Anda di halaman 1dari 1

Ramai yang mengatakan kawan di ibaratkan seperti isi dengan kuku.

Ini kerana
kawan adalah tempat kita meluahkan masalah, bergembira, meminta pertolongan dan
sebagainya. Kehidupan seseorang akan bermakna sekiranya mempunyai kawan yang
baik.

Kawan merupakan orang yang paling rapat dengan kita kerana dalam seharian,
kita banyak menghabiskan masa bersama-sama kawan berbanding keluarga. Kita
sanggup melakukan segalanya demi seorang kawan. Kawan yang baik akan memberi
kebaikan kepada kita tetapi kawan yang buruk akhlak akan memberi kesan negatif
kepada kita.

Jika kita tersalah memilih kawan, kita akan mudah terpengaruh dengan perbuatan
yang dilakukan oleh kawan. Kita akan mengikut perbuatan tersebut tanpa berfikir
panjang. Perbuatan yang tidak elok seperti melawan cakap ibu bapa, merokok, mencuri
dan sebagainya. Kita sanggup melakukan perkara tersebut kerana percaya pada kawan
dan merasakan kawan adalah yang terbaik dalam hidup.

Apabila seseorang terpengaruh dengan kawan berakhlak buruk, maka kita tidak
mempedulikan nasihat orang lain. Selain itu, kita juga akan susah untuk kembali ke
pangkal jalan. Semua perkara yang baik mudah dilupakan kerana seronok dengan perkara
baru. Ada yang lebih teruk, kita sanggup mengambil dadah jika kawan mempelawa atau
sering kali melihat perbuatan kawan menghisap dadah.

Kehidupan kita akan musnah sekiranya kita tersalah memilih kawan. Banyak
kesan buruk daripada kesan baik. Secara tidak langsung, kita juga akan menyusahkan
keluarga, masyarakat dan Negara. Oleh itu, fikir dan nilai terlebih dahulu seseorang yang
kita kenal sebelum kita anggap dia sebagai kawan. Carilah kawan yang baik supaya hidup
kita akan lebih diberkati.

Anda mungkin juga menyukai