Anda di halaman 1dari 10

ISL MINGGU KE – 1

TAJUK : Analisis punca-punca yang membawa kepada berlakunya peristiwa


13 Mei dan implikasinya terhadap hubungan etnik di Malaysia.
TARIKH : 04 Januari 2011
LAPORAN:

Peristiwa 13 Mei 1969


Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan
kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Kesan
pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut
menyumbang kepada peristiwa 13 Mei. Selain itu kesan peninggalan penjajah
Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan
diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan
antara kaum di Tanah Melayu.

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif
terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.
Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada
persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan
British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971
merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi
dan hubungan antara kaum di Malaysia.

PUNCA-PUNCA YANG MEMBAWA KEPADA PERISTIWA 13 MEI 1969

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun


Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat
sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan
Cina.
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan
satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum
sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang
Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-
kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset
yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu
tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya
pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan
ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu
menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam
kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka
tidak seimbang.

3. Latar belakang pendidikan yang berbeza


Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-
empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan
kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah
sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah
Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di
bandar-bandar sahaja.

4. Pertelingkahan Parti Politik


Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah
turut serta dalam pilihan raya. Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan
Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu
tidak akan menyertai pilihan raya itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung
PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang.
 
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk
menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO
dan orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang
Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut
dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.
Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam
pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM)
dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM
juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian
Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera
dihapuskan.

5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu


PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih
daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan
Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia", isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang
Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.

6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara


Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai
bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji
semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya
daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf
sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan
telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan
bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan,
Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan
penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

IMPLIKASI PERISTIWA 13 MEI TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai implikasi yang dapat dilihat kesan daripada peristiwa 13


Mei 1969, diantaranya adalah dimana cabaran kepentingan etnik dari aspek sosial.
Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut
pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan dan polarisasi dalam
kalangan pelajar. Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat
negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang
diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini
bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka
menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu
golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap
di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah yang
berbeza. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari
aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam
pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi
perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif
yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Seterusnya,
adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik
mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar
Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa
Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa
Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah
Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan
pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan
yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.
Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik
yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang
negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan
bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini
adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk
mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di
mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Dari sudut
polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat
keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah
menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi
swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan
etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat
kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana
masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini,
masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-
anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak
mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di
sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar
sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif
yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak
sedemikian.

Implikasi yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi.
Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi.
Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik.
Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga
sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya
menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan
menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan
perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan
kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu
ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Penguasaan ekonomi
yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan
ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan
ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat
dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan
akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku
terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah
berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka,
pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula
akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka
dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak
puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada
kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran
mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang
kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh
menyebabkan negara kita bergolak. Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua
ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan
keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia
melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian
manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi.

Implikasi yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu
di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat
kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,
pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan
berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu
padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk
mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya,
mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak
yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak
wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada
negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang
sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.

Implikasi yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan
perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam
masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan
kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum
terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini
mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang
sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah
sudah menjadi tegal atau “taboo” kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun
menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak
mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik
yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan
menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka
mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua
etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya
yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka.

Implikasi yang kelima adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses


globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat
merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.
Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju
melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang
sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai
perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai
unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang
telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara
lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak
memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah,
pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi
sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah
dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu
sendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya
hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya
daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran
rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan
wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya
insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.
REFLEKSI

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu rusuhan antara kaum yang tercetus 35 tahun
yang lalu. Walaupun kita cuba memadamkan kenangan pahit itu daripda memori
namun begitu, pada hakikatnya tregedi itu telah menimbulkan persoalan tentang
sejauh manakah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu
tahan diuji. Bagi saya, peristiwa yg berlaku ketika itu betul-betul menguji pemimpin
yang ada masa itu dalam menangani masalah dan kesan daripada peristiwa itu lebih
lagi berkaitan dengan hubungan etnik seperti mana yang kita tahu di Malaysia
terdapat pelbagai kaum.

Menyedari perpaduan itu asas kepada pembentukan sebuah negara yang kukuh,
pelbagai langkah samaada dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial telah
dilaksanakan bagi memantapkan perpaduan di kalangan rakyat. Pelbagai usaha
telah dilaksanakan termasuklah mewujudkan MAGERAN, selain merangka Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Namun tercetusnya konflik di Kampung Medan beberapa
tahun yang lalu seolah-olah menggambarkan bahawa perpaduan yang cuba kita
terapkan sejak merdeka masih belum memadai.

Prasangka, perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor penghalang ke arah


merealisasikan integrasi nasional di negara kita. Di mana faktor-faktor ini mendorong
kepada tindakan-tindakan berat sebelah terhadap kumpulan-kumpulan lain. Di
dalam konteks Malaysia, ia mungkin satu realiti atau semata-mata disalahtanggap
sehingga sesuatu kelompok itu merasakan diri mereka termangsa, disisih serta tidak
dipedulikan.

Namun begitu, asas perpaduan kaum di Malaysia masih boleh dianggap baik
berbanding dengan negara-negara yang lain. Di mana negara kita berjaya
menguruskan cabaran masalah perkauman dengan lebih berkesan. Di mana kita
mengambil langkah-langkah seperti perkongsian kuasa di kalangan kelompok etnik
yang berbeza. Di samping itu, proses demokrasi dengan peraturan dan kawalan
yang berkesan berjaya membendung usaha-usaha ke arah mencetuskan kekacauan
dalan negara. Ia seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pengagihan
semula yang saksama berjaya membawa kemakmuran kepada semua rakyat
Malaysia tanpa mengira etnik. Satu lagi kelebihan Malaysia ialah kesediaan kita
menerima kepelbagaian budaya dan agama sebagai satu sumber kekuatan dan
sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyesuaikan sikap sendiri
dengan sikap kaum-kaum yang lain.
Bibliografi

Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Pendidikan

ke arah Perpaduan. Petaling Jaya. Penerbit Setiamas. 1995

Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan

Antara Kaum. Petaling Jaya. Penerbit Setiamas. 1995

Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan

Melalui Perayaan. Petaling Jaya. Penerbit Setiamas. 1995

Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan

Melalui Politik. Petaling Jaya. Penerbit Setiamas. 1995

Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Wawasan

2020. Petaling Jaya. Penerbit Setiamas. 1995

Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin. Pengajian Malaysia. Selangor

Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn Bhd, 2007.

Saw Swee Hock and K. Kesavapany. Malaysia Recent Trends and

Challenges. Singapore. Institute of Southeast Asian Studies, 2006.

Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Malaysia Kita. Malaysia.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 1991.

http://www.jpnin.gov.my/v4/?q=ms/taxonomy/term/32&page=5, tarikh

akses pada 14hb Mac 2009

Anda mungkin juga menyukai