Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

KEPADA
MEMBACA
DEFINISI BACAAN
 Harris dan Sipay (1980)-proses membaca
sebagai proses untuk memperoleh tafsiran
yang bermakna tentang lambang-lambang
bercetak atau bertulis.
 Kenedy (1981) - keupayaan seseorang untuk
mengecam bentuk visual (lambang-lambang
grafik yang mewakili bahasa atau perkataan),
menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau
makna yang telah diketahui, dan seterusnya
berasaskan pengalaman lalu, memahami dan
mentafsirkan maksudnya
 Marohaini Yusoff (1989)- proses membaca
sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak
dapat diperhatikan. Cuma, dua komponen
kemahiran utama yang dipersetujui wujud
dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran
mengenal dan kemahiran memahami apa yang
dibaca.
PROSES MEMBACA
i. Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)

Deria atau panca indera adalah pintu masuk berbagai


rangsangan ke otak untuk diproses. Dua deria yang terlibat
secara aktif dalam proses membaca adalah penglihatan dan
pendengaran. Kedua-dua deria ini berhubung rapat antara satu
sama lain dalam proses membaca.

a) Deria penglihatan
Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat
dan disalurkan ke otak untuk diproses bagi mendapat makna
sebenar. Bagi individu yang bermasalah penglihatan (buta)
deria penglihatan akan digantikan dengan deria sentuhan.
b) Deria pendengaran

Seseorang memerlukan pendengaran yang baik


untuk membolehkannya membaca dengan baik.
Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej
yang diterima supaya ia dapat menghasilkan
semula mesej itu dengan jelas dan tepat.
Keadaan ini tidak berlaku kepada individu yang
mengalami masalah pendengatan.
ii. Membaca sebagai proses pengamatan

Pengamatan adalah satu proses menimbulkan


makna kepada tugas-tugas panca indera
berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan
ini berhubung rapat dengan pemikiran. Dalam
bacaan, pengamatan membolehkan seseorang
mengenal dengan tepat lambang-lambang dan
mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga
makna.
Pengamatan dalam bacaan adalah seperti
 mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga
membezakan,
 “figure ground” iaitu mengenal objek-objek,
bentuk, atau corak-corak
 ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang
dilihat atau didengar
 turutan, iaitu seperti memahami giliran dan
urutan.
iii. Membaca sebagai satu proses bahasa
Bacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa
(language arts) iaitu yang bermula daripada mendengar,
bertutur, membaca, dan seterusnya menulis. Membaca
dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung
sesama mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan
yang mereka cipta.

iv. Membaca adalah satu proses kognitif


Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi
juga melibatkan proses kognitif atau berfikir pada semua
peringkat membaca seperti mengecam, mendiskriminasi,
dan memaham. Oleh itu kecerdasan seseorang akan
mempengaruhi kemajuannya dalam membaca.
PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA

Jenis peringkat membaca


Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu;
 Bacaan mekanis (bersuara)
 Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman)

 Bacaan intensif (mendalam)


 Bacaan ekstensif (meluas)
FUNGSI BACAAN BAGI KANAK-KANAK BERMASALAH
PEMBELAJARAN

 Menambahkan kosa kata


 Memudahkan komunikasi
 Meningkatkan keyakinan diri

Anda mungkin juga menyukai