Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Syukur Alhamdulillah, dengan izin yang Maha Esa dapatlah saya


menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Jasmani dan Sukan ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah saya iaitu Dr.
Azita Bin Hj. Amrin dan juga rakan-rakan saya yang banyak membantu terutamanya
ahli kumpulan saya. Tugasan pada kali ini dilakukan secara berkumpulan. Ahli
kumpulan saya yang lain ialah Mohamad Aqmal Bin Mohd Ariff, Mohd Fadli Bin Abd
Salam dan Maznie Bt Abu Bakar.

Tugasan pada kali ini memerlukan kami merancang dan mengelolakan satu
pertandingan permainan tradisional masyarakat Melayu di tempat kami. Sehubungan
itu, kami berempat telah duduk bersama-sama dan berbincang untuk memilih jenis-jenis
permainan yang ingin dijalankan. Kami sebulat suara telah memilih tiga permainan
untuk dianjurkan yang terdiri daripada satu permainan laman dan dua permainan
anjung iaitu sepak raga bulatan, dam harimau dan congkak. Pemilihan permainan ini
adalah kerana kami mempunyai sedikit pengetahuan tentang permainan ini. Faktor ini
mungkin membantu kami dalam melakukan tugasan ini dengan baik. Selain itu, kami
memilih permainan ini adalah disebabkan kami ingin mencuba sesuatu yang baru.
Memandangkan kami semua cetek ilmu berkaitan dengan permainan dam harimau,
maka kami memilih permainan ini supaya dengan melakukan tugasan ini pengetahuan
kami tentang permainan ini bertambah.

Sepanjang merancang dan mengelolakan pertandingan permainan tradisional


ini, banyak kelebihan yang saya perolehi sama ada mendapat pengalaman baru
ataupun pengetahuan yang baru. Kebaikan-kebaikan yang diperolehi ini sangat penting
kepada saya kerana seorang bakal guru seperti saya amat mendambakan ilmu-ilmu
dan juga pengalaman-pengalaman seperti ini untuk digunakan ketika di sekolah kelak.
Antara kelebihan yang saya dapat sepanjang melakukan tugasan ini ialah ilmu-ilmu
yang baru bagi saya tentang permainan tradisional. Contohnya permainan dam
harimau. Walaupun permainan ini biasa saya dengar, tetapi saya tidak tahu cara
permainannya secara mendalam sehinggalah saya membuat sedikit kajian tentang
permainan ini. Selain itu, saya dapati tugasan ini bukan semata-mata berkaitan dengan
pengurusan sesuatu pertandingan, tetapi tugasan ini turut mengajar guru pelatih
menghargai permainan-permainan tradisional masyarakat Melayu yang terkenal pada
satu ketika dahulu. Nilai kerjasama turut diterapkan dalam tugasan ini. Kerjasama
penting dalam kerja berkumpulan. Ia mampu memudahkan setiap urusan yang sukar
sekiranya ahli kumpulan bekerjasama.

Dalam menyiapkan tugasan ini, tidak semua yang dilakukan berjalan seperti
yang dirancang. Terdapat beberapa perkara yang menjadi halangan kepada kumpulan
saya. Namun, dengan bantuan ahli kumpulan yang lain segala halangan dapat diatasi.
Antara perkara yang menjadi halangan ketika menyiapkan projek ini ialah kami jarang
sekumpulan jarang dapat duduk bersama untuk berbincang dan membuat tugasan ini
bersama-sama. Hal ini adalah kerana kami semua sedang menjalani praktikum. Secara
tidak langsung ini membuatkan masa kami untuk berjumpa sangat terhad. Tambahan
pula, kami semua berpraktikum di sekolah yang berbeza dan ada di antara kami yang
tidak tinggal di asrama. Justeru, kami terpaksa mencari alternatif lain untuk berhubung
dan kami menggunakan ‘facebook’ sebagai medium perantaraan antara kami untuk
berbincang mengenai tugasan ini dari semasa ke semasa. Satu lagi perkara yang
menjadi halangan kepada kami ialah keadaan cuaca pada hari pertandingan. Pada hari
tersebut hujan telah turun dengan lebatnya. Ini telah memaksa kami menangguhkan
pertandingan kategori laman untuk sementara waktu sehingga hujan berhenti. Sejurus
selepas hujan berhenti, barulah kami dapat menyambung semula pertandingan bagi
kategori laman.

Akhir kata, saya berharap agar tugasan yang dilakukan ini akan membuatkan
kami lebih menghargai seni warisan permainan tradisional Melayu dan menjaga
warisan zaman berzaman ini dari luput dek hujan lekang dek panas. Saya juga
berharap segala ilmu yang diperolehi semasa membuat tugasan ini dapat dimanfaatkan
serta dicurahkan kepada anak didik saya kelak.

Disediakan oleh: Mohd Farees Bin Saharudin


Senarai Rujukan

Zabri Zakaria, 2005, Variasi Seni dan Budaya: Permainan Rakyat, Selangor:
SEJATI BOOKS.

http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?
t=59&menu_id=48&c3=40&click=1

http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm

http://malaysiana.pnm.my/03/0312sepak_raga.htm

http://www.chonghwakl.edu.my/2007news_php/2007wenhuajie/2007wenhuajieM.
php

http://www.memorikedah.com/page_pengenalan.php?
pageNum_Recordset1=4&totalRows_Recordset1=10&p=2&idstopic=29&idskand
ungan=101&mtopic=3

Anda mungkin juga menyukai