guru meminta pelajar menyenaraikan perkara-perkara dalam sistem elektrik kenderaan serta akur dan mematuhi kehendak pentafsiran LPM. Guru menggunakan kaedah ujian formatif dengan mengemukan soalan bertulis, soalan lisan dan ujian kecekapan. Kaedah latihan : Guru membuat penerangan dan demonstrasi kepada pelajar Pelajar menyenaraikan pelbagai jenis alat-alat penguji bateri dan sistem elektrik kenderaan. Tunjukcara kaedah menguji dan membuat pendawaian litarlitar kenderaan.

Isi Penting

Kesimpulan

Pelajar diharapkan Berjaya : 1. Menamakan bahagian-bahagian bateri dan komponen dalam asas elektrik kenderaan. 2. Melakukan ujian-ujian ke atas bateri dan sistem elektrik kenderaan. 3. Melakar dan membuat pendawaian pelbagai jenis litar elektrik kenderaan. 4. Mendiagnosis dan membaiki kerosakan litar sistem elektrik kenderaan. Bahan sebenar : 1. Bateri, alat-alat penguji, alat pengecas dan komponenkomponen elektrik kenderaan. 2. Carta pelbagai jenis litar kenderaan. 3. Model lengkap pelbagai jenis litar kenderaan.

Bahan sumber

Anda mungkin juga menyukai