Anda di halaman 1dari 8

Pengacara Teks

Para tetamu mengambil tempat.

Makluman Awal

Jia Yi Makluman kepada semua peserta Pertandingan Mendeklamasi Sajak

atau Puisi, sila naik ke pentas melalui tangga sebelah kanan apabila tiba

giliran anda dan turun mengikut tangga sebelah kiri pentas selepas

menyempurnakan persembahan anda.

Terima Kasih.

Jia Yi Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita majlis mempersilakan para

hadirin mengambil tempat duduk masing-masing.

Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

Isyarat diberi.

Ucapan Pengumuman

Jip Ngo Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Mahmud Jusoh selaku

Ketua Jabatan Pengajian Melayu dan Encik Abang Saifuddin, pensyarah

IPGM Kampus Batu Lintang (Yang Dipertuan Jawatankuasa Pewakilan

pelajar Muhammad Azizi bin Rahim ) ke majlis Pertandingan

Mendeklamasi Sajak atau Puisi 2009 anjuran PPISMP PC Ambilan Julai

2008.

Jip Ngo Hadirin sekalian diminta berdiri tegak bagi menghormati seterusnya

menyanyikan lagu Negaraku dan LaguInstitut.


Jip Ngo Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan Alu-aluan

Jia Yi Para hadirin sekalian,

Buat ketupat bersama rendang

Jadi hidangan di waktu petang

Kami mengucapkan selamat datang

Ke majlis Pertandingan Mendeklamasi Sajak atau Puisi 2009

Sekalung ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada para

hadirin sekalian kerana sudi hadir ke majlis pada malam ini. Selamat

petang dan salam sejahtera diucapkan.

Jip Ngo Pohon Meranti tiga sebatang

Ditebang orang tiga pemuka

Tuan dinanti sudahlah datang

Apa perkara nan kita buka...

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan diucapkan kepada hadirin

sekalian kerana dapat kita bersama-sama dalam majlis Pertandingan

Deklamasi Sajak atau Puisi 2009.


Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang dihormati En Mahmud

Jusoh, Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Yang dsanjungi Encik Abang

Saifuddin, pensyarah IPGM Kampus Batu Lintang, para juri yang arif

Yang Dipertuan Jawatankuasa Pewakilan pelajar Muhammad Azizi bin

Rahim (PISMP BM Januari 2007) , Timbalan Yang Dipertuan

Jawatankuasa Pewakilan pelajar Suhana binti Udin(PISMP PA-AQ 2009)

, Saudara Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip dari kumpulan PISMP

Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009), para peserta pertandingan yang

dikasihi dan hadirin yang dihormati sekalian ke majlis pada malam yang

indah ini.

Untuk makluman hadirin sekalian, Pertandingan Mendeklamasi Sajak

atau Puisi 2009 mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya

kumpulan PPISMP ambilan Julai 2009. Yang amat dibanggakan seramai

15 orang guru-guru pelatih cina yang menyertai pertandingan pada

malam ini. Marilah kita berikan tepukan yang gemuruh atas penglibatan

mereka.

Jia Yi Sebelum pertandingan dimulakan, majlis mempersilakan saudari Yek

Kai Fong selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Mendeklamasi

Sajak atau Puisi 2009 untuk menerangkan syarat-syarat pertandingan.

Terima kasih atas penerangan saudari Yek itu tadi.

Jip Ngo Tanpa melengah masa, majlis mempersilakan peserta yang pertama,

Chaw Jia Wei dari PPISMP BC/PJ/KS 2 Ambilan Julai 2009 dengan
sajak yang bertajuk Hari Kemerdekaan.

Dipersilakan.
Jia Yi Sekarang, giliran peserta kedua dari PPISMP, Voon Kai Siang Ambilan

Julai 2009, MT/BI/BC 2 bagi mendeklamasikan sajak saudara yang

berbunyi

Jangan Berduka Malaysiaku.

Dipersilakan.
Jia Yi Seterusnya peserta yang ketiga dari PPISMP Wong Liew Ling dari

SN/BI/BC Ambilan Julai 2009 akan menyampaikan puisinya yang

bertajuk Sejarah. Dipersilakan.


Jip Ngo Persembahan yang mantap. Bagaimana pula persembahan yang akan

disampaikan oleh peserta no.4? Dipersilakan Susana Tong dari

PPISMP BC/PJ/KS 2 Ambilan Julai 2009 yang bertajuk Kemerdekaan.


Jip Ngo Sekarang, giliran peserta kelima dari PPISMP, Leong Guo Xiang

Ambilan Julai 2009, MT/BI/BC 1 bagi mendeklamasikan sajak beliau yang

berbunyi Menyambut Merdeka.

Dipersilakan.
Jia Yi Seterusnya peserta yang keenam, Sia Siew Bing PPISMP

SN/BI/BC Ambilan Julai 2009 akan menyampaikan puisinya yang

bertajuk Wiraku. Dipersilakan.


Jia Yi Sekarang,dijemput peserta yang ketujuh, Chiong Pei Sing dari

PPISMP BC/PJ/KS 2 Ambilan Julai 2009 mendeklamasikan sajak yang

bertajuk Mentera Patriot Bangsa.

Dipersilakan.
Jip Ngo Persembahan yang baik.Bagaimana dengan persembahan yang seterusnya?

Dipersilakan peserta yang kelapan Chua Ee Wang dari

PPISMP SN/BI/BC Ambilan Julai 2009 akan menyampaikan


puisinya yang bertajuk Negeri Cinta.
Jip Ngo Dipersilakan peserta nombor sembilan Ruth Ting dari PPISMP

SN/BI/BC Ambilan Julai 2009 dan puisinya yang berbunyi

Hari Kemerdekaan .
Jia Yi Sekarang,dipersilakan peserta yang kesepuluh ialah Hii Chui Feng dari

PPISMP BC/PSV/PJ Ambilan Julai 2009 akan mendeklamasikan

sajaknya yang berbunyi Negeri Cinta.


Jia Yi Dipersilakan peserta ke sebelas Wong Xin Rui dari PPISMP

MT/BI/BC 1 Ambilan Julai 2009 dan sajaknya yang berbunyi

Pokok bangsa itu adalah Kita.


Jip Ngo Seterusnya,dipersilakan Sia Soon Hung dari PPISMP SN/BI/BC ambilan Julai

2009 yang akan mendeklamasikan puisinya yang bertajuk Wiraku.

Jip Ngo Persembahan kesemua peserta hebat-hebat belaka.Tanpa

melengahkan masa,dipersilakan Wong Ping Ping dari PPISMP

BC/PJ/KS 1 Ambilan Julai 2009 dan sajaknya yang berbunyi Negeriku .


Jia Yi Peserta yang seterusnya ialah Khong See Ling dari PPISMP

BC/PJ/KS 1 Ambilan Julai 2009 dan puisinya yang bertajuk

Cinta akan Negara.


Jia Yi Memang hebat persaingan antara kesemua peserta hari ini.

Sekarang dipersilakan peserta yang terakhir, Ng Li Yen dari

PPISMP BC/PJ/KS 2 Ambilan Julai 2009 dan Dr Mahathir sebagai tajuk

sajak saudari .
Jip Ngo Hadirin yang dihormati sekalian,

Debaran para peserta telah berakhir. Tahniah diucapkan dan berilah

tepukan untuk diri sendiri.

Sementara menunggu keputusan dan meredakan debaran-debaran para

peserta, mari kita sama-sama mendengar ulasan atau komen daripada

jemaah hakim mengenai prestasi para peserta. Sekarang majlis

mempersilakan Encik Mahmud Jusoh ( Yang dipertuan Jawatankuasa

Pewakilan pelajar Muhammad Azizi bin Rahim ) untuk menyampaikan

Ulasan Penghakiman Pertandingan Mendeklamasi Sajak atau Puisi

2009.
Jia Yi Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan Yang

dihormati En Mahmud Jusoh (Yang dipertuan Jawatankuasa Pewakilan

pelajar Muhammad Azizi bin Rahim ) sebentar tadi.

Jia Yi Hadirin yang dihormati sekalian, kini sampailah masanya untuk kita

mengumumkan keputusan Pertandingan Mendeklamasi Sajak atau Puisi

2009 anjuran PPISMP PC Ambilan Julai 2008.

Keputusan yang muktamad telah berada di tangan kami, pasti anda

semua sudah tidak sabar untuk mengetahui siapa pemenang

Pertandingan malam ini.


Jip Ngo Bagi menyempurnakan majlis ini, sekali lagi dijemput Yek Kai Fong
selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Deklamasi Sajak dan
Puisi 2009 mengiringi Yang Berbahagia Encik Mahmud Jusoh (Yang
Dipertuan Jawatankuasa Pewakilan pelajar) dan En. Abang Saifuddin
naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah kenangan kapada para
pemenang.
Makluman kepada para hadirin, hadiah sebenar untuk pemenang akan
diberikan pada perhimpunan yang akan datang.

Jia Yi Majlis sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia
En Mahmud Jusoh (Yang Dipertuan Jawatankuasa Pewakilan pelajar ) di
atas kesudian menyampai hadiah kenangan tadi.

Jip Ngo Majlis akan dimulakan dengan pengumuman nama pemenang. Untuk

pemenang tempat ketiga, pemenangnya ialah …………………. dari

kumpulan ………………

Jip Ngo Tempat kedua pula dimenangi oleh ………………. dari

kumpulan…………..

Jia Yi Dengan bangganya diumumkan, saudari/saudara ………..merupakan

juara dalam Pertandingan Mendemaklasi Sajak atau Puisi 2009 di Institut

Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang.

Tahniah diucapkan.

Jip Ngo Hadirin sekalian diminta berdiri tegak bagi menghormati seterusnya

menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku.


Jip Ngo Hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan berakhirnya nyanyian lagu Ibu Pertiwiku tadi maka sempurnalah

sudah majlis Pertandingan Deklamasi Sajak dan Puisi pada petang ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih sekali

lagi kepada para peserta. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat dalam menjayakan dan menghadiri program ini dan majlis ini

diakhiri dengan serangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah

Jangan disimpan di dalam peti

Majlis penutupan selesailah sudah

Jumpa lagi di lain kali

*Diumumkan ketibaan Encik Muzstafar dari Jabatan................. sila beri tepukan untuk

mengalu-alukan ketibaan beliau.

Anda mungkin juga menyukai