Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN

Jenayah adalah satu fenomena yang telah lama wujud yang mana ia mendatangkan pelbagai
keburukan dan kemudaratan kepada manusia, masyarakat dan Negara. Ia semakin kompleks dan
canggih seiring dengan perkembangan dan kemajuan manusia di mana jenayah ini khususnya di
Malaysia tidak mengira bangsa, jantina dan umur. Jenayah tidak mungkin dapat dibasmi secara
keseluruhan tetapi boleh dikurangkan sekiranya terdapat komitmen yang menyeluruh oleh setiap
lapisan masyarakat serta dibantu oleh badan-badan kerajaan yang lain.

Selagi manusia mempunyai sifat-sifat yang negatif di dalam diri seperti dendam, tamak,
bertindak mengikut hawa nafsu, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab, maka jenayah tidak
mungkin dapat dibanteras. Akan tetapi jenayah boleh dibendung sekiranya adanya kesedaran di
kalangan manusia bahawa pentingnya jenayah itu dicegah dan dibasmi bersama.

Selain itu, masalah jenayah di Malaysia banyak dicetuskan oleh keadaan, perkembangan dan
perubahan sikap yang berlaku dalam masyarakat1. Kepesatan pembangunan Negara sedikit
sebanyak dapat memberikan kesan positif terhadap masyarakat seperti membuka peluang
pekerjaan yang luas kepada rakyat Malaysia. Akan tetapi, secara tidak langsung ia juga
memberikan kesan yang negatif terhadap semua lapisan masyarakat khususnya iaitu peningkatan
kadar jenayah yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Jika ia tidak dibendung dengan segera, jenayah ini akan memberikan kesan buruk yang lebih
besar terutamanya dalam pertumbuhan ekonomi Negara yang semakin pesat. Oleh itu, dalam
kertas kerja ini akan membincangkan konsep jenayah itu sendiri dari konsep Barat dan hukum-
hukum Islam serta kesannya terhadap ekonomi Negara khususnya di Malaysia. Seterusnya kajian
empirikal dari tahun 1990 sehingga tahun 2008 akan dibuat untuk mengetahui dengan lebih jelas
kesan jenayah dan kaitannya dengan pertumbuhan ekonomi khususnya dari segi pendapatan
Negara.

2. TEORI PERBANDINGAN

1
Daniel E. Georges. (1980). Crime: A spatial perspective. New York: Columbia University Press. Hlm. 93.

1
Secara umumnya, jenayah merupakan tindakan atau perlakuan atau perbuatan jahat yang
menyalahi undang-undang jenayah serta menyalahi moral atau nilai masyarakat. 2Paul Moedikko
Mosliono merumuskan bahawa jenayah ialah perlanggaran norma undang-undang iaitu hukum
yang ditafsirkan atau yang patut ditafsirkan sebagai perbuatan yang merugikan dan tidak boleh
dibiarkan. Misalnya perbuatan membunuh, mencuri, merompak, rasuah dan seumpamanya yang
jelas yang mana menyalahi Kanun Jenayah dan dianggap sebagai jenayah oleh masyarakat.

Bagi Nigam pula, jenayah dalam perbuatan atau perlakuan yang melanggar undang-undang,
sama ada ia dilarang atau disuruh melawan sesuatu perbuatan. Ia boleh berubah-ubah kerana
sesuatu perbuatan yang dianggap tidak bersalah atau tidak bermoral mungkin tidak lagi dianggap
tidak bermoral pada masa akan datang.

Menurut 3ahli pemikir Barat yang lain iaitu Stephen, beliau mendefinisikan jenayah adalah
daripada suatu perbuatan atau tindakan yang melanggar undang-undang dan ianya adalah
bertentangan dengan perasaan moral bagi sesuatu bangsa itu. Manakala mengikut L.B. Curzon
pula, jenayah boleh ditakrifkan sebagai mana-mana perbuatan atau perlakuanyang jahat dan
berdosa. Dalam penggunaan seharian ia merujuk kepada satu perbuatan bunuh atau mana-mana
perbuatan yang dilarang atau dianggap salah.

Selain itu, mengikut pendapat lain yang menyatakan bahawa jenayah dihubungkan dengan
perbuatan atau tingkah laku yang dilarang oleh undang-undang. Oleh sebab itu, William L.
Marchall dan William L. Clark mendefinisikan jenayah sebagai perbuatan atau tindakan yang
dilarang oleh undang-undang awam untuk menjaga kepentingan awam.

William Blackstone pula mentafsirkan jenayah sebagai perbuatan yang telah dilakukan atau yang
ditinggalkan yang berlawanan dengan undang-undang awam, sama ada undang-undang itu
mencegah atau menyuruh supaya melakukannya atau satu perlanggaran terhadap hak dan
tanggungjawab bagi seluruh komuniti yang telah dianggap sebagai satu masyarakat4.

2
Daniel E. Georges. (1980). Crime: A spatial perspective. New York: Columbia University Press. Pg. 5.
3
Ziggy Macdonald & David Pyle. (Ed). (2000). Illicit activity: The economics of crime, drugs and tax fraud. USA:
Ashgate Dartmuth. Pg. 5.
4
Mohd Reduan Aslie. (1990). Jenayah di Malaysia: Aliran, punca dan penyelesaian. Kuala Lumpur: AMK Interaksi.
Hlm. 4.

2
Dalam undang-undang Islam, istilah jenayah atau jarimah merupakan satu perkataan yang
mempunyai makna yang hampir sama. Jenayah dari segi bahasa digunakan bagi menunjukkan
sesuatu perbuatan atau tindakan jahat yang dilakukan oleh seseorang dan ia diharamkan oleh
syarak sama ada perbuatan terhadap jiwa, harta atau sebagainya. Dari segi istilah pula, ia
merupakan sebagai setiap perbuatan atau perlakuan yang ditegah dan diharamkan kerana
mendatangkan bahaya ke atas nyawa, harta dan juga kesucian agama5. Ia juga diistilahkan
sebagai melanggar hak Allah dan hak manusia.

Jenayah atau jarimah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama jenayah terhadap
nyawa secara mutlak seperti pembunuhan, kedua ialah jenayah terhadap nyawa bukan secara
mutlak terhadap anggota badan sahaja seperti memukul seterusnya ketiga iaitu jenayah yang
tidak mengenai nyawa bagi suatu pihak sebaliknya yang mengenai pihak yang lain, misalnya
pengguguran anak dalam kandungan6.

Menurut Ibn Quddimah, jenayah ialah setiap perbuatan atau perlakuan yang bertentangan ke atas
jiwa atau harta dan ia dikhususkan bagi tindakan yang mengenai sebarang anggota tubuh badan
seperti membunuh, merogol atau memukul dan sebagainya. Manakala tindakan jenayah pula
termasuk yang mengenai harta yang dirampas, dicuri, dirompak, dimansuhkan dan sebagainya7.

Selain itu, menurut 8Muhammad pula berpendapat bahawa jenayah adalah suatu perbuatan atau
tindakan yang melanggar hak atau kebenaran dan keadilan. Jenayah adalah perbuatan yang
ditegah oleh Allah dan sesiapa yang melakukannya dianggap menderhaka terhadap apa yang
diperintah oleh Allah. Manakala menurut Al-Muwardi, jenayah adalah suatu perbuatan atau
perlakuan yang dilarang oleh syarak dan diancam oleh Allah dengan hukum had atau takzir.

Didapati daripada pendapat-pendapat ahli pemikir Barat dan Islam terhadap istilah jenayah, ia
boleh dirumuskan sebagai suatu perbuatan jahat yang melanggar undang-undang. Tetapi di
dalam undang-undang Islam, konsep jenayah ini dikhususkan lagi dengan adanya konsep hak
Allah dan hak manusia dimana ia melanggar hak-hak tersebut yang melanggar syarak yang telah
ditetapkan oleh Allah.

5
Paizah Hj. Ismail. (2005). Undang-undang jenayah Islam. Selangor: Tradisi Ilmu. Hlm. 1.
6
Opcit. Hlm. 5.
7
Opcit. Hlm 3.
8
Opcit. Hlm. 4.

3
Selain itu, jenayah dalam undang-undang Islam juga terbahagi kepada tiga bahagian seperti
mana yang telah dibincangkan sebelum ini. Ia merupakan peringkat perlakuan jenayah menurut
Islam. 9Ia berbeza dari segi undang-undang Barat yang mana hanya meletakkan beberapa sifat
tertentu atau kriteria-kriteria umum mengenai perbuatan jenayah walaupun ia tidak berapa tepat
dengan maksud jenayah yang sebenar.

Dari segi penetapan hukum bagi pesalah yang melakukan jenayah, ia berbeza dari segi undang-
undang Barat dan undang-undang hukum Islam. Dalam undang-undang Barat, pesalah akan
dikenakan hukuman mengikut undang-undang awam iaitu undang-undang sivil mengikut Negara
masing-masing. Biasanya pesalah akan dikenakan denda dalam bentuk bayaran atau penjara.

Manakala dari segi undang-undang Islam, pesalah yang melakukan jenayah akan dikenakan
hudud, qisas dan takzir sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh para sahabat di zaman
Rasullullah yang hukuman tersebut juga telah disebutkan dalam nas al-Quran. Sebagai contoh
perbuatan mencuri, ia telah ditetapkan bahawa hukuman ke atas perbuatan tersebut tidak mengira
lelaki atau perempuan hendaklah dipotong tangannya.

Namun dari segi pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia, ia tidak dipraktikkan secara
menyeluruh kerana kuasa perundangan yang berada di Malaysia dipegang atau dikuasai oleh
undang-undang Barat atau undang-undang sivil10. Maka, pelaksanaan hukuman hudud, qisas dan
takzir tidak dijalankan di Negara ini, namun ia dilaksanakan oleh Negara yang diperintah oleh
kerajaan Islam sepenuhnya seperti Arab Saudi.

3. KAJIAN LEPAS

Nor Ina Kanyo dan Norizan Hj Md Nor (2007) 11 telah membincangkan isu jenayah dan
perbandaran secara terperinci dalam konteks gaya hidup masa kini dan persepsi penduduk bandar
ke atas pelakuan jenayah dan kaitannya dengan kepesatan perbandaran khususnya di Daerah
9
Ahmad Hidayat Buang. (2006). Mahkamah Syariah di Malaysia: Pencapaian dan cabaran. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya. Hlm. 93.
10
Irwan Mohd Subri, Md. Yunus Abd Aziz & Abidah Abdul Ghafar. (Eds). (2003). Kajian Syariah Undang-undang.
Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam Malaysia. Hlm. 95.
11
Nor Ina Kanyo & Norizan Hj Md Nor. (2007, September). Jenayah dan perbandaran: Satu kajian di Daerah Timur
Laut Pulau Pinang. Kertaskerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Geografi 2007 “Dunia Tanpa Sempadan”,
Tanjung Malim, Perak.

4
Timur Laut iaitu di negeri Pulau Pinang. Mereka telah menggunakan kaedah analisis data
statistik indek jenayah di daerah Pulau Pinang dari tahun 1990 sehingga tahun 2003 untuk
membuat perbandingan serta peningkatannya di setiap daerah. Hasilnya daripada kajian, didapati
bahawa pelakuan jenayah harta benda mempunyai hubungkait dengan kepesatan perbandaran
dan faktor-faktor lain seperti kemiskinan dan peningkatan kos sara hidup juga tidak kurang
pentingnya menyumbang ke atas peningkatan pelakuan jenayah.

Steven Raphael dan Rodolf Winterr-Ebmer (1998)12 telah membincangkan kesan penggangguran
terhadap peningkatan jenayah serta perkaitannya dari segi kaedah empirikal. Mereka telah
menggunakan kaedah deskriptif dan korelasi bagi menunjukkan hubungan yang lebih jelas antara
jenayah dan penggangguran. Mereka juga menggunakan kaedah pengganggaran di mana satu
model telah dibentuk dan menguji setiap pembolehubah di dalam model tersebut. Hasilnya
penggangguran memberikan pengaruh yang besar terhadap peningkatan atau penurunan kadar
jenayah di mana korelasi atau hubungan antara keduanya adalah besar.

Reza Fadaei-Tehrani dan Thomas M. Green (2002)13 telah membuat pengujian korelasi atau
hubungan pembolehubah ekonomi dan kiraan kadar jenayah dan jenayah harta benda. Ia juga
menekankan tentang pendekatan ekonomi dalam memahami tingkah laku penjenayah dan cara
efektif dalam membendung masalah ini. Metodologi yang telah digunakan ialah menganalisis
data menggunakan kaedah regresi dan korelasi daripada pembolehubah bersandar dan tidak
bersandar. Hasilnya sesuatu model yang terdapat pembolehubah kadar kemiskinan, pendapatan
Negara dan perampasan dadah, akan menerangkan bahawa sebanyak 75 peratus mempengaruhi
jenayah.

ACP Amar Singh Sidhu (2005) 14 telah mengkaji tentang peningkatan jenayah di Malaysia di
mana terdapat faktor yang mempengaruhinya serta diterangkan juga cara untuk mengatasinya.
Metodologi yang digunakan adalah analisis data indeks jenayah daripada tahun 1990 sehingga
2002 dimana kaedah graf banyak digunakan untuk menghuraikan secara khusus tentang data

12
Steven Rapheal & Rudolf Winter Ebmer. (1998, August). Identifying the effect of umemployment on crime. Paper
presented at the University of California, San Diego.
13
Reza Fadaei Tehrani & Thomas M. Green. (2002). Crime and society. International journal of social economics,10,
(29), 781-795. Retrieved March 11, 2010, from Emerald database.
14
ACP Amar Singh Sidhu. (2005, Mac 23). The rise of crime in Malaysia: An academic and statistical analysis.
Journal of the Kuala Lumpur Malaysia Police College, (4), 1-28. Retrieved March 11, 2010, from
http://mpk.imp.gov.my/ jurnal /2005/riseofcrime.pdf

5
tersebut. Hasilnya kadar jenayah di Malaysia adalah pada tahap yang membimbangkan di mana
terdapat peningkatan pada setiap tahun dan antara faktor yang mempengaruhi jenayah adalah
pertambahan penduduk dan kadar pengganguran.

Muzafar Shah Habibullah dan A.H. Baharom (2009)15 telah membuat kajian tentang analisis
kesan ekonomi terhadap pelbagai perbuatan penjenayah di Malaysia dari tahun 1973 sehingga
tahun2003. Metodologi yang digunakan adalah autoregresi yang mana pembolehubah
menggunakan lag. Hasilnya mendapati kegiatan membunuh, merompak, perkosaan dan
penganiayaan merupakan hubungan jangka panjang terhadap keadaan ekonomi yang mana
mempunyai kesan negatif.

4. METODOLOGI KAJIAN

Metod merupakan cara yang digunakan oleh pengkaji di dalam usaha memahami sesuatu kajian.
Di dalam bahasa Arab disebut manhaj dan metod berasal dari perkataan Yunani iaitu methodos
yang bermaksud metod atau cara melakukan sesuatu atau sistem atau logos yang bermaksud
ilmu. Gabungan dua perkataan ini membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan
prinsip yang digunakan di dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya 16.

Dalam kertas kerja ini, kami menggunakan dua kaedah kajian iaitu melalui kaedah pengumpulan
data dan kaedah analisis data. Bagi kaedah pengumpulan data, kami mengumpulkan maklumat
daripada bahan kajian seperti buku, jurnal, artikel dan kertas pembentangan yang berkaitan
dengan jenayah. Manakala dari segi kaedah menganalisis data, kami menggunakan SPSS untuk
mendapat korelasi dan regresi terhadap model yang telah dibentuk. Ia melibatkan pembolehubah
bersandar iaitu KDNK dan lima pembolehubah tidak bersandar di mana data melibatkan
daripada Negara Malaysia daripada tahun 1990 sehingga 2008.

5. HASIL KAJIAN

15
Muzafar Shah Habibullah & A. H. Baharom. (2009). Crime and economic conditions in Malaysia. International
journal of social economics,11, (36), 1071-1081. Retrieved March 11, 2010, from Emerald database.
16
Noresah Baharom. (ed.). (2000). Kamus Dewan ( Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.
887.

6
5.1 Kesan Jenayah Terhadap Ekonomi

Secara teori, jenayah memberi kesan yang buruk terhadap setiap individu dan masyarakat.di
samping itu, ia memberikan impak yang besar terhadap ekonomi Negara terutamanya dari segi
pendapatan Negara. Dalam kajian ini dikhususkan kepada keluaran dalam Negara kasar (KDNK)
dimana jenayah memberikan kesan yang negatif kepada pendapatan Negara.

Seperti yang diketahui umum, ekonomi negara saling berkait rapat dengan sektor perkhidmatan
dan 58 peratus daripadanya menyumbang kepada pendapatan negara. Bidang tersebut
mempunyai rantaian nilai tambah tinggi dan menjana pulangan besar merangkumi bidang
pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kewangan dan perbankan Islam serta
industri halal.

Selain itu, penglibatan sektor swasta secara meluas juga mampu menyokong ekonomi Negara di
mana ia menyumbangkan 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Apabila
berlaku meningkatan jenayah di Negara ini seperti jenayah rasuah, pencurian dan pembunuhan,
ia secara tidak langsung memberikan kesan penurunan kepada sektor-sektor atau bidang-bidang
lain yang mana memberikan pulangan pendapatan Negara yang lumayan.

Ini adalah kerana pendapatan Negara berdasarkan kepada jumlah pelabur atau pelancong yang
17
datang ke Negara ini untuk melibatkan diri dalam bidang pelaburan khususnya. Sekiranya
berlaku kegiatan jenayah seperti rasuah dalam kegiatan pelaburan, ia akan mengurangkan jumlah
pelabur asing yang melabur di Negara ini kerana mereka tidak sanggup untuk menanggung
kerugian pada masa akan datang.

Dari aspek yang lain pula contohnya dalam bidang pelancongan yang mana ia adalah antara
penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi dan sumber pendapatan pertukaran wang
18
asing negara. Didapati pada tahun lalu, Negara telah mencatatkan ketibaan seramai dua puluh
dua juta lima puluh ribu orang pelancong dan menyumbang sebanyak lebih kurang empat puluh
lapan bilion ringgit kepada pendapatan negara.

17
Ziggy Macdonald & David Pyle. (Ed). (2000). Illicit activity: The economics of crime, drugs and tax fraud. USA:
Ashgate Dartmuth. Pg. 103.
18
Titah Baginda Yang Di Pertuan Agong. (n.d.). Diperolehi Mac 9, 2010, dari www.lgm.gov.my/whatnew/titah
agong2:pdf

7
Sekiranya kegiatan jenayah berlarutan dan bertambah buruk, ia akan memberikan imej yang
buruk kepada Negara khususnya kerana ia akan menggambarkan tiada jaminan terhadap
pelancong yang datang ke Negara ini dari segi ketenteraman dan keselamatan. Secara ringkasnya
didapati bahawa apabila berlaku peningkatan jenayah, maka tahap ekonomi Negara akan
menurun.

Hal ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci melalui kaedah kajian empirial di mana satu
model dibentuk untuk menunjukkan hubungan antara jenayah dengan pendapatan Negara iaitu
KDNK. Satu analisis akan dilakukan terhadap data Negara Malaysia dari tahun 1990 sehingga
tahun 2008. Selain itu, pembolehubah-pembolehubah yang lain juga dimasukkan seperti
pelaburan, eksport, pertumbuhan penduduk dan perbelanjaan kerajaan untuk menguji kesan
jenayah terhadapnya serta dapat dilihat dari segi hubungan yang positif atau negatif.

5.2 Model Kajian

Model yang dibentuk dalam kajian ini adalah seperti berikut:

KDNK: FDI+ EKSPORT+ PERTUMBUHAN PENDUDUK+ PERBELANJAAN KERAJAAN+


INDEKS JENAYAH

19
Model ini merangkumi pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. KDNK
iaitu keluaran dalam Negara kasar yang mana mengukur nilai akhir dan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran yang berada di sesebuah Negara dalam jangka masa
setahun merupakan pembolehubah bersandar. Manakala pembolehubah tidak bersandar
20
merangkumi lima aspek iatu FDI yang merujuk kepada pelaburan asing (foreign direct
investment), eksport, pertumbuhan penduduk, perbelanjaan kerajaan dan indeks jenayah.

19
Abd. Hashim Setapa & Aw Pek Cheng (2007). Makroekonomi untuk matrikulasi. Singapura: Thomson. Hlm. 19.
20
S. H. Lim & D. Kwah. (2004). Makroekonomi STPM: Termasuk ekonomi Malaysia. Selangor: Pustaka Sarjana. Hlm.
113.

8
5.3 Data

6. KESIMPULAN KAJIAN

9
7. BIBLIOGRAFI

1. Abd. Hashim Setapa & Aw Pek Cheng (2007). Makroekonomi untuk matrikulasi.
Singapura: Thomson.
2. ACP Amar Singh Sidhu. (2005, Mac 23). The rise of crime in Malaysia: An academic
and statistical analysis. Journal of the Kuala Lumpur Malaysia Police College, (4),
1-28. Retrieved March 11, 2010, from http://mpk.imp.gov.my/jurnal/2005
/riseofcrime.pdf
3. Ahmad Hidayat Buang. (2006). Mahkamah Syariah di Malaysia: Pencapaian dan
cabaran. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
4. Daniel E. Georges. (1980). Crime: A spatial perspective. New York: Columbia
University Press.
5. Irwan Mohd Subri, Md. Yunus Abd Aziz & Abidah Abdul Ghafar. (Eds). (2003). Kajian
Syariah Undang-undang. Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam Malaysia.
6. Mohd Reduan Aslie. (1990). Jenayah di Malaysia: Aliran, punca dan penyelesaian.
Kuala Lumpur: AMK Interaksi.
7. Muzafar Shah Habibullah & A. H. Baharom. (2009). Crime and economic conditions in
Malaysia. International journal of social economics,11, (36), 1071-1081. Retrieved
March 11, 2010, from Emerald database.
8. Nor Ina Kanyo & Norizan Hj Md Nor. (2007, September). Jenayah dan perbandaran:
Satu kajian di Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Kertaskerja dibentangkan dalam
Seminar Kebangsaan Geografi 2007 “Dunia Tanpa Sempadan”, Tanjung Malim,
Perak.
9. Noresah Baharom. (ed.). (2000). Kamus Dewan ( Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
10. Paizah Hj. Ismail. (2005). Undang-undang jenayah Islam. Selangor: Tradisi Ilmu.
11. Reza Fadaei Tehrani & Thomas M. Green. (2002). Crime and society. International
journal of social economics,10, (29), 781-795. Retrieved March 11, 2010, from
Emerald database.
12. S. H. Lim & D. Kwah. (2004). Makroekonomi STPM: Termasuk ekonomi Malaysia.
Selangor: Pustaka Sarjana.

10
13. Steven Rapheal & Rudolf Winter Ebmer. (1998, August). Identifying the effect of
umemployment on crime. Paper presented at the University of California, San
Diego.
14. Titah Baginda Yang Di Pertuan Agong. (n.d.). Diperolehi Mac 9, 2010, dari
www.lgm.gov.my/whatnew/titah_agong2:pdf
15. Ziggy Macdonald & David Pyle. (Ed). (2000). Illicit activity: The economics of crime,
drugs and tax fraud. USA: Ashgate Dartmuth.

11

Anda mungkin juga menyukai