bahan2
cara2
AISKRIM COKLAT
Bahan:
(A)
2 biji kuning telur
1 biji telur
140 gm gula kastor
(B)
250 ml susu penuh krim
60 gm serbuk koko
(C)
400 gm Non Dairy Whipping Cream
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuatnya :
1. Pukul bahan A hingga putih dan berkerim.
2. Panaskan susu penuh krim hingga mendidih, masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
3. Tuangkan adunan susu ini ke dalam adunan telur. Kacau hingga sebati dan biarkan sejuk.
4. Putar Non Dairy Whipping Cream sehingga kental dan gebu.
5. Masukkan esen vanila, adunan (3) yang telah sejuk dan gaul sebati.
6. Tuangkan ke dalam bekas plastik bertutup dan simpan dalam peti dinginbeku (freezer)
semalaman.
AISKRIM VANILA
Bahan-bahan :
(A)
4 biji kuning telur
90 gm gula kastor
(B)
250 ml susu penuh krim
1 sudu teh esen vanila
(C)
300 gm Non Dairy Whipping Cream
Cara Membuatnya :
1. Pukul bahan A hingga putih dan berkerim.
2. Didihkan susu penuh krim dan campurkan bahan A kedalamnya. Kacau hingga sebati dan
biarkan sejuk kemudian masukkan esen vanila.
3. Putar Non Dairy Whipping Cream hingga gebu dan masukkan ke dalam adunan diatas.
4. Gaul sebati adunan tersebut dan tuangkan dalam bekas plastik bertutup.
5. Simpan peti dinginbeku semalaman.
FONDANT
fondant ble beli...if nak beli tgk kualiti cmner... HARVEST ada jual.... bole juga buat sendiri.... tapi nak
buat sendiri kena mahir betul2...... suhu bilik kena jaga... kalau bole air cond... resepi fondant:
FONDANT
15gm gelatin ,
60 ml air panas,,
100gm glukos,
1000gm shortening,
25 gm gliserin,
if dalam mixer nampk bederai.... campurkan air pans cikit2 masa dalm mixer tgh uli tuh....sapi jadi doh...
Donat Gebu
Bahan-Bahan:
Cara:
1.Masukan kesemua bahan kering. Gaul rata.
2.Lembutkan mentega dan gaul dengan bahan kering.
3.Masukkan yis yang telah dibancuh dengan 1 cawan air.
4.Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air sekiranya adunan sedikit keras.
5.Rehatkan adunan selama 15 minit.
6.Terap doh menjadi bentuk donut.
7.Gorengkan didalam minyak sederhana panas dan api hendaklah kecil supaya donut tidak garing.
8.Golekkan donut yang siap digoreng (panas²) kedalam mangkuk yang berisi gula aising.
Cadangan Hidangan:
Donut yang telah dimasak boleh juga dicelup ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan.
Begedil Ayam
Bahan-Bahan:
1 kg ubi kentang (di kupas kulit)
300 gm daging ayam (dicincang halus)
20 gm jintan putih
20 gm jintan manis
...20 gm lada sulah
50 gm bawang goreng (paket)
2 tangkai cili merah (dihiris halus)
2 tangkai cili hijau (dihiris halus)
4 batang daun bawang (ihiris halus)
3 biji telur (dipukul kembang)
100 gm tepung kentang(potatoe Starch)
sedikit garam dan perasa (mengikut citarasa sendiri)
Untuk menumis:
2 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
sedikit minyak zaitun
Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang merah kecil dan bawang putih setelah kuali
panas.Masukkan lada sulah, jintan manis dan jintan putih. Kemudian masukkan hirisan daging ayam.
Masak sehingga daging ayam masak. Bolehlah dimasukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul
sehigga sebati.
Kemudian masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kentang yang sudah ditumbuk. Masukkan hirisan cili
merah, cili hijau dan daun bawang bersama dengan bawang goreng. Gaul sebati.
Akhir sekali masukkan tepung kentang(potatoe starch)dan gaul semula. Kepal dan bentukkan kentang
menjadi bulat dan leper mengikut pilihan anda.Mahu yang besar atau kecil bentuknya.
Cucur Udang
Bahan-Bahan:
Cara:
Panaskan minyak dan goreng bawang, kemudian masukkan udang gaul sebentar dan diangkat. Gaulkan
udang dengan serbuk roti, baking powder, serbuk rempah dan garam. Masukkan telur dan cucu cair uli
hingga rata kemudian bentuk bulat-bulat kecil. Goreng hingga masak. Cucur ini sedap dimakan dengan
cili sos.
KEK BUAH KUKUS
BAHAN2NYA:***
375gm mixfruit dlm kotak
250gm butter golden churn
300gm tepung gandum *
3 biji telur ayam gred A
1 camca teh soda bicarbonate *
1 camca teh cream of tartar *
150gm gula perang(gula halus pun bole)
150gm gula pasir(utk dijadikan gula hangus)
1 biji pala diparut
30gm badam keping
ceri merah/ceri hijau ntk hiasan
(* diayak )
***CARA2MEMBUATNYA:***
1) satukan mixfruit, buah pala n badam keping.
2)masukan tepung yg telah diayak dan gaul bersama mix fruit hingga buah2an
bersalut dgn tpg. ini utk mengelakan buah mendak kebwh.
3) masa ini jerang air hingga mendidih utk proses mengukus.
4)pukul mentega dgn gula perang hingga berkrim dan masukan telur satu persatu
pukul hingga putih jgn terlalu kembang.
5)perlahankan speed dan masukan buah2an dan gaul hingga rata. matikan mesin.
sementara itu masak gula utk dijadikan gula hangus hingga berwarna gelap.
6)putar semula dgn speed perlahan dan masukan gula hangus dgn cermat dan
pantas kearan gula hangus akan cpt membeku.
7)masukan dlm loyang yg bersaiz 8x8x3 dan hias dgn ceri merah/hijau.
8)tutup loyang dgn aluminiun foil utk mengelakan pengwapan..dan kukusla selama
4 jam hingga msk
SELAMAT MENCUBA...
TOPING COKLAT
...Cara:
Cairkan kesemua bahan atas double-boiler hingga semua larut. Biarkan pada suhu
bilik sebentar sebelum dituang atas kek. *topping likat bila disimpan dalam peti
sejuk.
Cara:
Campurkan semua dalam periuk kecil dan masak atas dapur hingga semua sebati
dan tak berketul. Kalau terlalu likat masukkan sedikit susu/air hingga adunan boleh
dituang. *topping takkan keras walaupun dalam peti sejuk.