Anda di halaman 1dari 4

KAQ 1043

BIMBINGAN TINGKAHLAKU AWAL KANAK-KANAK

TUGASAN INDIVIDU

Ulasan Jurnal

Nama pelajar : Fatima Amira bt Norazalan


No. Matrik : E20091000280
Kumpulan : C
Pensyarah : Cik Anis Norma Bt Jaafar
ULASAN JURNAL

Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Berusia Dua Tahun : Satu Tinjauan

Berdasarkan jurnal ini ada menyatakan mengenai pertumbuhan bahasa kanak-kanak


yang berusia dua tahun. Pertumbuhan bahasa kanak-kanak meliputi tiga komponen iaitu
sintaksis, fonologi dan semantik. Ketiga-tiga komponen ini tumbuh secara bersama-sama.
Pertumbuhan sintaksis bermula apabila kanak-kanak terbit ayat yang terdiri dari dua kata
atau lebih. Pada usia dua tahun kanak-kanak akan mula menggabungkan dua kata. Bagi
pertumbuhan fonologi pula lebih kepada pengeluaran bunyi yang bermakna bagi kepada
kanak-kanak seperti melakukan cooing atau babbling terhadap ibubapa, menunjukkan
komunikasi kanak-kanak kepada ibu bapa. Manakala semantik pula kanak-kanak faham
maksud ayat yang dikatakan dan ayat yang diterima.

Kanak-kanak menggunakan perkataan tunggal untuk membezakan seseorang atau


sesuatu benda dalam keadaan berbeza seperti menyebut ‘ma’ untuk minta didukung atau
menunjukkan barang milik ibunya. Pada usia dua tahun kanak-kanak mula gabung prkataan
untuk menghasilkan ayat. Pada usia ini kanak-kanak tidak mempunyai tatabahasa seperti
orang dewasa tetapi mereka lebih banyak gabungkan rangkaian perkataan biasa. Kreativiti
mainkan peranan penting untuk peringkat awal pertuturan kanak-kanak. Mangantar (1990)
dalam kajiannya tentang pertumbuhan bahasa Melayu oleh bayi Melayu mendapati kajian
sama seperti kajian yang diperolehi oleh Clark (1973; 1977) dalam teorinya yang disebut ciri
semantik. Perbezaan yang ketara dalam kajiannya ialah bayi-bayi yang diamatinya tidak
pernah melalui peringkat penyempitan erti kata sebagai biasa dilaporkan dalam
pemerolehan semantik bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris.

Kajian pemerolehan bahasa ini dilakukan adalah bertujuan untuk memerhati dan
menganalisis bahasa kanak-kanak yang berusia lebih dari dua tahun dari segi penerimaan
dan pengeluaran ayat. Kajian kes yang dilakukan ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki
yang dirujuk sebagai SF berusia 2 tahun 3 bulan dan rakannya SK berusia 2 tahun 4 bulan
yang berketurunan Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kelantan sebagai bahasa
ibundanya. Kaedah pungutan data yang digunakan ialah kaedah pemerhatian dengan
menggunakan rakaman pertuturan SF dan rakannya, SK serta rakaman pertuturan SF
dengan bapanya (AB). Kaedah pengukuran yang digunakan adalah berasaskan ‘mengenal
gambar’ (picture identification). Instrumen kajian pula menggunakan Buku Bergambar Awal.

Kajian kes mengenai pemerolehan bahasa kanak-kanak berusia dua tahun ini
dilakukan dalam dua situasi. Pertuturan subjek kajian dalam kedua-dua set ditranskripkan
mengikut sebutannya. Dalam rakaman set yang pertama subjek kajian diletakkan dengan
rakannya SK didalam sebuah bilik dan diberikan buku bergambar dan rakaman set yang
kedua subjek kajian diletakkan bersama bapanya (AB) menggunakan instrumen yang sama.

Semua ujaran SF yang diperoleh melalui rakaman diberi transkripsi dalam ejaan
fonemik dalam bentuk ortografik. Segala ayat yang didapati dalam dialog dikategorikan
dalam dua bahagian iaitu ayat yang difahami (receptive) dan ayat kedua dihasilkan melalui
ujaran yang dikeluarkan (productive). Kedua-dua jenis ayat dianalisi dari segi bentuk dan
masalah pemahaman. fungsi bahasa adalah lebih penting dari sistemnya. Kajian ini
dilakukan berpusat kepada maksud yang disampaikan oleh SF dengan melihat kepelbagaian
cara yang digunakan.

Ayat dalam bentuk ujaran adalah ayat yang diujarkan oleh SF dan diterima oleh
orang lain. Pada permulaan kajian didapati SF berada pada Fasa Peralihan. Ayat yang
dikeluarkan terdiri daripada pola satu kata, dua kata dan tiga kata atau lebih. Kanak-kanak
belajar melalui interaksi sosial yang disebut sebagai kebolehan komunitatif. Bagi ayat- ayat
bentuk pengeluaran, SF menggunakan bahasanya untuk memberikan nama atau menyebut
benda-benda, berdasarkan pengalaman hidup atau dengan mengagak-agak. Berdasarkan
contoh yang pertama SF banyak menggunakan ayat pola, dua kata daripada jenis Frasa
Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN +FK) dan Frasa Nama +
Frasa Adjektif (FN +FA). Menurut Braine (1976) perkataan seperti ini dipanggil sebagai kata
paksi. SF didapati banyak menggunakan perkataan ‘ni’(ini) digabungkan dengan kata nama
lain seperti ni ajah.(Ini gajah).

SF menunjukkan perbezaan yang jelas pada ayat-ayatnya. Subjek kajian, SF


menggunakan ayat-ayat dengan tiga pola iaitu kata tunggal, dua kata dan tiga kata seperti
abah nak abit (abah nak keluar). Selain itu ujaran SF dapat difahami melalui tekanan suara
untuk menunjukkan sifat SF ingin tahu dan memerlukan jawapan daripada orang yang
berinteraksi dengannya. Bahasa pertuturan SF sudah mula berubah daripada bentuk matetik
kepada bahasa orang dewasa.

Ujaran SF menggunakan ayat-ayat yang lebih bermakna dan mempunyai ciri


linguistiK orang dewasa yang terdiri daripada makna semantik, tatabahasa leksikal dan
fonologi seperti abah ano ayi. abah? (abah, mana lori, abah?) yang jelas menunjukkan ayat
tanya yang digunakan dalam tatabahasa pertuturan orang dewasa. Tambahan lagi SF
berjaya mengaitkan pengalamannya dengan menyatakan bahawa dia pernah menaiki kereta
api ke Kuala Lumpur bersama keluarga. Ciri-ciri dan masalah pemahaman ayat-ayat
produktif SF didapati pada usia 2.3 tahun, meninggalkan bahasa matetik atau holofrasa.
Berdasarkan dua set rakaman pertuturan pengiraan Min Panjang Ujaran (MLU) bagi SF dan
rakannya SK, menunjukkan SF sudah berada pada peringkat peralihan penggunaan bahasa
orang dewasa berbanding SK ini kerana SF lebih banyak didedahkan kepada dunia luar.

SF sudah memahami soalan yang dikemukakan oleh bapanya. Menurut


Asmah( 1986) salah satu dorongan bagi manusia untuk menggunakan bahasa ialah
memberi nama atau jenama ‘label’ tentang apa yang dilihat pada persekitarannya. Apabila
bapanya AB menanyakan ‘Itu apa?. SF dapat memberikan jawapan dengan betul disokong
pula dengan gambar objek tetapi adakalanya SF cuba menggunakan groping untuk visual
yang tidak dikenali. SF dapat memahami ayat-ayat yang didengarnya serta mudah faham
jika mendengar ayat yang mudah dengan merujuk kepada benda atau pengalaman yang
konkrit. Ternyata SF sudah mula menjalani proses pemerolehan bahasa secara penerimaan
selama lebih daru dua tahun. SF lebih banyak menguasai tatabahasa dan juga sudah ada
keupayaan berbahasa (language competence).

Berdasarkan jurnal yang diperolehi, saya mendapati bahawa jurnal ini amat
bersesuaian dikaji dalam pembelajaran kajian pertumbuhan bahasa kanak-kanak. Antara
cadangan bagi meningkatkan pertumbuhan bahasa kanak-kanak bagi kanak-kanak yang
berusia dua tahun dari segi pengiraan Min Panjang Ujaran (MLU) ialah dengan
mendedahkan kanak-kanak lebih banyak pengalaman disekeliling sejak dari kelahirannya.
Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa aspek ayat memainkan peranan
penting dalam penguasaan bahasa kanak-kanak dalam menuju kebolehan bahasa orang
dewasa. Penguasaan ayat juga tidak dapat dipisahkan daripada penguasaan fonologi dan
semantik dalam sesuatu bahasa. Analisis menunjukkan SF menunjukkan satu tahap normal
dalam perkembangan penguasaan bahasa kanak-kanak berbanding SK. SF lebih banyak
menggunakan ayat-ayat satu kata dan dua kata. SF telah cuba menggunakan ayat yang
berubah-ubah mengikut situasi dan keadaan bergantung kepada fungsi yang hendak
disampaikan. Walaubagaimanapun, SF masih terikat dengan bahasa matetik dan telegrafik
dan lebih mudah memahami ayat-ayat yang didengarnya jika masih didalam ciri-ciri
penyerdehanaan dan motherese.

Anda mungkin juga menyukai