Anda di halaman 1dari 7

KULIAH

Kaedah ini tidak sesuai digunakan sepanjang waktu pengajaran. Waktu kuliah yang menggunakan kaedah ini biarlah pendek, selain itu pastikan pelajar yang mengikuti pelajaran dengan kaedah ini pelajar juga mengetahui cara mengambil nota. Kuliah mesti fleksibel, beri ruang pelajar membrei komen serta pendapat dan kemukakan soalan. Sediakan contoh bagi menjelaskan idea dengan bantuan alat bantu mengajar.

DEMONTRASI
Demontrasi adalah kaedah di mana guru menunjukkan sesuatu kepada pelajar atau kelompok pelajar. Demontrasi peril diikuti dengan pelajar berpeluang melakukannya. Semasa proses demontrasi berjalan, guru perlu memastikan ianya dapat dilihat oleh semua pelajar dengan jelas.

SUMBANGSARAN
Sumbangsaran adalah cara yang berkesan bagi mendapatkan banyak maklumatdaripada pelajar dan tentukan idea mana yang paling sesuai. Beri masa untuk pelajar memberi idea, pelajar perlu digalakkan atau diransang guru untuk memberi idea.

LAWATAN
Lawatan biasanya didefinisikan sebagai membawa pelajar ke tempat tertentu dengan tujuan tertentu. Tujuan lawatan adalah melihati sesuatu situasi atau persekitaran luar supaya pelajar lebih berfikiran terbuka.

EKSPERIMEN

Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen.

PERBINCANGAN
Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti.

PROJEK
Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain.

Anda mungkin juga menyukai