Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Pemilihan Kaedah yang Paling Sesuai Bagi saya, antara ketiga-tiga kaedah yang saya pilih untuk

menyelesaikan masalah ini,iaitu melalui kaedah penggantian, Petua Cramer dan penurunan Gauss-Jordan, saya merasakan bahawa kaedah Petua Cramer merupakan kaedah yang paling sesuai. Dalam Algebra Linear, Petua Cramer adalah teorem yang memberikan penyelesaian kepada sistem persamaan linear, dan juga sistem yang mempunyai penyelesaian unik atau bitara. Penyelesaian dinyatakan dari segi penentu pekali matriks dan matriks yang diperolehi dengan menggantikan satu ruang oleh vektor sisi kanan persamaan ( by replacing one column by the vector of right hand sides of the equations ). Dengan menggunakan kaedah ini, saya merasakan pengiraan lebih teratur dan kurang cuai. Bagi saya, ia sangat mudah dan ringkas berbanding kedua-dua kaedah lain yang saya gunakan. Ia hanya menggunakan penentu pekali matriks sahaja untuk mencari nilai x,y dan z. Bagi saya, kaedah penggantian juga mudah digunakan untuk mencari nilai pembolehubah yang tidak diketahui. Tetapi, kesukaran akan timbul apabila ia melibatkan banyak pemboleh ubah. Langkah-langkah pengiraan yang perlu dilakukan amat banyak. Ini akan mengambil masa yang lama untuk membuat penyelesaian. Manakala, kaedah penurunan Gauss-Jordan juga agak mencabar kerana ia memerlukan ketelitian dalam pengiraan. Sekiranya terdapat satu kesalahan kecil pada awal pengiraan, ini akan mempengaruhi nilai-nilai dalam kiraan seterusnya dan akhirnya jawapan akhir tidak tepat. Dalam Algebra Linear, kaedah Penurunan Gauss-Jordan adalah algoritma untuk menyelesaikan sistem persamaan linear. Ia juga boleh digunakan untuk mengira penentu matriks dan untuk mengira songsang matriks. Operasi baris permulaan digunakan untuk mengurangkan matriks ke dalam bentuk segi tiga atas dan bentuk eselon baris (dalam algebra abstrak). Kaedah Penurunan Gauss-Jordan mengurangkan matriks kepada bentuk pepenjuru ang juga dikenali sebagai bentuk eselon baris berturut dikurangkan (reduced row echelon form). Saya tidak memilih kaedah ini sebagai kaedah yang paling sesuai kerana ia melibatkan langkah pengiraan yang sangat panjang. Pengiraan menggunakan kaedah ini lebih lama dan ia juga tidak menjamin ketepatan jawapan.

Akhir sekali, saya memilih kaedah Petua Cramer sebagai kaedah yang paling sesuai. Akan tetapi, kaedah lain juga boleh digunakan. Ia terpulang kepada setiap individu untuk menilai keberkesanan kaedah yang digunakan.

Anda mungkin juga menyukai