Anda di halaman 1dari 9

DISLEKSIA

CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISLEKSIA


APA ITU DISLEKSIA?
• Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus
yang kerap berlaku.
• Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai
tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha
bersungguh-sungguh
• Mempunyai keupayaan intelek yang normal
• Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang
mencukupi
• Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi
dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
• Mereka mungkin mengalami kesukaran
– Membaca
– Menulis
– Memahami
– Mengeja
– Mengira
• Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah
disleksia
• Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia
berbanding perempuan
CIRI-CIRI DISLEKSIA
1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin:
 Lambat bertutur
 Mengalami kesukaran sebutan atau rima
 Sukar menulis nama sendiri
 Payah mengenal bentuk atau warna
 Sukar memberitahu cerita yang telah
didengarinya
2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia
mungkin :
 Gagal menguasai tugasan sekolah seperti
membaca, menulis, mengeja atau mengira
 Tidak suka membaca dan mengelak dari
membaca di kelas
 Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan
atau nombor (Bacaan terbalik) :
 15 dengan 51
 “was” menjadi “saw”
 ‘b’ dengan ‘d’‘
 Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
 Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘
hari ini’ , ‘esok’
 Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti
arahan
 Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja
sekolah
3. Fizikal/pengurusan diri
– Pakaian tidak kemas tetapi tidak kotor
– Butang baju salah butang
– Tali kasut tidak diikat rapi
– Kidal
– Tidak berminat belajar
– Perhatian singkat
– Pengamatan lemah
– Perangai/kelakuan tidak konsisten
4. Pembelajaran
• Bacaan
– Sukar membaca dan sukar memahami
• Tulisan
– Amat buruk dan tidak dapat dibaca
– Kerap menggunakan pemadam
– Menekan semasa menulis
• Mungkin pantas dalam matematik
• Pura-pura membaca buku lisan
• Berpandukan gambar yang dlilihat
• Pembalikan perkataan
– Batu=tuba/gula=lagu
• Pembalikan huruf
• Pembalikan kedudukan huruf atau perkataan
• Menambah/membuang perkataan

Anda mungkin juga menyukai