Anda di halaman 1dari 10

Perkataan yang lemah lembut

itu melembutkan hati yang


lebih keras dari batu batu
dan perkataan yang kasar
akan mengasarkan hati yang
lebih halus dari sutera
Kemuncak segala dosa ialah
bohong. Dua perkara yang
sentiasa mengiringi bohong
ialah banyak berjanji dan
banyak memberi alasan
Hindarilah diri dari menjadi
manusia yang suka berpuak
puak dan berpecah pecah.
Contohilah resam semut bila
bertemu seakan bersalam dan
suka bekerja sama di antara satu
sama lain.
Orang yang suka mengkhianati
teman sendiri adalah ibarat
binatang yang suka memakan
bangkai. Bertambah busuk
bangkai bertambah pula
seleranya
Sekeras keras batu dapat
dihancurkan oleh titis air yang
lembut. Begitu jua sekeras keras
hati dapat ditundukkan oleh
jirusan kata-kata lembut
Ilmu pengetahuan
seumpama perigi di padang
pasir dan bintang di malam
yang gelap dari itu kejarilah
ilmu seberapa daya yang
dapat
Seseorang manusia itu akan
disanjung kiranya dirinya
dibekali dengan akhlak
yang mulia disulami dengan
bunga bunga keimanan dan
dihiasi dengan cahaya
ketaatan kepada Tuhan
Hidup ini bagaikan sebuah
titisan yang perlu dilalui oleh
setiap insan di dunia ini. Oleh
itu merentaslah di titian yang
teguh yang dibina dari kayu
kayu keimanan yang kukuh
Jangan kenangi kesedihan
lalu sebaliknya ingatlah
kegembiraan mendatang.
Belajarlah bersungguh
sungguh agar kegembiraan
yang kita nantikan berhasil
Jangan malu memberikan
sedikit, kerana pemberian
sedemikian lebih baik daripada
tidak memberi sama sekali

Anda mungkin juga menyukai