Anda di halaman 1dari 2

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA*

[image: a]Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. *Pemarah* paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam
diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya
tidak tenang.
2*. Pendendam* tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang
seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara
yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang
didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. *Hasad dengki* - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan.
4. *Bakhil* - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,
pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada
duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah
lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid
tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat
pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. *Tamak* orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas
dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa
banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. **
Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan
oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan
rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit
tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. *Tidak sabar* andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah
lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi
dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun
atas meja..heh..heh..)
7. *Ego* - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir
mahupun batin.
8. *Riak* terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan
menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah
marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. *Cinta dunia* - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila
sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal
hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa
anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia
itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah
akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan
kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada
bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita
tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua
akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama
lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Siapakah org yg KEDEKUT?* *

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang e-mail ini begitu
sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Anda mungkin juga menyukai