Anda di halaman 1dari 3

Revolusi Teknologi Maklumat telah dicetuskan dengan terhasilnya hasil

teknologi baru yang membolehkan perkongsian maklumat dapat dilaksanakan


dengan lebih mudah, pantas dan efektif. Jika pada masa dahulu, maklumat
disalurkan melalui telegram dan surat yang mengambil masa yang lama. Tetapi,
pada masa kini dengan hanya satu klik, maklumat dapat disebarkan ke seluruh
dunia tanpa mengira sempadan negara dan batas waktu. Revolusi Teknologi
Maklumat yang tercetus pada dua dekad terakhir abad ke 20 memberi impak
positif kepada ketamadunan manusia sejagat. Ia mengecilkan dunia kerana
peristiwa-peristiwa yang berlaku di seluruh dunia mudah diperolehi dan tersebar
dengan cepat berbanding zaman sebelumnya. Revolusi ini juga telah banyak
mempengaruhi cara hidup masyarakat di Malaysia dalam kita mengejar
kemajuan ekonomi dan sosial. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad dalam ucapannya ada menyebut, “IT dan revolusi maklumat akan
menukar peraturan- peraturan persaingan antarabangsa dan akan mengubah
cara kita mentadbir masyarakat dan negara” Tun Dr. Mahathir Mohamad
(Oktober 1997). Walaubagaimanapun, revolusi tersebut telah menyebabkan
berlaku pertembungan yang sengit di antara Islam dan barat dalam era yang
dinamakan “GLOBALISASI”.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, globalisasi bermaksud fenomena


yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia
disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat atau proses yang
membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya)
disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia,
terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan
sebagainya. Dana Kewangan Antarabangsa menakrifkan globalisasi sebagai
“pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui
kenaikan jumlah dan kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan,
pergerakan pelaburan antarabangsa bebas, dan peresapan teknologi yang lebih
pesat dan meluas”. Ahli teori, Immanuel Wallerstein menegaskan yang
globalisasi tidak boleh difahami secara berasingan daripada sejarah
perkembangan sistem kapitalis dunia dan saling terikat dengan aspek ekonomi,
politik, budaya dan teknologi. Tokoh pemikir Islam pula berpendapat proses
perubahan pemikiran Islam berdasarkan teori tarjih tidak terlepas daripada
tuntutan perkembangan ilmu pengetahuan moden terutama dalam bidang biologi
dan ilmu alam dan segala pemikiran berkaitan hukum Islam perlulah
dilaksanakan bersesuaian dengan keadaan semasa (Yusuf al-Qardawi).
Kesimpulannya, globalisasi merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara
berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang
lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat
dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi
diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang
yang melanda dunia.

Globalisasi telah banyak memberi pengaruh yang positif terhadap peradaban


manusia. Yang pertama, melibatkan sektor ekonomi yang semakin berkembang
pesat. Aspek ekonomi yang ditekankan dalam globalisasi adalah perdagangan,
pelaburan dan migrasi. Penglobalan perdagangan bermakna bahawa manusia
kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang
tidak pernah dilihat dalam sejarah. Dari kereta buatan Jerman ke kopi tumbuhan
Colombia, dari pakaian China ke kapas Mesir, dari muzik Amerika ke program
computer India, manusia boleh membeli dan memiliki pelbagai jenis barangan
dan perkhidmatan. Proses globalisasi juga telah banyak menyediakan banyak
peluang pekerjaan terhadap penduduk di negara membangun. Pembukaan
kilang-kilang multinasional asing seperti Toyota, Sony dan sebagainya di negara
kita mewujudkan banyak pekerjaan bagi pekerja mahir dan separuh mahir
tempatan. Perjanjian GATT dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia(WTO) telah
mempercepatkan globalisasi kerana pasaran yang semakin
terbuka.Produk industri negara kita mudah ditembusi pasaran dunia

Anda mungkin juga menyukai