Anda di halaman 1dari 3

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

Menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor dalam buku Psikologikal Pendidikan


Tutorial Dua, faktor yang mempengaruhi perkembangan terbahagi kepada dua, iaitu
fakor endogen dan faktor eksogen, manakala bagi Haliza Hamzah dan Joy N.
Samuel pula baka dan persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak.

Faktor endogen menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor bermaksud faktor


dalaman semenjak individu dalam kandungan hingga lahir ( pembawaan dan
keturunan ). Baka menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku
Perkembangan Kanak-kanak pula merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen
yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Tambahan pula, trait
yang diwarisi anak-anak daripada ibu bapa mengandungi gen-gen tersebut. Maka, ia
akan menguasai perkembangan manusia dan adalah unik dan berbeza bagi setiap
individu. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan
dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut, misalnya saiz dan bentuk badan,
ketinggian, rambut dan warna mata. Di sini pengaruh genetik memainkan peranan
penting apabila ibu bapa tinggi, anak-anak mereka juga mengalami perkembangan
yang pesat dan agak tinggi daripada kanak-kanak sebaya mereka. Menurut buku
Psikologi Kanak-kanak hasil dapatan dari laman webhttp://www.pts.com.my,
kemahiran kanak-kanak menggunakan jari juga merupakan contoh yang dipengaruhi
oleh faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah otak sering kali
tidak dapat menggunakan jari mereka. Disamping itu, ibu bapa dapat mempengaruhi
perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan
maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu
sendiri. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menghadapi masalah, mereka
mempunyai tendensi bercakap sendirian bagi menyelesaikan masalah itu

Faktor eksogen menurut Prof. Madya bakhtiar Mansor pula ialah faktor dari
luar individu ( pengalaman dari persekitaran ). Persekitaran pula merujuk kepada
semua pengalaman seseorang individu yang akan hadapi rumah, bersama jiran,
sekolah dan masyarakat di mana dia berada. Persekitaran juga termasuk
pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Persekitaran sebelum lahir
merangkumi pemakanan dan kesihatan dan gaya hidup ibu. Sebagai contoh, ibu
merokok semasa anak di dalam kandungan , rawatan yang diterima ibu serta usia
dan keadaan emosi ibu semasa anak dalam kandungannya. Pemakanan, taraf sosio
ekonomi, tahap pendidikam keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat
ibadat, media dan persekitaran dunia adalah antara penyumbang kepada
pengalaman selepas kelahiran seseorang individu. Menurut model
ekologi Bronfenbrenner, peringkat-peringkat persekitaran yang mempengaruhi
individu terbahagi kepada lima peringkat, iaitu peringkat mikrosistem, mesosistem,
ekosistem, makrosistem dan kronosistem.

Lapisan mikrosistem, merupakan lapisan persekitaran dalaman yang merujuk


kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung.
Kebanyakan kanak-kanak, mikrosistem mungkin terhad kepada hubungan dengan
keluarga sahaja. Persekitaran tersebut akan berkembang ke arah yang lebih
kompleks seperti yang sering berlaku di pusat asuhan taska, tadika, pergaulan rakan
sebaya dan pemerhatian dalam aktiviti permainannya. Pada peringkat ini, kanak-
kanak tidak hanya terpengaruh dengan individu-individu dalam kategori mikrosistem
semata-mata. Mereka juga turut terkesan dengan perwatakan biologi dan sosialnya
sendiri seperti tabiat, perwatakan fizikal, pembawaan dan bakat dalam berinteraksi
antara dua individu berlainan dalam satu kelompok yang sama.

Lapisan mesosistem pula terletak di lapisan kedua yang merujuk kepada


hubungan dalaman di kalangan mikrosistem seperti hubungan di rumah, sekolah
dan rakan sebaya. Bronfenbrenner berpendapat bahawa lapisan ini mempunyai
hubungan yang kuat dengan lapisan mikrosistem. Ia boleh meningkat apabila
adanya sokongan dan kestabilan mikrosistem.

Lapisan eksosistem pula menerangkan perbezaaan dengan peringkat lapisan


yang lain. Dalam peringkat ini, kanak-kanak atau remaja adalah bukan terletak di
dalam lapisan ini, tetapi secara tidak langsung organisasi tersebut seperti keluarga
dan saudara mara mempengaruhi perkembangan mereka.

Lapisan makrosistem pula merupakan satu konteks budaya atau kelas sosial
yang terkandung mikrosistem, mesosistem, dan eksosistem. . Ia adalah ideologi
yang benar-benar luas dan menentukan tentang bagaimana anak-anak perlu
diuruskan, apa yang patut dianggap pada diri mereka dan apa matlamat yang perlu
mereka usaha dan capai akhirnya. Dengan ini, di antara sesebuah budaya dengan
budaya lain selalunya berbeza kerana setiap satunya mempunyai pendirian atau
corak budaya tersendiri.

Lapisan terakhir pula adalah lapisan kronosistem. Lapisan inimerupakan


peringkat yang menekankan bahawa perubahan pada seseorang atau konteks
perkembangan ekologinya boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosinya.
Sebagai contohnya, kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga akan membawa
kepada perubahan dan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. 

Anda mungkin juga menyukai