Anda di halaman 1dari 2

Sejarah olahraga

Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu,
olahraga hanya meliputi acara "lumba trek stadium" atau stade.
Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga
seperti berikut:-
* Sukan Panhellenic
o Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan setiap 4 tahun
o Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan setiap 2 tahun
o Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap 2 tahun
o Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti dan pertempuran
gladiator.
Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun
begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik.
Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formai pertandingan Olahraga ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama
antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian bahawa mereka
merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun
begitu, mesyuarat pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840
oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat menyatakan
tentang penubuhan organisasi formal olahraga.
Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga
kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928.
Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini
termasuk International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.
POST BY : anm_trg@yahoo.com.my
SUMBER DARIPADA: WIKEPEDIA

Sejarah Dan Perkembangan Olahraga Antarabangsa Dan Di Malaysia

Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan
berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini
dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah.
Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki.
Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari
semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.
Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas,
melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini,
setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya,
ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang
menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan
keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula
sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul
sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan
mendapat perhatian orang ramai.
Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula individu yang
mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih ramai yang
mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan
sudah tentu mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan
sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu lebih
menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia.
Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun matlamat dan tujuannya
sama. Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan
diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan
dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan ‘olahraga’ atau ‘athletics’. Sejak zaman
Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk
Greek Kuno.

Anda mungkin juga menyukai