Anda di halaman 1dari 6

Disediakan oleh:

mohd haris bin ibrahim


amir syaiful azuan bin amir hamzah

Kemahiran bertutur
(kelancaran,kafasihan,laras bahasa)
Kemahiran membaca
(membaca dan memahami)
Kemahiran menulis
(kesalahan biasa dalam tulisan)
Kemahiran bertutur
(kelancaran,kefasihan,laras bahasa)

Kelancaran
• Kebolehan membaca teks dengan betul dan cepat.
• Merupakan jambatan antara mengenali perkataan dan pemahaman.
• Berkembang secara beransur-ansur bergantung kepada banyaknya
latihan yang diperolehi.
• Mempunyai ekspresi dan kelancaran
• Bahagikan teks kepada segmen-segmen yang bermakna.
• Penekanan suara dan intonasi perlu dilakukan.
Kaedah-kaedah pengajaran
• Membaca secara kuat dengan bimbingan
• Bahan bacaan yang digunakan

Cara membaca secara kuat berulang kali


• Membaca bersama orang dewasa
• Bacaan bersama
• Membaca dengan bantuan alat perakam suara
1. Mengikuti pembacaan dengan cara menunding kepada perkataan yang dibacakan dalam buku
masing-masing
2. Membaca bersama rakaman.

• Teater pembaca
1. Melakonkan semula bacaan
2. Suara latar boleh digunakan
3. Menggalakkan murid untuk membaca secara berulang-ulang bagi menghafal skrip
4. Menggalakkan kerjasama di kalangan murid dan membuatkan aktiviti membaca sebagai
sesuatu yang menarik
Kefasihan
• lancar dan baik sebutannya
• petah berkata-kata
• mudah berkata-kata
• lancar dan baik sebutannya apabila bertutur

Cara untuk meningkatkan kefasihan

 Sentiasa berlatih.Contoh latihan : bersyarah


berpidato
berbahas
berlakon
 mempelajari tatabahasa bukan sahaja bahasa asing tetapi juga
bahasa ibunda supaya dapat menggunakan bahasa ibunda dengan betul.
 dengan mengetahui tatabahasa, seseorang itu akan mengetahui
kesalahannya dan memperbetulkan kesalahan tersebut.
 mempelajari aspek-aspek bahasa antaranya ialah ejaan, bunyi, laras
bahasa dan sebagainya.
 memperbanyakkan pembacaan.
Kepentingan
 Menjadikan komunikasi dan interaksi begitu berkesan.
 Pendengar suka dan berminat dengan orang begitu fasih dalam
percakapannya.
 Menarik ramai pendengar.

Laras bahasa

 Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid boleh menggunakan


bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana, dan situasi yang sesuai.
Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa itu
untuk tujuan-tujuan berkomunikasi secara berkesan
Kemahiran membaca
(membaca dan memahami)

 Pelengkap kepada keperluan bacaan kerana membaca tanpa kefahaman tidak akan
membawa makna apa-apa.

 Pada tahap ini pelajar sepatutnya telah berkeupayaan untuk mengumpul


maklumat,mentafsir dan menilai daripada apa yang dibaca.

kemahiran menulis
(kesalahan biasa dalam penulisan)

 Kesalahan bahasa dalam penulisan sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa
disedari. Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hukum tatabahasa.

 Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan ialah kesalahan menggunakan kata atau frasa
atau imbuhan di tempat yang tidak sepatutnya. Kesalahan dari segi kata, frasa dan
imbuhan paling kerap kita lakukan dalam penulisan.

Anda mungkin juga menyukai