Anda di halaman 1dari 1

Akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dan menghantarnya pada

masa yang telah ditetapkan. Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya tidaklah
terlalu tertekan kerana tajuk yang dibincangkan ini telah dipelajari sejak awal semester
lagi. Namun, satu hal yang menjadi cabaran kepada saya ialah terpaksa
menyiapkannya semasa cuti sekolah selama 1 minggu dan semasa program
pengalaman berasaskan sekolah atau SBE.
Walaupun sebelum cuti saya telah mencari bahan, namun saya keliru apakah
kehendak sebenar yang diingini oleh pensyarah bimbingan saya. Saya tidak dapat
membuat kolaborasi bersamanya menyebabkan saya ragu-ragu sekiranya saya
membuat kesilapan dalam membincangkan tajuk yang diberikan. Selain itu, saya juga
dapat menginsafi diri dengan menambah minat untuk membaca buku-buku yang
berunsurkan perkembangan kanak-kanak setelah menyelesaikan tugasan ini. Hal ini
kerana saya banyak membuka laman web serta buku-buku yang berkaitan pengajian
social dengan tujuan mencari bahan.
Tetapi saya masih berterima kasih kepada Encik Y.M Tengku Amran kerana
banyak memberi dorongan dan tidak pernah lokek ilmu dalam pembelajaran seharian
saya ini. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa
saya iaitu Abdullah Bin Muda yang telah banyak memberi saya tunjuk ajar dalm
menyiapkan tugasan ini selaku beliau pernah menjadi pensyarah di beberapa buah IPG
di pantai timur ini dan beliau tahu untuk membuat tugasan dengan lebih kemas supaya
mendapat markah yang memuaskan. Saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan saya kerana telah member banyak dorongan dan galakkan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini

MOHD HIDAYAT BIN ABDULLAH


1 PISMP PENGAJIAN SOSIAL

Anda mungkin juga menyukai