Anda di halaman 1dari 26

SOLAT/SEMBAHYANG

MUHAMMAD NUR IRFAN BIN JASMON


E10A
920313-01-5185
Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan
mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat
itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-  
• Orang Islam.
• Menghadap arah Kiblat
• Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
• Akil baligh
• Melihat atau mendengar.
• Jaga (tidak tidur)
• Sudah masuk waktu sembahyang.
RUKUN SOLAT
• BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga
boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
  NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
  TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
  MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah
Waladhaallin.
  RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
  IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selepas rukuk.
  SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH , membongkok sehingga dahi
berada diparas lantai.
  DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH , duduk sebentar
selepas sujud yang pertama.
  DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
  MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
  MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad
s.a.w.
  MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan
diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
  TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan
dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang
dari rukun ini dinamakan sunat.
Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula,
yang membatalkan sembahyang ialah:-
 
• Batal Wuduk.
• Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa
makanan di dalam mulut).
• Terbuka Aurat.
• Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
• Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
• Tertawa Terbahak-bahak.
• Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
• Berubah Niat.
• Mendahulu Imam sampai dua rukun.
• Meninggalkan rukun Sembahyang.
 PETUA KHUSYUK
    Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah
s.w.t:- yang bermaksud
Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang
yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang
yang mengerjakan sembahyang:  
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang
dari punca yang halal tanpa syubhah.  
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir
dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan
yang terbaik.  
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh
apakala masa hampir luput.  
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti
bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al
Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat
mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang
melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih),
menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada
kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.  
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala
urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.  
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.  
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan
pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.  
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.  
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata
ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.  
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian
ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.  
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis,
lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika
berjemaah.  
PRAKTIKAL MENUNAIKAN SOLAT
LELAKI - Menutup Aurat PEREMPUAN - Menutup
sekurang kurangnya dari Pusat keseluruhan badan kecuali
hingga ke Lutut. Muka dan Telapak Tangan.
 

NIAT
Ertinya:
SUBUH Sahaja aku sembahyang fardhu subuh
dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut
imam), jika sembahyang berjemaah.

ZUHUR
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat
rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam),
jika sembahyang berjemaah.

ASAR Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat
rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam),
jika sembahyang berjemaah.
 
MAGHRIB
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib
tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut
imam), jika sembahyang berjemaah.

ISYAK
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat
rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam),
jika sembahyang berjemaah.

JUMAAT
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua
rakaat mengikut imam tunai kerana Allah
Ta'ala.
TAKBIRATUL IHRAM

 Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga


selepas memasang niat dalam sembahyang
sambil itu bertakbir seperti di atas.

Lintaskan didalam hati ketika waktu yang sama


mengangkat takbir niat kita bersembahyang.
Lelaki - Paras  Perempuan - Tidak
bawah telinga melebihi paras Takbir
bahu
BERDIRI RAKAAT PERTAMA

Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi
Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku,
kepada yang menjadikan
langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah
dan bukanlah aku dari golongan
orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku
dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian
alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya .
Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari
golongan orang-orang Muslim (Islam).
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah
lagi maha mengasihani.
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru
sekelian alam. Yang maha pemurah lagi
maha pengasih.
Yang berkuasa pada hari pembalasan.
Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang
kami sembah dan
hanya Engkau sahajalah tempat kami
meminta pertolongan. Tunjukanlah kami
jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang
telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan
orang-orang yang
Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-
orang yang sesat.
Amin (*) (Perkenankanlah permintaan
Kami)

 
RUKU’

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)

 
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.
IKTIDAL
SUJUD PERTAMA

Kedua tangan paras


lantai, dahi juga
hendaklah
berkeadaan seperti di
sebelah.

KEMUDIAN LAKUKAN DUDUK ANTARA DUA


SUJUD
DUDUK ANTARA DUA SUJUD

KEMUDIAN LAKUKAN SUJUD KEDUA


SUJUD KEDUA

Kedua tangan paras


lantai, dahi juga
hendaklah
berkeadaan seperti di
sebelah.
BERDIRI RAKAAT KEDUA

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha
mengasihani.
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam.
Yang maha pemurah lagi maha pengasih.
Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau
sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan
hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta
pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau
berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang
Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang
sesat.
Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)
DOA QUNUT
Maksudnya: Tuhanku, pimpinlah aku
bersama orang yang telah Engkau
pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama
orang yang telah Engkau beri. Dan
peliharalah aku seperti orang yang telah
Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku
seperti orang yang telah Engkau
anugerahi. Dan lindungilah aku dari
perkara yang telah Engkau qadhakkan.
Kerana Engkau yang menghukum bukan
Engkau yang dihukum. Tidaklah hina
orang yang telah Engkau muliakan.
Tidaklah mulia orang yang telah Engkau
hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan
kami dan maha tinggi Engkau. Maka
bagiMu pujian atas apa yang telah
Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan
maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah
rahmat dan sejahtera kepada junjungan
Nabi Muhammad yang ummiy dan
keluarganya serta sahabatnya.
TAHIYAT AKHIR
Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu
wahai Nabi dan rahmat
Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan
kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh.
Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada
junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah
Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan
berkatilah
Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim
dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

Apabila bacaan sampai


kepada "Asyhadualla
ilaha illallah" dan
seterusnya, hendaklah
mengangkat jari telunjuk
sebelah kanan sehingga
salam berakhir.
SALAM KE KANAN

Ertinya:
Sejahtera dan rahmat
untukmu semoga
dirahmati Allah.

Hendaklah berpaling ke
arah kanan sambil
memberi salam.

 
* jika sembahyaang
berjemaah hendaklah
tunggu sehingga imam
memberi salam terlebih
dahulu.
SALAM KE KIRI

Ertinya:
Sejahtera dan rahmat
untukmu semoga
dirahmati Allah.

Berpaling ke arah kiri sambil


memberi salam.
SEMBAHYANG ORANG SAKIT
• Daripada Umran bin Hussain, ia berkata saya menghidap
penyakit buasir, lalu saya bertanya Rasulullah s.a.w.,
bagaimana saya hendak solat. Baginda menjawab,
solatlah secara berdiri, jika tidak mampu solatlah secara
duduk, jika tidak mampu solatlah secara berbaring.
(hadis riwayat bukhari)

Anda mungkin juga menyukai