Anda di halaman 1dari 10

BAB 7: KINESIOLOGI DAN LAKUAN MOTOR

7.1 PENGENALAN KEPADA KINESIOLOGI


(a) Definisi Kinesiologi
 Kajian tentang anatomi, fisiologi, dan mekanik pergerakan tubuh khususnya pada
manusia
 Meliputi perubahan dalam kedudukan bahagian-bahagian tubuh dan relatifnya
antara satu sama lain KINESIOLOGI sebagai kajian pergerakan manusia dari
berbagai-bagai perspektif seperti psikologi, falsafah, sosiologi dan fisiologi.
 Kinesiologi dihadkan kepada kajian ke atas anatomi dan asas mekanik terhadap
pergerakan manusia berkaitan dengan aktiviti sukan, tarian dan suaian.
 Kombinasi pengetahuan tentang biologi, sifat-sifat bahan tulang, sendi dan sistem
neuromaskular serta prinsip mekanik fizik menyediakan asas untuk
perkembangan sub-disiplin yang sama iaitu biomekanik.
 Oleh itu, definisi biomekanik ialah bidang kajian tentang pengetahuan dan kaedah
mekanik yang diaplikasikan kepada struktur dan fungsi sistem badan manusia.
(b) Fokus Pendekatan Kinesiologi
(i) Pemerhatian sistematik
- pendekatan kualitatif
 menerangkan mengenai sesuatu pergerakan tanpa melibatkan pengukuran dan
pengiraan sesuatu pencapaian
- pendekatan kuantitatif
 menerangkan pergerakan badan dan anggota badan dalam bentuk nombor dan
pengiraan bagi menerangkan pencapaian prestasi lakuan
(ii) Analisis Pergerakan
Kundson dan Morrison (97:4) “menyatakan bahawa analisis adalah pemerhatian
yang sistematik dan berpekspektif tentang kualiti pergerakan manusia untuk tujuan
membaiki kaedah yang paling sesuai untuk mempertingkatkan persembahan. Kemahiran
sukan ini boleh diterjemahkan kepada empat model (figure :1). Kaedah pertama,
jurulatih menyediakan analisis kepelbagaian dengan mengumpul maklumat tentang
pemainan, pemain, dan persediaan untuk strategi pemerhatian. Kaedah kedua.
Penganalisis membuat pemerhatian yang releven untuk mengumpul matlumat tentang
persembahan. Kaedah ketiga. Melibatkan dua langkah yang penting, pengukuhan

1
kekuatan dan kelemahan persembahan yang mendiagnosis masalah pergerakan dari
banyak simpton pemerhatian. Kaedah keempat. Analisis kepelbagaian dari jurulatih di
atas gelanggang dalam latihan dan diikuti dengan pemerhatian yang lebih lanjut secara
berterusan latihan persembahan, seterusnya adalah ilustrasi dan analisis tentang pukulan.

7.2 BIDANG KINESIOLOGI


• Kecukupan Kendiri
• Ekspresi diri
• Kerja
• Pendidikan
• Kesenggangan
• Kesihatan
• Pertandingan

7.3 CABANG UTAMA KINESIOLOGI


(a) Sosiobudaya
 Falsafah Dalam Aktiviti Fizikal - kecergasan, gaya hidup sihat dan prinsip
latihan
 Sejarah Aktiviti Fizikal - sejarah perkembangan sukan semasa tamadun
Yunani, Rome dan Islam.(peringkat awalan, pertengahan dan terkini –
T4)
 Sosiologi Dalam Aktiviti Fizikal - definisi sosiologi

2
(b) Perlakuan
 Perlakuan Motor - bidang yang menjelaskan bagaimana berlakunya
organisasi semua proses yang terlibat dalam mekanisme mengawal
pergerakan
 Psikologi Sukan - kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh
sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif dan kognitif ke atas
mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
 Pedagogi - gaya kejurulatihan dan ciri-cirinya dalam hubungan jurulatih-
pelatih, jurulatih-pegawai dan jurulatih masyarakat
(c) Biofizikal
 Biomekanik Sukan - adalah sintesis bidang-bidang biologi dan
mekanik yang bertujuan untuk memahami dan menjelaskan
pergerakan manusia.
 Fisiologi Senam - adalah kajian tentang fungsi struktur tubuh.

7.4 PENGENALAN LAKUAN MOTOR


Definisi Kawalan Motor
 Bidang pengajian yang melibatkan kajian pergerakan berdasarkan aspek-aspek
mekanisme pengawalan postur & pergerakan
 Organisasi proses yang terlibat dalam mekanisme mengawal pergerakan
 Kawalan dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan
(a) Perkembangan Motor
Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi
keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat.
- Perubahan dilihat menerusi dua aspek:
1. Peningkatan Keupayaan ( dari bayi – dewasa ).
2. Penurunan Keupayaan ( dari dewasa – tua )
- Perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor sepanjang
hayat. Perubahan dalam hasil proses
- Perkembangan
- Tumbesaran
- Kematangan
- Penuaan

3
(b) Tingkahlaku Motor
 semua pergerakan dan postur
 proses menyebabkan kepada perubahan prestasi
- Berfokus kepada perkembangan yang berlaku selepas dua tahun kelahiran.
- Tahap pencapaian dilihat dalam tiga aspek perkembangan utama iaitu:
(i) Perkembangan Kawalan Postur
Kawalan Kepala Duduk Tanpa Sokongan Berdiri Tanpa Sokongan
(ii) Perkembangan Keupayaan Lokomotor ( mengikut ururtan )
mengguling Merangka Berdiri Tanpa Sokongan
(iii) Perkembangan Keupayaan Bukan Lokomotor ( mengikut sekuan )
Keupayaan mengenggam Tangan Tanpa Objek
Keupayaan Mencapai Sasaran
Keupayaan Menggengam Objek

(c) Kawalan Motor


- Bidang pengajaran pergerakan manusia tentang mekanisma sistem biologi
menghasilkan lakuan motor.
- Mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisma yang mengawal
kedua-duanya.
- Ia menjelaskan organisasi semua proses yang terlibat dalam mekanisma
mengawal pergerakan.
- Ia dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang
mampu dihasilkan oleh sistem biologi.
• Mekanisme pengawalan postur & pergerakan
• Organisasi proses yang terlibat dalam mekanisme mengawal pergerakan
• Kawalan dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan
• Bidang pengajian yang melibatkan pengajian pergerakan berdasarkan aspek-aspek

4
(d) Kemahiran Motor
- Berlaku mengikut 2 prinsip yang berfokus kepada perkembangan yang berlaku 2 tahun
pertama selepas kelahiran.
i. Prinsip Cephalo - Caudal
- Berteraskan perkembangan dari kepala ke bawah. Cthnya keupayaan fleksi tengkok
sehingga duduk tanpa sokongan.
ii. Prinsip Proksimal - Distal
- Berteraskan perkembangan daripada aksis tubuh ke arah luar. Contohnya daripada
keupayaan menghulur tangan dan keupayaan mencapai sasaran.

(e) Pembelajaran Motor


Bidang pengajian pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi
keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti latihan.
- Perubahan boleh digambarkan melalui lengkuk pembelajaran antaranya:
 Lengkuk Lurus ( Linear)
 Lengkuk Cembung
 Lengkuk Cekung
 Lengkuk S “Ogive”

(f) Prestasi Motor


- Dalam aspek kebolehan motor boleh dinilai berpandukan dua taksonomi keupayaan
motor yang dikemukakan oleh Fleishman iaitu:
i Keupayaan Persepsi Motor
ii Kecekapan Fizikal

(e) Sumbangan Lakuan Motor


• Sumbangan lakuan motor dalam Sains Sukan
• (biomekanik, anatomi, fisiologi senam, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
• Mengaitkan aspek-aspek pembelajaran motor yang membantu dalam
menghasilkan pergerakan yang betul
• Menggunakan kemahiran psikologi untuk meningkatkan prestasi
• Menggunakan teori-teori pembelajaran untuk meransang pembelajaran sesuatu
kemahiran (cth: penyampaian maklumat, maklum balas)

5
• (biomekanik, anatomi, fisiologi senam, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
• Mengaitkan aspek-aspek pembelajaran motor yang membantu dalam
menghasilkan pergerakan yang betul
• Menggunakan kemahiran psikologi untuk meningkatkan prestasi
• Menggunakan teori-teori pembelajaran untuk meransang pembelajaran sesuatu
kemahiran (cth: penyampaian maklumat, maklum balas)

7.5 KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR


- Terdapat tiga jenis lakuan motor berdasarkan kriteria berbeza iaitu:
(a) Kriteria Ketepatan Lakuan
- Klasifikasi ini berdasarkan jenis atau saiz otot utama yang terlibat menghasilkan
pergerakan. Ia terbahagi kepada 2 :
1. KEMAHIRAN MOTOR KASAR
- Melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai otot utama spt menendang bola.
2. KEMAHIRAN MOTOR HALUS
- Melibatkan penggunaan otot-otot kecil sebagai otot utama spt menembak dan dart.
(b) Kriteria Ciri Pergerakan
• KEMAHIRAN DISKRIT
- Kemahiran yg permulaan dan pengakhiran lakuan ditentukan oleh kemahiran yang
terlibat spt menangkap bola, menendang dan memanah.
• KEMAHIRAN BERTERUSAN
- Kemahiran yg permulaan dan akhiran lakuan ditentukan oleh pelaku spt berlari dan
berenang.
• KEMAHIRAN SIRI
- Gabungan beberapa kemahiran diskrit yg menjadi satu kemahiran tersendiri spt
gimnastik dan menunggang basikal.
(c) Kriteria Stabiliti Persekitaran
• Kemahiran berdasarkan keadaan persekitaran.
• Kemahiran yang dihasilkan dalam suasana yang dinamik atau stabil.
• Ia terbahagi kepada dua iaitu:
KEMAHIRAN TERBUKA
 kemahiran yang dilakukan dalam keadaan persekitaran yang berubah-ubah dan
dipengaruhi oleh faktor luaran

6
 pelaku tidak dapat mengawal persekitaran semasa menghasilkan sesuatu tindak
balas contoh: penjaga gol, badminton
KEMAHIRAN TERTUTUP
 kemahiran yang dilakukan dalam keadaan persekitaran yang stabil dan
dipengaruhi oleh faktor dalaman
 pelaku dapat mengawal pelakuan semasa menghasilkan kemahiran
 contoh: bowling, terjun
OPEN SKILL
- Kemahiran yang dihasilkan dlm suasana berubah-ubah dan dipengaruhi oleh faktor
luaran (persekitaran) spt bermain badminton, belayar dan menjaga gol.
KEMAHIRAN TERKAWAL (CLOSE SKILL)
- Kemahiran yang dihasilkan dalam suasana stabil dan dipengaruhi oleh faktor dalaman
(faktor pelaku) spt bowling dan melontar peluru.

7.6 INDIVIDU DAN PERSEKITARAN


- Pembolehubah perbezaan individu adalah berdasarkan klasifikasi yg dikemukakan oleh
Fleishman 1972.
- Berpandukan 2 taksonomi keupayaan motor iaitu:
(i) Keupayaan Persepsi Motor
• KOORDINASI BERBAGAI ANGGOTA
Cth: menangkap bola dan buat hantaran perlu koordinasi mata-tangan dan koordinasi
tangan-kaki.
• KETEPATAN KAWALAN
Keupayaan mengawal kualiti pergerakan yang dihasilkan. Cth : penerjun dpt mengawal
pergerakan postur semasa terjunan.
• ORIENTASI RESPON
Berkeupayaan hasilkan respon yg sesuai dgn keperluan persekitaran. Cth : Keupayaan
penjaga gol mengurangkan sudut utk penjaring menjaringkan gol.
• MASA REAKSI
Tempoh masa yg diambil utk memulakan pergerakan slps menerima rangsangan. Cth :
Masa yg diambil oleh seorang pelari 100m utk memulakan larian slps mendengar
tembakan permulaan.

7
• KELAJUAN RESPON
Merujuk kpd tempoh masa yg diambil utk melengkapkan pergerakan. Cth : Larian 100m
kelajuan respon adalah masa yg dicatatkan utk tamatkan perlumbaan.
• KEUPAYAAN MANIPULASI JARI
Keupayaan mengendalikan kemahiran halus yg melibatkan jari. Cth : Bermain piano,
menjahit, menjaring bola keranjang, bola jaring dan tenpin boling.
• KEUPAYAAN MANUAL
Keupayaan mengendalikan kemahiran kasar yg melibatkan keseluruhan bahagian tangan.
Cth : menangkap dan membaling dalam permainan sofbol.
• INTEGRASI RESPON
Merujuk kpd integrasi pelbagai maklumat sensori utk hasilkan pergerakan. Cth : Dlm
permainan badminton spt posisi pemain lawan, kelajuan bulu tangkis dan arah bulu
tangkis.
(ii) Kecekapan Fizikal

7.7 PERSPEKTIF KAWALAN DAN PRESTASI MOTOR


Mekanisma kawalan motor-atlet serba boleh dilihat dari perspektif:
(a) Pendekatan Klasik ( Sherrington, 1890 )
 Pendekatan ini mengaplikasikan sukan berdasarkan kognitif dan social
 Pendekatan Kontemporari - Pendekatan yang mengaplikasikan penggunaan ICT
dan sains sukan
(b) Fisiologi Gerakbalas ( Pendekatan Kontemporari )
 Pergerakan yang dilakukan merupakan hasil tindakbalas yang dilakukan sendiri
Contoh : pergerakan asas seharian
(c) Fisiologi Aktiviti ( Pendekatan Kontemporari )
 Pergerakan yang menggunakan bahan atau peralatan dalam melakukan aktiviti
sukan.

8
7.10 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR
a) Novis
 Peringkat mengenal ciri-ciri/tertib lakuan yang terlibat dgn kemahiran.
 Tidak mengambil kira konteks situasi atau modifikasi yang perlu.
b) Perantaraan
 Mula berpengalaman; bebas drp diskripsi verbal tentang ciri-ciri kemahiran.
c) Trampilan
 Berkemampuan untuk merancang tindakan serta membuat keputusan yang
releven dgn objektif lakuan.
d) Cekap
 Prestasi secara majoritinya dihasilkan & dikawal secara ‘intuisi’.
 Mampu mempertimbangkan berbagai pilihan respon dalam masa yang singkat
(biasanya respon yang terbaik).
e) Pakar
 Penghasilan prestasi tinggi secara automatik; kemahiran pergerakan umpama
sebagai sebahagian dpd diri.
 Pengawalan situasi secara ‘total’ dengan tahap konsistensi tinggi.

7.5 PEMPROSESAN MAKLUMAT


Mekanisme Pergerakan Voluntari ( mengikut urutan nombor )
1. Maklumat sensori di terima drpd sumber reseptor yg releven.
2. Neuron sensori pd reseptor akan menukar rangsangan ke bentuk impuls saraf.
3. Drpd CNS peringkat rendah, semua impuls sensori dihantar ke thalamus.
4. Thalamus berfungsi menghubungkan maklumat sensori ke korteks cerebral.
5. Berlaku pemprosesan awal semua maklumat sensori di pusat kortikal masing-
masing.
6. Berlaku proses integrasi sensori-motor di kawasan korteks penggabung
(association cortex)
7. Neuron sensori yg membawa impuls sensori akan bersinaps dgn neuron motor di
korteks motor
8. Impuls motor dihantar semula ke spinal cord melalui laluan-laluan motor
kortikospinal (corticospinal spinal pathways)

9
9. Di spinal cord, berlaku proses merekrut unit motor & ko-aktivasi a-g bg
spesifikasi peranan & penguncupan otot
10. Impuls motor seterusnya dihantar ke sistem efektor utk membolehkan pergerakan
Mekanisme Pergerakan Involuntari ( mengikut ururtan nombor )
1. Rangsangan periferi diterima oleh sistem reseptor.
2. Neuron sensori (reseptor) menerima dan menukar rangsangan kpd impuls sensori
3. Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah (saraf tunjang)
4. Di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengan neuron motor.
5. Apabila sinaps ini berlaku impuls sensori bertukar menjadi impuls motor.
6. Impuls motor dihantar ke sistem efektor.
7. Apabila sistem efektor menerima maklumat impuls motor, pergerakan involuntari
terhasil.

7.6 MEMORI
• Sensori memori : memori jangka pendek – pusat pemprosesan maklumat
• Memori jangka panjang
• Rangsangan dan tindak balas tumpuan, latih tubi,pengkodan dan chunking.
• Memperoleh semula maklumat, ingatan dan lupaan, keruntuhan jejakan dan
ketidakupayaan memanggil semula maklumat
• Gangguan memori- sekat laku
• Mekanisme lupa
• Sifat berkaitan dengan memori

10

Anda mungkin juga menyukai