Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Pendidikan pra sekolah adalah pendidikan asa yang penting dan telah mendapat perhatian
di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam
perkembangan kehidupan seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterima di
rumah. Di Malaysia program pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan
untuk golongan kanak-kanak berusia antara 4-6 tahun sebelum mereka memasuki
pendidikan formal di tahun satu sekolah rendah ( garis panduan Kurikulum Prasekolah,
1998).

Langkah-langkah mengatasi masalah tingkahlaku kanak-kanak prasekolah.

Interversi
Penialaian ke atas kanak-kanak dari peringkat prasekolah awal adalah penting
supaya program-program intervasi awal dapat diaturkan. Program-program interversi
juga perlu disesuaikan untuk setiap kanak-kanak menurut diagnosis, kekuatan dan
kelemahan kanak-kanak itu. Di mana cara pengajaran dalam bilik perlu disusun dan
dirancang untuk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza.

Guru prasekolah hendaklah mengetahui peranan mereka dalam mempelbagaikan


aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangakan manafaat kepada kanak-kanak di dalam kelas.
Guru juga berperanan sebagai pendorong yang mengalakkan pembelajaran kanak-kanak.
Guru yang berpengetahuan akan berusaha menyediakan aktiviti pembelajaran yang
mengembirakan dengan melibatkan kanak-kanak secara aktif.

Guru tidak seharusnya lokek memberi pujian kepada kanak-kanak yang berjaya
mencuba dalam sesuatu perkara. Dengan pujian yang dberikan akan dapat membantu
kanak-kanak membina konsep diri yang positif. Dengan adanya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menarik memberi kesan kepada diri kanak-kanak kerana ianya secara
tidak langsung menarik minat kanak-kanak ke sekolah tiap-tiap hari. Guru yang
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam mengendalikan kanak-kanak prasekolah,
mempunyai pengaruh yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Secara tidak
langsung, kanak-kanak akan memerhati dan meniru gaya kelakuan guru-guru dan ini
akan mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak.

Pengesanan

Berdasarkan artikel ini, pengesanan atau screening merupakan satu kaedah yang
digunapakai oleh tenaga pakar untuk mengesan kanak-kanak yang mempunyai masalah
tingkahlaku sosial. Di mana kanak-kanak yang terdedah dengan pengaruh-pengaruh luar
memerlukan campurtangan dari pihak lain seperti guru dan ibu bapa mereka sendiri, bagi
menyokong proses pembangunan diri supaya menghasilkan tingkahlaku sosial yang lebih
baik.
Antara program yang diperkenalkan untuk mengesan masalah tingkahlaku kanak-
kanak prasekolah ialah kurikulum kemahiran-kemahiran sosial dan program pengurusan
tingkahlaku untuk pelajar. Melalui program ini tenaga pakar harus menyekat kanak-
kanak yang mempunyai risiko tingkahlaku berdasarkan karektor-karektor yang lepas.

Di Malaysia beberapa pendekatan telah digunakan untuk mengatasi masalah


tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Salah satu daripadanya ialah
dengan memperkenalkan Krusus Program Dan Transisi Guru Penyayang. Program
pengurusan penyayang guru tahun satu, diurus dan dijalankan oleh pihak Bahagian
Pendidikan Guru (BPG). Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan
kepada guru-guru mengenai keperluan dan tingkah laku pelajar yang berbeza-beza kerana
datang dari pelbagai latarbelakang.

Dalam kursus ini, guru diberi pendedahan khusus berhubung dengan psikologi
dan sosio-emosi pelajar-pelajar. Melalui kursus ini, diharap para guru dapat mengesan
dan menyelesaikan masalah tingkahlaku kanak-kanak yang berkaitan dengan psikologi
dan sosio-emosi secara sistematik. Selain itu, guru juga dapat mengenalpasti masalah
tingkahlaku murid yang memerlukan bantuan. Contohnya bagi kanak-kanak yang
terlampau aktif (hyperactive) dan menimbulkan gangguan (disruptive). Kebiasaannya
pelajar-pelajar yang bertingkahlaku sedemikian memerlukan bimbingan dan perhatian
yang lebih dari guru. Ini bagi memastikan mereka tidak mendatangkan masalah kepada
pelajar-pelajar lain.

Guru-guru yang berhadapan dengan kanak-kanak yang mengalami masalah


tingkahlaku perlulah mengetahui teknik-teknik bagi menangani masalah itu. Antara
teknik-teknik yang boleh dipraktikan adalah seperti teknik Theory Of Constraints (TOC),
modifikasi tingkahlaku, time out dan ganjaran.

Persekitaran Bilik Darjah ( Classswide )

Menurut artikel ini, sebelum berurusan dengan kanak-kanak, guru perlulah


membentuk persekitaran bilik darjah yang ceria dan kondusif. Ini kerana sokongan bilik
darjah boleh membentuk tingkahlaku positif dikalangan kanak-kanak termasuklah
kestabilan emosi. Sebagai contoh, interaksi positif antara kanak-kanak dengan guru,
peraturan yang jelas dalam bilik darjah seperti mengajar, membuat ulasan secara
konsisiten dan teratur, tempoh menunggu yang singkat kepada pelajar, pergerakan yang
selesa dan persekitaran yang positif termasuklah struktur dan perkara-perkara biasa
(Jones & Jones, 1998: Walker et al.1995).

Komponen-komponen lain yang penting dalam pengurusan bilik darjah yang


berkesan ialah melengkapkan arahan pengajaran yang jelas dalam kemahiran sosial.
Selain itu, banyak lagi faktor yang boleh dipertimbangkan bila merancang dan
melaksanakan kemahiran kurikulum sosial. Pertama, menentukan secara kritis siapa yang
memerlukan kemahiran pengajaran sosial, menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu
diketengahkan sebagai garis panduan dalam pemilihan kemahiran kurikulum sosial yang
terbaik.
Pendekatan lain yang digunakan di Malaysia untuk mengatasi masalah
tingkahlaku kanak-kanak prasekolah ialah melalui kaedah bermain. Ini kerana masalah
tingkahlaku kanak-kanak prasekolah juga boleh dibendung melalui permainan. Ini dapat
dijelaskan melalui konsep belajar melalui bermain. Konsep belajar melalui bermain
dikatakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak.

Melalui kaedah ini akan mendatangkan keserononkan dan kepuasan kepada


mereka dalam seseuatu pengajaran yang ingin di sampaikan. Seperti yang kita semua
sedia maklum, memang lumrah kanak-kanak lebih suka bermain dari menumpukan
perhatian kepada pelajaran dan mereka tidak boleh memberi fokus yang lama kepada
sesuatu pekara. Walaubagaimanapun melalui permainan kanak-kanak dapat menguasai
perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan
dan pertuturan.

Menurut Caplan & Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi
perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan
intelek di samping dapat memperkembangakan kekuatan fizikal, koordinasi dan
ketangkasan murid.

Permainan juga dapat memberikan pengalaman tentang keadilan, peraturan dan


kesaksamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara
permaianan-permaianan yang lazim dimainkan dalam bilik darjah seperti teka-teki, teka
silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu,
bermain juga adalah satu bentuk kesenian. Ia merupakan saluran untuk melahirkan
perasaan dan punca-punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.

Menurut Vygostky (1967), main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.


Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat. Main juga memberi
kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia
sebenar. Dengan cara ini kanak-kanak akan dapat mengawal situasi dan menyesuaikan
dengan keadaan sebenar.
Selain itu, guru juga perlu peka dan memahami pelbagai nilai main yang boleh
menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak secara total dan menyeluruh dari aspek
mental, fizikal, sosial dan emosi terutama bagi mereka yang berumur diantara 4-6 tahun.
Menurut Vygostsky (1966), main merupakan satu cara kanak-kanak belajar apa yang
tidak boleh diajar oleh orang lain.

Anda mungkin juga menyukai