Anda di halaman 1dari 5

b) Pada pendapat anda sejauh manakah kurikulum tersirat boleh mempengaruhi perpaduan kaum dalam kalangan murid.

Bincangkan lima kurikulum tersirat. Pertama sekali, kurikulum tersirat telah berlaku dan dapat diertikan sebagai menyediakan pengalaman murid yang timbul daripada sesuatu kurikulum, serta juga pengalaman yang timbul daripada beberapa situasi dan pola budaya yang terdapat di sekolah. Apa yang mungkin dialami oleh murid sekolah rendah dalam kurikulum tersirat ialah mereka dilatih untuk hidup dalam masyarakat dan diberi latihan yang lebih bersifat soft skills atau kemahiran insaniah untuk masa hadapan dan memberi kepuasan kepada mereka sepanjang berada di sekolah. Dengan adanya latihan tersebut, murid-murid

lebih bersedia untuk bergaul dengan murid-murid lain yang berkepelbagaian sosio-budaya. Mereka memperoleh pengalaman dan mengetahui tentang caracara yang sesuai untuk bergaul rapat dengan murid-murid yang etnik, jantina, dan kelas sosial berlainan dengan mereka. Selain itu, pelaksanaan kurikulum tersirat mempunyai pengaruh dan peranan yang besar dalam membentuk amalan dan budaya masyarakat dalam kalangan murid sekolah rendah. Amalan dan kebiasaan tradisi tersebut akan membawa implikasi, kestabilan dan keharmonian pada masyarakat. Murid-murid disemai nilai-nilai dan amalan seperti bersatu padu, patriotik, hormatmenghormati, dan sebagainya di mana mereka akan mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka. Dengan ini, bangsa yang bersatu dan saling

menerima perbezaan budaya antara kaum dapat dibentuk. Kurikulum tersirat boleh diaplikasikan melalui aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia, dan aktiviti dalam unit kokurikulum. Semasa merancang aktiviti dalam setiap unit, guru bolehlah menyelitkan nilai yang dapat memenuhi hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pertandingan yang sihat juga dapat dilaksanakan dalam kalangan murid sekolah rendah. Sebagai contoh, objektif utama Persatuan Bahasa Melayu adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan Bahasa Melayu melalui aktiviti-aktiviti bahasa seperti

penulisan esei, deklamasi sajak dan drama.

Namun, tanpa kita sedar

penyertaan pelajar dalam aktiviti seperti ini contohnya dalam drama adalah cara terbaik mengajar murid untuk melihat sesuatu melalui kaca mata orang lain, iaitu setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Lebih signifikan lagi, murid dapat membayangkan perasaan orang lain dan bermakna mereka perlu meletakkan diri mereka sebagai orang itu dan berada dalam situasinya. Apabila mereka memilki kemahiran ini, mereka akan lebih berfikiran terbuka, tidak mementingkan diri sendiri dan menghormati perasaan orang lain. Aspek

kemahiran ini merupakan salah satu cara dalam pembentukan akhlak muridmurid. Kurikulum tersirat juga boleh menggalakkan interaksi antara kelas sosial. Aktiviti yang dijalankan boleh melibatkan interaksi antara kelas sosial murid. Hal ini akan memberi peluang kepada para murid untuk berkenalan antara satu sama lain tanpa mengira kelas sosial yang seterusnya akan mengelakkan salah faham murid antara kelas sosial daripada berlaku. Murid-murid akan faham

bahawa adalah normal dengan wujudnya perbezaan kelas sosial antara mereka dan mereka tidak harus memandang rendah mereka yang berasal dari kelas sosial yang lebih rendah. Tambahan pula, kurikulum tersirat memberi implikasi kepada kalangan murid sekolah rendah dari aspek agama. Sekolah rendah di negara kita terdapat Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang mempunyai bahasa pengantar dan etnik yang berbeza. Hal ini mungkin akan menyebabkan murid-murid tidak berpeluang bergaul dengan kaum yang lain yang seterusnya tidak didedahkan dengan agamaagama yang diamalkan oleh etnik lain. Keadaan ini mungkin menyebabkan

murid menghasilkan pandangan yang negatif terhadap agama lain atas kekurangan pengetahuan tentang agama tersebut. Namun, dengan adanya

kurikulum tersirat yang dijalankan dalam setiap kelas, para murid akan diajar tentang kepelbagaian agama di negara kita dan pentingnya kita menghormati agama orang lain. Pihak sekolah dan guru tidak seharusnya menekankan hanya

kepada kepercayaan agama Islam sahaja. Mana-mana unsur kepercayaan lain yang tidak bercanggah dengan hukum agama Islam boleh diterapkan kepada murid. Selain itu, kurikulum tersirat menggalakkan para murid yang berlainan etnik untuk menggunakan satu bahasa pengantara yang sesuai dan standard semasa bergaul. Bahasa pengantar yang diutamakan di sini ialah Bahasa Dengan

Melayu, di mana juga merupakan bahasa rasmi Negara kita.

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, semua murid dapat bergaul mesra antara satu sama lain dan perselisihan faham atau prejudis dapat dielakkan. Hal ini juga membolehkan para murid yang terdiri daripada etnik yang lain lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bekerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat. Sebagai contoh, kurikulum tersirat boleh menyatukan murid pelbagai kaum dengan adanya aktiviti kokurikulum. Akitiviti kokurikulum yang dianjurkan dalam sekolah terdiri daripada badan beruniform, persatuan, kelab serta permainan. Seterusnya, mengadakan pertandingan permainan tradisional ataupun karnival permainan tradisional juga boleh menyatukan murid pelbagai kaum. Dengan cara ini murid-murid dapat mengenali permainan tradisional kaum masing-masing dan secara tidak langsung hubungan antara kaum dapat dieratkan.

Contoh 2 Kurikulum tersirat boleh menyatukan murid pelbagai kaum dengan adanyaaktiviti kokurikulum. Akitivit kokurikulum yang dianjurkan dalam sekolah terdiridaripada badan beruniform, persatuan, kelab serta permainan. Sebagai contoh,apabila pasukan pengakap mengadakan pesta unggun api tahunan, pasukanpengakap boleh mengundang persatuan dan badan beruniform lain

yang terdapatdi sekolah tersebut untuk sama-sama menyertai pesta. Pasukan pengakaptersebut juga boleh mempelawa pasukan pengakap dari sekolah lain untukmenyertai pesta tersebut. Di sini, wujudlah peluang untuk pelajar-pelajar yangdatang dari persatuan serta kaum yang berlainan untuk berinteraksi antara satusama lain. Persahabatan akan menjadi kukuh.Seterusnya, mengadakan pertandingan permainan tradisional ataupunkarnival permainan tradisional juga boleh menyatukan murid pelbagai kaum.Misalnya setiap sekolah tidak kira sekolah Cina, Melayu ataupun sekolah Tamilmenghantar peserta untuk terlibat dalam carnival ini. Dengan cara ini murid-muriddapat mengenali permainan tradisional kaum masing-masing dan secara tidaklangsung hubungan antara kaum dapat dieratkan. Apabila guru mengadakan aktiviti kelas secara berkumpulan, guru harusmembahagikan kumpulan berdasarkan prinsip

menggalakkan interaksi antaramurid yang berlainan kaum. Ahli kumpulan yang pelbagai kaum dan bangsa akandapat berinteraksi dan berkongsi idea antara satu sama lain. Oleh itu, hubunganantara murid yang berlainan kaum akan dapat dieratkan dan semangatkesepaduan dapat dipupukkan.

Dalam usaha menyatupadukan pelbagai kaum dalam kalangan murid, guruboleh menyemaikan perasaan menerima dan menghormati bahasa ibunda dandialek kaum lain melalui aktiviti yang pelajar ambil bahagian. Contohnya, apabiladalam kelas bahasa Cina, semua murid tidak mengira kaum akan bercakap dalambahasa Cina dan apabila dalam kelas bahasa Melayu, semua murid pula akanbertutur dalam bahasa Melayu. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkanhubungan antara pelbagai kaum pelajar malah dapat meningkatkan kemahiranberbahasa pelajar dalam pelbagai dialek.Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yangbersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Pihak kementeriandapat menggubalkan isi-isi sukatan pelajaran dengan menerapkan pelbagai unsur budaya yang terdiri daripadi pelbagai kaum. Contohnya perayaan, adat resam,makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia.Selain itu, sekolah boleh mengadakan pertandingan

permainan tradisionalataupun karnival permainan tradisional. Misalnya setiap sekolah tidak kira sekolahCina, Melayu ataupun sekolah Tamil menghantar peserta untuk terlibat dalamcarnival ini. Dengan cara ini murid-murid dapat mengenali permainan tradisionalkaum masing-masing dan secara tidak langsung hubungan antara kaum dapatdieratkan.

Anda mungkin juga menyukai