Anda di halaman 1dari 2

Peraturan Bilik Darjah

Contributed by Cikgu Chong YL/Hiew LS/Aniza Yusuf


Wednesday, 21 January 2009
Last Updated Wednesday, 21 January 2009

PANDUAN UNTUK DIIKUTI PELAJAR KETIKA BERADA DI BILIK DARJAH.

1 Semua pelajar mesti berada di dalam bilik kelas pada jam 6.55 pagi. Guru tingkatan akan mengambil
kedatangan pelajar.

2 Semua pelajar mestilah menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing.

3 Ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab menyediakan jadual tugas kelas masing-masing dan
memastikan tugas harian dijalankan dengan sempurna

4 Pelajar-pelajar yang bertugas pada hari itu akan menjalankan tugas kelas pada waktu pagi sebelum
loceng pertama dibunyikan.

5 Bakul sampah perlu dikosongkan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula

6 Setiap pelajar bertanggungjawab supaya kerusi dan meja yang dikhaskan untuknya tidak diconteng
atau dirosakkan.

7 Semua pelajar bertanggungjawab menjaga alat-alat dalam bilik darjah.Ketua tingkatan mesti
melaporkan kepada guru tingkatan dengan segera jika berlaku sebarang kerosakan.

8 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan kapur tulis dan menulis di papan hitam kecuali diarah
berbuat demikian oleh guru.

9 Apabila guru, pengetua atau pelawat masuk ke bilik kelas, pelajar hendaklah bangun dan
mengucapkan selamat atau memberi salam. Pelajar mestilah mengucapkan “Terima kasih”
setelah guru, pengetua atau pelawat meninggalkan bilik kelas.

10 Pelajar dilarang membuat bising dan mengganggu ketenteraman bilik kelas.

11 Semasa pelajaran sedang berjalan, pelajar tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
guru. Sewaktu pertukaran guru juga pelajar tidak dibenarkan keluar.

12 Pelajar yang hendak masuk ke bilik darjah di mana guru sedang mengajar dikehendakki mengetuk
pintu terlebih dahulu dan meminta kebenaran masuk.

13 Apabila guru tidak ada di dalam bilik kelas, Ketua Tingkatan bertanggungjawab menghubungi guru
tersebut atau guru gentian sekiranya guru mata pelajaran tidak hadir.

14
Pelajar-pelajar perlu memastikan suis kipas dimatikan apabila meninggalkan bilik kelas samada untuk ke
makmal atau waktu pendidikan jasmani

15 Pelajar-pelajar digalakkan menghias bilik kelas masing-masing dengan alat-alat pembelajaran, poster
poster dan carta yang sesuai dan menarik yang seringkali ditukar.

16 Bilik kelas mestilah berada dalam keadaan bersih, papan hitam mesti dibersihkan, meja dan kerusi
diatur sebelum waktu balik.
17 Keselamatan diri adalah tanggungan pelajar sendiri. Pelajar mestilah sentiasa menjaga keselamatan
diri semasa menjalankan aktiviti di dalam bilik kelas. Kemalangan akibat kelalaian sendiri tidak dapat
ditanggungjawab oleh pihak sekolah.
smkengkilili.com
http://

Anda mungkin juga menyukai