Anda di halaman 1dari 2

Perkembangan Fizikal Kanak –Kanak ( 7 – 12 tahun )

Peringkat fizikal kanak-kanak dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu umur
7 hingga 8, umur 9 hingga 11 and umur 11 hingga 12.

Semasa pada umur 7 hingga 8 tahun iaitu pertengahan kanak-kanak. Ini dapat
dilihat beberapa perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan
meningkat secara perlahan hinggalah ke peringkat remaja. Gigi susu juga perlahan-
lahan diganti dengan gigi kekal. Penulisan kanak-kanak ketika ini menjadi lebih kecil
dan baik. Pada ketika ini juga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang
diorganisasi secara terperinci. Dalam permainan pula, mereka akan menambah
permainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar.

Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak ketika berumur 9 hingga 11 semakin


berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat, melontar,
menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan dikoordinasi
dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas bertambah baik dan membantu
perkembangan kemahiran motor. Tulisan juga semakin berkembang. Mereka perlu
diketahui bahawa peralihan akhir kanak-kanak kepada awal remaja adalah didahului
oleh individu perempuan 2 tahun lebih awal.

Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 12 tahun iaitu zaman awal remaja.
Pertumbuhan paling utama sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks. Bagi
remaja perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian
tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami
kematangan lebih awal berbanding lelaki. Remaja perempuan mula keluar haid dan
mencapai klimaks kepada pertumbuhan badan. Bagi remaja lelaki, pada ketika inilah
pertumbuhan mula memuncak dan kesedaran orientasi seksual mula wujud.

Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

Pada peringkat ini, kanak –kanak sesuai untuk belajar bermain alat-alat muzik
dan aktiviti-aktiviti seperti melukis. Tambahan pula, mereka juga boleh melibatkan diri
dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang, gimnastik. Ini disebabkan
aktiviti-aktiviti ini membantu dalam menguatkan otot, daya tahan serta membina
pergerakan yang lebih cekap. Berhubungan dengan ini, guru boleh menyediakan
aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki, contohnya bola sepak. Bagi kanak-
kanak perempuan, mereka sesuai untuk bermain permainan atau sukan seperti bola
jaring.

Bersenam banyak dapat menguatkan badan kita. Aktiviti senaman dan


pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak. Ini kerana perbezaan
saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut
terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian.

Anda mungkin juga menyukai