K1 & K2 Definisi Tamadun Islam

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 90

RENUNGAN

‘ Hanyasanya aku ini melakukan apa yang


wajib bagi setiap insan untuk
melaksanakannya dalam kerjayanya iaitu
seseorang menerima pencapaian generasi
terdahulu dengan penuh kesyukuran dan
memperbaiki kesilapan yang ditemui tanpa
rasa segan serta mengabadikan apa yang
kelihatan berharga sebagai kenang-kenangan
bagi orang yang datang selepasnya dan
generasi yang terkemudian’ – Al-
Biruni,m.d.440 Hijrah/1048M
Konsep Asas Tamadun
 Istilah, definisi dan rumusan
 Ciri-ciri Tamadun Islam
 Matlamat Tamadun Islam
 Dasar / Prinsip Tamadun Islam
 Sumber Tamadun Islam
 Pembentukan Tamadun Islam
 Zaman Khulafa Ar-Rashidin
Kuliah 1: Apakah yang
dimaksudkan dengan Tamadun?
• Bagaimana lahirnya tamadun? Apakah
prasyarat pembinaan sesuatu tamadun?
• Apakah kandungan sesuatu tamadun?
• Apakah pola perkembangan sesuatu
tamadun?
• Apakah definisi tamadun menurut sarjana
Muslim dan barat?
Tamadun

‘ Secara umum tamadun ialah proses


perubahan cara hidup manusia menjadi
semakin sempurna, cekap dan berkesan ‘
Menurut Ibnu Khaldun :
Manusia secara semulajadi dilahirkan dengan
ciri-ciri madani. Tamadun berjaya
dikembangkan apabila manusia
memanfaatkan ciri-ciri madani yang dimilikinya
itu.
Ciri-ciri Madani ialah

 Beriman – menjaga hubungan dengan


Allah
 Berilmu – untuk mengurus diri dan alam
 Beramal – bekerja keras
 Berakhlak – diri sendiri dan orang / pihak
lain
 Bermasyarakat – menunaikan
tanggungjawab sosial
Ini bermakna…

Tamadun dibangunkan oleh manusia…


Tamadun dikembangkan oleh manusia…
Tamadun dimajukan untuk manusia…

Dan
Tamadun juga boleh dihancurkan oleh
manusia apabila hilang ciri-ciri madani
dan kemanusiaannya!
Kandungan Tamadun

‘Suatu pencapaian hanya akan dianggap


sebagai tamadun apabila perkara-perkara
yang berkaitan dengan keperluan asas
(dharuriyah) dan keperluan(hajiah) telah
disempurnakan.Ia adalah suatu peringkat
penyempurnaan(tahsiniat) untuk
melengkapkan segala perkara yang diperlukan
oleh manusia’- Ibnu Khaldun
Prinsip-prinsip Asas Kelahiran
Tamadun
 Manusia dicipta mempunyai berbagai
kelebihan untuk mengurus alam – akal,
potensi, kreativiti
 Proses perubahan cara hidup –
keperluan asas , penambahbaikan
 Perubahan dipengaruhi oleh faktor-faktor
agama, sosio ekonomi, sains dan
teknologi, politik, pendidikan dll
Pola Perkembangan Tamadun

1. Kehidupan menetap
2. Pertumbuhan ekonomi
3. Peningkatan hasil pengeluaran
4. Pertambahan jumlah penduduk
5. Kepimpinan dan susun lapis sosial
6. Pengkhususan kerja dan hasil kerja
7. Perkembangan Perdagangan
KONSEP ASAS TAMADUN

Dipopularkan oleh Jurji Zaidan ( 1902-1906) pada abad


ke 19 dalam bukunya Tarikh at-Tamaddun al-Islami.
Dari sudut makna / semantik, kata terbitan dari kata
kerja ‘Madanna’, maksudnya:
 Pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal
 Membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi
suatu perbandaran
 Hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan
menikmati kehidupan yang maju
 Pembangunan, kemajuan & pencapaian manusia
Istilah Tamadun:

B.Arab:
a. Hadarah – kehidupan menetap yang
membolehkan manusia menjalani
kehidupan secara sistematik dan maju
b. Umran – pembangunan
c. Tamaddun -
KONSEP ASAS TAMADUN

 ‘ Madani ’ – keselesaan hidup dan ketinggian budi


 ‘ Madinah ‘ – bandar
 ‘ Madaniyyah ‘ – kebudayaan bandar ( diperkenalkan
oleh Abu Nasir al-Farabi pada abad ke 11 dalam
bukunya as-Siasah al-Madaniyyah dan dipopularkan
oleh Muhd Farid Wajdi, Sheikh Muhd Abduh dan
Sh.Rashid Rida
 ‘ Umran & Hadarah ‘ – diperkenalkan oleh Ibnu
Khaldun ( 1332-1406 ) pada abd ke 14 dalam
Muqaddimah Ibnu Khaldun
Istilah Tamadun (Bahasa Melayu ):

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3


( 1998 ), Tamadun ialah:
‘Keadaan masyarakat manusia dan
negara yang didasarkan pada kemajuan
kebendaan serta perkembangan
pemikiran sosial, budaya, politik dll yang
tinggi dan peradaban’
Istilah Tamadun:

 B.Inggeris: ‘ Civilization ‘
a. Tiap-tiap tamadun yang agung
mempunyai bandar-bandar yang besar
b. Perubahan dan pertumbuhan di
bandar-bandar besar
c. Ciri-ciri asas tamadun manusia lebih
mudah ditemui di bandar-bandar
Definisi Tamadun

Ibnu Khaldun:
“Tamadun ialah kemuncak pembangunan
yang berkait dengan peningkatan kemewahan,
keindahan suasana dan minat kepada
pelbagai aspek industri yang yang boleh
mempertingkatkan kualitinya Ini termasuk
keperluan kepada bahan-bahan makanan,
pakaian, peralatan rumah tangga dsbnya”.
Sayyid Qutb

 Tamadun Islam ialah segala bentuk


kemajuan yang dihasilkan oleh
sekumpulan masyarakat seperti sistem
sosial, pemerintahan, politik, ekonomi
dan kebudayaan yang berteraskan
syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai
akhlak Islam
Definisi Tamadun:

Syed Naquib al- Attas:


“ Keadaan kehidupan insan yang
mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh
masyarakatnya”.
Said Hawa
 Tamadun secara umum terbahagi kepada dua
kategori iaitu Tamadun Islam dan Tamadun
Jahiliah. Tamadun Islam adalah segala aspek
kemajuan yang tegak di atas kebudayaan
Islam serta hasilnya relevan dengan
kebudayaan itu. Tamadun Jahiliah pula ialah
segala kemajuan yang dijelmakan dalam
bentuk kebendaan tanpa mengambil kira
aspek kerohanian dan moral.
Definisi Tamadun ( Barat )

Arnold Toynbee:
“ Tamadun ialah suatu sistem masyarakat
yang dapat membantu manusia
menambah hasil pengeluaran atau
produktiviti dan ia mempunyai 4 elemen
iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem
politik, pengetahuan dan seni”.
Perbandingan antara Tamadun:

 Tamadun Barat lebih menonjolkan aspek


pencapaian kebendaan bagi
menentukan masyarakat bertamadun
 Tamadun Islam mengimbangi antara
pembangunan material dan spiritual
 Tamadun Melayu menerima pengaruh
Tamadun Islam dan mengekalkan ciri-ciri
tempatan
Antara Tamadun Islam & Barat

Tamadun Islam: Tamadun Barat:


1. Sumber –wahyu 1. Sumber – pemikiran
2. Fokus – & pengalaman
Pembangunan manusia
insan 2. Fokus – kemajuan
3. Matlamat – duniawi kebendaan
& ukhrawi 3. Matlamat - duniawi
Rumusan Definisi Tamadun
Islam
“Pencapaian manusia dalam semua
aspek kehidupan secara sepadu dan
menyeluruh, berfokus kepada
pembangunan manusia, sebagai hamba
dan khalifah Allah, bagi mencapai
kesejahteraan dunia dan akhirat”.
Kuliah Ke 2
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM:
1. Apakah ISLAM?
2. Apakah asas-asas utama agama Islam?
3. Apakah ciri-ciri Tamadun Islam?
CIRI-CIRI UMUM TAMADUN
• Kemajuan teknologi
• Sistem pemerintahan dan ekonomi
• Urbanisasi
• Organisasi Sosial
• Kepercayaan/ agama
• Tulisan dan bahasa
• Budaya dan kesenian
Kemajuan teknologi
Penggunaan alat untuk kemudahan
kehidupan manusia dalam semua bidang:
• Pertanian
• Pengangkutan
• Komunikasi
• Ekonomi
• dll
Sistem pemerintahan dan ekonomi
• Konsep kepimpinan pada semua peringkat
sama ada desa, bandar, negeri dan
negara
• Tradisional (Sistem beraja ) ->Moden
( Perdana Mentei / Presiden )
• Sistem barter, penggunaan wang, industri
pembuatan ,pemasaran, sistem
perbankan, insuran dll
Urbanisasi
• Perpindahan dari desa ke bandar
• Perubahan aktiviti ekonomi dari pertanian
-> perindustrian
• Kehidupan di bandar yang menyediakan
lebih banyak peluang pelajaran,
pekerjaan, perniagaan
• Peningkatan taraf hidup
Organisasi Sosial
• Wujud kelompok-kelompok / status dalam
masyarakat
• Kelas ekonomi :Rendah( low-class),
sederhana( middle class ) dan tinggi
( high class )
• Jurang antara golongan /orang kaya dan
miskin berdasarkan latar belakang
pelajaran dan ekonomi
Tulisan dan bahasa
• Asasnya sebagai alat komunikasi
• Menggambarkan tahap pemikiran,
kreativiti dan kemajuan ilmu sesuatu
bangsa
• Bahasa adalah lambang jati diri bangsa
cth Arab, Cina, Jepun, Korea, Inggeris dll
• Bahasa jiwa bangsa
Budaya dan kesenian
• Budaya - menggambarkan cara hidup
sesuatu bangsa cth kegiatan ekonomi,
adab sopan, budi bahasa, tutur kata,
pakaian, makanan, pergaulan
• Kesenian – pencapaian yang dijelmakan
dalam bentuk karya-karya seni yang
mempamerkan nilai estatika spt lukisan,
kaligrafi, seramik, pakaian dll
Kepercayaan / agama
• Asas utama yang memandu kemajuan
tamadun
• Mendasari semua tamadun – Islam, Mesir,
Cina, Jepun, India, Eropah
Ciri-ciri Tamadun Islam

 Islam sebagai suatu sistem kehidupan


 Berasaskan Akidah, Syariah dan Akhlak
 Alamiah / universal
 Syumul / menyeluruh
 Seimbang/ Tawazun
Islam adalah…
Selamat, sejahtera, aman, damai –
1.Sebagai suatu sistem, Islam adalah suatu
cara hidup ( way of life ) yang meliputi
semua bidang kehidupan – ekonomi,
politik, sosial, pendidikan dll
• Keselamatan dunia dan akhirat
• Keselamatan untuk semua manusia
• Keselamatan jasad dan jiwa, akli dan
emosi
RUKUN ISLAM:*
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
2. Mendirikan Solat
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat
5. Menunaikan Haji

* Kesepaduan akidah, syariah dan akhlak


Akidah
Definisi:Kepercayaan yang tertanam di
hati,dizahirkan dengan perkataan dan
ditunjukkan dengan tingkahlaku
• Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
• Beriman dengan sifat-sifat ketuhanan –
iaitu berlainan dengan sifat-sifat makhluk
• Maha Mencipta dan Maha Berkuasa
• Impaknya – melaksanakan semua perintah
& meninggalkan semua laranganNya
3 dalam 1 - Akidah, Syariah dan
Akhlak
1.Kesepaduan:
• Antara iman, ilmu dan amal
• Antara kepercayaan, perkataan dan
perlakuan
• Dunia dan akhirat
2. Menyeluruh:
• Semua aspek kehidupan
• Individu dan masyarakat
RUKUN IMAN:*
• Beriman dengan Allah
• Beriman dengan Malaikat
• Beriman dengan Kitab Suci
• Beriman dengan Rasul
• Beriman dengan Hari Akhirat
• Beriman dengan Qada dan Qadar
* Kesepaduan akidah, syariah & akhlak
Syariah / Islamic Law
• Sumbernya ialah al-Quran dan al-Hadis
• Hak dan Tanggungjawab kepada Allah, diri
sendiri dan orang/pihak lain
• 5 HUKUM – Wajib, Sunat, Haram, Harus
Makruh
• Sesuai untuk semua keadaan,tempat &
masa
RUKUN IMAN:
• Berasaskan tauhid
• Saling berkait dan bersepadu
• Mempengaruhi setiap tindakan dan
tingkahlaku seseorang
• Tanggungjawab di dunia dan akhirat
AKHLAK

Menurut Imam Al-Ghazali:


’ Sifat yang tertanam dalam jiwa yang
menimbulkan perbuatan-perbuatan yang
mudah tanpa memerlukan pemikiran dan
pertimbangan’.
Akhlak
• Berasaskan rukun iman
• Membezakan dan memilih antara baik dan
buruk
• Meliputi semua aspek kehidupan
• 3 dimensi – hati, akli dan anggota tubuh
( keyakinan, pemikiran dan tindakan )
• Pengaruh keturunan, pendidikan dan
persekitaran
Kepentingan Akhlak
1. Misi utama kerasulan Nabi Muhammad
s.a.w. ‘ Sesungguhnya aku diutus untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia’.
(Riwayat Al-Baihaqi )
2. Akhlak dan agama tak boleh
dipisahkan.Seorang sahabat
bertanya :”Ya Rasulullah apakah agama
itu?” Baginda menjawab:”Agama adalah
akhlak yang baik”.
Kepentingan Akhlak
3. Akhlak yang baik memberatkan
timbangan kebaikan pada hari kiamat.
Sabda Rasulullah s.a.w:“ Tidak ada suatu
pun yang lebih memberatkan timbangan
seorang mukmin pada hari kiamat selain
dari akhlak yang baik”.( Riwayat At-Tirmizi)
Kepentingan Akhlak
4.Akhlak yang baik adalah ukuran kualiti
iman seseorang. Sabda Baginda“ Orang
mukmin yang paling sempurna imannya
adalah yang paling baik akhlaknya”
( Riwayat At-Tirmizi)
5.Akhlak yang baik akan terhasil dari
amalan ibadat.”Sesungguhnya solat itu
mencegah dari kekejian dan
kemungkaran”. Surah Al-’Ankabut ayat 29.
Ciri-ciri Tamadun Islam

 Islam sebagai suatu sistem kehidupan


 Berasaskan Akidah, Syariah dan Akhlak
 Alamiah / universal
 Syumul / menyeluruh
 Seimbang/ Tawazun
Alamiah

 Tamadun Islam boleh dimanfaatkan oleh


semua pihak, muslim & non-muslim
 Adil kepada semua - tidak ada batas
geografi, warna kulit, status sosial
Dalil-dalil dari Al-Quran:

 ‘ Tidak Kami utusmu wahai Muhammad


melainkan sebagai rahmat untuk seluruh
alam’.
Syumul

 Meliputi semua aspek kehidupan:


ekonomi, politik, sosial, pendidikan ,
budaya dll
Seimbang

 Antara dunia dan akhirat


 Ilmu dan amal
 Jasmani dan rohani
PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Peninggalan Kaum Thamud


PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Peninggalan Kaum ‘Aad


Kuliah ke 3
1. Apakah Matlamat Tamadun Islam
2. Apakah yang dimaksudkan dengan mencari
keridhaan Allah dan bagaimana?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan
memelihara hubungan sesama manusia dan
dengan alam sekitar? Bagaimana
melakukannya?
Matlamat Tamadun Islam:

1. Mendapat keridhaan Allah


2. Kebaikan kepada manusia dan alam
sekitar
Keridhaan Allah

 Apa pun yang dilakukan hendaklah


kerana mendapatkan keridhaan Allah
 Maksudnya – mengikut perintah,
undang-undang, peraturan dan sunnah
yang telah Allah tetapkan
Hubungan sesama manusia
 Bermula dengan ahli keluarga
 Saling menghormati tanpa mengira bangsa,
warna, agama
 Tidak membezakan manusia kerana darjat /
kedudukan
 Memberikan layanan yang sama rata cth hak
jiran tetangga
 Menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan
cth membantu orang susah & memerlukan
Institusi Keluarga

1. Institusi Perkahwinan – memelihara


keturunan
2. Hak setiap ahli keluarga
3. Tanggungjawab setiap ahli( saling
berperanan & menyumbang) – suami,
isteri, anak-anak
4. Keluarga yang baik asas pembinaan
bangsa yang maju & bertamadun
Kejiranan

1. Hak dan tanggungjawab jiran


2. Rukun kejiranan – saling hormat
menghormati, memberi dan terima,
bekerjasama, bertolak ansur
Tanggungjawab kemasyarakatan

1. Tangan yang memberi adalah lebih


baik daripada tangan yang menerima
2. Tidak sempurna iman seseorang kamu
jika ia tidak mengasihi saudaranya
sebagaimana ia mengasihi dirinya
sendiri.
3. Orang beriman itu umpama suatu
jasad.
Hubungan dengan Alam Sekitar

 Alam adalah amanah Allah kepada


manusia
 Allah mencipta seluruh isi alam untuk
manfaat manusia
 Manusia adalah pengurus alam
( khalifah )
Pembangunan yang mesra alam

“ Bersahabat dengan alam secara


beradab ”
 Pembangunan yang sepadu
 Mengekalkan eko sistem
 Perancangan jangka panjang
Akhlak terhadap alam

 Berkongsi memanfaatkan alam


 Tidak memusnahkan keseimbangan
alam( eko sistem )
 Berusaha memelihara alam untuk
generasi akan datang
Kuliah ke 4
• Apakah sumber-sumber Tamadun Islam?
• Bagaimana sumber-sumber itu
menyumbang ke arah pembinaan
tamadun?
• Apakah garis panduan bagi memastikan
sesuatu penemuan baru diterima dalam
tamadun Islam?
Sumber-sumber Tamadun Islam

1. Wahyu
2. Akal
3. Penemuan baru
Wahyu
 Al-Quran
 Al-Hadis
Hadis
 Segala perkataan, perbuatan dan
pengakuan Nabi Muhammad s.a.w
 Dibukukan dalam Kitab-kitab Hadis
 Dijamin keesahan dan
kebolehpercayaannya kerana mempunyai
prosedur yang ketat dalam proses
pengumpulan
Akal

 Selari dengan tuntutan syariat


 Menggalakkan kreativiti
 Mengiktiraf keupayaan para sarjana bagi
mempertingkatkan kehidupan manusia
Penemuan Baru

 Berdasarkan kajian dan penyelidikan


para sarjana dalam berbagai bidang spt
sains tulen, sains gunaan, sosial,
pendidikan dll
Kuliah ke 5: Prinsip Tamadun Islam

• Apakah rasional setiap prinsip yang


terdapat di dalam Tamadun Islam
• Huraikan kepentingan setiap prinsip dan
kaitannya dengan pembinaan tamadun
Islam.
• Apakah cabaran bagi melaksanakan
prinsip-prinsip dalam tamadun Islam?
Prinsip Tamadun Islam:

1. Memelihara agama
2. Memelihara jiwa/keturunan/maruah
3. Memelihara akal
4. Memelihara harta
5. Memelihara kebebasan
Memelihara Agama

Rasional: Tamadun Islam dicetuskan dari ajaran


agama Islam
 Kepercayaan Kepada Tuhan Yang Maha Esa,
Maha Mencipta dan Maha Berkuasa
 Melaksanakan tanggungjawab agama
 Memelihara Syiar Islam
 Menghormati penganut agama lain( hak
mereka mengamalkan ajaran agama )
Memelihara Jiwa

Rasional:Jiwa/nyawa adalah kurniaan


Allah yang tidak boleh diganti / dicipta
 Suruhan – menjaga keselamatan,
kesihatan, pemakanan. Berubat jika
sakit
 Larangan – merosakkan diri, membunuh
diri, membunuh orang lain
Memelihara Akal

Rasional:Unsur yang membezakan insan


dari makhluk lain
 Suruhan – Mencari ilmu, membaca
bahan yang baik
 Larangan – membaca bahan yang tidak
baik ( yang merosakkan akidah dan
akhlak ) , menonton bahan lucah
Memelihara Maruah

Rasional:Karamah Insan menentukan


kedudukannya di sisi Allah & manusia
 Suruhan – menjaga pergaulan, menutup
aurat, menjaga nama baik, berkahwin
 Larangan – bergaul bebas, mendedah
aurat, memfitnah, berzina / jenayah seks
Memelihara Harta

Rasional:Harta adalah amanah dan


pinjaman. Ianya bukan milik yang mutlak
 Suruhan – Mencari rezeki yang halal,
dari sumber yg halal, digunakan utk
kebaikan
 Larangan – Mengambil hak orang lain
spt mencuri, merompak,
menyamun,salahguna, menyeleweng
Memelihara Hak/ Kebebasan

Rasional: Menetapkan suatu garis


panduan mengenai hak seseorang ,
batasannya…
 Suruhan
 Larangan
Kuliah ke 6: Pembentukan
Tamadun Islam
• Apakah ciri-ciri masyarakat Islam?
• Apakah fokus utama perkembangan Islam
dalam Era Makkah dan Era Madinah?
• Apakah kandungan Piagam / Sahifah
Madinah?
• Apakah sumbangan zaman Khulafa Ar-
Rashidin terhadap perkembangan dan
pembangunan Islam?
Pembentukan Tamadun Islam :

1.Kelahiran masyarakat Islam pada zaman


Nabi Muhammad
2. Piagam Madinah
3. Zaman Khulafa ar-Rashidin
Kedatangan Islam

 Keadaan masyarakat Makkah sebelum


diIslamkan
 Kelahiran seorang Rasul
 Dakwah secara rahsia
 Dakwah secara terbuka
 Sambutan dan tentangan masyarakat di
Mekah
Kelahiran Masyarakat Islam

 Era Mekah – masyarakat Jahiliah


menentang
 Era Madinah – pembentukan negara Islam
i. Kerajaan Islam, Masyarakat Islam, Sistem
kehidupan yang Menyeluruh dari semua
aspek – ekonomi, politik, sosial,
pendidikan
ii. Perkembangan Islam
Piagam Madinah
 Nabi Muhammas s.a.w diakui sebagai ketua
negara bagi semua penduduk. Setiap
perbalahan perlu dirujuk kepada Ketua Negara
 Semua penduduk bebas beragama dan bebas
melakukan adat istiadat, upacara agama
masing-masing
 Setiap penduduk hendaklah bekerjasama
dalam setiap masalah ekonomi
Sambungan…Piagam Madinah

 Semua penduduk mestilah


mempertahankan kota Madinah
daripada serangan musuh
 Keselamatan kaum Yahudi termasuklah
nyawa dan harta benda adalah terjamin
selagi mereka taat kepada syarat-syarat
perjanjian yang tercatat dalam piagam
Zaman Khulafa ar-Rashidin
 4 khalifah – Syahsiah yang mulia Saidina
Abu Bakar , Umar al-Khattab, Usman b.
‘Affan, Ali b. Abi Talib
 Dasar Pembangunan:
i. Fokus kepada pembangunan insan
ii. Kemajuan yang menyeluruh & seimbang
iii. Keadilan pemimpin & pemerintahan
iv. Perkembangan ilmu pengetahuan
v. Perkembangan wilayah
Pembangunan Insan
Kemajuan yang menyeluruh &
seimbang
Keadilan pemimpin dan
pemerintahan
Perkembangan Ilmu
Pengetahuan
Zaman Khulafa ar-Rashidin

Perkembangan Islam – wilayah lain


menerima Islam

Anda mungkin juga menyukai