Anda di halaman 1dari 5

ASSALAMUALAIKUM.

Tahniah dan terima kasih kerana menggunakan perisian ini. Perisian ini adalah PERCUMA.

Panduan Menggunakan Perisian Waktu Solat

Perlu sekurang-kurangnya Windows 95. Untuk Windows NT (termasuk W2k) & XP perlu ada user
privilege.

UNTUK INSTALL

1. Sebelum meneruskan installation, uninstall versi terdahulu jika ada, menggunakan Add/Remove
Programs.

2. Untuk menggunakan semula kesemua settings yang lama untuk modul Pelancar, install perisian
ini ke folder yang lama atau jika install ke folder yang baru,salin (copy) kesemua fail yang
mempunyai extension ".cfg" dari folder yang lama ke folder yang baru selepas installation ini.

3. Secara default perisian Waktu Solat akan di install ke folder "C:\Program Files\Waktu Solat"

4. Folder yang lama bolehlah di bakul sampahkan cuma kalau fail azan ada disitu elok disalin ke
folder "C:\Azan" atau seumpamanya.

UNTUK UNINSTALL

1. Gunakan Add/Remove Programs.

MENJALANKAN WAKTU SOLAT SETIAP KALI KOMPUTER DIHIDUPKAN

1. Jalankan Waktu Solat StartUp dan tandakan petak. Data di simpan didalam registry.

MENJALANKAN PERISIAN PERTAMA KALI

Setting yang perlu dilakukan.


1. Memilih kawasan solat.

Lain-lain setting adalah secara default.

Untuk membuat setting sila klik sebelah kanan pada ikon bulan sabit hijau pada desktray (Jalankanlah
dulu waktu Solat) dan pilih C. Setting

MASA AMARAN

Maksima ialah 60 minit tetapi dicadangkan 10 minit. Untuk solat Jumaat dicadangkan 30 minit atau
lebih bergantung kepada keperluan.

Animasi ikon bila sampai ke waktu amaran.

PILIHAN SEMASA STARTUP

Self eplanatory.

taskbar - bar yang dibawah yang ada Start.


desktray - sebelah kanan taskbar berhampiran dengan jam yang.
MEMILIH KAWASAN SOLAT

KAWASAN SEDIA ADA

1. Dari poup menu pilih C. Setting. Klik butang "New Location". Ini akan melancarkan perisian
kirawaktusolat.exe. (Atau popup menu, buat pilihan J. Salat Calculator)
2. Klik butang Setting.
3. Jika Negara yang dipaparkan tidak seperti yang dikehendaki klik Select/Add.
4. Pilih negara yang dikehendaki. Klik Open.
5. Pilih kawasan yang di dikehendaki dari senarai.
6. Buat perubahan data yang dikehendaki. Klik Modify Data.
7. Klik OK
8. Klik Apply
9. Klik OK
10. Akhir sekali Klik OK pada tetingkap Membuat Pilihan (Waktu Solat)

KAWASAN BELUM ADA

1. Klik butang "New Location". Ini akan melancarkan perisian kirawaktusolat.exe. (Atau dari popup
menu, buat pilihan J. Salat Calculator)
2. Klik butang Setting.
3. Jika Negara yang dipaparkan tidak seperti yang dikehendaki klik Select/Add.
4. Taipkan nama negara yang dikehendaki jika tiada. Klik OK.
5. Masukkan data-data.
6. Klik Tambah data.
7. Klik OK
8. Klik Apply
9. Klik OK
10. Akhir sekali Klik OK pada tetingkap Membuat Pilihan (Waktu Solat)

Guna Daylight Saving Time jika kawasan tersebut menggunakannya dan pilih masa mula dan akhir.

ALARM BEFORE SOLAH TIME

Surah akan diperdengarkan bila sampai waktu masa amaran. Saudara boleh mendapatkan koleksi surah
AlQuran dalam bentuk MP3 dari http://iusahawan.com/ pada harga yang amat berpatutan. Surah yang
berlainan akan diperdengarkan pada setiap kali tiba masanya.

Pastikan hanya fail-fail berkenaan sahaja terdapat di dalam folder tersebut.

MEMILIH DAN MENDENGAR AZAN

1. Saudara boleh membuat pilihan azan.


3. Klik Butang browse (butang titik-titik) dan pergi ke folder dimana fail azan diletakkan.
4. Pilih dan klik OK
5. Klik Terima.
6. Tandakan petak Menggunakan internal player jika mahu (fail wav sahaja)
7. Untuk menguji pilihan klik Dengar Azan Subuh/Biasa.

MEMBETULKAN TARIKH HIJRAH

1. Betulkan tarikh hijrah ke tarikh yang betul.


2. Tarikh hijrah bertukar selepas maghrib.
SAIZ TETINGKAP WAKTU SOLAT

Ubah ke peratus yang sesuai untuk komputer saudara jika saudara menggunakan font yang lain dari
small fonts.

MENGHILANGKAN TETINGKAP WAKTU SOLAT

Untuk menghilangkan tetingkap waktusolat, tekan enter bila tetingkap dalam keadaan terpilih /
selected (highlighted)

POSISI TETINGKAP WAKTU SOLAT

Tunjukkan tetingkap waktusolat dengan klik tetikus kiri pada ikon bulan sabit di system tray. Klik kanan
pada ikon bulan sabit dan klik I. Restart

KAEDAH PENGIRAAN WAKTU SOLAT

Waktu solat dikira untuk kawasan yang diberikan mengikut sempadan garislintang dan garisbujur.
Subuh serta imsak ialah waktu terawal untuk kawasan tersebut. Zohor, asar, maghrib, isyak serta
tengah malam ialah waktu terlewat untuk kawasan tersebut.

Subuh: Sudut matahari boleh diubah. Secara umumnya sudut sebanyak 18.0 darjah boleh digunakan
untuk mana-mana tempat. Secara default sudut sebanyak 19.5 darjah digunakan kerana mengikut apa
yang saya fahami ia digunakan secara umumnya di Malaysia dan di Indonesia. Minit untuk waktu subuh
dibundarkan kebawah, sebagai contoh 2.1 minit dan 2.9 minit semuanya akan dikira sebagai 2 minit.

Syuruk: Syuruk dikira bila matahari mula muncul di ufuk timur. Minit untuk waktu subuh dibundarkan
kebawah, sebagai contoh 2.1 minit dan 2.9 minit semuanya akan dikira sebagai 2 minit. Secara default
2 minit lagi ditolak dari waktu ini yang mana ianya boleh diubah.

Zohor: Zohor dikira dengan mendapatkan waktu dimana matahari berada tepat diatas kepala, yakni
ianya berada di garisbujur (longitude) yang sama dengan lokasi yang dikira dan dicampur tiga minit
didalam perkiraan perisian secara otomatik (internally). Tiga minit ialah masa yang diambil oleh
matahari untuk bergerak keluar dari bulatannya semasa tengah hari bagi memastikan bahawa matahari
sudah gelincir. Minit untuk waktu zohor dibundarkan ke atas, sebagai contoh 2.1 minit dan 2.9 minit
semuanya akan dikira sebagai 3 minit.

Asar: Waktu asar adalah dikira dengan mendapatkan waktu dimana panjang bayang adalah samada 1x
atau 2x panjang dari ketinggian sesuatu objek dan dicampur satu minit di dalam pengiraan. Minit
untuk waktu asar dibundarkan ke atas, sebagai contoh 2.1 minit dan 2.9 minit semuanya akan dikira
sebagai 3 minit.

AsShafie: bayang ialah 1.0 x ketinggian objek


Hanafi: bayang ialah 2.0 x ketinggian objek

Maghrib: Maghrib dikira telah masuk bila matahari habis tenggelam di ufuk barat. Minit untuk waktu
maghrib dibundarkan ke atas, sebagai contoh 2.1 minit dan 2.9 minit semuanya akan dikira sebagai 3
minit. Di dalam perkiraan 1 minit lagi ditambah kepada waktu tenggelam matahari untuk mengambil
kira refraction. Default akan menambahkan satu minit lagi kepada waktu ini.

Isya: Sudut matahari boleh diubah. Secara umumnya sudut sebanyak 18.0 darjah boleh digunakan
untuk mana-mana tempat. Minit untuk waktu isya dibundarkan ke atas, sebagai contoh 2.1 minit dan
2.9 minit semuanya akan dikira sebagai 3 minit.
+ / - : Kesemua waktu boleh dilaras dengan menambah atau menolak beberapa minit .

Nilai - nilai sudut yang digunakan di beberapa tempat adalah seperti berikut:

1. Timur Jauh (Asia Tenggara): Subuh/Fajr: 18 darjah, Isya:19.5 darjah

2. Timur Tengah (kebanyakan negara ditanah arab): Subuh/Fajr:19.5 darjah, Isya:19.5 darjah
3. Makkah: Subuh/Fajr:19.5 darjah, Isya:90 minit selepas maghrib.
4. Amerika Syarikat: Subuh/Fajr:18.0 darjah, Isya:18.0 darjah
5. Afrika: Zuhur: 30 minit selepas tengah hari.

Nota: (Tahun Lompat - 29 Februari)


Kira Waktu Solat akan menulis waktu solat untuk 29 Februari walaupun pada tahun tersebut tiada
tarikh 29 Februari (bukan tahun lompat). Masa solat pada 28 Februari akan disalin sebagai masa solat
untuk 29 Februari. Ini adalah untuk mengelakkan masalah bila perisian Waktu Solat mencari tarikh 29
februari pada tahun lompat dan fail rujukan tidak ditukar kepada waktu solat tahun tersebut..
Sekiranya perkiraan dibuat pada tahun lompat (contoh: dengan meletakkan tahun sebagai 2000) Kira
Waktu Solat akan mengira masa solat untuk tarikh 29 Februari tersebut.

TAZKIRAH

Tazkirah akan ditunjukkan setiap kali perisian ini bermula.

Tazkirah boleh dielakkan dari ditunjuk dipermulaan pada hari tersebut sahaja dengan membuangkan
tanda dalam petak "Tunjuk Tazkirah di Permulaan" dengan mengklik keatasnya.

Tazkirah tetap akan ditunjukkan pada hari yang seterusnya kali pertama komputer dihidupkan. (Pilihan
ini membantu jika saudara kerap menghidup dan mematikan komputer kerana sesuatu sebab seperti
membuat ujian ke atas komputer dsb.)

PERISIAN KIRAWAKTUSOLAT

Klik J. Salat Calculator

Ini ialah perisian yang berasingan dari waktusolat. Sebahagian dari fungsi telah diberikan dalam
memilih kawasan solat.

Show One Month akan memaparkan jadual solat untuk sebulan berdasarkan bulan yang dipilih pada
tetingkap pertama.

Create Text File akan menghasilkan jadual sebulan dalam bentuk text file. View Text File akan
melancarkan text file tersebut.

PELANCAR

Modul ini boleh melancarkan apa-apa perisian mengikut masa yang saudara tetapkan. Had pelancaran
ialah 10 perisian/nota dalam satu minit.

TIPS PELANCAR

1. Gunakan browse untuk mencari perisian yang hendak dilancarkan.


2. Klik butang Test untuk menguji pilihan.

SALIN TARIKH HIJRAH


Left Click tetikus pada M. Salin Trikh Hijrah akan menyalin tarikh hijrah ke clipboard. Untuk paste ke
perisian lain (Notepad, MS Words, apa-apa word processor, Excel dsb.) letakkan cursor ke tempat yang
hendak dipastekan dan Right Click tetikus dan pilih Paste (atau tekan Ctrl+V bila cursor telah berada
pada lokasi)

SOKONGAN

Tiada apa-apa sokongan ke atas perisian ini.

TERKINI

Sila kelaman web berikut:

http://zulsaleh.com/ atau http://www.geocities.com/zulsaleh/

TEKNIKAL

Written and compiled using Microsof Visual C++ 4.0 Std Edition.

Source codes for Kira Waktu Solat are available at website.

STATUS PERISIAN

PERCUMA. Segala risiko tanggungan sendiri.

SUPPORT

As this is a freeware, there is no support provided for the software. The software has been exhaustively
tested on Windows 95 up to Windows XP and is very stable.

If you have any problems running the software please refer to the Panduan or FAQ included. You can
try e-mailing me but I do not promise any reply due to a very heavy workload and time constraint.

BUGS / FIXES / UPGRADE

If you find any bugs or features that you wish to be implemented please let me know.

PENULIS

zulsaleh@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai