Anda di halaman 1dari 2

PEJABAT KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 10 Feb 2011

1.0 BIDANG TUGAS PEGAWAI INSIDEN


1.1 Tugas Am:
i. Mengemaskini senarai penghuni dan no. bilik di zon masing-masing.
ii. Mengawasi semua kelengkapan pencegah dan pemadam kebakaran supaya sentiasa
berada dalam keadaan baik.
iii. Membuat pemeriksaan peralatan keselamatan seperti peti pertolongan cemas dan
tanda arah keluar.
iv. Mengenalpasti bilik dan menyemak pelan lantai di zon masing-masing.
v. Menyelaras keselamatan penghuni semasa berlaku insiden kemalangan, kebakaran
atau kecemasan di zon masing-masing.
vi. Melaporkan segala insiden kemalangan, kebakaran atau kecemasan di dalam Sistem
Pelaporan Kemalangan (SPKem).

1.2 Tindakan Sekiranya Loceng Penggera Berbunyi Berterusan:


i. Mengenalpasti lampu yang menyala:
• MERAH - penggera (alarm): salah satu alat pengesan kebakaran telah
diaktifkan sama ada pengesan asap, haba atau alat pecah kaca (break glass)
• OREN - sesar (fault): loceng berbunyi kerana kesilapan penggera (bukan sebab
kecemasan).

ii. Sekiranya lampu merah menyala:


• Pastikan kedudukan sebenar zon penggera tersebut diaktifkan.
• Pergi ke lokasi tersebut dan sahkan kebakaran berlaku.
• Telefon:
 Pusat Kawalan Keselamatan UKM Kampus Bangi:03–8921 4444
 Pusat Kawalan Keselamatan Kampus Kuala Lumpur:03–9289 5395
 Jabatan Bomba & Penyelamat yang terdekat (999).
 Ketua Jabatan/Bahagian masing-masing.
iii. Sekiranya lampu oren menyala:
• Hubungi Jabatan Pengurusan Pembangunan: 03 – 8921 5050 (Bangi) / 03 –
9289 5218 (Kuala Lumpur) / 03 – 9145 5252 untuk memberhentikan bunyi
penggera palsu tersebut.

1.3 Tindakan Sekiranya Berlaku Kebakaran:


i. Kenalpasti lokasi kebakaran.
ii. Aktifkan loceng kecemasan kebakaran dengan memecahkan alat pecah kaca (Break
Glass).
iii. Telefon:
• Pusat Kawalan Keselamatan UKM Kampus Bangi: 03 – 8921 4666
• Pusat Kawalan Kampus Kuala Lumpur: 03 – 9289 5395
• Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia: 999
• Ketua Jabatan/Bahagian masing-masing.
iv. Maklumkan kepada semua penghuni supaya keluar dari bangunan mengikut jalan
yang selamat dan terdekat serta berkumpul di tempat yang telah dikenalpasti (tempat
berkumpul).
v. Pastikan semua penghuni telah keluar dari bangunan dengan membuat pemeriksaan
kesemua bilik.
vi. Cuba padamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api yang sedia ada
sekiranya keadaan mengizinkan iaitu tahu menggunakan alat pemadam api dan
keadaan tidak membahayakan.
vii. Pergi ke tempat berkumpul dan lakukan panggilan baris untuk pastikan semua
penghuni telah mengosongkan bangunan.
viii. Maklumkan kepada *Ketua Operasi Kebakaran bilangan penghuni di bawah
pengawasannya.

(* Nota: Ketua Operasi Kebakaran merupakan Pasukan Unit Bantu Mula Bahagian Keselamatan atau Pasukan Jabatan Bomba
& Penyelamat Malaysia bergantung kepada pasukan penyelamat yang tiba dahulu di tempat kejadian)

1.4 Tindakan Selepas Berlaku Kebakaran:


i. Melaporkan kejadian di dalam Sistem Pelaporan Kemalangan (SPKem) secepat
mungkin.
ii. Membuat anggaran kasar kos kerosakan bangunan dan peralatan beserta gambar
kerosakan dalam tempoh 24 jam serta maklumkan kepada Unit Aset, Jabatan
Bendahari.
iii. Membuat laporan Polis dalam tempoh 24 jam selepas kejadian sekiranya melibatkan
kebakaran/kecemasan Kelas 2 dan 3 (kebakaran besar yang memerlukan tuntutan
insurans). Maklumat yang diperlukan:
• Nama
• No. Kad Pengenalan
• No. Telefon
• Jawatan
• Bangsa
• Umur
• Jantina
• Agama
• Alamat tempat kerja
• Alamat tempat tinggal
• Tarikh laporan dibuat
• Laporan kejadian: Jelaskan tarikh dan masa kejadian berlaku. Nyatakan
tindakan yang diambil, orang yang terakhir berada ditempat kejadian dan
punca kebakaran jika diketahui. Nyatakan juga kerosakan pada peralatan
dan bangunan yang terlibat. Akhir nyatakan anggaran kerugian yang dialami
dan tujuan laporan dibuat adalah untuk tuntutan insurans.
• Tandatangan orang yang melaporkan
iv. Membuat permohonan dalam tempoh 5 hari bekerja kepada Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia untuk menjalankan penyiasatan bagi mendapatkan Laporan
Bomba. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
• 3 set borang JBPM 1-2 (Borang Maklumat Mangsa Kebakaran/Kecemasan)
– diperolehi dari Jab. Bomba dan Penyelamat Malaysia.
• Salinan Laporan Polis
• Nilai kerugian, item-item terbakar
v. Membantu menjalankan penyiasatan.
vi. Menyerahkan dokumen Laporan Polis dan Bomba dalam tempoh 14 hari bekerja
kepada Unit Aset, Jabatan Bendahari untuk urusan tuntutan insurans.

Anda mungkin juga menyukai