Anda di halaman 1dari 1

Pengamatan bermaksud satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas- tugas pancaindera dengan

pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Selain itu, mengikut pendapat Janet W Learner (1971) dalam
bukunya ³Children With Learning Disabilities´, pengamatan adalah satu proses untuk mengenal
maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu
pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek. Mohd. Salleh Lebar (1995), ³Pengamatan merupakan
suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah
kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi.
Pengamatan juga merupakan pola-pola yang bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik
tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur.´ Ruth Srang
dalam bukunya ³Reading Diagnosis and Remediation´ pula mendefinisikan pengamatan sebagai satu
proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. Terdapat beberapa jenis pengamatan iaitu
pengamatan penglihatan, pendengaran dan sensori motor yang melibatkan taktil dan kinestatik. Antara
contoh bagi masalah pengamatan penglihatan ialah tidak dapat mencari benda tersembunyi, tidak dapat
membuat diskriminasi bentuk warna dan saiz, tidak dapat mengingati kembali dan sebagainya. Bagi
masalah pengamatan pendengaran pula, murid tidak dapat membezakan bunyi yang didengar, mereka
juga tidak dapat mengecam bunyi yang diperdengarkan dan tidak dapat mengingati turutan bunyi uang
diperdengarkan kepada mereka. Masalah lain yang mengganggu mereka ialah tidak dapat mendengar
arahan dengan baik. Seterusnya ialah pengamatan taktil dan kinestatik iaitu pengamatan motor kasar
dan motor halus. Masalah yang dihadapi oleh murid dalam pengamatan taktil dan kinestatik ialah
mereka tidak dapat menulis dengan baik. Mereka tidak dapat memegang pensel dengan cara yang betul
serta tidak dapat mengecam

Anda mungkin juga menyukai