Anda di halaman 1dari 20

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN SENI KREATIF


(MASALAH PEMBELAJARAN)

TAHUN SATU

2010
DRAF

KANDUNGAN MUKA SURAT

Rukun Negara 1
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1
Pendahuluan 2
Matlamat 2
Objektif 3
Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang 3
Kurikulum Modular Berasaskan Standard 5
Fokus Mata Pelajaran 6
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 8
Pentaksiran 9
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Komponen Pendidikan Seni Visual 10
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Komponen Pendidikan Muziks 16
DRAF

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaanya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

1
DRAF

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,
peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras
dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,
yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid
bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian
murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia.

2
DRAF

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran membolehkan murid:


i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta
menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

3
DRAF

iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri

Bentuk Kurikulum Transformasi

4
DRAF

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.1 Standard Kandungan


Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

5.2 Standard Pembelajaran


Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard
Kandungan.

5
DRAF

FOKUS MATA PELAJARAN

6.1 Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Kreatif


6.1.1 Komponen : Pendidikan Seni Visual
Komponen Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi
murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan,
berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan. Aspek yang diberi penekanan adalah
perkembangan motor halus, motor kasar, kemahiran menggambar, mencorak dan membentuk. Proses ini memberi
keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk melukis dan menggambar, membuat rekaan dan
corak, mereka dan membuat binaan, kraf berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.

Komponen Pendidikan Seni Visual membolehkan murid :


i. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial
ii. mengembangkan bakat dan kreativiti
iii. menghayati keindahan alam dan warisan budaya
iv. menghasilkan karya seni yang kreatif
v. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya

6.1.2 Komponen : Pendidikan Muzik


Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid
supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan,
berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan. Aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran
nyanyian, bermain alat-alat muzik, pergerakan dan lakonan. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti bagi

6
DRAF

memenuhi kehendak tajuk persepsi muzik, pengalaman nyanyian, pengalaman perkusi, apresiasi dan estetika seni
serta seni lakon berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.

Komponen Pendidikan Muzik membolehkan murid :


i. mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan
ii. mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan
iii. mahir menggunakan alatan muzik
iv. melakukan gerakan mengikut rentak lagu
v. mengenal lagu berdasarkan melodinya
vi. mengawal koordinasi anggota badan
vii. melakon dan menghayati pelbagai watak
viii. membaca dialog dengan baik

6.2 Pelaksanaan Modul Pendidikan Seni Kreatif


6.2.1 Modul Pengajaran Pendidikan Seni Kreatif
Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Seni Kreatif untuk membantu
guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang
bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

6.2.2 Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif


Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif juga disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi
lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran.

7
DRAF

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas 3M , guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai
kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:
Inkuiri
Analisis Tugasan
Belajar Melalui Bermain
Pengajaran Bertema
Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
Konstruktivisme
Multi Sensori
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Simulasi
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

8
DRAF

PENTAKSIRAN

Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah
Pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti
lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran
secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran
hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk
merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

9
DRAF

KOMPONEN PENDIDIKAN
SENI VISUAL

10
DRAF

DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Melakukan contengan bebas tanpa alatan 1.1.1 Melakukan contengan bebas di kertas mahjung
1. Melukis dan 1.1.2 Melakukan contengan bebas di kad manila
menggambar 1.1.3 Melakukan contengan bebas di kertas lukisan

1.2 Melakukan contengan bebas menggunakan 1.2.1 Melakukan contengan bebas di kertas mahjung
pelbagai media bagi kemahiran motor kasar dengan menggunakan pelbagai media
1.2.2 Melakukan contengan bebas di kad manila
dengan menggunakan pelbagai media
1.2.3 Melakukan contengan bebas di kertas lukisan
dengan menggunakan pelbagai media

1.3 Melakukan pergerakan jari-jemari secara 1.3.1 Mengoyak dan menampal secara bebas
bebas 1.3.2 Meramas secara bebas
1.3.3 Menguli secara bebas
1.3.4 Menggentel dan menampal secara bebas
1.3.5 Menggunting dan menampal secara bebas
1.3.6 Menerap dan menampal secara bebas
1.3.7 Menepek secara bebas
1.4 Mewarna 1.4.1 Mewarna secara bebas

11
DRAF

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.4.2 Mewarna bentuk asas


1.4.3 Mewarna gambar mudah

1.5 Melukis tanpa alatan 1.5.1 Melukis di udara


1.5.2 Melukis di atas pasir
1.5.3 Melukis di atas meja
1.5.4 Melukis di tapak tangan
1.5.5 Melukis di papan putih / hitam
1.5.6 Melukis di atas kertas

1.6 Melukis menggunakan alatan seni lukis 1.6.1 Menamakan alatan seni lukis
1.6.2 Melukis menggunakan unsur seni dengan alatan seni
lukis

2. Membuat rekaan dan 2.1 Mereka corak secara bebas menggunakan 2.1.1 Mencorak secara bebas menggunakan jari tangan
corak anggota badan

2.2 Mereka corak secara terancang menggunakan 2.2.1 Mencorak menggunakan teknik capan tapak tangan
pelbagai teknik 2.2.2 Mencorak menggunakan teknik gosokan pensel,
pensel warna atau arang

12
DRAF

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.2.3 Mencorak menggunakan teknik kolaj kertas warna

2.3 Mereka corak secara tidak terancang 2.3.1 Mencorak menggunakan teknik ikatan dan celupan
menggunakan pelbagai teknik kain
2.3.2 Mencorak menggunakan teknik titisan

2.4 Menghasilkan projek 2.4.1 Menghasilkan projek menggunakan hasil rekaan dan
corak yang telah dipelajari

3. Mereka dan membuat 3.1 Membentuk binaan mudah 3.1.1 Menghasilkan binaan terkawal model perabut
binaan 3.1.2 Menghasilkan binaan terkawal model makanan

4. Kraf 4.1 Mengenal kraf tradisional 4.1.1 Menghias replika layang-layang

4.2 Menghasilkan kraf menggunakan bahan yang 4.2.1 Membuat kraf kipas tangan
mudah diperolehi 4.2.2 Membuat kraf topeng muka

13
DRAF

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

14
DRAF

KOMPONEN
PENDIDIKAN MUZIK

15
DRAF

DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN MUZIK

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1. Persepsi muzik 1.1 Mengenal irama dalam muzik 1.1.1 Memberi respon terhadap detik lagu yang diperdengar
1.1.2 Memberi respon terhadap tempo lagu yang
diperdengarkan
1.1.3 Memberi respon secara lisan/ gerakan terhadap corak
irama dalam lagu yang diperdengarkan

1.2 Mengenal melodi dalam muzik 1.2.1 Mengenal pic yang diperdengarkan
1.2.2 Mengenal solfa so mi

1.3 Mengenal ekspresi dalam muzik 1.3.1 Memberi respon terhadap dinamik pada lagu yang
diperdengarkan
1.3.2 Memberi respon yang sesuai terhadap mud lagu yang
diperdengarkan

2. Pengalaman nyanyian 2.1 Menyanyi mengikut muzik 2.1.1 Menyanyi dengan teknik pernafasan yang betul
2.1.2 Menyanyi dengan postur badan yang betul
2.1.3 Menyanyi dengan sebutan yang jelas

16
DRAF

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


2.1.4 Menyanyi dengan ekspresi yang sesuai
2.1.5 Menyanyi lagu berdasarkan melodi
2.1.6 Menyanyi lagu mengikut tempo, pic dan dinamik

3. Pengalaman perkusi 3.1 Meneroka bunyi dari pelbagai sumber 3.1.1 Meniru bunyi haiwan, bunyi dari pelakuan manusia,
melalui pengamatan pendengaran bunyi kenderaan, bunyi alam sekitar dan bunyi alat
muzik
3.1.2 Membezakan bunyi haiwan, bunyi dari pelakuan
manusia, bunyi kenderaan, bunyi alam sekitar dan
bunyi alat muzik

3.2 Mengenal alat perkusi 3.2.1 Mengenal alat perkusi dari bahan persekitaran
3.2.2 Mengenal alat perkusi tradisional
3.2.3 Mengenal alat perkusi moden
3.2.4 Memegang alat perkusi secara bebas
3.2.5 Memegang alat perkusi dengan betul

3.3 Memainkan alat perkusi 3.3.1 Memainkan alat perkusi secara bebas
3.3.2 Memainkan alat perkusi dengan betul

17
DRAF

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4. Apresiasi dan estetika 4.1 Melakukan pergerakan anggota badan 4.1.1 Menghasilkan bunyi menggunakan mulut, tangan, kaki
seni untuk menghasilkan bunyi dan jari

4.2 Membuat pergerakan mengikut irama lagu 4.2.1 Melakukan gerakan secara bebas
4.2.2 Melakukan gerakan secara terkawal

4.3 Menghargai kesenian dan kebudayaan 4.3.1 Mengenal kebudayaan negeri dalam Malaysia
4.3.2 Menjalankan aktiviti kebudayaan

5. Seni lakon 5.1 Latihan asas lakonan 5.1.1 Melakukan latihan mengawal pernafasan
5.1.2 Melakukan latihan pergerakan mengikut ruang dan
masa

18

Anda mungkin juga menyukai