Anda di halaman 1dari 19

NSTITUT PERGURUAN KENINGAU SABAH

EDU3104

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

NAMA : MUHD. SHAHFARDIE BIN SATAR

UNIT : PPPRPET IPGM

NO.K/P : 870330 – 49 – 5181

NO. MATRIK : 5568

PENSYARAH : ENCIK BOSTANOORDIN BIN AHMAD

TARIKH MULA : 26 FEBRUARI 2008

TARIKH HANTAR : 18 MAC 2008

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek

pengurusan bilik darjah dan tingkah laku dengan jayanya.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing, En. Bostanoordin bin Ahmad karana membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan–rakan sekelas saya yang banyak membantu

dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tidak lupa saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih dengan warga

S.K Apin-Apin kerana banyak membantu saya dalam menjalankan kajian kes ini. Saya juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu saya tidak kira secara langsung dan tidak

langsung. Jasa dan budi anda semua tidak saya lupakan.

Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan kerja kursus ini dirahmati

Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi satu medan buat saya sebagai seorang bakal

guru untuk membentuk peribadi yang sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan

– rakan saya agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa proses

menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.

Yang benar,
Muhd Shahfardie bin satar.

PPPRPET IPGM BM

Kajian kes

Bagaimanakah untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran di kalangan murid-

murid dalam satu kelas yang memiliki aras kecerdasan yang berbeza? Huraikan cara pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dengan mengambil kira aspek pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang

sesuai.

Analisis kajian kes adalah berdasarkan soalan berikut.

a) Huraikan apakah yang anda faham tentang kes yang dikaji.

b) Apakah konsep / model / teori yang anda perlu tahu untuk memahami dengan mendalam kes yang

dianalisis.

c) Apakah strategi yang mungkin boleh diambil untuk membantu menyelesaikan kes yang dianalisis.

Isi kandungan

1.0 Pengenalan

2.0 Pengajaran berkesan

2.1 Definisi Pengajaran Berkesan

2.2 Konsep Pengajaran Berkesan

2.3 Faktor – faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran

2.4 Pendekatan

2.5 Strategi

2.6 Kaedah dan teknik

3.0 Cadangan

4.0 Penutup

5.0 Refleksi

6.0 Bibliografi

7.0 Kolaborasi
1.0 Pengenalan

Peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru amatlah mulia dan tidak ternilai harganya. Profesion

guru sebagai seorang pendidik dan pengajar tidak boleh disamakan dengan profesion yang lain. Ini

adalah kerana pengorbanan dan perjuangan guru adalah semata-mata untuk melihat anak bangsa

mereka berjaya di masa hadapan. Pendidikan adalah alat yang sangat penting untuk melahirkan modal

insan yang diperlukan oleh negara dan untuk menentukan arah tuju negara dalam menghadapi arus

pembangunan.

Melihat kembali kepada falsafah pendidikan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani. Merealisasikan falsafah ini memerlukan satu usaha yang menyeluruh

dan kerjaya sebagai seorang pendidik ini memerlukan individu yang ikhlas dalam menyebarkan ilmu.

Guru bukan semata-mata sebagai pengajar lebih dari itu. Guru adalah “pendidik”. Konsep pendidik

dalam membawa maksud yang luas melebihi tahap pengajar. Pengajar, lebih menjurus kepada seorang

yang hanya seorang guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Tetapi, konsep

pendidik bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani,

jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah

dipelajari.

Justeru, guru yang bersifat pendidik akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus membentuk

keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas pengajar banyak berlegar di “akal” tetapi

tugas pendidik berlegar di “hati”. Perumpamaan yang boleh diketengahkan di sini ialah pengajar adalah

orang yang bertugas mengumpulkan bahan masakan seperti tepung, gula, garam dan rempah ratus.

Manakala pendidik adalah diumpamakan seperti seorang tukang masak yang mahir berkemampuan

mengadun dan membancuh tepung hingga berjaya dimasak menjadi kuih/hidangan yang enak. Maka

atas semangat inilah guru-guru perlu mencerna dan menghayati tema hari guru pada tahun ini “’GURU

PENJANA MODAL INSAN GEMILANG” yang sangat bertepatan dengan situasi masyarakat masa kini.

Guru juga perlu ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru. Guru mesti sedia berkorban untuk

meningkatkan urusan keilmuan dan melaksanakan kewajipan terhadap muridnya. Semasa pelajar di

sekolah, adalah menjadi tanggungjawab guru melatih, mengajar dan memupuk nilai-nilai murni

termasuk hubungan kekeluargaan, kemesraan dan keikhlasan dalam diri pelajar yang semakin terhakis.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai perspektif negatif telah dilontarkan kepada guru. Jelas di depan muka

akhbar menyiarkan guru merotan murid sampai luka, guru sepak pipi murid dan banyak lagi. Apa yang

pasti, isu ini hanya kes terpencil jika kita bandingkan kejayaan guru yang telah melahirkan banyak

pemimpin, doktor, peguam dan sebagainya.


Cabaran guru pada masa kini semakin mencabar. Dunia telah menjadi tanpa sempadan dan teknologi

semakin berkembang maju. Guru juga perlu melengkapkan diri dan mampu melindungi anak didik

mereka dari terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Perhatian guru terhadap anak murid perlulah lebih

mesra dan ikhlas agar peribadi anak murid tersebut mudah dibentuk dengan acuan yang sepatutnya.

Memang tidak dinafikan kesan yang dibawa oleh guru di Malaysia amatlah besar. Kita boleh berbangga

dengan status Malaysia di persada antarabangsa dan kejayaan yang kita kecapi selama ini. Namun

kejayaan besar yang kita kecapi ini, ilmu yang kita ada ini, kesedaran yang kita alami ini, semuanya

bermula dengan insan yang bernama guru. Mereka adalah insan yang tidak kenal erti penat lelah,

sanggup berkorban masa dan tenaga demi anak bangsa pada masa hadapan.

Guru dengan pena dan suaranya akan membentuk suasana dan kemudiannya masyarakat serta

kejayaan negara.

Pada 3 Mac 2008 hingga 7 Mac 2008 yang lalu, kami telah menjalankan aktiviti Pengalaman Berasakan

Sekolah ( PBS ). Saya bersama 2 ahli kumpulan yang lain telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan

Apin-Apin. Saya melihat aktiviti PBS ini sebagai peluang kepada saya menjalankan kajian berdasarkan

kes yang telah ditugaskan kepada saya. Saya menggunakan instrumen pemerhatian sebagai cara untuk

mendapatkan maklumat mengenai pengajaran yang berkesan bagi murid-murid yang berbeza aras

kecerdasan. Saya telah mengenal pasti sampel kajian iaitu 16 orang murid yang berumur 9 tahun.

Mereka terdiri daripada 9 murid lelaki dan 7 murid perempuan.

2.0 Pengajaran berkesan.

2.1 Definisi pengajaran berkesan.

Menurut Kamus Dewan edisi ke–4 ( 2005) , pengajaran bermaksud perihal mengajar, segala sesuatu

yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan).

Berkesan pula bermaksud menimbulkan hasil (kesudahan) yang diharapkan, membawa kepada sesuatu

perubahan (perkembangan), efektif.

Menurut Mok Soon Sang (2003) keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

banyak bergantung pada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid, dan murid dengan

bahan pembelajaran. Faktor–faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik

darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada 3 kategori, iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan

dan faktor teknikal.

Menurut Eggen & Kauchak (1998) , dalam menyampaikan ilmu dan pengetahuan, guru-guru haruslah

mempunyai kefahaman yang mendalam dalam bidang tersebut, dalam teknik arahan serta memahami

teori pembelajaran. Selain daripada itu, guru juga bertanggungjawab membuat penilaian ke atas pelajar.

Dalam pengajaran, guru seharusnya bekerjasama dan bergabung tenaga sesama sendiri untuk
memberikan yang terbaik kepada para murid. Tugas pengajaran bukan sahaja memerlukan guru untuk

mengeksploitasi kekuatan murid, guru juga perlu mengeksploitasi kekuatan diri sendiri untuk

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu pengalaman yang unik bagi setiap murid.

2.2 Konsep pengajaran berkesan.

Apakah itu pengajaran ? kemungkinan besar anda akan menyatakan pengajaran sebagai satu proses

penyampaian ilmu pengetahuan. Apabila seseorang ibu mengajar anaknya cara–cara menjaga

kebersihan diri, dia sebenarnya mengajar anaknya tentang nilai kebersihan. Semasa anda mempelajari

cara–cara memandu kereta pula, instruktor itu sebenarnya mengajar anda tentang kemahiran

memandu. Oleh itu, pengajaran boleh difahami sebagai proses penyampaian ilmu pengetahuan,

kemahiran, sikap dan nilai. Ini seterusnya membawa kepada perubahan tingkah laku seseorang.

Menurut Ee Ah Meng (1997 ), dalam pengajaran yang berkesan, seseorang guru hendaklah merancang

topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat

murid. Ini bermakna penggunaan satu pendekatan sistematik dalam pengajaran hendaklah ditekankan.

Ini dapat digambarkan melalui rajah di bawah :

Penentuan topik dan isi

Penentuan objektif

Pengubahsuaian

Penentuan kebolehan sedia ada

Pengelolaan bilik darjah

Pemilihan sumber

Pemering -

katan isi

Penentuan masa

Penentuan strategi pengajaran pembelajaran

Penganalisisan
maklum balas

Penilaian pencapaian

Prosedur
pengajaran

Objektif
pengajaran
Rajah : Pengajaran – satu pendekatan sistematik. Ee Ah Meng ( 1997)

Menurut B. G. Yaxley (1991) pula, pengajaran berkesan merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk

membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Pengajaran bersangkut paut dengan

proses pengesahan, perubahan, peninjauan semula, penilaian dan penghuraian kepercayaan, nilai dan

pengertian.

Beliau juga berpendapat bahawa pengajaran berkesan merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan

pemikiran, perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi antara guru dengan murid dan di antara murid

dengan murid. Kesemuanya merupakan satu tindakan intelek.

Seterusnya bagi melahirkan murid yang rasional dan ingin tahu, guru hendaklah memiliki kemahiran-

kemahiran seperti penentuan objektif, pemeringkatan isi pelajaran, pemilihan isi pelajaran yang boleh

memupuk perkembangan intelek dan kreativiti. Guru hendaklah juga berkebolehan untuk menyoal agar

dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan KBKK di kalangan muridnya. Di samping itu

guru juga perlu menilai kemajuan pelajar dari semasa ke semasa. Kesemua kemahiran ini merupakan

tindakan intelek atau pengajaran yang dijalankan oleh seseorang guru.

2.3 Faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran.

Faktor murid yang mempunyai aras kecerdasan yang berbeza.

Sememangnya, sebagai seorang guru, kita semestinya sudah tahu bahawa semua manusia walaupun

sama dari segi bentuk fizikal, umur dan lain-lain, tetap wujud perbezaan di antara mereka. Lebih –lebih
lagi dalam skop seorang murid. Wujudnya murid yang mempunyai aras kecerdasan yang berbeza adalah

kerana perbezaan potensi yang terdapat di dalam murid itu sendiri. Ini dapat dilihat daripada pencapaian

sampel untuk menjawab beberapa soalan yang saya ajukan. Sebahagian murid hanya dapat menjawab

soalan yang seiring dengan minat mereka. Apabila saya ajukan soalan yang berkaitan dengan bola

sepak, rata–rata yang dapat menjawab soalan saya adalah di kalangan mereka yang berpotensi dalam

bidang sukan. Apabila ditanya soalan matematik yang mudah, yang dapat menjawab ialah murid yang

berada di kalangan yang mempunyai potensi di dalam bidang akademik.

Perkataan potensi berasal daripada bahasa Inggeris yang bermaksud keupayaan dan kebolehan

terpendam dalam diri seseorang individu, dan jika dicungkil, ia boleh digunakan untuk melakukan

sesuatu atau berkembang maju.

Potensi ini amat berkait rapat dengan bakat semula jadi manusia yang menjadi salah satu aspek di

dalam fitrah manusia dengan perkataan lain, potensi merupakan kebolehan manusia melakukan sesuatu

aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya.

Dalam konteks seorang murid, potensi murid boleh ditinjau dari aspek – aspek jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial. Ahli –ahli psikologi berpendapat bahawa potensi manusia yang ditonjolkan dalam

aspek – aspek tersebut mempunyai tahap potensi yang berbeza. Ini kerana tidak ramai orang dapat

mengoptimumkan potensi mereka dalam alam kehidupan. Untuk memperjelaskan lagi bagaimana

wujudnya murid yang berbeza, kita melihat sendiri teori pelbagai kecerdasan Howard Gardner ( 1943):

Teori pelbagai kecerdasan ( Howard Gardner )

Beliau berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi

yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Mengikut Gardner ( 1991), potensi manusia

mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu: kecerdasan linguistik, logikal – matematikal, ruang,

muzik, tubuh kinestetik, interpersonal (sosial), dan intrapersonal (kendiri).

Di peringkat sekolah, tumpuan hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti kecerdasan

linguistik, logikal – matematikal dan kecerdasan ruang sahaja. Penilaian bukan kognitif seperti

kecerdasan muzik, tubuh kinestetik, intrpersonal, intrapersonal jarang diadakan. Ini mengukuhkan lagi

pendapat bahawa guru seharusnya memberikan sepenuh perhatian kepada pelajarnya. Keberkesanan

Proses pengajarannya bergantung pada dapatan murid yang diajarnya. Jika ada di antara murid yang

tidak dapat mengikuti pengajaran yang guru berikan maka guru harus lebih fleksibel untuk menangani

masalah tersebut contohnya ketika saya memerhati guru yang sedang mengajar subjek matematik,

kebanyakan murid di dalam kelas berkenaan tidak dapat menjawab soalan yang agak mudah. Ini

membuktikan bahawa mereka kurang kecerdasan dari segi logik-matematik. Apabila saya melihat

kembali murid berkenaan ketika berada di kelas muzik, dia boleh bermain alat muzik dengan baik. Ini
menunjukkan bahawa guru seharusnya menilai murid bukan sahaja dari segi kognitif, guru juga harus

menilai mereka dari aspek bukan kognitif agar potensi atau bakat sebenar mereka dapat dikesan.

2.4 Pendekatan

Untuk murid yang mempunyai aras kecerdasan yang berbeza contohnya sampel kajian saya ini,

pendekatan yang digunakan haruslah fleksibel dan sesuai untuk murid berkenaan. Pertimbangan harus

dilakukan oleh guru sebelum merancang sesi pengajaran. Guru harus memilih di antara mengasingkan

pelajar mengikut kecerdasan mereka ataupun mencampuradukkan mereka.

Jika guru memilih untuk memisahkan murid mengikut aras kecerdasan mereka, guru harus

menggunakan pendekatan yang berbeza – beza dalam melaksanakan proses pengajaran. Jika guru

memilih untuk mencampuradukkan mereka maka guru harus mengubahsuai proses pengajaran agar ia

dapat diterima secara optimum oleh semua murid.

Pada pendapat saya, saya memilih untuk mencampuradukkan murid – murid yang saya ajar.

Rasionalnya adalah, apabila guru memilih untuk mengasingkan pelajar mengikut aras kecerdasan

mereka, ia tampak seperti memecah – belah dan akan wujud sikap rendah diri dalam murid – murid

yang berada di dalam kelompok sederhana dan lemah. Ini tidak baik dalam membina keyakinan murid

untuk belajar. Mereka akan merasa seperti sudah dicap oleh guru mereka sebagai murid yang

mempunyai aras seperti ini. Ini juga akan menimbulkan rasa tidak puas hati pelajar kerana sudah

semestinya guru akan memberikan layanan yang berbeza – beza kepada mereka. Apabila ini berlaku,

guru akan jauh terpesong daripada matlamat pendidikan iaitu pendidikan berkualiti untuk semua.

Tetapi saya tidak mengatakan bahawa mengasingkan murid-murid mengikut aras kecerdasan mereka

adalah salah. Guru boleh melakukan cara pengajaran berkenaan jika terdapat jurang yang jauh di antara

murid yang mempunyai kecerdasan yang lemah dengan murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi.

Pada pemerhatian saya di sekolah ini, guru-guru lebih cenderung untuk mencampuradukkan murid

lemah bersama dengan murid yang cerdas. Kemungkinan guru di sekolah berkenaan tidak mahu murid

mereka merendah diri dan hilang semangat semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan

mungkin juga tahap sampel saya agak sama.

Untuk kedua-dua cara pengajaran di atas, pengajaran yang sesuai guru gunakan setelah meneliti

perbezaan kecerdasan murid-murid dan menilai sejauh manakah jurang perbezaan pengetahuan di

antara murid yang lemah dengan yang cerdas.

Pendekatan eklektif.

Pendekatan eklektif merupakan pendekatan yang amat sesuai apabila berdepan dengan keadaan seperti

yang saya lihat ketika memerhati sampel kajian saya. Menggunakan kedua-dua pendekatan induktif dan
pendekatan deduktif. Murid – murid yang berlainan aras kecerdasan juga belajar mengikut gaya

pembelajaran yang berlainan. Oleh itu, ada pelajar yang lebih gemar kepada pendekatan pengajaran

deduktif dan ada pula yang lebih gemar pembelajaran induktif. Gurulah yang menentukan pendekatan

yang manakah lebih sesuai bagi kumpulan murid yang berlainan kelas.

Bagi murid–murid yang gemar membuat pemerhatian, perbandingan, mencari corak atau aliran tertentu

akan membuat generalisasi, maka pendekatan induktif akan digunakan.

Sebaliknya, sesetengah murid lebih suka belajar dari satu–satu definisi atau teorem dan kemudiannya

maju untuk mengaplikasikan teorem itu dalam pelbagai situasi yang khusus. Bagi murid–murid seperti

ini, pendekatan deduktif adalah lebih sesuai. Pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran

matematik.

Ringkas kata, seorang guru hendaklah arif menggunakan kedua – dua pendekatan, iaitu deduktif dan

induktif. Dia akan menentukan bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan sama ada pendekatan

deduktif atau induktif ataupun eklektif ( iaitu kombinasi kedua-dua pendekatan bagi kumpulan murid

yang berbeza).

Kebanyakan di antara sampel saya lebih suka memerhati dan ada juga di kalangan mereka yang

berminat dengan subjek matematik tetapi tidak ramai. Oleh itu, guru di sana menggunakan kedua-dua

pendekatan agar murid ingin belajar.,

2.5 Strategi.

Mengikut kamus dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat

atau kejayaan. Strategi juga bermaksud kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam

bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan

merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah

ditentukan. Dalam perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan dan

perancangan kaedah serta teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang dalam sesuatu

pendekatan dengan berkesan.

Untuk memilih strategi yang sesuai bagi murid – murid yang berlainan aras kecerdasannya, guru –guru

perlu meneliti dan mencari strategi yang lebih mengutamakan kepentingan murid. Strategi yang

dimaksudkan adalah strategi pemusatan murid.

Strategi pemusatan murid.

Di bawah strategi pemusatan murid, murid memainkan peranan yang penting dalam proses

pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid – murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing

murid – murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara berkumpulan atau secara individu.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti

pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan penyoalan, penyelesaian

masalah, bermain, simulasi, main peranan, dan sumbang saran menjadi pertimbangan asas semasa

menggunakan strategi pemusatan murid.

Ciri – ciri strategi pemusatan murid.

1) Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting, sedangkan

peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

2) Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan

kaedah menyoal dan membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan

mereka.

3) Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid –murid sentiasa digalakkan memberi pendapat

mereka. Guru banyak menggunakan kaedah perbincangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4) Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.

5) Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial.

6) Ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengkaji kelemahan-

kelemahan murid.

7) Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid – murid memahami

fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan.

 Di bawah strategi pemusatan murid, murid –murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

Semasa saya memerhatikan sampel saya sedang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani, guru hanya

memberi arahan dan murid-murid lebih suka melakukan sesuatu aktiviti dengan sendirinya. Contohnya

ketika guru mengarahkan mereka untuk menjalankan pemanasan badan. Secara sukarela, seorang

murid bertindak sebagai ketua dan mereka melakukan aktiviti tersebut dengan gembira dan tanpa

paksaan dari guru. Ini adalah digalakkan kerana pengajaran lebih mengutamakan penglibatan murid dan

guru hanya sebagai pembimbing.

2.6 Kaedah dan teknik


Memilih kaedah dan teknik seharusnya sepadan dengan pendekatan dan strategi agar perancangan kita

sebagai guru jelas dan tersusun. Ini akan memudahkan kita melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lancar. Melihat pada ciri –ciri bagi strategi pemusatan murid, terdapat 2 teknik

pengajaran yang amat sesuai. Teknik berkenaan di bawah kaedah pemudahcaraan.

Kaedah pemudahcaraan

Pemudahcaraan merupakan proses yang memudahkan sesuatu tindakan. Di bawah bidang pendidikan,

pemudahcaraan ialah proses yang menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat dijalankan

dengan lancar. Maka kemahiran pemudahcaraan merupakan kecekapan guru yang berjaya

memotivasikan pelajar–pelajar bersedia untuk belajar, membimbing mereka menjalani aktiviti

pembelajaran dengan lancar, menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

pembelajaran dan melicinkan segala proses pembelajaran secara terus menerus tanpa sebarang

gangguan atau hentian.

Guru yang menguasai kemahiran pemudahcaraan ialah guru yang cekap menggunakan kemahiran lisan

dan bukan lisan, teknik menyoal serta mempunyai bakat pemimpin.

Di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, kemahiran pemudahcaraan merupakan kemahiran yang

amat penting dan sesuai untuk aktiviti perbincangan, sama ada secara kelas atau secara kumpulan.

1) Teknik penyoalan

Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru. Hampir semua proses

pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik menyoal. Misalnya, di dalam induksi set,

iaitu peringkat permulaan sesuatu pelajaran, kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong pelajar

mengingati kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan. Di dalam peringkat perkembangan,

kemahiran penyoalan digunakan untuk mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka mengikuti

pelajaran dengan lebih berkesan. Di peringkat penutup, kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai

pencapaian objektif pelajaran. Kaedah Socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan

untuk membimbing pelajar menemui sesuatu kesimpulan. Ia merupakan penggunaan kaedah

pemudahcaraan untuk mencungkil fikiran pelajar dan membimbing mereka menjalankan aktiviti dan

tugasan secara langkah demi langkah hingga mencapai objektif pelajaran.

2) Teknik perbincangan.

Perbincangan merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan di antara

guru dan murid –murid dalam kelas, atau suatu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar –tukar fikiran

atau idea secara berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan di bawah penyeliaan

seorang guru.
Pada peringkat permulaan, guru biasanya mengemukakan topik perbincangan dan soalan- soalan yang

berkaitan dengan sesuatu topik. Semasa aktiviti perbincangan, murid –murid digalakkan memainkan

peranan yang aktif untuk memberikan pandangan masing – masing. Guru hanya memberi panduan dan

bimbingan sahaja. Segala aktiviti perbincangan harus dijalankan oleh murid – murid sendiri. Pada

peringkat akhir, guru akan membimbing murid –murid membuat rumusan terhadap hasil perbincangan

mereka.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, terdapat bayak topik yang sesuai

disampaikan melalui sesi perbincangan, khasnya bagi mata pelajaran Pendidikan Moral, Bahasa, Dan

sejarah. Di antara topik –topik yang sesuai dibincangkan ialah topik isu semasa, peristiwa, sejarah,

watak cerita, sastera, konsep keluarga, kebersihan, pencemaran, perpaduan rakyat, peranan murid dan

sebagainya. Di samping itu, sebahagian topik mata pelajaran yang lain juga boleh menggunakan teknik

perbincangan.

Kaedah pemudahcaraan adalah yang paling sesuai diaplikasikan kepada sampel kajian saya, ini kerana

mereka lebih suka dan senang apabila selesa ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Selesa yang saya maksudkan ialah guru tidak terlalu menekan mereka, guru hanya memberi motivasi

kepada murid tersebut. peneguhan positif juga perlu diberikan oleh guru supaya murid lebih suka dan

gembira ketika menerima ilmu.

3.0 Cadangan.

Sebelum mencari cara penyelesaian bagi kes ini, kita perlu melihat secara umum kajian kes ini agar

cadangan yang dikemukakan tidak tersasar. Untuk melihat secara umum, lebih sesuai jika kita

menggunakan peta minda. Ungkapkan kajian kes secara peta minda agar persoalan dapat dijelaskan

dengan terperinci dan sistematik.

Yang terlibat di dalam mencapai


objektif ini?

Individu yang meningkatkan

Individu yang ditingkatkan

Objektif

Meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran

Halangan
Halangan

Individu yang ditingkatkan memiliki kecerdasan aras yang berbeza

P&P

Dalam peta minda di atas, kita dapat melihat secara umum dari 2 perspektif yang berlainan. 2 perspektif

tersebut ialah dari perspektif seorang individu yang meningkatkan dan individu yang ditingkatkan.

Individu yang meningkatkan ialah guru dan yang ditingkatkan ialah murid –murid.

Kedua – dua pihak, iaitu guru dan murid ingin mencapai objektif iaitu guru ingin meningkatkan

penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran muridnya dan murid ingin meningkatkan penguasaan ilmu

pengetahuan dan kemahiran dirinya sendiri. Kedua – dua pihak juga akan mengalami halangan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi di dalam kajian kes sudah menetapkan bahawa halangan

yang dikaji adalah dari aspek perbezaan aras kecerdasan murid.

Jadi , untuk menyelesaikan kajian kes ini, kita perlu melihat dari perspektif seorang guru dan apakah

yang akan dilakukan oleh guru berkenaan apabila mempunyai murid yang berlainan aras? Untuk melihat

secara jelas dari perspektif seorang guru :

pengajaran dan pembelajaran

Cara
Untuk meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran

Objektif
Masalah
Perbezaan aras kecerdasan murid

Melihat daripada perspektif seorang guru, kita boleh mentafsirkannya peta minda tersebut, iaitu:

1) Guru mempunyai kuasa autonomi untuk mengawal cara

2) Guru mesti mencapai objektif.

3) Tetapi wujud masalah untuk mencapai objektif.

Setelah melihat dengan jelas, barulah kita dapat mencari kekuatan guru untuk menyelesaikan masalah

kajian kes ini iaitu guru mempunyai kuasa untuk mengawal cara proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan di dalam kelas. Inilah kekuatan yang harus digunakan guru untuk menyelesaikan masalah

sekali gus mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Ini amat berkait rapat dengan pembelajaran berkesan. Pembelajaran yang berkesan berlaku apabila

guru menggunakan cara yang betul dan sesuai semasa menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran. cara pengajaran haruslah dikawal dengan sepenuhnya oleh guru agar kumpulan sasaran

dapat mencapai objektif pengajaran walaupun mereka mempunyai perbezaan dari segi aras kecerdasan.

Cara ini termasuklah menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang betul dan sesuai.

Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik ini perlu fleksibel dan dapat diterima dengan mudah oleh semua
murid. Di atas, saya sudah mencadangkan beberapa pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang

sesuai untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan kepada murid yang mempunyai

aras kecerdasan yang berbeza.

Cadangan :

1) Pendekatan eklektif.

2) Strategi pemusatan murid

3) Kaedah pemudahcaraan dan teknik penyoalan dan perbincangan.

Di atas merupakan cadangan saya untuk menyelesaikan masalah guru. tetapi ia tidak bermaksud guru

perlu menggunakan cadangan ini, guru boleh menggunakan cara lain yang mungkin lebih berkesan

untuk murid mereka. Guru hanya perlu membuat pertimbangan dan perlu lebih kreatif agar cara

pengajaran lebih menarik dan memberi kesan kepada murid.

Yang paling penting ialah, perancangan guru sebelum melaksanakan proses pengajaran haruslah

dirancang dengan sistematik dan fleksibel supaya ia sesuai dengan murid – murid.

4.0 Penutup

Guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi

pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan

teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan

ialah tentang pendidikan atau penerapan nilai ilmu. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa

yang hendak dipesan kepada murid, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjolkan

supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya. Guru harus sedar bahawa apa –apa mata pelajaran

bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang insan yang seimbang dari segi

jasmani, rohani, intelek, emosi dan sosial.

Jadi, penekanannya ialah penghayatan Ilmu, bukannya peperiksaan. Kalau guru mengajar terlalu terikat

dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu, tetapi gagal memberi pendidikan

ilmu tersebut, iaitu gagal mendidik manusia untuk menjadi manusia kerana tugas utama guru ialah

‘memanusiakan manusia’.

Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Ia bukan sahaja memberi kesan dalam

bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh murid, tetapi yang boleh menjadi contoh

kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap murid. (Huitt,

1994). Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai ilmu, penjagaan masa

pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan

sebagainya. Ini semua mencerminkan guru Muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976).
5.0 Refleksi

Pengajaran berkesan merupakan salah satu tanggungjawab dan tugas utama yang harus dipikul oleh

semua guru. Ia memperlihatkan lagi bahawa tanggungjawab seorang guru bukan hanya menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu memastikan bahawa ilmu yang ingin

disampaikannya mesti diterima oleh murid walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Untuk memastikan bahawa murid menerima ilmu tersebut, guru harus mengkaji bagaimana cara

pengajaran yang perlu dilakukannya supaya murid dapat menerimanya dengan mudah.

Dapatan saya daripada kerja kursus ini ialah, saya memahami dengan lebih mendalam bagaimana untuk

merancang proses pengajaran dan pembelajaran apabila berdepan dengan murid – murid yang

mempunyai perbezaan dari segi aras kecerdasan. Isu ini sememangnya menghantui guru –guru

sekarang. Guru tidak sepatutnya mempersalahkan murid yang dilahirkan sedemikian, guru perlu

mengkaji bagaimana murid tersebut belajar atau boleh menerima ilmu dengan mudah dan gunakan

kajian tersebut sebgai kekuatan untuk berdepan murid tersebut.

Guru juga perlu kreatif dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran agar ia sesuai untuk

muridnya. Sememangnya ia agak sukar tapi itulah tanggungjawab guru. walau macam mana pun murid

yang dihadapinya dia mesti juga mencorak kehidupan mereka.

6.0 Bibliografi

Ee Ah Meng (1997) Pedagogi lll. Fajar bakti Sdn. Bhd.

Eggen, P.D. , Kauchak, D.P (1998). Learning and teaching : research based methods. USA: Allyn &

Bacon

Howard gardner (1991), multiple intelegences : the theory in practice. Basic books, new york.

Kamus dewan edisi ke – 4 (200..)

Mok soon sang (2003), ilmu pendidikan untuk KPLI (sekolah rendah : komponen 1&2) psikologi

pendidikan dan pedagogi. Kumpulan budiman sdn bhd,

s. Jaya.

Yaxley, B. G. Developing teachers’ theories of teaching, falmer press, London, 1991.

7.0 Kolaborasi
Institut Perguruan Keningau Sabah

Borang Kolaborasi

Nama : Muhd. Sahafardie b. satar Unit : PPPRPET IPGM BM

No. K/P : 870330- 49 – 5181 No. Matrik : 5568

Tarikh Catatan Tandatangan

________________

(Tandatangan)

Nama :

_________________

(Tandatangan)

Nama :
ShareThis Create a free edublog to get your own comment avatar (and more!)

Trackback URI | Comments RSS
Leave a Reply
 Name __('(required)')

 Mail (will not be published) __('(required)')

 Website

Anti-spam word: (Required)*

To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.

 
Submit Comment

 Categories
o Uncategorized
 Kursus semester 3
o Hubungan Etnik
o Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku
 Archives
o March 2008

GO
 
 Blogroll
o Edublogs
o Incsub
  
April 2011
MTWT F S S
« Mar    
  1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30  
 Recent Posts
o Selamat Datang
 Recent Comments

PPPRPET IPGM BM © 2011 All Rights Reserved. 

Entries and comments.

Anubis made by Nurudin Jauhari. Powered by WordPress MU.   Hosted by Edublogs.org

Anda mungkin juga menyukai