Anda di halaman 1dari 4

http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/wawasan/index.

htm

- Perancangan masa hadapan


67. Wawasan dan matlamat Kuala Lumpur telah dirumus ke arah mewujudkan sebuah bandar raya mapan.
DBKL akan memastikan supaya perancangan Bandar Raya dapat mencapai keseimbangan antara
pembangunan fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar. Agenda Tempatan 21 akan diterima pakai untuk
 
menggalakkan penyertaan warga kota ke arah mewujudkan masyarakat mapan. Ini selaras dengan dasar
kerajaan untuk melaksanakan strategi pembangunan mapan seperti yang ditetapkan dalam Agenda
Habitat semasa Pengisytiharan Rio.

WAWASAN DAN MATLAMAT KUALA LUMPUR


3.
PENGENALAN
1

40 Pembangunan Malaysia sekarang dipandu oleh agenda nasional dan Wawasan 2020 yang
. memanifestasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya dari segi ekonomi, sosial, politik
dan kerohanian pada tahun 2020. Terkandung di dalam wawasan ini ialah aspirasi untuk mencapai
pembangunan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Faktor penting bagi mencapai wawasan ini
  adalah kemapanan pertumbuhan ekonomi yang pantas yang dicapai terutamanya melalui pertumbuhan
dalam sektor sekunder dan tertari berorientasikan eksport. Industri-industri di Malaysia harus dapat
bersaing dengan jayanya dalam pasaran global melalui aplikasi sains dan teknologi yang berkesan serta
penggunaan dan pemasaran yang lebih berimaginasi terhadap kelebihan dan kekuatan negara yang
tersedia dan diperolehi berkaitan dengan sumber semula jadi, manusia, kewangan dan kebudayaan.

41 Kuala Lumpur, sebagai bandar raya ulung negara hendaklah menyumbang sepenuhnya untuk mencapai
. hasrat yang terkandung dalam Wawasan 2020. Wawasan pembangunan untuk Kuala Lumpur haruslah
konsisten dan mencerminkan prinsipprinsip Wawasan 2020 dan aspirasinya di samping sesuai dengan
  peranan Bandar Raya tersendiri dalam pembangunan negara.

3.
WAWASAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR
2

42. Wawasan untuk Kuala Lumpur adalah selaras dengan wawasan negara iaitu: KUALA LUMPUR -
 
SEBUAH BANDAR RAYA BERTARAF DUNIA

43. Wawasan ‘Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia’ merangkumi cita-cita untuk menjadikan Kuala Lumpur
  sebagai sebuah bandar raya yang akan memainkan peranan global dan sub global yang utama bagi
manfaat semua penduduk, pekerja, pelawat dan pelaburnya.

44. Kuala Lumpur akan berusaha mewujudkan persekitaran hidup, kerja dan niaga yang berkualiti tinggi,
dibandingkan dengan yang terbaik di dunia. Ini adalah perlu sekiranya ia ingin menarik dan
 
mengekalkan para pelabur nasional dan antarabangsa serta pekerja mahir dan profesional tempatan
dan asing.

45. Sebagai sebuah bandar raya yang bertaraf dunia, Kuala Lumpur juga harus memastikan bahawa
infrastruktur, persekitaran, pengurusan bandar dan kemudahan kebudayaan, sosial dan
kemasyarakatan dapat memenuhi harapan yang tinggi penduduk, pekerja, pelawat dan para
pelaburnya.

  46. Empat komponen utama sesebuah bandar raya bertaraf dunia adalah persekitaran kerja bertaraf
dunia, persekitaran hidup bertaraf dunia, persekitaran niaga bertaraf dunia dan urus tadbir bertaraf
dunia.

3.2. PERSEKITARAN KERJA BERTARAF DUNIA


 
1

  47. Persekitaran kerja bertaraf dunia perlu menawarkan pelbagai pilihan pekerjaan dan peluang
peluang kerjaya serta kemudahan latihan yang baik. Perkhidmatan pengangkutan yang efisien
dan selesa yang menawarkan masa dan kos berulang alik yang minimum berserta perkhidmatan
  komunikasi dan infrastruktur yang baik merupakan faktor-faktor pertimbangan penting. Tempat-
tempat kerja perlu dilengkapkan dan menyediakan persekitaran kerja yang selesa serta perlu
mempunyai kemudahan-kemudahan sokongan seperti perpustakaan dan pusat maklumat dan
juga kemudahan penjagaan kanak-kanak bagi ibu-ibu bekerja.

3.2. PERSEKITARAN HIDUP BERTARAF DUNIA


 
2

  48. Persekitaran kerja bertaraf dunia seharusnya mengandungi semua unsur persekitaran hidup
yang bertaraf dunia seperti perumahan berkualiti tinggi, kemudahan yang mencukupi, berkualiti
dan mudah sampai. Ianya juga perlu menyediakan persekitaran yang selamat, sihat dan ceria
agar mereka yang bekerja di Bandar Raya berserta keluarga mereka dapat menikmati taraf
 
kehidupan terbaik. Persekitaran hidup di Bandar Raya akan terus ditingkatkan dengan memberi
penekanan kepada aspek kebudayaan dan warisan, nilai-nilai murni serta menggalakkan
interaksi aktif untuk semua peringkat umur dan lapisan masyarakat merangkumi golongan
remaja, belia, warga tua, kurang upaya dan wanita.

3.2. PERSEKITARAN NIAGA BERTARAF DUNIA


 
3

  49. Pekerja mahir yang tersedia, ruang pejabat bermutu tinggi dengan sewa yang kompetitif dan
ruang pengeluaran dan penyimpanan adalah antara pertimbangan terpenting bagi persekitaran
  niaga bertaraf dunia. Ini perlu disokong dengan pelbagai jenis perkhidmatan serta industri
tambahan dan bantuan termasuk perkhidmatan kewangan dan pengurusan, kemudahan
penyelidikan dan profesional.

  50. Sistem pengangkutan yang baik dan efisien serta infrastruktur komunikasi dan maklumat untuk
 
perhubungan di dalam Bandar Raya, negara dan dunia adalah juga penting.

3.2. URUS TADBIR BANDAR RAYA BERTARAF DUNIA


 
4

  51. Urus tadbir bandar raya bertaraf dunia adalah perlu bagi menjamin unsur-unsur persekitaran
  kerja, hidup dan niaga bertaraf dunia disediakan, dikekalkan dan dipertingkatkan secara
berterusan sejajar dengan yang terbaik di dunia.

  52. Urus tadbir bandar raya bertaraf dunia sebenarnya berorientasikan penggunaan sumbersumber
kewangan, tenaga manusia dan organisasi secara efisien dan adil. Dedikasi, inovasi, kreativiti
dan integriti adalah kualiti urus tadbir yang baik bagi memastikan penyediaan dan
  penyelenggaraan yang sebaik mungkin bagi persekitaran kerja, hidup dan niaga.

3.
MATLAMAT
3

53 Untuk mencapai wawasan Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia, lima matlamat telah dikenal pasti, iaitu:
.
 
Matlamat 1: Mempertingkatkan peranan Kuala Lumpur sebagai pusat komersil dan kewangan
antarabangsa.

  54 Untuk Kuala Lumpur menjadi sebuah bandar raya yang bertaraf dunia, ia perlu terlebih dahulu
. mempertingkatkan kekuatannya yang sedia ada dan meletakkannya sebagai pusat komersil dan
kewangan yang mampu bersaing di peringkat serantau dan antarabangsa. Kuala Lumpur perlu juga
mengukuhkan statusnya sebagai ibu negara dengan menjadi pusat utama K-Ekonomi dan memainkan
peranan utama dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
55 Bandar Raya menerajui negara dalam industri perkhidmatan tinggi. Bagi mengorientasikannya secara
. global, industri-industri perkhidmatan dan pembuatan yang bersesuaian dengan status bandar, seperti
 
industri pembuatan dan berasaskan pengetahuan yang berkemahiran dan berintensif teknologi perlu
dimajukan sebagai industri eksport yang penting.

56 Sebagai tambahan, Kuala Lumpur harus berusaha untuk menarik ibu pejabat dan syarikat transnasional
. yang beroperasi di peringkat global atau sub-global dengan mempromosikan peletakannya yang
kompetitif di Rantau Asia Pasifik dan memajukan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan
 
infrastruktur ke satu tahap yang setanding dengan yang terbaik di dunia.

Matlamat 2: Mewujudkan satu struktur bandar raya efisien dan saksama.

57 Bagi Kuala Lumpur merealisasikan wawasannya sebagai sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia, adalah
. penting matlamat komersil dan kewangan tercapai dengan efisien, dan dengan cara yang
  memanfaatkan semua anggota masyarakatnya. Pembangunan haruslah seimbang supaya keseluruhan
konfigurasi guna tanah dioptimumkan tanpa mengkompromikan keperluan masyarakat atau menjejas
persekitaran semula jadi dan alam binaan sedia ada.

58 Pengangkutan yang baik dan perhubungan komunikasi di antara Bandar Raya dan kawasan kawasan
. luar di dalam negara dan di dunia adalah juga faktor-faktor pemboleh bagi mencapai Matlamat 1.
Pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat ini dengan memungkinkan
lebih fleksibiliti dan kelancaran pergerakan. Infrastruktur, utiliti dan kemudahan-kemudahan lain
haruslah diagihkan secara saksama bagi memastikannya mudah sampai kepada semua warga kota. 

Matlamat 3: Mempertingkatkan persekitaran hidup.

59 Bandar Raya perlu berfungsi, sesuai untuk didiami dan dapat membangkitkan rasa bermasyarakat dan
. dimiliki. Ia akan menyediakan satu persekitaran yang bersih, sihat, selamat dan penyayang yang
memenuhi keperluan semua. Bandar Raya berhasrat untuk memastikan pelbagai peluang dalam
pekerjaan, perniagaan, pendidikan, latihan, perumahan berkualiti yang mencukupi untuk semua
  kumpulan pendapatan serta kemudahan sosial dan rekreasi yang direka bentuk dengan baik serta
mudah capai. Adalah penting keperluan generasi Kuala Lumpur pada masa depan tidak dikompromi oleh
keputusan atau pembangunan yang hanya berkait dengan isu-isu semasa. 

Matlamat 4: Membentuk satu identiti dan imej bandar raya yang tersendiri.

  60 Dunia globalisasi telah mewujudkan kesamaan dalam rupa bentuk dan karakter bandarbandar besar.
. Adalah mustahak untuk Kuala Lumpur mendefinisikan identiti tersendiri yang mencerminkan penduduk
pelbagai kaum dan iklim tropikanya. Ini akan dimanifestasikan melalui alam binaan dan persekitaran
semula jadi, cara hidup harian penduduk Bandar Raya dan juga pelbagai bentuk ekspresi kebudayaan.

61 Imej sebuah bandar raya taman tropika adalah sesuai bagi keperluan menyederhanakan iklim dengan
  . memberikan teduhan daripada matahari dan perlindungan daripada hujan. Ini boleh dicapai dengan
menggabungkan elemen semula jadi dan fizikal seperti pokok-pokok dan bangunan-bangunan.

62 Cara hidup yang tersendiri di Kuala Lumpur, yang sebahagiannya datang daripada pelbagai latar
. belakang kebudayaan penduduknya dan juga pengadunan aspek-aspek kebudayaan akan dipelihara dan
diberi lebih penekanan. Kebudayaan dan kesenian akan dipertingkatkan manakala bangunan dan
kawasan bersejarah atau bernilai seni bina akan dikekalkan sebagai warisan yang boleh juga
dipromosikan sebagai produk pelancongan.

Matlamat 5: Mempunyai urus tadbir cekap dan berkesan.

63 Urus tadbir yang cekap adalah penting dalam mencapai matlamat, strategi dan dasar yang telah
. digariskan dalam Pelan ini. Ini memerlukan komitmen terhadap kualiti urus tadbir yang cekap seperti
 
dinyatakan dalam Habitat Agenda, iaitu mempraktikkan pentadbiran yang telus, bertanggungjawab,
adil, berkesan dan cekap.

64 Ketelusan boleh dicapai melalui perkongsian wawasan yang sama, penyertaan yang aktif oleh semua
  . pihak yang berkepentingan dan aliran maklumat yang bebas. Dasar berorientasikan pelanggan perlu
diterima pakai sebagai satu cara untuk meningkatkan maklum balas terhadap keperluan warga kotanya.

65 Kesaksamaan boleh dicapai dengan memastikan semua kemudahan dan perkhidmatan diagihkan secara
  . saksama dan mudah capai oleh semua penduduk, termasuk golongan kurang upaya, warga tua, miskin,
kanak-kanak dan wanita.

66 Keberkesanan dan kecekapan juga merupakan elemen utama urus tadbir yang baik dan perlu terus
. diperbaiki keberkesanannya melalui pengurusan yang berinovasi, pembangunan keupayaan,
penswastaan, pengukuran tahap kemajuan, pembangunan sumber manusia dan rangkaian
perhubungan. Proses-proses kerja dan institusi akan disusun semula untuk memenuhi keperluan Bandar
  Raya di samping menggunakan
sumber-sumber dengan cara yang terbaik.

Anda mungkin juga menyukai