Anda di halaman 1dari 8

Serap GSTT ke jawatan tetap

Published by Admin on Tagged Uncategorized

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kementerian Pelajaran bakal memperkenalkan mekanisme bagi membolehkan
lebih ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian khusus mengenainya sedang
dijalankan dan ia dijangka dapat disiapkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kementerian sedar ketika ini terdapat ramai GSTT yang berkebolehan serta
berkemampuan namun gagal menempatkan diri ke jawatan tetap kerana tempat yang disediakan adalah
terhad.

“Bagi membolehkan mereka diserap ke jawatan tetap, kementerian menggalakkan GSTT memohon
mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Namun kami sedar, bukan semua 12,546 GSTT akan
diterima kerana tempat yang terhad.

“Justeru, satu kajian khusus sedang dijalankan dan kita akan mengetahui hasilnya dalam masa terdekat.
Kementerian prihatin dengan nasib guru berkenaan kerana ada antara mereka yang telah berkhidmat
lebih daripada lima tahun,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang meminta kementerian


menyatakan sama ada wujud dasar menyerap semua GSTT ke jawatan tetap setelah mengikuti Kursus
Dalam Cuti (KDC).

Sementara itu, Mohd. Puad menjelaskan, kementeriannya masih meneruskan program KDC dan Kursus
Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) bagi menyerap GSTT ke jawatan tetap.

“Seramai 1,400 guru GSTT akan menyertai kedua-dua program tersebut 22 November depan bagi
melayakkan mereka diserap ke jawatan tetap.

“Bagi yang tidak terpilih KPLI, KDC dan KDPM, Kementerian Pelajaran prihatin dengan nasib mereka.
Menyedari minat serta kelayakan yang ada pada GSTT, sebab itulah kementerian menjalankan kajian
tersebut,” ujarnya.
Bajet 2011: Kakitangan Awam Termasuk Kontrak Turut
Mendapat Manfaat
by  K ULA NZ   on  15/10/2010  ·  16 CO MM EN T S

Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri


Malaysia yang juga Menteri Kewangan petang tadi bukan sekadar memberikan manfaat
kepada kakitangan awam yang bertugas secara tetap, tapi juga turut memberikan faedah
kepada pegawai/kakitangan kontrak.

Kalau ikut daripada pembentangan Perdana Menteri petang tadi, Bajet 2011 turut
menawarkan pelbagai imbuhan untuk penjawat awam, termasuk Bantuan Khas Kewangan
sebanyak RM500 dan pemansuhan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Imbuhan ini
adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan di atas sumbangan 1.2 juta penjawat awam
seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta
dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha.

Beliau yang juta Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkata, bantuan khas kewangan
tersebut diberikan bagi meringankan beban penjawat awam untuk menampung
perbelanjaan persiapan sekolah, dengan pembayaran akan dibuat pada Disember ini.

“Bantuan kewangan ini akan diberi kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah,
termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan,” katanya.

Najib berkata satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam
akan menggantikan sistem PTK yang akan dimansuhkan menjelang Jun tahun depan.

Beliau berkata langkah itu diambil selaras dengan usaha berterusan kerajaan dalam
menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh,
selain mengambil kira maklum balas penjawat awam.
Najib berkata kerajaan juga akan menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada
RM3,000 berbanding RM1,000 pada masa ini, termasuk dipanjangkan kepada pesara
kerajaan selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah sekarang.

Beliau berkata perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat (pegawai kontrak rasanya) yang
akan tamat perkhidmatan pada 31 Dis ini juga akan disambung untuk tempoh setahun lagi,
manakala kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan Pegawai
Khidmat Singkat baru.

Bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah serta memperbaiki syarat-syarat


membuat pinjaman perumahan, Najib berkata kerajaan akan menaikkan had kelayakan
maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini,
berkuatkuasa 1 Jan 2011.

Beliau berkata kerajaan juga akan membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa,
anak dan adik-beradik, selain menggandakan kadar pinjaman untuk kerja-kerja tambahan
rumah kos rendah kepada RM20,000 berbanding RM10,000 pada masa ini bagi Kumpulan
Sokongan Dua.

“Kesemua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuatkuasa mulai 1


Januari 2011,” katanya.

Sementara itu, dalam usaha mempermudah urusan sektor swasta dengan agensi kerajaan,
Najib berkata inisiatif MyCoID Gateway, yang menggunakan nombor rujukan tunggal
Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi menjalankan urusan akan diperluaskan ke agensi dan
kementerian lain.

Beliau berkata kerajaan juga akan memperkenalkan sistem pemarkahan untuk


memudahkan permohonan taraf penduduk tetap (PR), yang kini boleh dilakukan selepas
lima tahun bermastautin berbanding 10 tahun sebelum ini.

Dengan sistem tersebut, permohonan PR akan lebih telus, pantas dan objektif berdasarkan
kriteria yang jelas.
Bagi mempercepatkan proses pendaftaran hartanah pula, Akta Setem 1949 telah dipinda
untuk membolehkan penilaian hartanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
dilakukan selepas duti setem dibayar di Lembaga Hasil Dalam Negeri, dengan masa
pendaftaran satu hari sahaja berbanding 30 hari sebelum ini. (Sumber: BERNAMA)

Nampaknya sekali lagi CUEPACS gagal dalam tuntutan bonus. Tapi harap kakitangan awam
di negara ini tak kecewa sebab, walaupun masih tiada bonus diberikan pada tahun ini, tapi
bantuan khas kewangan yang diberikan sebanyak RM1000 (RM500 sebelum hari raya puasa
lepas) dan RM500 pada bulan Disember nanti sudah cukup. Bantuan kewangan atau bonus
lebih kurang sama juga. Hanya istilah yang berbeza. Untuk Pegawai Khidmat Singkat pula,
semoga penyambungan perkhidmatan tu dapat memberikan galakan kepada mereka untuk
terus memberikan sumbangan kepada sektor perkhidmatan awam di negara ini.

Isu-Isu Pendidikan di Malaysia


by  K ULA NZ   on  06/08/2009  ·  93 CO MM EN T S

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan


pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa.
Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan
negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan
merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan
negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang
penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa
mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran


Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan
hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan
khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan.
Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau
bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang
ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara
berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga
pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan
kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan
terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat
pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur
pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:
 Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan
kebanyakan negara lain di dunia;
 Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
 Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM); dan
 Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam
pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah
melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama
penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut
adalah berkaitan dengan:
 pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
 perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
 latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah
yang kurang berkesan;
 penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
 bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan
memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur
yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan
kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara
adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung
(advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber:
Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).
Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu
banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang
dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau
peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang
amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya
sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber
pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan
pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh
Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia,
pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM
menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di
pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang
kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku
ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah
keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru
yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan
Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan
pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu
kepada pelajar mula dipertikaikan.
Program PPSMI
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah
melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar
subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini
kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar.
Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan
dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.
Kesan globalisasi
Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan
internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh
dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui
komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-
nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini
disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan
nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih
mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.
Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan
dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah
menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah
yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama.
Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng
sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.
Isu-isu lain dalam sistem pendidikan
Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan
pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
 Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin
pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;
 Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti
satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira
kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan
program pendidikan sendiri;
 Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah
mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;
 Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
 Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di
negara maju adalah terhad;
 Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara
menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan
berkesan;
 Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek
pemberian bantuan; dan
 Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Anda mungkin juga menyukai