Anda di halaman 1dari 7

﴿ ‫﴾ مقدمة فى بيان العلم وفيه فصول‬

‫الر ِح ْيم‬ ِ ‫الرح‬


َّ ‫مان‬ ِ ‫بِسم‬.
ْ َّ ‫ِاهلل‬ ْ
ِ ِ
ُ‫َص َحابِه الَّذيْ َن ُه ْم قُ ْد َوة‬ ِ ِ ِ ِ ِ ٍ ِ ِ ‫ب ال َْع‬ ِ ‫اَلْحم ُد‬
ْ ‫السالَ ُم َعلى َسيِّدنَا ُم َح َّمد َسيِّد اْألَنْبِيَاء َوال ُْم ْر َسل ْي َن ؛ َو َعلى آله َوأ‬ َّ ‫الصالَةُ َو‬
َّ ‫الم ْي َن ؛ َو‬َ ِّ ‫ِهلل َر‬ َْ
ِ
‫ َوبِ ِه نَ ْستَ ِع ْي ُن ؛‬.‫ان إِلى َي ْوم الدِّيْ ِن‬ ِ ‫الْعا ِرفِ ْين ؛ و َعلى تَابِ ِع ْي ِهم وتَابِ ِعى التَّابِ ِع ْين ل َُهم بِِإحس‬
َْ ْ َ َْ َ َ َ
‫ضالَلَة‬ َ ‫ َو ُك َّل‬،‫ضالَلَة‬ َ ‫ َو ُك ُّل بِ ْد َع ٍة‬،‫ َو َش ُّر األ ُُمو ِر ُم ْح َدثَا ُت َها‬،‫ َو َخ ْي ُر ال ُْه َدى ُه َدى ُم َح َّم ٍد‬،‫اهلل‬
ِ ‫يث كِتَاب‬
ُ
ِ ‫ فَِإ َّن َخ ْير الْح ِد‬،‫أ ََّما ب ْع ُد‬
َ َ َ
‫في النَّار‬. ِ

MUKADIMAH PADA MENYATAKAN KELEBIHAN ILMU DAN DALAM MUKADIMAH ITU


BEBERAPA PASAL
FASAL KEDUA BAHAGIAN 1 – ADAB ORANG YANG BELAJAR ILMU

﴿ ‫ِّف رحمه اهلل تعالى َو َن َف َعناَ اهلل تعالى بِ ِه فِى الدَّا ِريْن آمين؛‬
ُ ‫صن‬َ ‫ال ُم‬
َ َ‫﴾ ق‬

﴿ ‫﴾ الفصل الثانى فى آداب المتعلم والمعلم‬

( Bermula ) Fasal yang kedua pada menyatakan:

1. adab orang yang belajar ilmu, dan


2. adab orang yang mengajar akan ilmu

( FASAL ) ADAB ORANG YANG BELAJAR ILMU

( Adapun ) adab orang yang belajar ilmu itu maka iaitu terbahagi dua bahagi:

( Pertama: ) adab yang tertentu pada dirinya.


( Kedua: ) adab (be)serta gurunya yang mengajar akan dia.

1. ADAB YANG TERTENTU BAGI DIRINYA

( Adapun ) adab yang tertentu bagi dirinya itu tujuh perkara.

( BERMULA ADAB YANG PERTAMA ) itu menyucikan hati daripada sifat kejahatan dan segala
perangai yang kecelaan di dalam hati seperti riya’, dan ‘ujub, dan kibir, dan hasad, dan lainnya daripada
segala sifat kecelaan. Dan membaiki hati dengan bersifat akan sifat yang kepujian seperti ikhlas, dan
benar, dan zuhud, dan tawadhu’, dan lainnya daripada segala sifat yang kepujian yang lagi akan datang
bicaranya sekeliannya itu, (‫ )ان شاء اهلل تعالى‬di dalam kitab ini.

( Kerana ) ilmu itu iaitu setengah daripada ‘ibadat yang bathin. Dan tiada sah ‘ibadat melainkan dengan
suci daripada najis seperti sembahyang maka tiada sah ia melainkan dengan suci daripada najis yang
dzahir pada tempatnya, dan badannya, dan kainnya. Dan demikian lagi ilmu itu iaitu ‘ibadat yang bathin,
maka iaitu tiada sah ia melainkan dengan suci daripada najis yang di dalam bathin, ya’ni di dalam hati,
dan segala sifat kejahatan yang di dalam hati itu najis, seperti firman (‫[ )اهلل تعالى‬Surah At-Taubah, ayat 28]::

ِ
ٌ ‫﴾ إنَّ َما ال ُْم ْش ِر ُك ْو َن نَ ْج‬
﴿‫س‬
Ertinya::

“Hanya sungguhnya orang yang syirik itu najis.”

( Maksudnya bernajis ) di dalam hatinya dan jikalau ada badannya dan kainnya itu suci sekalipun.

Dan kata Imam Al-Ghazali (‫)رحمه اهلل تعالى‬:: “(‫ )اهلل تعالى‬menyatakan di dalam ayat (tadi), bahawasanya najis
itu tiada tertentu kain dan pada dzahir badan; maka selama tiada suci hati itu daripada sifat(-sifat yang)
(ke)jahat(an) itu maka iaitu ( tiada ) menerima ia akan ilmu yang memberi manafaat pada agama dan tiada
terang hatinya itu nur ilmu itu.”

( Dan ) dari kerana inilah kata Ibnu Mas’ud (‫ [ )رضى اهلل عنه‬Sila teliti matan berikut. ]::

ِ ‫ف فِى الْ َقل‬ ِ ِ ِ ِّ ‫﴾ لَيس ال ِْعلْم بِ َك ْثر ِة‬


﴿ ‫ْب‬ ُ ‫ إنَّ َما الْعل‬، ‫الر َوايَة‬
ُ ‫ْم نُ ْو ٌر ُي ْق َذ‬ َ ُ َ ْ
Ertinya::

“Tiada didapat ilmu itu dengan membanyakkan riwayat dan membanyakkan mengaji kitab, hanya
sanya dapat ilmu itu dengan nur yang ditaruhkan (‫ )اهلل تعالى‬di dalam hati.”

( DAN ADAB YANG KE-DUA ) mengkosongkan hati daripada

i) segala masyghul (, ya’ni kesibukan) kepada dunia, dan


ii) menjauh daripada masyghul dengan anak isterinya, dan
iii) daripada jual beli, dan
iv) daripada segala yang membimbangkan akan hati supaya selesai hatinya bagi menuntut ilmu;

kerana firman (‫ [ )اهلل تعالى‬Surah Al-Ahzab, ayat 4 ]::

﴿ ‫﴾ َّما َج َع َل اهللُ لَِر ُج ٍل ِّم ْن َقلَْب ْي ِن فِى َج ْوفِ ِه‬


Ertinya::

“Tiada menjadikan (‫ )اهلل تعالى‬bagi ( seorang ) laki-laki itu daripada dua hati di dalam rongganya.”
Ya’ni, tiada masuk ilmu itu di dalam hati seorang Islam (yang) bimbang (, ya’ni sibuk) ia akan suatu yang
lain daripadanya (ya’ni menuntut ilmu).

( DAN ADAB YANG KE-TIGA ) hendaklah orang yang belajar ilmu itu merendahkan dirinya dan
menghinakan dirinya, dan jangan membesarkan diri ( ya’ni tunduk ) atas suatu ilmu yang didatangkan (
ya’ni yang diajarkan ) oleh gurunya itu, ya’ni jangan mengata ia di dalam hatinya ilmu ini kecil atau kitab
ini kecil kerana aku telah banyak pengajianku, mengapa guruku itu menyuruh akan daku mengaji kitab
kecil ini ?

( Dan ) hanyasanya sayogianya murid itu menerima barang (ya’ni apa-apa ilmu) yang diajarkan oleh
gurunya itu, dan yang disuruh oleh gurunya itu; dan jangan menyangkal akan gurunya, dan jangan
memerintah gurunya itu ( dengan ) suatu ilmu yang hendak dibacanya ( ya’ni dipelajarinya ), atau
( sesuatu ) kitab yang hendak dibacanya, dan hanya sungguhnya ( ia ) serahkan kehendak ( apa yang
hendak dipelajari ) itu kepada gurunya; dan yang disuruhkan akan mengaji itu maka menerimalah ia akan
dia (ya’ni, apa ilmu yang hendak diajarkan itu).

( Dan sayogianya ) bagi murid itu bahawa mengekali atas berkhidmat akan ( ya’ni kepada ) gurunya
supaya dapat berkat daripada gurunya itu. ( Sebagai contoh alasannya ) kerana adalah Sayyidina
‘Abdullah bin ‘Abbas (‫ )رضى اهلل عنهما‬berkhidmat akan gurunya ( Sayyidina ) Zaid bin Tsabit (‫)رضى اهلل عنه‬.
Pada tiap-tiap ( kali akan ) berjalan gurunya itu, maka Sayyidina ‘Abdullah bin Abbas (‫)رضى اهلل عنهما‬
menghampirkan akan kenderaan gurunya itu supaya berkendaraan gurunya itu serta memimpin ia akan
kenderaan gurunya itu.

Maka berkata Sayyidina Zaid bin Tsabit (‫)رضى اهلل عنه‬: “Lepaskan olehmu hai anak mamak Rasulullah ( ‫صلى‬
‫( )اهلل عليه وسلم‬ya’ni anak bapa saudara Rasulullah (‫ )صلى اهلل عليه وسلم‬kerana Sayyidina ‘Abbas (‫)رضى اهلل عنه‬, bapa
Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas (‫ )رضى اهلل عنهما‬adalah bapa saudara Rasulullah (‫ ))صلى اهلل عليه وسلم‬.”

Maka jawab Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas (‫)رضى اهلل عنهما‬: “Demikianlah disuruh akan kami perbuat
dengan orang yang besar kami dan guru atau ‘ulama kami.”

Maka lalu mencium Sayyidina Zaid (‫ )رضى اهلل عنه‬itu akan tangan Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas ( ‫رضى اهلل‬
‫ )عنهما‬serta ia berkata: “Demikianlah disuruh akan kami bahawa kami perbuat dengan ahli bait Nabi (‫صلى اهلل‬
‫)عليه وسلم‬, dan kerabat penghulu kami ( Nabi ) (‫)صلى اهلل عليه وسلم‬.”

( Dan ) lagi sabda Nabi (‫ [ )صلى اهلل عليه وسلم‬Hadits riwayat Ibnu ‘Adiy, dha’if menurut Imam All-‘Iraqi. Sila
betulkan matan hadits sebagaimana berikut. ]::

ِ ِ‫َّملُّ ُق إِالَّ فِى طَل‬


﴿ ‫ب ال ِْعل ِْم‬ ِ ِ ِ ‫﴾ لَي‬
َ ‫س م ْن أَ ْخالَق ال ُْم ْؤم ِن الت‬
َ ْ
Ertinya::

“Tiada daripada sifat (ya’ni tiada patut) orang yang mukmin itu menghinakan dirinya dengan
sebab menuntut akan suatu hajat kepada manusia melainkan pada menuntut ilmu.”

( DAN ADAB YANG KE-EMPAT ) bahawa ( orang yang baru belajar itu hendaklah ) memeliharakan
daripada mendengarkan ilmu ( ya’ni belajar ilmu ) yang ( mana ) kebanyakan ‘ulama’ bersalah-salahan
di dalamnya ( ya’ni berbeza atau bertentangan pendapat, iaitu ikhtilaf di kalangan para ‘ulama’ – Al-
Masailul Al-Khilafiyah, ) kerana yang demikian itu membawa kepada dasyat ( ya’ni bingung ) dan hairan.
Dan yang demikian tiada menghasilkan akan faedah (sesuatu) ilmu ( yang dipelajari ). Lagipun, yang
demikian itu membawa ( kepada ) was-wasah hati ( iaitu, susah hati sehingga ) tiada dapat
( menentukan ) satu ( masalah ) yang ( dapat ) dipegangi. Tetapi ( atau sebaliknya ) sayogianya bagi orang
yang mubtadi ( ya’ni permulaan atau baru belajar ) pada jalan Akhirat itu menuntut ilmu yang
menyelesaikan hati ( ya’ni tetap dan pasti hati ) kepada ‘ibadat, dan jangan menqasadkan ( ya’ni
bermaksud atau menumpukan hati pada ) menuntut ilmu itu kerana berkehendak mengetahui perkataan
yang bersalah-salahan ( ya’ni khilafiyah para ) ‘ulama jua.

( DAN ADAB YANG KE-LIMA ) bahawa jangan meninggalkan daripada menuntut segala fan ( ya’ni
bidang / aneka matapelajaran ) yang dipuji oleh syara’ itu ( untuk mempelajarinya ). Jika ( ada peluang
hendaklah ) ia mahir ( dalam semua fan ) ilmu ( tersebut, ) tetapi ( hendaklah yang demikian itu dilakukan
)

i) kemudian daripada ( ya’ni setelah ) selesai ia daripada menuntut ilmu fardhu ‘ain yang memberi
manafaat, dan

ii) kemudian daripada ( ya’ni setelah ) meng’amalkan dia seperti yang telah engkau ketahui ilmu
yang memberi manafaat itu dahulu ( ya’ni, mengamalkan dahulu ilmu fardhu ‘ain yang telah
dipelajari itu yang mana telah diterangkan dahulu / sebelum ini -), dan lagi

iii) jika ada lapang waktunya yang lebih daripada mengerjakan auradnya (ya’ni, wirid-wiridnya -
zikir-zikir amalan tetap sebagai wirid yang dilakukan secara istiqamah pada kebiasaannya setiap
hari), kerana yang demikian itu daripada fardhu kifayah (maksudnya iaitu menuntut sesuatu
bidang ilmu agama secara lebih mendalam yang melebihi tahap fardhu ‘ain hanya jatuh
hukumnya fardhu kifayah sahaja. Maka hendaklah dilakukan setelah memenuhi keterangan (i)
dan (ii) di atas, dan berkelapangan setelah melakukan aurad yang diamalkan ). Dan ( telah )
maklum ( ya’ni telah sedia diketahui bahawa ) fardhu ‘ain itu dahulu ( perlu didahulukan )
daripada ( fardhu ) kifayah.

( DAN ADAB YANG KE-ENAM ) itu, hendaklah ia sungguh-sungguh ia menuntut ilmu yang memberi
manafaat di dalam Akhirat seperti yang telah terdahulu kenyataan itu ( ya’ni, seperti yang telah
diterangkan dahulu / sebelum ini ).

( Bermula ) ilmu yang memberi manafaat itu iaitu ilmu yang tersebut di dalam kitab ini, dan

i) ( ilmu ) yang tersebut di dalam Ihya’ Ulumiddin, dan


ii) ilmu yang tersebut di dalam kitab Arba’in ( Fi ) Al-Ushul(iddin), dan
iii) yang tersebut di dalam kitab Lubab ( Ihya Ulumiddin ) iaitu Muhktasar Ihya’ Ulumiddin yang
hamba terjemahkan akan dia ( ya’ni kitab Lubab itu ) di dalam kitab ini.

Dan lagi, ilmu yang memberi manafaat itu iaitu

iv) ilmu yang tersebut di dalam ( kitab ) Bidayatul Hidayah, dan


v) ilmu yang tersebut di dalam ( kitab ) Minhajul ‘Abidin,

dan lain-(lain)nya daripada segala kitab ilmu Tashauf.


Dan barang siapa masyghul ( ya’ni menyibukkan diri ) di dalam menuntut fan ( ya’ni, mata pelajaran
atau bidang-bidang ) ilmu Tashauf ini nescaya memadalah baginya daripada ( menuntut ) ilmu yang lain
dan tiada berkehendak kepada ilmu yang lain daripadanya ( lagi ) kerana telah berhimpun di dalamnya::

1. ilmu Ushuluddin, iaitu i’tiqad, dan


2. ilmu Fiqah, iaitu ilmu ‘ibadat, dan
3. ilmu Suluk dan Thoriqat.

yang membawa kepada ilmu Mukasyafah dan kepada ilmu Haqiqat.

( Dan ) dari kerana inilah kata Imam Al-Ghazali ( ‫)رحمه اهلل تعالى‬ [ Sila teliti matan berikut dan betulkan jika
perlu di kitab Jawi saudara/i ] ::

﴿ ‫اه َد ِة ؛‬َ ‫ادة َوال ُْم َج‬


ِ َ ‫ْب بِال ِْعب‬ ِ ِ
َ ِ ‫ك ُن ْو ٌر َي ْقذفُهُ اهللُ فى الْ َقل‬ َ ِ‫اهلل َت َعالى ؛ َو َذل‬
ِ ُ‫والْمعاملَةُ ُت َؤدِّى إِلى الْم َكا َش َف ِة ؛ والْمكاَ َش َفةُ م ْع ِرفَة‬
َ ُ َ ُ ْ َ َُ َ
َ ِ‫ض ل ََر َج َح ؛ َوذَل‬
‫ك‬ ِ ‫ضى اهلل َع ْنهُ ؛ الَّ ِذى لَوو ِز َن بِِإيم‬
ِ ‫ان أ َْه ِل اْأل َْر‬ َْ ُْ ْ
ِ
ُ َ ‫الصدِّيْ ِق َر‬
ِ ‫صل إِلِى ر ْتب ِة إِيم‬
ِّ ‫ان أَبِ ْى بَ ْك ٍر‬ َ ْ َ ُ ُ ِّ ‫ك الذ ْى ُي َو‬
ِ َّ َ ِ‫وذَل‬
َ
ِ ِ ِ ِ
ِ ‫ص ْد ِره ؛ الَلَت ْرت ْي‬ ِ ِ ِ
ُ ‫ب الَْب َرا ه ْي ِن َوال‬
‫ْح َج ِج‬ َ ‫﴾ لس ٍّر َق َّرف ْى‬
Ertinya::

“( Bermula ) ilmu al Mu’amalat, ya’ni ilmu dan ‘amal itu, membawa kepada ilmu Al-
Mukasyafah; dan mukasyafah itu iaitu dibuka ( ‫ )اهلل تعالى‬hati seseorang dengan ma’rifat ( ‫)اهلل تعالى‬,
ya’ni mengenal (‫)اهلل تعالى‬. Dan demikian itu nur yang ditaruhkan (‫ )اهلل تعالى‬di dalam hati dengan
sebab berbuat ‘ibadat dan mujahadah, ya’ni dengan memerangi hawa nafsunya dan melawan
syaithan. Dan ( yang ) demikian itu yang menyampaikan kepada martabat iman Sayyidina Abi
Bakar Ash-Shiddiq (‫)رضى اهلل عنه‬, yang iaitu jikalau ditimbang imannya dengan iman segala isi
bumi nescaya berat imannya itu. Dan ( yang ) demikian itu kerana rahsia yang tetap ( ya’ni,
menetap ) di dalam hatinya itu, tiada dengan sebab mendirikan burhan ( ya’ni hujah ) dan dalil.”

( Dan ) dari kerana inilah kata Sayyidi As-Syaikh Abul Hasan Asy-Syazily ( ‫ [ )رحمه اهلل تعالى‬Sila betulkan
matan sebagaimana berikut ]::

ِ ‫ان فَأَ ْغنَانَا َع ِن الدَّلِْي ِل والْبر َه‬


ِ ‫ان و اْ ِإلي َق‬
ِ ِ
﴿ ‫ان‬ ُْ َ َ َ‫﴾ إِنَّا لََن ْنظُُر إِلى اهلل َت َعالى بِب‬
ْ َ ‫ص ِر اْ ِإليْ َم‬
Ertinya::

“Bahawa sungguhnya kami melihat kepada ( ‫ )اهلل تعالى‬dengan penglihatan iman dan yaqin maka
terkaya kami daripada dalil dan burhan ( ya’ni hujah ).”

( Dan ) kata Imam Al-Ghazaly ( ‫ [ )رحمه اهلل تعالى‬Sila betulkan matan sebagaimana berikut ]::

﴿ ‫ات الْبَ َش ِر فِ ْي ِه اْألَنْبِيَاءُ ثُ َّم‬ ِ ‫ وأَقْصى َدرج‬.‫ و ُهو ب ْحر الَي ْدر ُك م ْنتَهىغَو ِر ِه‬،‫ف الْعلُوِم وغَايَت َها م ْع ِرفَةُ اهلل َتعالى‬ َّ ‫َوا ْعلَ ْم أ‬
ََ َ ْ ُ َ ُ ٌ َ َ َ َ َ َ َ ْ ُ َ ‫َن أَ ْش َر‬
‫ اْأل َْولِيَاءُ ثُ َّم الَّ ِذيْ َن َيلُ ْو َن ُه ْم‬. ﴾
Ertinya::
“Dan ketahui olehmu bahawasanya yang terlebih mulia daripada segala ilmu dan perhinggaan (,
ya’ni kemuncak, ) darjat segala ilmu itu iaitu ma’rifatullah Taala, ya’ni mengenal akan ( ‫)اهلل تعالى‬
dengan penglihatan nur iman yang di dalam hati. Dan ( yang demikian itu ) iaitu seperti laut yang
tiada dapat dihinggakan perhinggaan dalamnya itu. Dan ( bermula ) sehingga-hingga (, ya’ni
setinggi-tinggi ) darjat manusia dalamnya itu ( ialah ) martabat segala Anbiya’, kemudian Aulia’,
kemudian yang mengiringi mereka itu.”

( DAN ADAB YANG KE-TUJUH ) maka sayogianya bahawa adalah qasad (ya’ni maksud atau tujuan
hati) orang yang belajar ilmu itu semata-mata kerana ( ‫)اهلل تعالى‬, ya’ni ::

i) kerana menjunjung titah Allah Ta’ala, dan


ii) kerana negeri Akhirat, dan
iii) kerana membaikkan dzahirnya itu dengan ‘ibadat kepada Allah Ta’ala, dan
iv) membaikkan batinnya, ya’ni hatinya itu, dengan (supaya) bersifat (dengan) segala sifat yang
kepujian, dan menyucikan (batinnya, iaitu hatinya itu) dengan segala sifat kecelaan, serta hadzir
kepada Allah Ta’ala.

( Dan ) yang demikian itu menyampaikan kepada ma’rifat (ya’ni mengenal) (‫)اهلل تعالى‬, dan kepada martabat
yang tinggi (be)serta (sampai kepada tahap) Malaikat Al-Muqarrabin (ya’ni Malaikat-Malaikat yang
dekat dengan (‫))اهلل تعالى‬.

( Dan ) jangan qasadnya (ya’ni maksudnya dengan) menuntut ilmu itu::

i) kerana (hendak men)jadi penghulu orang, dan


ii) supaya jadi orang besar, dan
iii) dapat kemuliaan, dan
iv) dapat harta, dan
v) dapat kemegahan.

( Dan dari ) kerana inilah kata Imam Al-Ghazaly ( ‫ )رحمه اهلل تعالى‬di dalam (kitab) Bidayatul Hidayah [ Sila
betulkan matan sebagaimana berikut ]::

﴿ ‫َّاس‬ ِ ‫استِ َمالَةَ ُو ُج ْو ِه الن‬ ِ


ْ ‫ُّم َعلى اْألَق َْران َو‬ َ ‫الت َقد‬
َّ ‫ َو‬، َ‫اخ َرة‬
َ ‫َى ال ُْم َف‬ ِ َ ‫ب ال ِْعل ِْم اَلْمنَافَسةَ أَى الْمغَالَبةَ والْمب‬
ْ ‫اهات أ‬ َُ َ َ ُ ْ َ ُ
ِ ‫ت َت ْق‬
ِ َ‫ص ُد بِطَل‬ َ ‫إِ ْن ُك ْن‬
ِ ‫ك َخ‬ ِ ِ ‫اع فِى ه ْدِم ِدينِك وإِهالَ َك َن ْف ِسك وبي ِع‬
‫ك‬َ ُ‫ َوتِ َج َارت‬، ٌ‫اس َرة‬ َ ُ‫ص ْف َقت‬
َ َ‫ ف‬، ‫اك‬ َ َ‫ك بِ ُد ْني‬َ ‫آخ َرت‬ َْ َ َ ْ َ َ ْ َ ٍ ‫ت َس‬ ُّ ‫ك َو َج ْم َع ُحطَ ِام‬
َ ْ‫ فَأَن‬، ‫الد ْنيَا‬ َ ‫إِل َْي‬
ِ َ‫ف ِمن ق‬ ٍ ِ َ ِ‫َك فِ ْى ُخ ْس َران‬ َ ِ‫صيَان‬ ِ َ ‫ك ُم ِع ْي ٌن ل‬َ ‫ َو ُم َعلِّ ُم‬، ٌ‫بَائَِرة‬
‫َعا َن َعلى‬ َ ‫ َو َم ْن أ‬. ‫اط ِع طَ ِريْ ٍق‬ ْ ‫ َو ُه َو َكبَائ ِع َس ْي‬، ‫ك‬ َ ‫كل‬ٌ ْ‫ َو َش ِري‬، ‫ك‬ ْ ‫َك َعلى ع‬
‫صيَ ٍة َول َْو بِ ِشطْ ِر َكلِ َم ٍة َكا َن َش ِريْكاًلَهُ فِ ْي َها‬ِ ‫﴾ م ْع‬
َ
Ertinya::

“Jika ada qasadmu dengan menuntut ilmu itu iaitu munafasah, ya’ni hendak menang daripada
berbantah bantahan dan bermegah-megahan dan terdahulu daripada orang yang sesama (kamu),
dan berkehendak cenderung muka manusia kepadamu, ya’ni berkehendak dikasihi oleh orang dan
berkehendak menghimpunkan kekayaan dunia, maka adalah qasadmu akan yang demikian itu
mengusahai dalam merobohkan agamamu dan membinasakan akan dirimu dan adalah engkau
jual Akhiratmu itu dengan duniamu. Maka perjualanmu itu sangat rugi dan perniagaanmu tiada
laba (ya’ni untung) dan orang yang mengajar (, ya’ni guru yang mengajar) akan dikau itu (dikira)
menolong ia atas engkau berbuat maksiatmu dan jadilah ia sekutu bagimu (, ya’ni denganmu) di
dalam kerugianmu dan dia itu seperti orang yang menjual pedang kepada orang yang merampas
di jalan dan yang demikian itu (men)jadi maksiat. Dan barang siapa menolong ia atas seorang
yang berbuat maksiat jika dengan setengah kalimat sekalipun nescaya adalah bersekutu baginya
di dalam berbuat maksiat.”

( Dan lagi kata ) Imam Al-Ghazaly ( ‫ [ )رحمه اهلل تعالى‬Sila teliti dan betulkan matan sebagaimana berikut, jika
perlu. ]::

﴿ ‫الس َم ِاء‬
َّ َ‫الر َوايَِة فَأَبْ ِش ْر فَِإ َّن َمالَئِ َكة‬ َّ ‫ ُد ْو َن ُم َج َّر ِد‬، َ‫اهلل َت َعالى ِم ْن َت َعلُّ ِم ال ِْعل ِْم الْ ِه َدايَة‬
ِ ‫ك وب ْين‬
َ َ َ َ َ‫ص ُد َك َب ْين‬ َ ُ‫ت نِيَّت‬
ْ َ‫ك َوق‬ ْ َ‫َوإِ ْن َكان‬
َ ‫ت َو ِح ْيتَا ُن الْبَ ْح ِر تَ ْسَت ْغ ِف ُرل‬
َ ‫َك إِ َذا َس َع ْي‬
‫ت‬ َ ‫َجنِ َحَت َها إِ َذ َام َش ْي‬
ْ ‫َك أ‬َ ‫طل‬ ُ‫س‬ ُ ‫﴾ َت ْب‬
Ertinya::

“(Dan) jika ada niatmu dan qasadmu antaramu dan antara ( ‫ )اهلل تعالى‬daripada menuntut ilmu dan
belajar akan dia (ya’ni ilmu) akan berkehendak hidayah, ya’ni berkehendak (kepada) petunjuk
daripada (‫ )اهلل تعالى‬pada berbuat ‘ibadat pada dzahir dan ‘ibadat bathin, bukan semata-mata
riwayat, ya’ni bukan niatmu itu mengqasad hendak bercertera (iaitu bercerita), jua maka ketika
itu sukai olehmu (kerana) bahawasanya segala Malaikat yang di dalam langit itu menghamparkan
bagimu akan sayapnya apabila engkau berjalan dan adalah segala ikan di laut mengucap Istighfar
bagimu, ya’ni meminta ampun akan ( ‫ )اهلل تعالى‬bagimu, apabila engkau (ber)usaha akan belajar ilmu
yang memberi manafaat itu.”

Wallahu An-Nafi’ - (‫)واهلل النافع‬.

﴿ ‫﴾ واهلل سبحانه وتعالى أعلم‬


Bersambung ke Fasal 2, Bahagian 1B - Adab orang yang belajar ilmu dengan gurunya iaitu orang
yang mengajarnya. (‫)إن شاء اهلل تعالى‬.

‫واهلل الموفق أعلم ؛ وصلى اهلل على محمد كلما ذكره الذاكرون؛ وغفل عن ذكره الغا فلون ؛ والسالم عليكم ورحمة اهلل وبركته‬

Anda mungkin juga menyukai