Anda di halaman 1dari 3

nota untuk bakal suamiku...

;)

by Wan Nor Shazni on Wednesday, January 26, 2011 at 3:52pm

 “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya,


kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya
beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang
merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.

Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang
pendakwa raya.

”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan


kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.

“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”, tiba-tiba sahaja


tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup
bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan
langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya
Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini
adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.

Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila
hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan
Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri.
Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah
lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama
namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.

”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya
ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan
syaitan...”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak
berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar
tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada
keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua.
Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan
bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak
disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni
sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab
malam.

”Astaghfirullahal azim..alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau


menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan
seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas
segala petunjuk daripadaNya.

Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah
putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan
ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu.
Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri
mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat
pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam
kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang
dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik
orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana
gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya.
Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi
hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah...

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk


mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata
yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di
jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.

Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik
dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya
kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri
saya yang sah.

Ikhlas, Izhar...

Wassalam saudaraku Muhd Izhar...

Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik
Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota
yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara.
Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan
syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya,
idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa.
Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah
sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain,


sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan
mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka
berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu,
dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku
membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan,
pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan
hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum
berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang
terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya.

Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…

“Astaghfirullahal ’azim...Astaghfirullahal ‘azim…Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan


dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta.
Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku
kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia,
sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat
tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah,
mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan
masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang
gagal menemukan mereka kepada kebenaran.

Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan
tiba...

- <span>Artikel iluvislam.com</span>

Anda mungkin juga menyukai