Anda di halaman 1dari 1

SIFAT MAHMUDAH

(Skrip 1)

Inilah sebahagian sifat mahmudah

Yang patut ada, pada diri kita,

Susah dimiliki payah dijaga,

Hanya yang punya, yang bermujahadah (2x)

Ikhlas sifat jiwa yang murni,

Rahsia Allah di dalam hati,

Terlalu sembunyi tapi dapat di rasa,

Jika disuluh dengan saksama,

Nista dan puji tiada berbeza.

Redha sifat hati yang suci,

Ujian yang tiba, rasa gembira,

Atau tiada apa terasa,

Kerna menerima anugerah Tuhannya.

Sifat sabar sedikit berbeza,

Ujian yang menimpa sakit dirasa,

Tapi dapat ditahan perasaannya,

Hanya bermain di dalam sahaja.

Anda mungkin juga menyukai