Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN PENUTUPAN HARI MERDEKA

Bismillahirahmanirahim.

Yang saya hormati GPK Tadbir & Kurikulum Puan Chu Li Lin, GPK HEM Puan
Zanariah bt Zakaria, GPK Kokurikulum Encik Mazlan b Abd Hamid, guru-guru penolong kanan,
guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan selamat
sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Illahi atas
limpahan rahmat dan kurniaNya, maka kita dapat bernafas dan menghirup udara segar pada pagi
yang mulia ini untuk bersama-sama dalam majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan bagi tahun
2019.

Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Bulan kemerdekaan merupakan salah satu sambutan yang diraikan oleh semua lapisan
masyarakat di negara kita. Program kemerdekaan diadakan bagi memberi peluang kepada semua
murid dan warga sekolah meraikan bulan tersebut. Dengan bertemakan Sayangi Malaysiaku :
Malaysia Bersih, menepati usaha kerajaan yang mahu memupuk dan menyalakan nilai integriti
serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan pada tahun ini. Setiap
aktiviti yang dijalankan adalah berpaksikan kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat
patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan kita semua sebagai warganegara.

Anak-anak SMK Danau Kota sekalian,

Dengan berakhirnya bulan kemerdekaan ini, diharapkan semua aktiviti yang telah
dijalankan dapat memupuk semangat cinta dan sayang akan negara, membina integriti dan jati
diri serta menghargai warisan bangsa.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada semua warga sekolah yang telah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan
kemerdekaan pada tahun ini.

Tanpa membuang masa lagi, saya dengan sukacitanya merasmikan majlis Penutupan
Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Danau Kota bagi tahun 2019.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai