Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Globalisasi merupakan satu proses untuk menempatkan dunia dalam satu unit perspektif yang
sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Proses ini
menyebabkan dunia seolah-olah tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit
sesebuah negara terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi
pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet dan media elektronik. Perkembangan ini
memungkinkan perhubungan sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama
manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan edisi empat globalisasi didefinasikan sebagai proses yang
membolehkan sesuatu aktiviti ekonomi, politik, pendidikan dan kebudayaan disebarkan atau
diperluas ke peringkat antarabangsa atau seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan
system komunikasi dan dasar terbuka. Globalisasi adalah fenomena yang menjadikan dunia
mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi
maklumat. Selain itu, globalisasi merupakan kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi
segala aspek, seterusnya bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep tanpa
sempadan.

Kerajaan Malaysia hari ini, memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat, ilmu
dan teknologi. Kesungguhan kerajaan dapat dilihat dengan berbagai-bagai bentuk wacana di
peringkat nasional dan antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan, forum, dan penubuhan
berbagai-bagai jenis institusi dan pertumbuhan projek baru berkaitan. Koridor Raya Multimedia
(MSC) merupakan contoh dan kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai samaada cara berfikir dan gaya bertindak dari
satu wilayah dunia kepada wilayah dunia yang lain. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud
sebelum istilah globalisasi ni diperkenalkan lagi. Fenomena ini boleh dikiaskan sebagai suatu
gelombang yang melanda dunia.

Vokasional pula bererti pendidikan amali yang menitikberatkan kemahiran yang


diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Ianya memperkenalkan konsep dunia pekerjaan kepada
pelajar-pelajar. Setiap hari, manusia mencipta dan memperbaiki teknologi untuk memudahkan
kehidupan. Teknologi yang dicipta dapat menjimatkan masa dan dapat meningkatkan
produktiviti. Globalisasi dan vokasional membuka suatu dunia baru dalam mengejar kemodenan
yang meninggikan tamadun sesuatu bangsa.

Latihan teknik dan vokasional telah menjadi agenda penting di kebanyakan negara serata
dunia terutama peringkat pengajian menengah atas dan peringkat pengajian tinggi. Menurut
Tilak (2002) oleh Mohamed Nizam (2008), latihan teknik dan vokasional telah dijadikan
sebahagian daripada program pendidikan selain pendidikan akademik di negara-negara Asia.
Walaupun terdapat perbezaan dari segi insfrastruktur dan perlaksanaan, pembangunan berterusan
program latihan teknik dan vokasional telah dijadikan agenda penting di kebanyakan negara-
negara Asia.

Pendidikan vokasional di Malaysia diselia melalui badan-badan awam adalah bagi


mendedahkan belia-belia dengan kemahiran vokasional di samping membantu mereka mendapat
peluang pekerjaan. Namun, hari ini negara menghadapi tugas yang mencabar lagi berat untuk
menyediakan tenaga manusia bagi mencapai negara maju menjelang 2020 di waktu ekonomi
dunia tidak menentu ini. Negara memerlukan tenaga pengajar yang mahir serta bijak mengambil
peluang kerjasama dalam pendidikan teknik dan vokasional dan industry berkaitan dengan
negara lain di serata dunia. Oleh itu, impak globalisasi dapat digunakan secara positif dalam
penyediaan tenaga kerja mahir dalam proses pembangunan negara.

Kamus Dewan versi elektronik (2007). Diperolehi pada 28 Ogos 2010 daripada
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=globalisasi

Mohamed Nizam bin Mohamed Salleh (2008). Hala tuju graduan vokasional: Kajian ke atas
keperluan dan kesesuaian kursus elektrikal di Institut Kemahiran Belia Negara.Tesis.
Sarjana Sains. Diperolehi pada 8 September 2010 daripada
http://eprints.usm.my/9913/1/HALA_TUJU_GRADUAN_VOKASIONAL.pdf

Anda mungkin juga menyukai