Anda di halaman 1dari 4

6.

1 Krisis Identiti dan Moral

“seandainya terdapat seribu orang yang membina yang disusuli dengan seorang yang
meruntuh, itu sudah cukup (untuk meruntuhkannya). Bagaimana pula jika hanya terdapat
seorang yang membina tetapi terdapat seribu orang yang meruntuhkannya.”

Kata-kata penyair

Kegawatan gejal sosial di negara ini, terutama dikalanga belia semakin meruncing. Keruntuhan
akhlak dan budaya. Begitu halnya yang berlaku di Malaysia. Fenomena ini berlaku begitu drastik
hinggakan kita tidak mampu mengendalikannya. Ia umpama cendawan tumbuh selepas hujan

saban waktu kita disodorkan dengan segala macam masalah gejala sosial di kalangan
remaja. Ramai yang berasa cemas kerana kesan yang ditinggalkan bagaikan suatu kerosakan
yang agak sukar untuk dibaik pulih. Tidak sedikit yang merasa rimas apabila mengikuti
perkembangan yang kita lalui, iaitu apabila semakin banyaknya gejala sosial mewarnai pola
kehidupan bermasyarakat. 

Serasa kita sudah muak dengan isu seks rambang, penagihan dadah, pembuangan anak,
dan sebagainya yang memberi ‘isyarat’ bahawa gejala sedemikian ini bukanlah hal yang ringan
dan merupakan sampiran semata-mata. Ia perlu kepada penelitian dan kepekaan bersama
kenapa ia berlaku dan siapakah pelakunya.  Pada waktu yang sama kita juga sudah berdepan
dengan isu-isu yang semakin mencabar kehidupan seharian kita. Maka, adalah wajar semua
pihak melihat isu sedemikian sebagai tanggungjawab bersama yang memerlukan kita untuk
berperanan lebih proaktif. 

Keadaan ini juga tidak membolehkan kita untuk duduk diam membiarkan ia berlaku
begitu sahaja. Kepelbagaiannya semakin sehari seakan memaksa kita untuk lebih bertegas
berdepan dengannya. Adakalanya perubahan sosial yang berlaku ini menjadikan kita lebih
peka terhadap peranan dan tanggungjawab yang patut kita tunaikan.Justeru, ketegasan ini
bukan setakat menyuarakan kita tidak suka ia berlaku akan tetapi mencari jalan untuk dijadikan
sebagai ‘option’ yang menukar hal sedemikian kepada yang lebih produktif dan
bermanfaat.Sebagai sebuah negara dan masyarakat yang kuat berpegang teguh terhadap ajaran
dan kehidupan beragama, kita tidak mahu akibat daripada perubahan sosial ini akan merubah
sikap dan perangai yang akan menghasilkan perkara negatif. Natijahnya, mungkin akan
meninggalkan kesan perubahan sosial yang bercelaru di antara kebaikan dengan kejahatan
yang tercipta daripada perubahan sosial yang diwujudkan itu. Banyak contoh yang jelas betapa
rapuhnya perubahan sosial itu jika ia tidak disandarkan kepada keluhuran akhlak dan
keindahan budi. 

Kedua-dua aspek saling berkait kerana ia melahirkan ‘standard’ diri yang berkualiti tinggi.
Tidak hairanlah jika kita melihat pencapaian seseorang yang tidak bersandar sepenuhnya
kepada perubahan sosial, lebih banyak yang mampu berdepan dan menangani pelbagai cabaran
serta masalah yang datang dengan jayanya. Kita sebenarnya tidak dapat lari daripada keadaan
ini, akan tetapi bagaimana cara kita mengemudikannya, menyebabkan kita tidak mudah karam
dengannya. Kes-kes sosial yang ditimbulkan juga sudah semakin terjelma dalam bentuknya
yang tersendiri, yang ada kalanya amat sadis dan mengerikan. Paling ketara apabila pergaulan
bebas semakin menjadi budaya yang sudah meresap di kalangan generasi muda kita. 

Kebebasan yang ditimbulkan daripada fenomena sedemikian, tidak dapat tidak


menimbulkan kesan perubahan masyarakat yang sedia ada. ‘Virus’ yang dihasilkan daripada
pergaulan ini bukan merupakan masalah ringan yang tidak perlu dihiraukan. Meskipun skala
fenomena sosial yang kita timbulkan mungkin masih berada satu tahap keterlanjuran, namun
jika ia tidak dibendung dengan berkesan, ia mungkin berubah menjadi kebiasaan yang akan
mengheret kita kepada cara kehidupan sosial yang tidak sihat. Oleh hal yang demikian itu
setiap anggota masyarakat termasuk remaja sendiri perlu memainkan peranan dalam
membentuk cara dan corak pergaulan yang baik dan cemerlang, berteraskan ajaran agama yang
kukuh. 

Remaja atau belia yang ingin mengekalkan pergaulan terpuji di kalangan rakan-rakan
mereka mestilah mempunyai dan mengamalkan sifat-sifat yang juga terpuji seperti berakhlak
mulia, beradab ketika berbicara, sering memberi salam, jujur, memelihara amanat, sabar,
toleransi dan seumpamanya hingga kepada azam menanam rasa memuliakan teman atau rakan
yang baik pada setiap pertemuan. Pergaulan juga harus dijaga daripada perkataan yang sia-sia,
kotor dan perkara-perkara yang merupakan ‘kerugian’ bagi setiap individu Muslim. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bukanlah seorang Mukmin yang sempurna, yang
suka mencela dan melaknati, berperangai jahat dan berakhlak rendah." 

Bagi remaja yang sudah terpesong hendaklah kita sedar bahawa kita sepatutnya
mengamalkan nilai-nilai murni yang baik dalam pergaulan serta mencari arah dan tujuan hidup
yang asal serta mencipta kebaikan dan kecemerlangan diri. Tidak bererti keterlanjuran diri
yang telah berlalu merupakan sempadan yang tidak dapat diubah ke arah yang lebih baik dan
sempurna. Justeru, pergaulan yang dicari ialah pergaulan yang baik, beretika, dan sentiasa
ingat kepada ajaran-ajaran beragama serta menghala tuju ke arah kualiti hidup yang berguna.
Lihatlah kepada resmi ikan, meskipun berenang di lautan masin, namun ikannya tetap tawar
dan sedap dimakan. 

Maknanya, meskipun pelbagai perubahan sosial yang berlaku di sekeliling kita,


pengaruhnya tidak semudah itu meresap ke dalam diri kita, namun yang baik tetap menjadi
pilihan dan keutamaan kita. Untuk mempertahankan kebaikan yang kita sedia miliki inilah kita
perlu kepada ketahanan diri. Ketahanan diri yang dimaksudkan ini memerlukan kepada
bekalan yang kukuh dan mantap. Dalam konteks ini, apa yang lebih mujarab untuk menjadi
benteng yang menjadi senjata mengawal diri ialah memperteguh keimanan dan kekuatan
beragama. 

Tiada apa-apa yang akan dapat membantu dalam mengawal diri kita ini, jika kita
kosong dengan bekalan keimanan dan ketakwaan yang mendalam. Kita perlu dan tidak boleh
mengabaikan bahawa perhiasan yang paling indah ialah keimanan dan ketakwaan yang
mendalam kepada Allah s.w.t. Jika hakikat kita abaikan, maka mudahlah segala ancaman dan
gejala sosial menebusi pertahanan diri kita. Jika pertahanan diri kita sudah dibolosi, tidak dapat
tidak akan berlakulah satu keadaan di mana gejala sosial yang tidak kita ingini akan mula
mewarnai dan menghiasi kehidupan kita (remaja). Inilah yang akan menjadi isu kehidupan
yang bukan sahaja akan melibatkan banyak perkara, malahan ia juga akan melibatkan tenaga
dan usaha yang jika dialihkan ke arah yang lebih bermakna, akan lebih memberikan kesan dan
manfaatnya. 
Inilah yang sedang kita lalui sekarang dan kita memerlukan bersiapan diri untuk
berdepan dengan budaya yang sudah mula membauri kemurnian yang sedekian lama kita
pupuk dan semai bersama. Kita perlu sedar dan menginsafi bahawa jika kita terus membiarkan
keadaan ini berlaku, kita akan kehilangan nilai dan juga kemurnian jati diri bangsa. Justeru,
semua pihak (lebih-lebih remaja sendiri) harus berperanan dan bertanggungjawab dalam
mewujudkan ketahanan budaya dan nilai-nilai kehidupan beragama yang sedemikian lama kita
genggam. Tidak ada ertinya lagi untuk kita sering menyalahkan antara satu dengan yang lain. 
Apa yang penting ialah mempertahankan nilai diri dan jati diri kita sebagai remaja atau belia.
Justeru, kekuatan beragamalah yang menjadi kepentingan, yang tidak boleh dipandang ringan.

ۖ
)٢٥( ‫ب‬ ۡ ‫ص ۬‌ةً َو‬
ِ ‫ٱعلَ ُم ٓو ْا أَ َّن ٱهَّلل َ َش ِدي ُد ۡٱل ِعقَا‬ ْ ‫صيبَ َّن ٱلَّ ِذينَ ظَلَ ُم‬
َّ ‫وا ِمن ُكمۡ خَٓا‬ ۬ ْ ُ‫وٱتَّق‬
ِ ُ‫وا فِ ۡتنَةً اَّل ت‬ َ

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan
sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan
menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. (25)

Berikut saya sertakan beberapa keratan akhbar mengenai masalah sosial akibat daripada krisis
identiti dan moral pada masa ini.

Anda mungkin juga menyukai