Anda di halaman 1dari 7

Ciri-Ciri Dan Potensi Diri

                                Guru Berkesan Dalam Merealisasikan


                                             Pendidikan Cemerlang
 
 
                                  "If  they aren't learning...then you aren't teaching."
                                                             ~ Anon
 
Pendahuluan
 
Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi sebuah
sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktor-faktor yang
menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang wujud itu
disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan perubahan dan
penambahbaikan yang berterusan (Kaizen) kerana tidak wujudnya misi (mission), visi
(vision), komitmen (committment) atau contoh ikutan (role model), sama ada dari aspek diri
individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju
(direction) yang jelas, betul dan tepat.
 
Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya
apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama
ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti.
 
Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan
kejayaan. Tiga unsur ini  berkait  rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai
"Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap).
 
Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip
Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma,
ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan
kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah
kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan
dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja
yang praktikal.
 
Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat
diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti
dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada
sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan.
Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran
(decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.
 
Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak
(desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi
melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong
dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak
dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan
kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat
mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya.
 
Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu
yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas.
 
Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai,
kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh
setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum
sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan
kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.
 
Guru Berkesan
 
Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-
ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
 Bersikap profesional.
 Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
 Kaya ilmu.
 Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
 Bermoral teguh.
 Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
 Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
 Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
 Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
 Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa.
 Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
 Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan
ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
 Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
 Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan
situasi tertentu).
 Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
 Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
 Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya
sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi?
Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri
tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan
dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?
 
Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita
perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang
pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang
buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar
menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa;
 Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena
kepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .
 Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun
kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana
perubahan tidak berupaya ditanggungi.
 Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarap-
perkara kembali kepada keadaan asalnya.
Mengubah Diri Mengubah Sikap
 
Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield pula
berkata, "Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya."
 
Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan
perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey
(1989) dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua
tahap  proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang paling
berkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang
fundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi adalah:
 Jadilah Proaktif (Be Proactive)
 Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in  Mind)
 Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First)
Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan
adalah:
 Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win)
 Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to be
understood)
 Sinergi (Synergize)
 Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)
Memenangi Peribadi
 
Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam
organisasi rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan memainkan peranan
dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan. Peribadi
yang positif  dan kuat mudah memberi kesan dan pengaruh serta dapat menjalin hubungan
interpersonal yang baik dan harmonis.
 
Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh
membuat pilihan. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri
(self-awareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent will)
setiap individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas, setiap orang
mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan, dan di ruangan  'kebebasan memilih' inilah
pula manusia sebenarnya memiliki 'anugerah istimewa' iaitu sedar-diri -- keadaan setiap
orang sedar situasi sekeliling dan juga implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin
diambilnya. Di samping sedar-diri ini manusia juga dianugerahkan imaginasi -- kebolehan
menjana sesuatu di dalam minda yang melangkaui realiti semasa. Hati nurani (consceince)
pula merupakan kesedaran dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu,
terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni
antara pemikiran dan tindakan. Akhir sekali ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan' dan
keazaman diri -- satu kebolehan bertindak berdasarkan sedar-diri dan bebas daripada segala
bentuk pengaruh.
 
Ciri kedua  memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang
bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan dalam
kerjaya atau kejayaan peribadi dan keluarga. Ringkasnya apakah kita mahukan 'husnul
khatimah' atau pun 'su'ul khatimah'.
 
Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama  (Put First Things First) yang maksudnya
kita mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik, mengutamakan prioriti
tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah setelah tiga unsur penting ini kita
kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baik dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang cemerlang mahupun
sebagai seorang ahli organisasi yan boleh menjadi role model kepada orang-orang lain.
 
Pendidikan Cemerlang
 
Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a
habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor
yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha  mencapai matlamat dan
kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan
sedikit.
 
Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan
atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat kemajuan pelajaran
pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di
sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini
perlukan perubahan sikap dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar).
 
Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah"
berkata;
 
       "Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya,
           seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan budaya
          sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan
          sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak,
           segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan
         matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai."
 
Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan;
a. Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar;
b. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian;
c. Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia
ada  melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif; dan
d. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian
matlamat-matlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua.
Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika (PKKP)
Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan Cadangan
Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan
dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan:
 Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota;
 Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang;
 Sikap tidak cakna;
 Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa';
 Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau;
 Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan;
 Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan;
 Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan;
 Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi
menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan
memasuki kumpulan yang menolak perubahan.
Menempa Kejayaan
 
Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan
tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai tulis baca
dan mengira, malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas
dan tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat  dari
sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam
menempa kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya.
 
Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi
bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras  di samping membuat
perubahan pendekatan, strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif.
 
Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin  dalam
hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya mutu
output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan.
 
Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The positive
approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different
next time."
 
Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek "next
time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang
merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah
Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA (yakni Plan - Do - Check - Act).
 
Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah) mestilah
dirancang dengan rapi. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap
muat, atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu.
 
Do (Buat) : Semua yang telah dirancang  mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek paling
penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap
perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja?
Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan?
Lihat kembali Folio B dalam Program PKKP selama ini sudahkah dibuat sebagaimana
dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika belum, nah inilah puncanya mengapa kita
begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan.
 
Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan
perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak
mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak  dengan teliti
dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak,
diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak,
keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak,
pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan
berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikut masanya
atau tidak? Satu cara berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan
mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang  melibatkan semua perancangan aktiviti
di sekolah.
 
Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif
atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Cari
puncanya, cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya). Adakah puncanya kerana
sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas  bidang tugas? Tindakan seterusnya
memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang
terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling malah
amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan
kritikal.
 
Penutup
 
Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan
cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah
kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir
dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru
yang tidak mudah patah semangat.
 
Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku
dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam,
kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap
masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan
kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia
belajar dari kesilapan dan kelemahan.
 
Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan
menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya
dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri
peribadi mahu pun aspek organisasi.
 
Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam
perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;
 
                  " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
                          berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
                          diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
                          itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
                          watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
                          pendidik yang unggul." ‫ٱ‬
 

Anda mungkin juga menyukai